SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, March 16, 2013

UMNO Online - “BN Ada Rekod Untuk Jadi Pilihan Tepat Rakyat Bina Kerajaan Stabil” plus 9 more

UMNO Online - “BN Ada Rekod Untuk Jadi Pilihan Tepat Rakyat Bina Kerajaan Stabil” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Ada Rekod Untuk Jadi Pilihan Tepat Rakyat Bina Kerajaan Stabil

Posted: 15 Mar 2013 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Kerajaan yang stabil akan menyumbang kepada kesejahteraan, keharmonian dan kemajuan yang berterusan sebagaimana perancangan yang digariskan, kata penganalisis politik Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program “Conversation With The PM” anjuran akhbar NST yang disiarkan di TV3 telah menyeru rakyat agar memberi mandat kepada kerajaan yang stabil dan mampu membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang lebih tinggi menjelangnya Pilihan Raya Umum akan datang..

"Apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri adalah bersesuaian dengan tema 'Janji Ditepati' dan pelbagai bukti yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional dalam menerajui kepimpinan negara," katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 hinggalah yang akan datang ini, Barisan Nasional telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar memastikan setiap rakyat terbela dan negara terus maju.

"Rekod pentadbiran ini adalah penilaian terpenting kerana kekuatan politik yang ada dapat memberi sumbangan ke arah kemajuan dengan masyarakat dapat membina kehidupan, peluang pekerjaan ada, kualiti pendidikan makin meningkat dan lain-lain lagi.

"Lihat kepada fakta pentadbiran kerajaan Pas yang telah lebih 20 tahun mentadbir Kelantan dengan tema 'membangun bersama Islam' tetapi malangnya ia tidak direalitikan sebaliknya pembangunan Islam yang sebenar dilakukan oleh kerajaan pusat iaitu BN sebagaimana aplikasi Bank Muamalat, insurans Islam, Tabung Haji dan macam-macam lagi."

Tegasnya, sehingga ke hari ini tidak nampak sebarang usaha oleh kerajaan Pas di Kelantan yang membuktikan mereka benar-benar merealisasikan 'membangun bersama Islam' dan akhirnya tema tersebut ditukar menjadi ' negara berkebajikan'.

"Rakyat perlu belajar secara logik, dengan waras dan matang iaitu menilai apa yang berlaku sejak sekian lama dan menghalang diri daripada terperangkap dengan emosi-emosi dan janji-janji yang tak ditepati.

"Apabila ada pihak yang mengatakan bahawa manifesto bukan janji maka sebenarnya ia juga adalah satu perbuatan yang tidak sewajarnya dibuat kerana dalam politik manifesto itu melebihi dari janji-janji yang dijadikan pegangan oleh rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan," katanya.

Dalam hal ini beliau turut merujuk kepada insiden di Negeri Selangor apabila seramai 2,020 orang ibu tunggal memfailkan saman kepada kerajaan negeri dan Menteri Besarnya berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan elaun yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008.

"Kerajaan yang stabil akan mampu melaksanakan janji-janji yang dinyatakan dalam manifestonya dan mewujudkan masyarakat yang harmoni iatu membawa kejayaan.

"Kejayaan ini bukannya sebuah fantasi yang dikhayalkan kerajaan BN sebaliknya satu kejayaan nyata yang dapat disaksikan dan dinikmati setiap rakyat Malaysia. Bahkan ia juga merupakan kejayaan yang diiktiraf oleh institusi dan masyarakat antarabangsa."

Katanya, kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil ini telah menyediakan sebanyak 64,282 peluang pekerjaan diwujudkan menjelang 2020 menerusi 20 projek baru yang diumumkan Perdana Menteri dengan 11 daripada projek itu membabitkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) manakala bakinya melibatkan Koridor Ekonomi utama, sekali gus bakal menyumbang RM10.08 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) serta menarik pelaburan RM26.09 bilion.

"Inilah kerajaan yang stabil dan kestabilan ini perlu diteruskan agar kesinambungan kemajuan dan pembangunan tidak terbantut," tambahnya lagi. - MediaUMNO

BN Mengalu-Alukan Wong Tack Tanding Kerusi Parlimen Bentong – Adnan Yaakob

Posted: 15 Mar 2013 05:44 AM PDT

BENTONG, 15 Mac – Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan hasrat pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Wong Tack terpaksa menghadapi penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Niat Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sendiri, malah ada anggota mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu.

“Pengundi sudah tentu dapat menilai kebaikan dan ketokohan Liow (Tiong Lai)yang telah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Bentong,” katanya yang juga Pengerusi BN Negeri.

Adnan, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi, berkata demikian  selepas majlis mesra kasih warga DUN Pelangai di Felda Kemasul di sini, Jumaat.

Beliau berkata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti yang lebih besar berdasarkan reputasinya dan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek Lynas sedangkan dia ‘ada udang di sebalik batu’.

“Orang ramai akan menilai keikhlasan dan niat pengerusi Hijau itu untuk bertanding di Parlimen Bentong iaitu kawasan kubu kuat parti MCA,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata BN Pahang tidak mengamalkan formula peratusan muka lama dan muka baharu dalam pemilihan calon asalkan calon yang dipilih itu boleh menang.

“Sasaran utama BN Pahang ialah untuk memenangi semua 42 kerusi DUN dan 14 Parlimen di negeri ini,” katanya.

Beliau yakin BN dapat merampas dua kerusi Parlimen – Kuantan dan Indera Mahkota serta empat kerusi DUN – Triang, Tras, Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008 memandangkan angin perubahan politik kini berpihak kepada BN.

Pemuda BN Lancar GEMPAK Ingatkan Rakyat Pembohongan Pembangkang

Posted: 15 Mar 2013 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Mac – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) dalam usaha mengingatkan rakyat terhadap segala pembohongan dan fitnah pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya  Khairy Jamaluddin berkata pihaknya jangkakan bahan kempen pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah, negatif kempen serta kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin BN dengan menggunakan cerita dan tuduhan yang tidak berasas, fitnah, pembohongan dan juga dengan menggunakan bukti yang tidak sahih.

Menurut beliau kempen berkenaan adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa pembangkang sudah ada 'track record' dalam melaksanakan kempen fitnah sedemikian rupa sebelum ini dan segala pembohongan mereka terkandung di dalam GEMPAK.

"Kita telah kumpulkan bahan dan fakta berdasarkan kepada kajian kita yang ambil beberapa kes pembohongan serta fitnah yang dilakukan oleh pembangkang sebagai contoh bahawa inilah antara contoh bagaimana mereka akan menjaja fitnah dalam pilihan raya kali ini.

"Kita kumpulkan dalam GEMPAK ini semua fitnah yang telah dibuat oleh pembangkang. Kita akan buat dalam bentuk flyers, dalam bentuk cd dan juga dalam bentuk 'content'  yang akan kita muat naik dalam facebook dan juga tweeter supaya rakyat tahu dan waspada tuduhan yang datang daripada pembangkang.

"Justeru Pemuda BN akan bergerak di setiap kawasan menerusi komponen kita untuk ingatkan rakyat sikap pembohongan dan fitnah yang telah diamalkan pembangkang selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran GEMPAK di sini, hari ini. Turut serta Ketua-Ketua Pemuda parti komponen BN yang lain. Terdahulu sebelum itu, beliau turut mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menunjukkan kepada pihak media antara contoh pembohongan serta fitnah yang dibuat oleh pembangkang sebelum ini.

Antaranya pemalsuan surat oleh pembangkang, poster lebuhraya tanpa tol di Thailand sedangkana ada tol di lebuhraya berkenaan, pembohongan kos perkhwinan anak PM, felda ada urus niaga di israel, manipulasi imej dan sebagainya.

Tambah Khairy lagi turut dimuatkan dalam GEMPAK adalah janji yang telah dibuat oleh pembangkang pada 2008 yang lalu.

"Keduanya adalah mengenai pembohongan pembangkang mengenai janji-janji. Ada dua kategori. Satu kategori adalah fitnah dan satu lagi janji-janji 2008 yang tak tertunai. Kita kena ingatkan rakyat bahawa janji mereka dalam manifesto mereka kali ini tidak boleh dipakai disebabkan majoriti janji 2008 baik diperingkat negeri pun tidak tertunai.

"Ini kita namakan sebagai siri Janji Mungkir janji..(JAMUNJI)  iaitu janji pada PRU 2008 iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Ini semua kita tahu tetapi kita ingatkan rakyat janji yang tidak tertunai oleh kerajaan di negeri yang diperintah oleh pembangkang.

"Saluran yang akan kita guna saluran rasmi Pemuda BN……cd, flyers. Material ini akan kita edarkan di seluruh negera bermula sekarang sebagai satu mesej. Saluran kedua BN Youth Cyber Team (BNYCT) iaitu menerusi  unit media baru kita.

"Ketiganya melalui Pentas Pemuda, mahasiswa, selain BN Youth Volunterss (BNYV) untuk golongan profesional dan Utusan Pemuda iaitu jentera baru yang kita tubuhkan untuk edar bahan seperti flyers di kawasan tumpuan awam dan sebagainya," Katanya.

Pada sidang media itu juga Khairy turut memberitahu Pemuda BN menyatakan sokongan yang berterusan secara rasmi kepada pasukan keselmatan yang berjuang di Lahad Datu dan sentiasa berada di belakang.

"Dan kita juga tidak akan berkpromi dengan mana-mana pihak yang memperlekehkan peranan anggota keselamatan kita serta 'respons' kerajaan kita terhadap pencerobohan yang berlaku di Sabah," katanya. -MediaUMNO

 

Manila Gives Commitment To Resolve Sabah Intrusion – Ahmad Zahid

Posted: 15 Mar 2013 05:22 AM PDT

TAIPING, March 15 – The Philippine government has given its commitment to resolve the intrusion of Sulu terrorists in Sabah including using all intelligence information network to identify the mastermind.

Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the commitment was conveyed by Philippine Defence Secretary, Voltaire T Gazmin at a meeting in Putrajaya yesterday.

“They will use all intelligence information network to identify the mastermind behind the Sabah intrusion, whether on the Philippine side, Malaysian side or third party,” he told reporters after meeting soldiers at 3rd Artillery Regiment Camp in Kamunting, here today.

Gazmin told Ahmad Zahid the Philippine government is committed together with the Malaysian government, via the police and military, to eliminate terrorists in Sabah as seen by the arrest of 35 terrorists recently.

They include a woman arrested by the Philippine navy near Tawi-Tawi, 12 km outside Sabah waters, believed to be remnants of Sulu terrorists who intruded Lahad Datu.

“The Philippine government also promised to conduct full investigation against the terrorists arrested and will take them to court.

“The Attorney-General’s Chamber is studying legal aspects and if there is collaboration with the Philippines, Kuala Lumpur will apply to try Sulu terrorist leader Jamalul Kiram here.

“We are confident that Manila has evidence via media statements, survey findings and documents made by Kiram, that he is the mastermind of the intrusion to claim Sabah which is supposedly under the so-called Sultanate of Sulu.”

Ahmad Zahid said the fact that Jamalul Kiram is undergoing dialysis treatment at Manila’s expense shows that the Sulu terrorists did not have adequate finance to buy weapons not to mention, send followers to intrude Sabah.

“Evidence is being gathered, including that on his daughter whom we were told is moving about using a private jet.

” I was told by the Philippine Defence Secretary that her trips are being financed by an opposition figure from the Philippines.”

He is sure the Philippine opposition figure would use the Sabah intrusion as an issue to gain votes for the mid-term presidential election this May.

“The Sabah intrusion is not a political game for the governments of Malaysia or the Philippines because it is an issue of defence, security and sovereignty.”

In LANGKAWI, Ahmad Zahid said the arrest of 35 Sulu terrorists by the Philippine navy is proof of close ties between the governments of Malaysia and the Philippines.

“This shows the close cooperation between the Malaysian and the Philippine navy, the Malaysian Maritime Enforcement Agency and the Philippine Coast Guard,” he told reporters after attending a meet-the-people session in conjunction with Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2013 (LIMA ’13) at Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang here last night.

Ahmad Zahid said although Malaysia has no extradition treaty with the Philippines to enable Jamalul Kiram to be tried here, there are provisions of the law that can be examined.

“Malaysia had handed over Moro National Liberation Front (MNLF)) leader Nur Misuari (who was then in Sabah) when he rebelled against Manila. We hope several legal aspects can be studied so that Jamalul Kiram is brought to Malaysia.

“The difference is, Nur Misuari is a Filipino brought back to the Philippines, while Jamalul Kiram is a Filipino staying in the Philippines and subjected to Philippine law,” he added.

Kematian Bala Peringatan Tuhan Untuk Kaki-kaki Fitnah Lain

Posted: 15 Mar 2013 05:14 AM PDT

P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.

Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.  Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, ketika program di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.

PI Bala baru saja 'dipulangkan' dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana 'diancam' oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.

Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan. Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.

Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah 'watak penting' iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.

Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.

Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak?

Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.  Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.   Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya?  Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR?

Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.  Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.  Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.  Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.

Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran?   Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.   Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.

1cilipadi.blogspot.com

Rakyat Diajak Ambil Iktibar Insiden Pencerobohan Di Sabah

Posted: 15 Mar 2013 05:02 AM PDT

MUAR, 15 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak mengambil mudah soal keselamatan negara dengan mengambil iktibar daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah memberi pengajaran bahawa rakyat tidak mampu menjalankan rutin kehidupan harian masing-masing jika negara tidak aman.

Soal keselamatan, keamanan dan kestabilan merupakan syarat utama untuk kerajaan membangunkan negara, katanya ketika berucap selepas solat Jumaat dan majlis jamuan bersama rakyat di Masjid Kampung Pergam, di sini, hari ini.

Berikutan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Muhyiddin berkata masyarakat nelayan, petani dan peniaga di sana hilang mata pencarian kerana bimbang dengan keselamatan.

Majlis turut dihadiri oleh isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata rakyat seharusnya memberi kerjasama dan motivasi kepada pasukan keselamatan negara dan tindakan kerajaan dalam membanteras kumpulan pengganas bagi memastikan Sabah berada dalam keadaan aman.

“Saya yakin masalah di Lahad Datu akan dapat diatasi tidak lama lagi,” katanya kepada lebih 500 penduduk yang hadir pada majlis itu.

Muhyiddin turut mengumumkan beberapa bantuan termasuk peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk membina sebuah masjid baharu untuk penduduk kampung tersebut.

Selain itu beliau turut mengumumkan bantuan sebanyak RM100,000 untuk pembinaan jeti nelayan, RM80,000 bagi pembinaan jalan dan RM50,000 untuk membaikpulih dewan belia di kampung tersebut.

Penubuhan RCI, Kertas Putih Penting Siasat Penglibatan Pihak Ketiga – Shafie Apdal

Posted: 15 Mar 2013 04:57 AM PDT

NIBONG TEBAL, 15 Mac Penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan penglibatan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu penting untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata siasatan secara mendalam terhadap dakwaan itu perlu dijalankan untuk mengenal pasti siapa yang terlibat.

“Ini perkara yang amat penting. Keselamatan negara kita tidak boleh diambil ringan. Jangan hari ini berlaku, esok lagi berlaku. Kalau kita tak hentikan dalang-dalang seumpama ini, yang akan merana ialah semua rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jeti nelayan Sungai Udang yang bernilai RM1.5 juta dan menyampaikan elaun sara hidup kepada 748 nelayan, di sini Jumaat.

Mohd Shafie berkata siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan kerana tempias insiden pencerobohan akan turut dirasai bukan sahaja penduduk kampung, malah para peniaga.

Katanya RCI atau membuka kertas putih penting bagi menyiasat dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan.

Mohd Shafie berkata beliau pasti insiden di Lahad Datu itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Serahkan kepada pihak polis dan pasukan tentera. Saya pasti ia (insiden Lahad Datu) akan diselesaikan segera,” katanya.

Katanya, amat penting untuk meyakinkan rakyat mengenai insiden pencerobohan itu agar mereka tidak dipergunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mohd Shafie berkata kerajaan pusat akan mempertimbang untuk memberi bantuan kepada para nelayan dan usahawan yang terjejas berikutan insiden di Lahad Datu.

Katanya perkara ini telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membantu masyarakat yang berdepan masalah di kawasan Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

JANGAN PERCAYA UNDI PEMBANGKANG

Posted: 15 Mar 2013 04:14 AM PDT

Undi UMNO undi Barisan,

Kerana UMNO tunggak pemerintahan,

Kita berjuang habis-habisan,

Jangan mudah menyerah kalah.

 

Kenapa nak undi parti Pembangkang,

Tiga parti tidak bersatu,

Nanti memerintah tunggang langgang,

Kita yang mengundi dapat malu.

 

Mereka belum ada rekod memerintah,

Tidak seperti parti Barisan,

Lebih 50 tahun tak pernah kalah,

Negara membangun terus dimajukan.

 

Pengalaman memerintah 5 Negeri,

Di Perak mereka buat masalah,

Tinggal 4 mereka kuasai,

Di Perak mereka menyerah kalah.

 

Janji pilihanraya tak ditepati,

Empat negeri agenda sendiri,

Pengundi ramai tak puas hati,

Kerajaan Pembangkang mesti diganti.

 

Di Kelantan pas memerintah sendiri,

DAP dan PKR tak memerintah sama,

Mereka memerintah cara sendiri,

Memerintahlah cara lama.

 

Lebih 20 Tahun memerintah,

Tak ada pembangunan pada Negeri,

Rakyat sudah mula membantah,

Kerajaan Pas patut diganti.

 

Masalah kecil tak boleh diselesaikan,

Apa lagi masalah Negara,

Keperluan Rakyat tak sediakan,

Macamana Negara hendak dijaga.

 

Air dan jalan dibiar begitu,

Tidak dibangunkan ikut semasa,

Kerajaan Pusat datang membantu,

Ingin melihat rakyat terbela.

Tujuh Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam – Najib

Posted: 15 Mar 2013 04:10 AM PDT

TANAH MERAH, 15 Mac –  Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islamdi negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

“Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

“Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini,” katanya pada Majlis ‘Bekwoh’ Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.

Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.

Katanya jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.

“Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

“BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

“Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

“Dan oleh itu yakinlah kepada BN,” katanya.

Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan ‘Janji Ditepati’.

Isu Lynas : Sekali Lagi Anwar Buktikan Beliau Ahli Politik Sesumpah Terhebat

Posted: 15 Mar 2013 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya mengakui bahawa operasi kilang Lynas tidak membahayakan dan selamat sekali lagi membuktikan sikap dan pendirian Anwar yang seringkali berubah dan tidak tetap dalam membuat satu-satu keputusan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Paya Besar,  Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, kenyataan Anwar yang tersiar di akhbar Australia, The Sidney Morning Herald itu merupakan satu tamparan hebat kepada usaha Pakatan Pembangkang yang cuba mempolitikkan isu kilang Lynas dan cuba menakutkan penduduk di sekitar Kuantan dengan mengatakan ianya tidak selamat.

"Inilah pendirian politik Anwar yang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Anwar dan pengikutnya sentiasa cuba mengambil kesempatan di atas apa jua isu biarpun isu tersebut hanya berdasarkan tanggapan semata-mata. Jelas beliau sememangnya ahli politik sesumpah terhebat.

"Dulu beliau menyokong mengatakan bahawa Lynas tidak selamat hanya dengan anggapan dan bukan fakta daripada pakar-pakar dalam bidang tersebut. Tetapi hari ini, bila fakta sebenar sudah muncul, dia dengan begitu  mudah mengubah pendirian dan kenyataannya," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Seterusnya beliau berkata, sikap Anwar yang sering tidak tetap pendirian dan keputusan yang seringkali berubah-ubah itu sudah cukup untuk memperlihatkan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara.

"Sikap Anwar itu melambangkan sikap dan pendekatan Pakatan Pembangkang. Hari ini mereka kata boleh, tiba-tiba esok tak boleh pula. Hari ini mereka kata bahaya, esok tidak pula. Pembangkang hanya tahu mengambil kesempatan mengikut keadaan dan bukannya mengikut fakta.

"Sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang tidak tetap pendirian bukanlah hanya dalam isu ini. Sudah banyak isu yang kita lihat, pendirian mereka tidak tetap. Begitu juga dengan isu kalimah Allah. Hari ini kata boleh, esok kata tak boleh pula," tegasnya.

Tambahnya, rakyat hari ini sudah melihat sendiri bagaimana sikap kepimpinan pembangkang seringkali tidak tetap dalam membuat pendirian terutamanya berhubung isu-isu semasa dan soal pentadbiran negara.

" Pendirian mereka sering berubah-ubah. Tidak tetap. Ini membuktikan, mereka hanya tahu bercakap dan menyalahkan kerajaan, biarpun tidak ada fakta. Bila keluar fakta sebenar, cepat-cepat mereka mengubah kenyataan dan pendirian mereka.

"Sikap sebegini sebenarnya tidak menguntungkan rakyat, apatah lagi sekiranya kita membenarkan mereka ini memerintah negara. Pembangkang seperti yang dapat kita  lihat hari ini, tidak ada pendirian yang tetap dalam membuat keputusan.

"Bahaya jika kita benarkan mereka memerintah negara ini kerana kepimpinan pakatan pembangkang bagi saya, tidak bijak dalam menilai dan membuat keputusan untuk kepentingan rakyat di negara ini," jelasnya lagi. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT