SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, March 27, 2013

UMNO Online - “Voters Won’t Be Fooled By Opposition’s Parachute Candidates’ – Subramaniam” plus 9 more

UMNO Online - “Voters Won’t Be Fooled By Opposition’s Parachute Candidates’ – Subramaniam” plus 9 more

Link to UMNO Online

Voters Won’t Be Fooled By Opposition’s Parachute Candidates’ – Subramaniam

Posted: 26 Mar 2013 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 26  - Barisan Nasional (BN) is all prepared to face ‘parachute candidates’ from the opposition which is reportedly positioning its heavyweights to contest in Johor, said MIC deputy president Datuk Seri Dr S. Subramaniam, today.

He said the opposition’s strategy to field its candidates in Johor, hoping to win more seats, would not fool voters as they (voters) are aware of BN’s immense contributions to the state.

Subramanian who is also Human Resources Minister said the Johor constituents know very well that they can enjoy tremendous growth and prosperity, only under the BN leadership.

“It has become a culture for the opposition to jump from one place to another. The voters know what we have done for the state,” he told reporters after announcing rehabilitation allowances under the Social Security Organisation’s (Perkeso) ‘Return to Work’ programme, at Sau Seng Lum Dialysis and Stroke Rehabilitation Centre in Puchong, near here, today.

“What’s the reason behind this, we don’t know. As far as we’re concerned, we (BN) are prepared to face (them)…just because you land in Johor, that does not mean you will cause a change in the people’s minds,” he said.

“People are totally aware of those who have served them in Johor, compared to somebody who is completely new and coming in from somewhere else to gain popularity,” the minister noted.

On Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s meeting with Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders yesterday, Subramaniam said Najib had always put the need of all Malaysians first since he took office in 2009.

“The prime minister has taken various initiatives to address the plight of the Indian community in the country and has helped solve many long-standing problems faced by them in areas such as personal identity documents, education, and job opportunities in the government sector,” he said.

Subramaniam also called on non-governmental bodies to come forward and engage positively with the government on matters related to the well-being of the Indian community.

The BN government had fulfilled its pledge to ensure quality education for the Indian community, he said, citing the government’s spending of about RM540 million since 2009 for the development of Tamil schools.

The government had also offered 1,500 matriculation places to top-scoring Indian students, he said.

Pemergian Dr Muhammad Satu Kehilangan Besar – Jamil Khir

Posted: 26 Mar 2013 04:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pemergian Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady merupakan satu kehilangan besar kepada dunia ilmuan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Jasa Allahyarham begitu besar kepada negara bahkan antarabangsa dalam bidang penerbitan buku-buku pendakwahan.

“Allahyarham merupakan seorang yang disenangi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengkebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak di sini, Selasa.

Lebih 100 orang termasuk pelajar UIAM menghadiri majlis tersebut kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,UIAM.

Muhammad, 70, meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Taman Duta di sini.

Salah seorang anak Allahyarham, Ahmad El-Muhammady, 35, yang juga pensyarah di UIAM berkata bapanya merupakan seorang yang penyayang dan sentiasa mengambil berat perihal keluarga.

“Kami semua amat terasa pemergiannya. Beliau sentiasa berpesan kepada kami agar meneruskan ajaran berdakwah dalam mempertahankan negara daripada pelbagai cabaran,” katanya.

Sementara itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Allahyarham seorang intelek Islam dan cendekiawan tersohor sepanjang hayat.

“Allahyarham berbeza dengan ulama-ulama lain dan tidak pernah menyentuh hal politik. Beliau seorang ulama yang tulen,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Mariam Hussain, 65, dan 11 orang anak serta lebih 40 orang cucu.

Patut Rafizi Siasat Diri Sendiri Jadi Pengundi Hantu Di Lima Kawasan

Posted: 26 Mar 2013 03:52 AM PDT

Patutlah Rafizi Ramli memekak sangat dengan PENGUNDI HANTU, KAD PENGENALAN BERGANDA dan sebagainya. Rupa-rupanya dia sendiri memiliki LIMA KEPING KAD PENGENALAN YANG BERBEZA, dan menjadi PENGUNDI DI LIMA LOKASI YANG JUGA BERBEZA.

Taktik biasa yang dilakukan oleh para pemimpin PKR, ialah dengan menuduh orang lain sebagai PENJAHAT untuk melindungi PERBUATAN JAHAT yang mereka sendiri lakukan.

Contoh terbaik ialah apabila Anwar Ibrahim sibuk menuduh UMNO dan para pemimpinnya sebagai PERASUAH sedangkan telah terbukti bahawa Anwar Ibrahim merupakan BAPA PENGAMAL RASUAH di Malaysia dari semenjak dia berkuasa, sehinggalah dia hilang kuasa dan menjadi Ketua Umum PKR yang mendapat biaya penuh daripada Zionis Israel.

Justeru tidak menghairankan apabila Rafizi Ramli menyalak tentang PENGUNDI HANTU dan KAD PENGENALAN BERGANDA yang membabitkan seorang lelaki bernama Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dan Wan Muhd Azri Wan Deris.

Rupa-rupanya Rafizi Ramli sendiri adalah pengundi hantu. Dia mempunyai dua nama daftar di Terengganu (Marang dan Kemaman), satu di Kedah (Baling), Sarawak (Petra Jaya) dan Johor (Simpang Renggam).

Justeru, atas desakan kaum PKR sendiri, Pengerusi SPR memutuskan untuk melakukan siasatan terperinci berhubung pemilikan lima kad pengenalan berbeza dan lima lokaliti mengundi yang dimiliki oleh individu bernama Rafizi Ramli.

Ini adalah kerana puak PKR dan Pakatan tidak dapat menerima hakikat bahawa di Malaysia, terlalu ramai yang berkongsi satu nama dan satu bin walaupun individu tersebut adalah individu yang berbeza serta mempunyai kad pengenalan yang tersendiri.

azmykelanajaya.blogspot.com

Pembangkang Cuba Jual Manifesto Sedangkan Rekod Sepenggal Pun Buruk

Posted: 26 Mar 2013 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Manifesto pakatan pembangkang yang bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' menawarkan jaminan keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat dalam pendekatan dan pelaksanaanya adalah satu ungkapan yang ditulis tanpa berpaksikan realiti, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.

Katanya, apabila pakatan pembangkang memaparkan dalam manifestonya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan mengatakan rekod pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang menjadi bukti iltizam untuk terus membina kerajaan maka sewajarnya mereka menyebutkan berdasarkan bukti kerana yang ada adalah sebaliknya.

"Rakyat menilai dan melihat sendiri negeri-negeri tadbiran pakatan pembangkang yang semuanya berdepan dengan masalah, rakyat bangkit menuntut janji-janji yang telah mereka nyatakan tetapi tidak terlaksana biarpun sudah sepenggal dalam pentadbiran," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, kegagalan pakatan pembangkang terbukti apabila jumlah rakyat yang berhimpun menuntut janji-janji yang telah dilontarkan membabitkan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang semakin hari semakin bertambah.

Terbaru, di Pulau Pinang dianggarkan hampir 10 ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum telah menyertai 'Himpunan Penyatuan Rakyat' yang membantah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilihat gagal membela nasib rakyat dan ibarat mempermainkan mereka.

"Di Selangor, golongan ibu tunggal, golongan warga emas dan suri rumah juga telah menuntut pakatan pembangkang yang berkerajaan untuk menunaikan janji hingga mereka mengheret Menteri Besar dan Kerajaan Negerinya ke mahkamah.

"Persoalannya adakah semua ini sengaja dilakukan oleh rakyat jika tidak bersebab? Tentulah rakyat menuntut apa yang dijanji setelah mereka memberi mandat kepada pembangkang untuk berkuasa tetapi malangnya mereka tidak melaksanakan tanggungjawab malah rakyat pula yang dihimpit."

Dalam hal ini beliau juga turut mengaitkan dengan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang di Kedah sehinggakan rakyat turut berdemonstrasi sebagaimana bantahan terhadap pembalakan di Tasik Pedu, kepincangan pengurusan Kolej Universiti Insaniah dan lain-lain lagi sementara di Kelantan penduduk telah menyertai demonstrasi aman seperti , Himpunan Selamatkan Bumi Kelantan yang diadakan bagi membantah salah guna kuasa dan penyelewengan Kerajaan Pas Kelantan dalam isu pengambilan tanah dan penjelasan oleh bekas-bekas pemilik tanah yang dirampas di Gua Musang, Kuala Krai, Jeli serta Pasir Pekan.

"Adakah rekod ini yang mahu disajikan kepada rakyat sedangkan mereka tidak membudayakan amanah dalam pentadbiran biarpun ditulis dalam manifestonya dan sekarang mahu mengulanginya lagi?

"Mereka ini hanya bermimpi di siang hari dengan menulis yang elok atas kertas tetapi malangnya dalam pentadbiran dipenuhi caca merba dan tunggang langgang."

Tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah, apa yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkang amat berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional sebagai tunjang dalam kerajaan apabila merealitikan janji, menyelami permasalahan rakyat, turun padang dan menghulurkan bantuan.

"Jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan, maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baru mereka? Dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan yang lebih baik sedangkan BN telah membawa rakyat dan negara ini keluar dari kemiskinan dan menuju negara maju," katanya lagi. – MediaUMNO

Dari Urusan Tadbir Negeri Hingga Ke Parti, Pas Makin Porak Peranda

Posted: 26 Mar 2013 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Mac – Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pas yang kini bergelut dengan segala macam isu sebenarnya memberi seribu satu kesimpulan kepada rakyat bahawa bukan sahaja kerajaan negeri, malah parti itu sendiri penuh dengan segala masalah.

Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda  UMNO Alor Star,  Datuk Zubir Zabidi berkata mereka cukup bijak menutup segala masalah yang berlaku itu dengan segala drama dan sandiwara yang cukup mengelirukan rakyat.

Menurut beliau tidak menghairankan apa yang berlaku itu juga sedang melanda negeri-negeri lain gara-gara kalangan akar umbi yang mula goyang serta goyah dengan tindak tanduk Pas yang hanya sekadar dilihat menjadi alat kepada rakan pembangkang yang lain.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan Pas ini umpama yang dikejar tak dapat..yang dikendong akan keciciran. Gara-gara termakan dengan pujuk rayu rakan-rakan pembangkang lain menuju ke Putrajaya, mereka akan hilang segala-galanya.

"Tengok sahajalah apa yang berlaku di Kedah hari ini….ianya sudah cukup menceritakan segala-galanya kepada umum. Daripada soal pentadbiran sehinggalah kepada soal parti, habis semua porak peranda. Lihat kerajaan Kedah hari ini cukup pincang. Dan saya rasa perkembangan sama turut berjangkit ke negeri-negeri lain,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi mereka menghidangkan rakyat dengan pelbagai cerita serta dakwaaan yang meragukan dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri yang ada hari ini khususnya menjayakan mimpi menuju Putrajaya.

"Apa lagi yang mereka mampu buat…Itulah yang kita nampak dan saya percaya rakyat di bawah pun melihat perkara yang sama. Sama-samalah kita nantikan bagaimana mereka terus bermain dalam soal ini terutama apabila PRU-13 berlangsung kelak," ujarnya. -MediaUMNO

Perlukah Rakyat Percaya Lagi Pemimpin Yang Gemar Lompat Kawasan?

Posted: 26 Mar 2013 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Mac – Episod melompat kawasan sudah menjadi kebiasaan di kalangan pembangkang kerana sudah menjadi tabiat mereka sentiasa melompat-lompat walaupun dalam apa jua kempen pilihanraya yang dijalankan mereka selalu menabur janji akan membalas kepercayaan pengundi di sesebuah kawasan yang memilih mereka.

 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepitang,  Datuk Kamarlim Ombi menyifatkan pemimpin yang melompat kawasan adalah mereka yang khuatir dengan populariti mereka menurun jika terus kekal di kawasan terbabit berikutan kegagalan melaksanakan tugas sebagai seorang wakil rakyat.

"Jika benar mereka sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, sudah pasti mereka tidak akan berpindah ke kawasan lain, mesti ada sebab mengapa mereka berpindah, selepas penduduk di kawasan berkenaan memilih mereka untuk menjadi wakil rakyatnya.

"Pembangkang bertanding bukanlah untuk membela nasib rakyat, mereka bertanding untuk memenuhi cita-cita politik masing-masing, apa yang telah disumbangkan oleh pembangkang apabila mereka dipilih menjadi wakil rakyat, tugas mereka ini hanyalah untuk mencari kesalahan kerajaan sahaja," katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan beberapa pemimpin pembangkang sama ada DAP, Pas dan PKR yang dikatakan akan berpindah ke kawasan lain pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Dalam sejarah politik tanah air, Kit Siang adalah wakil rakyat yang paling kerap berpindah kawasan setiap kali pilihan raya, memulakan karier politiknya di Melaka dan kemudian ke Selangor, dikuti Pulau Pinang, Perak dan Johor adalah destinasi barunya pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Mat Sabu yang berasal dari Pulau Pinang memulaka karier politiknya di Nilam Puri, Kelantan dan kemudian berpindah ke Kubang Kerian sebelum ke Kedah dan tewas apabila berpindah ke Kuala Terengganu pada pilihan raya 2008, berminat untuk bertanding di Selangor atau Kedah pada kali ini.

Kamarlin mengingatkan rakyat dan pengundi supaya tidak terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang menyatakan alasan mereka berpindah disebabkan rakyat di kawasan terbabit memerlukannya, sedangkan perkara sebenarnya adalah untuk menyelamatkan dunia politik masing-masing.

Menurutnya, jika benar pemimpin itu diperlukan rakyat, mereka boleh memberi perkhidmatan di mana sahaja dan boleh menyuarakan pendapat dan idea sama ada di parlimen atau DUN dan bukan hanya pandai bercakap serta mencari kesalahan. -MediaUMNO

Pejabat Peguam Negara Diminta Tentukan Garis Panduan Kerajaan Sementara

Posted: 26 Mar 2013 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.

“Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG’s Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian pembaharuan antara kerajaan Malaysia dengan Asian-African Legal Consultative Organisation (AALCO) di sini, Selasa.

Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan terbubar secara automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya hari ini (Rabu) seperti dilaporkan sebelum ini.

“Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana kita ada 60 hari selepas DUN dibubarkan dan saya fikir sebaik Parlimen dibubarkan kita akan tetapkan tarikh (pilihan raya).

“SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mahukan supaya semua pilihan raya itu diadakan pada satu hari (serentak), itu adalah hak SPR untuk menentukan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata sesebuah kerajaan sementara hanya boleh meneruskan segala komitmen yang telah dibuat sebelum DUN dibubarkan dan tidak boleh membuat komitmen baharu.

“Antara tarikh pembubaran dan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara hanya boleh mentadbir, tetapi anda tidak boleh membuat sebarang pengumuman atau komitmen baharu,” katanya.

Tol Terowong : DAP Salahkan Kerajaan Pusat Untuk Tutup Kebodohan Sendiri

Posted: 26 Mar 2013 02:03 AM PDT

PULAU PINANG, 26 Mac – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seakan menyalahkan kerajaan pusat terhadap isu mengenakan bayaran tol bagi terowong dasar laut yang bakal dibinanya adalah satu kenyataan dangkal untuk menutup kesalahan dan kelemahan diri sendiri.

Ujarnya, kerajaan pusat tidak ada kena mengena dengan isu ini dan sikap meletakkan kesalahan kepada kerajaan pusat sebenarnya memang sudah menjadi kebiasaan Guan Eng.

"Bagi saya ini semua adalah gimik politik DAP. Kalau kita tengok manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pakatan pembangkang, mereka mahu hapuskan tol tetapi apabila mereka buat tol untuk torowong bawah tanah ini, kerajaan pusat pula yang disalahkan.

"Sebenarnya mereka tidak ada perancangan dan tidak tahu buat kerja. Mereka hanya pandai bercakap tetapi bila buat kerja hancur. Tambahan pula sekarang ini setiap minggu ada rakyat buat bantahan terhadap Guan Eng. Ini membuatkan mereka makin rasa terhimpit untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.

"Untuk menutup kelemahan diri sendiri mereka harus salahkan kerajaan pusat. Bagi alasan yang tidak masuk akal. Bila dah libatkan kerajaan pusat, bolehlah alih isu kepada perkara lain pula… Semua ini nak tipu rakyat lagi lah ni," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Musa, selama memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang sejak tahun 2008, tidak ada satupun perkara yang dilakukan untuk membantu rakyat termasuklah isu kos rumah mampu milik yang sehingga kini tidak mampu dijawab oleh kerajaan negeri.

Berkemungkinan ulas Musa, disebabkan pembinaan rumah mampu milik tidak memberi keuntungan kepada mereka jadi ianya tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Projek terowong dasar laut ini pula jelas beliau walaupun menyedari ianya bukanlah satu keperluan utama rakyat namun kerana ianya mampu memberi keuntungan tersendiri maka projek ini dijalankan walaupun mendapat bantahan dari banyak pihak.

“Projek ini dilihat sebagai satu projek membazir kerana jambatan kedua Pulau Pinang hampir siap dan ianya akan dapat mengurangkan kesesakan di negeri tersebut.

“Pembinaan terowong dasar laut tidak relevan di samping kosnya terlalu tinggi dan menyebabkan banyak pihak mendapat impak negatif termasuklah kaum nelayan yang bakal hilang punca mata pencarian”, katanya. – MediaUMNO

Beri Permit Teksi : Pembangkang Dibidas Cuba Menipu Rakyat

Posted: 26 Mar 2013 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari Ini membidas Pengarah Strategik PKR,  Rafizi Ramli yang mengatakan pemberian 1000 permit teksi individu yang diberikan  oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini meniru dasar pakatan pembangkang.

“Ini adalah satu  kenyataan yang ketinggalan zaman. Saya ingin mengatakan di sini bahawa semasa saya menjadi menteri Pembangunan Usahawan, saya pernah beri 3000 permit individu kepada pemandu-pemandu teksi.

"Sehingga ke hari ini masih ada lagi pemandu-pemandu teksi yang datang berjumpa saya untuk mengucapkan terima kasih,” ujarnya dalam satu kenyataan haru ini.

Tegas beliau lagi kenyataan Rafizi mengatakan itu adalah gimik politik Barisan Nasional adalah satu kenyataan yang jelas menipu rakyat.

“Saya ingin menasihati Rafizi supaya mengkaji lebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang akan  menyerlahkan sikap kurang cerdik beliau dan Pakatan Pembangkang,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor.

Zon Keselamatan Khas Sabah Bantu Kekang Aktiviti Seludup Barangan

Posted: 26 Mar 2013 01:27 AM PDT

PUTRAJAYA, 26 Mac – Pembentukan zon keselamatan di Sabah, secara tidak langsung dapat membantu mengekang penyeludupan barangan bersubsidi, di kawasan timur negeri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana terdapat kes-kes penyeludupan dikesan berlaku di kawasan terbabit.

“Ia memberi manfaat juga kepada kementerian, kerana kawasan pantai timurSabah antara lokasi penyeludupan barang seperti gas dan minyak ke negara seberang,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Pada 25 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 kawasan iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Selepas ini, beliau berkata, mereka yang terbabit dalam penyeludupan barang lebih takut serta sukar untuk menjalankan aktiviti penyeludupan.

“Dari segi peniaga di dalam zon keselamatan, saya percaya tidak timbulmasalah kerana ia berbeza dengan perintah berkurung, cuma terdapat masalah dari segi tangkapan ikan membuatkan harga ikan naik sedikit,” katanya.

Ismail Sabri berkata, berhubung bekalan barangan keperluan makanan yang lain, setakat ini tiada masalah dilaporkan dan kementerian sentiasa memantau mengenaiperkara tersebut.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM228,794.90 sen untuk diserahkan kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban serta cedera dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Beliau berkata, kesemua hasil kutipan itu akan disalurkan terus kepada balu dan waris mangsa, selepas perbincangan dibuat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pihak kementerian akan berbincang untuk menentukan jumlah yang sesuai untuk diberikan kepada semua mangsa kemudian kita akan serahkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT