UMNO Online - “Malang Pulau Pinang Semakin Merudum Di Bawah Lim Guan Eng & DAP” plus 9 more |
- Malang Pulau Pinang Semakin Merudum Di Bawah Lim Guan Eng & DAP
- EC Refutes Claim Malaysians Abroad Not Given Chance To Vote
- Bank Negara Pantau Pengaliran Wang Keluar Bantu Pengganas – Awang Adek
- Tembelang Pembangkang, Tiru Agenda BN Tapi Tutup Malu Dengan Buat Tuduhan
- Tsunami Politik Telah Berlalu, Permatang Pauh Bakal Milik BN
- PR Manifesto’s RM49.5 Billion Spending Cut Claim Untenable, Says Ahmad Husni
- Dulu Salah Kira, Sekarang Silap Taip.. Guan Eng Memang Pakar Akauntan Putar Angka
- Pakatan Pembangkang Umpama ‘Bom Jangka’ – Ruslan Kassim
- PPSB Minta Kerajaan Negeri Perjelas Kedalaman Projek Terowong Dasar Laut
- Khidmat Pemimpin BN Untuk Rakyat Tetap Dilaksanakan Walaupun DUN Terbubar
Malang Pulau Pinang Semakin Merudum Di Bawah Lim Guan Eng & DAP Posted: 29 Mar 2013 05:45 AM PDT Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009. Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinang pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh. Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7. Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir. Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu. Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN). Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini. Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT). Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Uncle Penang |
EC Refutes Claim Malaysians Abroad Not Given Chance To Vote Posted: 29 Mar 2013 05:29 AM PDT SHAH ALAM, March 29 - The Election Commission (EC) has refuted claim by certain quarters that Malaysians abroad are not given the chance to vote in the general election. Chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said the claim was unjustified as the Elections Act was amended to allow Malaysians abroad to register as voters. “I was told that certain quarters claimed that millions of Malaysians abroad have been ignored and become victims of the electoral system as they are not given the chance to vote. “They also claimed there are about one million voters abroad but the EC only accepted applications from 5,167 Malaysians who want to vote by post,” he told reporters after the final briefing for heads and officers of Selangor state departments here today. According to record, the highest number of Malaysians abroad who registered as voters were from Australia (1,206) followed by United Kingdom (871), China (513), United States (342) and Taiwan (183). Rules allowing Malaysians abroad to vote by post was gazetted on January 21. Abdul Aziz said previously, only full time students and civil servants with their spouses were allowed to vote by post. On the opposition move to reject Radio Television Malaysia’s (RTM) offer of 10 minutes for political parties to explain their manifestos, he said they should have studied the offer. “Previously, they were angry with the EC for not giving them space in the media but now, even before the proposal is discussed in detail, they have rejected it.” He will meet with officials from the Information Communications and Culture Ministry and political parties soon to discuss the proposal. |
Bank Negara Pantau Pengaliran Wang Keluar Bantu Pengganas – Awang Adek Posted: 29 Mar 2013 03:25 AM PDT BACHOK, 29 Mac – Bank Negara Malaysia sedang memantau pengaliran keluar wang melalui sempadan Sabah yang disyaki bertujuan membantu kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Katanya semua bank yang beroperasi di Sabah perlu melaporkan segera kepada bank pusat jika terdapat pengeluaran wang yang mencurigakan terutama dalam skala yang besar. “Siasatan boleh dilakukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan akaun pengeluar boleh dibekukan jika mempunyai bukti,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara lebih terperinci seperti memerlukan pengeluar wang menyatakan alamat penghantaran dan sebab wang itu dihantar untuk membendung perbuatan yang cuba membantu musuh negara. Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tokoh ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam yang berkata pengaliran keluar wang kepada pihak luar sukar dikesan melainkan proses itu dilaksanakan secara rasmi. Ramon dilaporkan berkata proses itu sukar dikesan kerana pengaliran keluar wang boleh dilaksanakan dalam pasaran gelap mata wang iaitu aktiviti dagangan secara haram menerusi pos, dagangan akaun atau aktiviti penyeludupan. Awang Adek berkata pihaknya tidak dapat menyekat jika pengeluaran wang dilakukan secara kecil-kecilan kerana ia bercanggah dengan dasar urusan perdagangan negara dengan antarabangsa. Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya pengeluaran wang dilakukan dalam jumlah besar iaitu sekurang-kurangnya RM30,000, pihak bank boleh melaporkan kepada Bank Negara untuk diambil tindakan. “BNM pula akan membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis bagi tujuan penyiasatan,” katanya. |
Tembelang Pembangkang, Tiru Agenda BN Tapi Tutup Malu Dengan Buat Tuduhan Posted: 29 Mar 2013 03:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mac – Barisan Nasional telah mentadbir negara lebih 55 tahun sejak kemerdekaan negara hinggalah ke hari ini dan berjaya membawa pembangunan berterusan kepada rakyat dalam pelbagai agenda tetapi malangnya hari ini pakatan pembangkang menyatakan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah ditiru dari manifesto mereka. Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin melihat bahawa tingkah pemimpin pembangkang yang menganggap pelaksanaan beberapa agenda rakyat baru-baru ini sebagai meniru manifesto mereka bukanlah sesuatu yang baru atau mengejutkan. "Pakatan pembangkang memang terdedah dengan kecenderungan mengambil 'keuntungan' atas apa yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk mendapatkan populariti murahan apatah lagi mereka sedar bahawa apa yang terkandung dalam manifestonya amat mustahil untuk mereka sendiri laksanakan," katanya kepada UMNO-Online. Terbaru, pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri meniru dasar pembangkang dan menggunakannya untuk menarik sokongan pemandu teksi supaya mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang. Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi pemberian 1,000 permit teksi individu kepada pemandu teksi pada majlis Janji Ditepati-Pemberian Lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Ahad lalu. "Kita dah lama buat pembangunan, dah lama jaga kebajikan rakyat, berikan bantuan meliputi semua masyarakat dan penyampaian BR1M, bantuan untuk warga emas, golongan pelajar dan lain-lain lagi bukanlah satu perkara yang pertama kali dilaksanakan. "Begitu juga untuk para pemandu teksi sedangkan mereka baru saja menulisnya tetapi kita telah lama laksanakannya dan kebetulan baru-baru ini Perdana Menteri mengulanginya dengan memberikan terus dari kerajaan dan pembangkang mengangkatnya untuk dijadikan isu." Tegasnya yang juga Yang di-Pertua Mubarak Melaka, pakatan pembangkang akan menyalahkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan dengan pelbagai manipulasi dan tuduhan walhal jika dilihat kandungan dalam manifestonya, merekalah yang lebih terbukti meniru BN. Dalam manifesto pakatan pembangkang yang bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat', dengan tonggak ekonomi bersaudara menyebut untuk memberdayakan usahawan teksi dengan memberikan permit terus kepada pemandunya dengan tujuan untuk melahirkan usahawan teksi. Hal tersebut turut dibidas oleh Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan beliau sendiri pernah memberi 3,000 permit teksi individu kepada pemandu teksi semasa memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekitar 2008 dan 2009. - MediaUMNO |
Tsunami Politik Telah Berlalu, Permatang Pauh Bakal Milik BN Posted: 29 Mar 2013 03:08 AM PDT PERMATANG PAUH, 29 Mac – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, tsunami politik yang berlaku pada tahun 2008 telah berakhir dan tidak akan berulang lagi. Justeru beliau yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja bakal menyaksikan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN). Ujarnya, ketegasan dan kebijaksanaan dasar-dasar transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa satu dimensi baru kepada rakyat negara ini. Ini kerana jelas beliau lagi dasar rakyat didahulukan telah berjaya menyentuh hati rakyat untuk kembali menaruh harapan kepada BN. "BR1M misalnya telah memberi impak yang besar kepada kemakmuran masyarakat. Bantuan-bantuan lain juga telah memberi manfaat kepada seluruh golongan masyarakat tanpa mengira kaum,agama, bangsa dan umur. "Transformasi ini telah disambut baik oleh semua lapisan pimpinan dan tidak ketinggalan dasar denyutan Nadi Rakyat juga disambut baik oleh kami di Permatang Pauh. UMNO Permatang Pauh bersama seluruh pimpinan komponen sentiasa merancang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk mendekati rakyat secara total. "Parlimen ini terdiri daripada tiga DUN iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Dengan jumlah pengundi seramai 70,760 orang, sudah tentulah ianya memerlukan perancangan yang jitu bagi menarik dan memberi keyakinan kepada rakyat seterusnya memastikan BN berjaya menawan kerusi parlimen ini," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah beliau, kekalahan pada PRU yang lalu telah memberi pengajaran seterusnya menyuntik keyakinan kepada pimpinan BN Permatang Pauh untuk merapatkan saf persefahaman di antara parti komponen. Abdul Jalil turut menjelaskan, usaha tidak kenal jemu ini telah menampakkan hasil apabila rakyat mula memberi reaksi positif terhadap setiap program yang dianjurkan oleh UMNO dan BN. Usaha berterusan yang sentiasa konsisten ini telah menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa BN sentiasa mengutamakan rakyat. "Setiap aktiviti yang digerakkan oleh penyelaras-penyelaras semua peringkat, tidak akan membelakangkan kaum-kaum lain. Kita sentiasa menumpukan kepada semua kaum. Sebab itu, program kita mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kaum minoriti iaitu Siam. "Kita mahu pastikan bahawa BN akan berjaya merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh. Kita juga telah melancarkan pelancaran gembur 'Permatang Pauh BN Punya'. Program ini pastinya akan membuka mata mereka yang kurang mesra yang sentiasa menggambarkan kononnya UMNO Permatang Pauh sering bergolak. "Ini adalah cerita lama yang diulang tayang oleh mereka yang mempunyai kepentingan hawa nafsu politik rakus. Ini semua adalah bertujuan melemahkan semangat dan jentera kita," terangnya lagi. - MediaUMNO |
PR Manifesto’s RM49.5 Billion Spending Cut Claim Untenable, Says Ahmad Husni Posted: 29 Mar 2013 02:54 AM PDT PUTRAJAYA, March 29 – Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah has rubbished claims by the Pakatan Rakyat (PR) in its manifesto that a PR government could cut revenue expenditures by RM49.5 billion as untenable, saying this shows the opposition’s lack of accountability. PR’s calculation of spending cuts based on the 24 per cent savings the Selangor state government was able to make for allocations for roadwork projects shows the opposition’s tendency toward unrealistic promises, adding the comparisons are not accurate and could confuse the people. “Considering the federal government’s expenditures are bigger than a state government’s, every saving should be seen in detail and by item,” he told reporters after a media conference here today. He said some expenditures allocated under the Federal Constitution, such as fixed liabilities and emoluments to the states, cannot be reduced. “This saving of RM49.5 billion is equivalent to the country’s development allocation for a year, which means the government would not be able to build schools, hospitals, roads and other public amenities to meet the people’s needs,” he said. On the opposition’s plan to reduce petrol prices, Treasury Secretary-General Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah said every 10 sen reduction in the petrol price would cost the government RM2.3 billion, adding the oppositions’s manifesto is only a populist move that could lead to economic destruction. |
Dulu Salah Kira, Sekarang Silap Taip.. Guan Eng Memang Pakar Akauntan Putar Angka Posted: 29 Mar 2013 02:12 AM PDT PULAU PINANG, 29 Mac – Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus dibidas berhubung alasan tersalah taip kos pembinaan projek teorowong dasar laut di Pulau Pinang. Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin, Guan Eng yang mempunyai latar belakang sebagai akauntan menjadikannya seorang pakar kreatif memanipulasi akaun dan angka. Kerana itulah kata beliau Guan Eng amat gemar menggunakan angka dalam setiap kenyataan yang diberi. "Ini bukan kali pertama dia mengelirukan rakyat dengan angka. Jika kita tidak pandai, memang kita akan menerima apa sahaja kenyataan Guan Eng tetapi apabila terperangkap, alasan tidak logik akan diberikan. Dengan latar belakang seorang akauntan, menjadikan dia amat pakar untuk memanipulasi angka. "Amatlah tidak masuk akal alasan yang diberinya iaitu salah taip. Dulu semasa pemilihan Jawatan Kerja Pusat (CEC), alasannya salah kira, kali ini salah taip dan Guan Eng mahu semua orang menerima alasannya ini. Adakah patut seorang Ketua Menteri mengulangi kesalahan yang sama berulangkali dan memberikan alasan tidak munasabah bila terperangkap. "Kemudian seperti biasa mereka akan salahkan Barisan Nasional (BN). Yang boleh buat salah mereka tetapi orang lain tidak boleh. Jika kita tidak desak sudah pasti kehilangan RM2.25 billion tidak akan diketahui rakyat. Adakah DAP menganggap rakyat begitu bodoh?," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Shaikh Hussein, inilah rupa sebenar DAP. “Mereka hanya mahu kelirukan rakyat kononnya kos sebenar yang diumumkan melebihi RM8 billion telah dapat dikurangkan kepada RM6.3 billion. Tetapi DAP lupa, jumlah sebenar yang telah diumumkan terlebih dahulu untuk pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya adalah RM4.08 billion. "Apabila BN Pulau Pinang terus mendesak berkenaan peningkatan jumlah kos ini barulah mereka membuat kenyataan kononnya salah taip. Logik ke alasan seperti ini? Layakkah orang seperti ini mahu memimpin negara? "Sekiranya nanti apabila mereka telah mendapat mandat memimpin negara dan perkara seperti ini terjadi, adakah alasan bodoh seperti itu juga mahu diberikan kepada rakyat… Jadi, pada PRU-13 akan datang saya berharap rakyat tidak akan silap ketika mengundi. "DAP harus disingkirkan dari negeri ini kerana mereka tidak layak terus memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang. Di tangan mereka, ekonomi negeri ini turut merudum," ujarnya lagi. - MediaUMNO |
Pakatan Pembangkang Umpama ‘Bom Jangka’ – Ruslan Kassim Posted: 29 Mar 2013 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Mac – Senario politik Pakatan Pembangkang yang dilihat semakin kritikal ekoran ketidaksefahaman dan kesepakatan antara parti-parti gabungan di dalam beberapa isu, ditambah pula dengan kemelut dalaman yang berlaku di dalam parti masing-masing, diumpamakan seperti 'time bomb' oleh Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Roslan Kassim. Beliau berkata sedemikian berdasarkan senario politik Pakatan Pembangkang yang memperlihatkan ketidaksefahaman di antara parti-parti gabungan Pakatan Pembangkang, ditambah pula dengan kemelut dalaman yang berlaku di dalam parti masing-masing dalam tempoh masa yang agak lama. Sebagai contoh kata Ruslan, pengalamannya selama lima tahun bersama PKR ketika mula ditubuhkan lagi, memperlihatkan pertembungan ideologi sesama puak-puak yang wujud di dalam PKR ketika itu sudah mula menampakkan tanda-tanda perbalahan dan ketidaksefahaman yang bakal mewarnai senario politik parti tersebut. "Saya akui begitu banyak pertembungan ideologi antara puak-puak tertentu seperti pendokong idelogi perjuangan Islam, sosialis, cauvinis dari bangsa India, Cina, liberalis dan lain-lain lagi yang bergerak di dalam parti tersebut. "Apa yang menjadi masalahnya apabila setiap puak berusaha untuk menjadikan ideologi mereka itu supaya menjadi dasar atau teras idelogi politik bagi parti. Ia bukan lagi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara sebaliknya sudah bertukar menjadi perjuangan mempertegakkan kepentingan peribadi atau puak masing-masing di dalam parti. "Perkara ini pasti mewujudkan pertembungan ideologi yang cukup ketara diantara sesama ahli yang pada ketika itu telah mula menampakkan bibit-bibit awal perpecahan di dalam parti," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Perkara yang sama menurut beliau berlaku turut berlaku di dalam DAP dan juga Pas apabila kemelut pertembungan ideologi politik dalaman kedua-dua parti kini semakin ketara. "Sebagai contoh di dalam DAP, pertembungan ideologi cauvinis yang didokong oleh Dinasti Lim dan pendokong ideologi liberal tidak dapat disorokkan lagi. Kita boleh lihat adanya desas-desus penyingkiran Karpal sewaktu pemilihan parti, pemilihan CEC yang penuh kontroversi dan tindakan beberapa ahli DAP yang tampil membantah keputusan kepimpinan pusat sejak akhir-akhir ini. "Begitu juga di dalam Pas, pertembungan antara pendokong ideologi sekular,liberal dan pendokong ideologi kepimpinan ulama sudah tidak dapat dirahsiakan lagi. Kita dapat lihat hari ini, beberapa ahli-ahli atau kepimpinan yang tidak mendokong pergerakan sekular dan liberalis di dalam Pas, akan dipecat atau dipinggirkan. "Malah ramai ahli-ahli dan juga kepimpinan Pas yang mendokong ideologi kepimpinan ulama mula memprotes malah ada yang bertindak keluar parti," ujarnya. Justeru itu beliau meyeru rakyat agar tidak tertipu dengan lakonan yang diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang yang menggambarkan seolah-olah mereka itu mempunyai persefahaman yang baik dan bersatu padu. "Seperti yang saya katakan tadi, Pakatan Pembangkang seumpama 'time bomb' yang bila-bila masa boleh meletup. Katakanlah jika kita serahkan pentadbiran negara kepada mereka, tiba-tiba mereka meletup , hancur lalu menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku di negara kita. Sudah tentulah yang menjadi mangsa adalah kita, sebagai rakyat di negara ini," ujarnya. -MediaUMNO |
PPSB Minta Kerajaan Negeri Perjelas Kedalaman Projek Terowong Dasar Laut Posted: 29 Mar 2013 01:14 AM PDT GEORGE TOWN, 29 Mac – Penang Port Sdn Bhd (PPSB) hari ini meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung kedalaman projek terowong dasar laut sepanjang 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar berkata kerajaan negeri perlu mengemukakan maklumat terperinci berhubung projek itu memandangkan lokasi pembinaannya pastinya akan menyekat laluan kapal-kapal besar di sebelah utara, sekali gus mempengaruhi operasi PPSB. “Kita nak tahu berapa kedalaman terowong itu nanti… mereka (kerajaan negeri) kata 14 meter. Kita mahu 17 meter ke 20 meter. Apa akan berlaku sekiranya terowong itu, menyekat laluan kapal. “Kita tak tahu apa akan berlaku pada tahun 2025, 2030.. kapal semakin besar dan laluan kapal perlu lebih dalam, baru kapal boleh masuk,” katanya pada siding akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja PPSB di sini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq. Ahmad berkata kerajaan negeri sepatutnya berbincang dengan PPSB terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membina terowong dasar laut berkenaan. “Kami dijemput selepas mereka membuat keputusan membina terowong, ini tidak adil dan ini bukan caranya,” katanya. Sementara itu, Nor Mohamed berkata tindakan kerajaan negeri menjemput orang awam berbincang selepas memutuskan untuk membina terowong itu jelas membuktikan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mempunyai pengalaman mentadbir negeri. “Kepimpinan yang baik, cara dia buat kerja sebelum buat satu keputusan dia akan bincang dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat. “… lepas tu buatlah keputusan. Itu cara seorang pemimpin sebuah kerajaan yang bijaksana, tahu mentadbir,” kata Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor. Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar berasingan di sini Ketua Publisiti Barisan Nasional (BN) negeri Tan Cheng Liang berkata BN Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan terowong dasar laut itu kerana ia akan menjejaskan ekonomi Pulau Pinang berikutan kapal-kapal besar akan dihalang memasuki kawasan pelabuhan. “Selama ini, lebih 90 peratus pelabur membawa masuk barangan melalui jalan laut kerana kos lebih murah dan jika mereka gagal berbuat demikian pasti Pulau Pinang akan terjejas teruk terutama pekerja kilang dan industri hiliran,” kata Tan yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Katanya BN negeri juga mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai ‘salah taip’ kos pembinaan projek terowong berkenaan tindakan itu didakwanya cuba menipu rakyat Pulau Pinang. “Bagaimana semua itu (salah taip) boleh terjadi sedangkan perjanjian bagi projek berkenaan melibatkan syarikat luar negara, adakah syarikat itu juga melakukan perkara sama (salah taip). “Rakyat Pulau Pinang perlu tahu perkara sebenar kerana ia (projek terowong) melibatkan kos yang besar. Sudah sampai masanya rakyat negeri ini buka mata dan minda, lihat permainan kerajaan negeri yang cuba menipu (rakyat Pulau Pinang),” katanya. Akhbar melaporkan, Lim memberi alasan berlaku masalah ‘silap taip’ dalam pengumumannya mengenai peningkatan kos sebanyak RM2.2 bilion bagi pembinaan projek terowong dasar laut yang sebelum ini dilaporkan hanya RM4.08 bilion dan terkini berjumlah RM6.3 bilion. |
Khidmat Pemimpin BN Untuk Rakyat Tetap Dilaksanakan Walaupun DUN Terbubar Posted: 29 Mar 2013 12:53 AM PDT SEREMBAN 29 Mac – Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sudah pun dibubar, namun kerajaan negeri melaksanakan tugas seperti biasa kerana Menteri Besar bertanggungjawab dan mengalas tugas untuk mentadbir negeri sehinggalah terbentuk kerajaan baru melalui pilihan raya. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rakyat negeri itu tidak perlu gusar dengan apa yang berlaku, malah mereka boleh menjalankan urusan seperti sebelum ini serta mendapatkan perkhidmatan daripada bekas wakil rakyat jika berhadapan dengan masalah atau ingin mendapat apa jua bantuan. ""Untuk kita bertugas, bukannya dikira kepada wakil rakyat kerana perkhidmatan kita tetap berjalan, kerana bukan disebabkan itu kita tidak menjadi wakil rakyat kita tidak boleh membantu, kerana sebelum DUN terbubar dulu, di kawasan yang kalah kita ada pusat-pusat masyarakat BN (Barisan Nasional) walaupun mereka ini pun bukannya wakil rakyat. "Soal rakyat keliru, selepas DUN terbubar adanya tempat untuk rakyat untuk mengadu tidak timbul, kerana saya sudah mengadakan pertemuan dengan bekas-bekas wakil rakyat pastikan kita sebagai pemimpin masyarakat akan kita teruskan dan jangan kita berhenti," katanya kepada UMNO-Online. Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana dengan urusan seharian pentadbiran kerajaan negeri serta perkhidmatan yang diberi kepada rakyat selepas DUN Negeri Sembilan dibubarkan selepas cukup tempoh selama lima tahun. Menurutnya, rakyat boleh pergi ke pusat khidmat untuk mendapatkan apa jua bantuan yang diperlukan walaupun tiada wakil rakyat kerana pemimpin yang dipilih itu adalah berkhidamat untuk rakyat walaupun tidak lagi menjawat jawatan sebagai Adun. Jika BN diberi kepercayaan untuk meneruskan perkhidmatan sebagai pentadbir di Negeri Sembilan selepas pilihan raya nanti, Mohamad berkata beliau akan meneruskan usaha serta perancangan yang dibuat sebelum ini untuk mensejahterakan rakyat negeri itu sama ada dari sudut ekonomi, pembangunan dan prasana untuk kemudahan rakyat. Menurutnya telah banyak perubahan dan tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia dan tidak ketinggalan kepada rakyat Negeri Sembilan. "Misalnya Negeri Sembilan tidak hendak sehaluan dengan kerajaan pusat, kita hendak hidup macam mana, negeri yang kaya seperti Selangor pun tak boleh hidup, tanpa bantuan kerajaan pusat `no way' (tidak mungkin) untuk mereka maju," katanya. Menurutnya, setiap pelabur yang ingin memastikan kestabilan politik menjadi asas utama kepada mereka untuk membuat sebarang pelaburan, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada rakyat untuk memastikan kestabilan politik itu berkekalan. Ikuti temu bual esklusif bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di umno youtube:- |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment