SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, March 23, 2013

UMNO Online - “Apa Punya Jenis Pemimpinlah Kalau Suka Lompat Kawasan?” plus 9 more

UMNO Online - “Apa Punya Jenis Pemimpinlah Kalau Suka Lompat Kawasan?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Apa Punya Jenis Pemimpinlah Kalau Suka Lompat Kawasan?

Posted: 22 Mar 2013 06:42 AM PDT

Pembangkang di negara ini tidak pernah terlintas di hati mereka untuk membela nasib rakyat jelata.

Mereka suka membuat janji-janji yang lebih manis daripada gula dan madu, dan apabila mereka berjaya mempengaruhi rakyat lalu diberi kepercayaan untuk memerintah, pembangkang selalu pula gagal menggotakan janji.

Rakyat kecewa tetapi lebih mengecewakan tempoh lima tahun memerintah yang diamanahkan disalahgunakan untuk mengukuhkan kuasa politik, menimbun kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.

Negeri yang ditadbir ketinggalan ke belakang dari segi pembangunan sosio-ekonomi kerana pembangkang sibuk berceramah ke sana ke sini siang dan malam tanpa menyedari tugas utama mereka ialah kepada rakyat bukannya mendendangkan lagu politik tanpa henti.

Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti.

Bukti pemimpin pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi ialah kegemaran mereka untuk melompat dari satu kawasan ke satu kawasan bagi kepentingan politik mereka bukannya rakyat.

Khabarnya di Permatang Pauh, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak tentu arah seperti cacing kepanasan kerana beliau mendapat tahu kerusi tradisinya tidak lagi selamat pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Walaupun sudah menyandang sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh sejak 1982 (kecuali dari tahun 1999-2008), Anwar sudah lagi peduli pengundi di kawasan itu yang setia bersamanya.

Yang lebih penting bagi Anwar ialah menyelamatkan karier politiknya bukan membela rakyat yang menyokong.

Alasan bodoh yang diberikan oleh seorang yang bergelar Ketua Pembangkang untuk menjustifikasi tindakan untuk bertanding samada di Perak atau Selangor adalah atas permintaan rakyat di kawasan terbabit!

Begitu juga dengan Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang yang bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur dan mahu bertanding di Gelang Patah, Johor pula.

Kit Siang lebih banyak melompat daripada Anwar bermula dari kawasan parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 kemudian berhijrah ke Kota Melaka pula lepas sepenggal.

Kit Siang lebih banyak melompat daripada Anwar bermula dari kawasan parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 kemudian berhijrah ke Kota Melaka pula lepas sepenggal.

Dari Melaka beliau bertanding pula di kerusi Petaling Jaya pada 1978 dan empat tahun kemudian balik ke Kota Melaka.

Oleh kerana terlalu yakin Pulau Pinang jatuh ke tangan Dap, Kit Siang lari ke Parlimen Tanjong pada 1986 dan akhirnya apabila partinya tewas dengan teruk, terus meloncat ke Ipoh Timur pada 2004.

Melihat kepada kronologi penghijrahan pemimpin pembangkang yang kerap bertukar kerusi, terbuktilah mereka hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk memajukan diri sendiri dalam politik.

Ini berlainan pula dengan wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang kekal di kawasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat tanpa henti sehinggalah mereka meninggal dunia atau bersara daripada politik atau tidak dicalonkan lagi.

Hakikatnya ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN bukannya seperti katak-katak pembangkang yang suka melompat ke sana ke sini asalkan ada kolam yang enak untuk mereka berenang.

Dalam pas ada juga pemimpin yang seperti kera melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain seperti Mat Sabu.

Pad mulanya beliau memenangi kerusi parlimen Nilam Puri, Kelantan walaupun berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dari Nilam Puri, Mat Sabu lari pula meninggalkan pengundinya di situ ke Kubang Kerian pada tahun 1999.

Kemudian beliau melompat pula ke kerusi Kuala Kedah dan menang tetapi seperti tupai yang pandai melompat akhirnya kecundang juga apabila bertukar angin ke kerusi Kuala Terengganu pada PRU ke 12.

Kini bekas wakil rakyat yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang itu mahu balik ke Kedah atau bertanding di Selangor pula.

Kini bekas wakil rakyat yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang itu mahu balik ke Kedah atau bertanding di Selangor pula.

Semua pemimpin pembangkang sudah tahu kerusi yang mereka tandingi dahulu sudah tidak selamat dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap BN yang amat mengkagumkan.

Sebab itu mereka kini bercemperai lari lintang pukang mencari kawasan selamat untuk berlindung daripada taufan BN yang bakal meranapkan pembangkang.

Malah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang kini mewakili parlimen Kubang Kerian sudah siap sedia untuk berhijrah ke Johor pula.

Kesimpulannya pemimpin pembangkang seperti Anwar, Kit Siang, Mat sabu dan Salahuddin hanya pentingkan periuk nasi politik mereka sahaja dan tidak peduli samada nasib pengundi atau rakyat di kawasan yang mereka wakili terbela atau tidak.

Bagi pembangkang yang penting, survival politik perlu diutamakan dan kepentingan peribadi wajib didahulukan.

Mr Beruang Biru

BN Mampu Menang Sekurang-kurangnya 25 Kerusi DUN N.Sembilan – Rais

Posted: 22 Mar 2013 05:47 AM PDT

SEREMBAN, 22 Mac –  Barisan Nasional (BN) dilihat mampu memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai parti pemerintah di negeri ini.

Anggota Parlimen Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ramalan itu berdasarkan usaha dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri BN yang telah banyak memberi faedah kepada rakyat.

“Saya yakin daripada 36 kerusi DUN (di Negeri Sembilan), kerajaan negeri mesti menang dan mendapat (memenangi) sekurang-kurangnya 25 kerusi,” katanya semasa berucap pada Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Kenali Jiran di perkarangan Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, di sini, Jumaat.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata justeru itu, bagi memastikan masa depan yang lebih baik, rakyat pada PRU-13 perlu memilih calon yang dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

“Kalau kita lihat, apa yang telah dilakukan oleh Anggota Parlimen dan Adun di kawasan (diwakili pembangkang)? Mereka tidak berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, justeru banyak masalah rakyat seperti longkang tersumbat, tangki bocor dan sebagainya tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Rais berkata rakyat juga tidak boleh mengundi calon yang hanya memperjuangkan nasib sesetengah kaum sahaja sebaliknya memilih calon yang mampu memperjuangkan nasib seluruh masyarakat.

Selain itu, katanya rakyat perlu sedar bahawa pembangkang sememangnya kerap mengajak menukar kerajaan, namun ia hanya cakap kosong yang tidak cukup untuk menjamin masa depan rakyat jika mereka memerintah.

Sementara itu, Rais berkata kementeriannya akan melaksanakan Program Kenali Jiran ke seluruh negara bagi merapatkan hubungan dan memastikan masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni.

“Antara Melayu dan Cina, Cina dengan India, India dengan Melayu, kita jadikan persahabatan kita dan dengan itu kita akan lebih mesra,” katanya.

Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan komputer riba 1Malaysia dan bantuan barang-barang keperluan harian kepada beberapa penduduk rumah pangsa tersebut. -

Empat Pesanan Kepada Pemimpin Dan Penyokong BN Sebelum PRU -13

Posted: 22 Mar 2013 05:27 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 22 Mac –  Timbalan Perdana Menter,i Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi empat pesanan penting kepada pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) demi untuk meneruskan prinsip perjuangan parti selepas 56 tahun memerintah.

Pesanan itu ialah setiap anggota BN perlu memberi penekanan kepada soal perpaduan dalam parti, tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti, menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan dan berjumpa pengundi yang menjadi penentu kepada nasib BN untuk lima tahun lagi.

“Jangan timbulkan perpecahan dan keretakan sesama kita, setakat hari ini saya tak dengar lagi, saya harap tidak ada cerita soal perbalahan. Sampai masanya untuk kita ketepikan permasalahan kerana ia akan memberi kesan kepada kita untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru di Rhu Rendang, Marang di sini, Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat pasti akan menolak mana-mana parti atau calon yang bermasalah kerana mereka perlukan parti dan pemimpin yang kuat untuk membela nasib mereka.

“Kalau rakyat tahu parti ada masalah, mereka akan kata “kamu sendiri tidak dapat selesaikan isu sesama kamu bagaimana kamu (nak) menolong kami”.

Muhyiddin juga berkata calon yang dipilih pucuk pimpinan parti dari peringkat bahagian, negeri dan pusat seharusnya diberikan sokongan penuh daripada seluruh anggota BN di kawasan tersebut.

“Soalnya pihak pimpinan telah membuat penilaian (calon) dan penilaian ini mengambil masa yang panjang,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan rundingan antara parti komponen BN bagi pemilihan calon dibuat secara terbuka dan telus di peringkat bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan calon bukan setakat boleh menang, tetapi menang dengan cemerlang.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota BN juga diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah disaat-saat penting dalam menghadapi PRU-13 kali ini.

“Jangan buat masalah, jangan buat masalah baharu di ambang pilihan raya tidak lama lagi…isu kena diketepikan dan tunjukkan perpaduan kita,” katanya.

Muhyiddin berkata semua anggota BN tidak kira pemimpin ataupun anggota biasa seharusnya turun padang untuk berjumpa rakyat dan pengundi kerana pengundi adalah ‘raja’ ketika musim pilihan raya.

“Bagi saya pengundi adalah ‘raja’, bila jumpa pengundi kita bagi salam, tanya khabar dan dengar cerita (masalah) mereka sebaiknya supaya mereka berasa kita memberi perhatian kepada mereka,” katanya.

Mengulas tentang program Gelombang Biru yang dihadiri lebih 10,000 penduduk sekitar Marang, Muhyiddin berkata beliau dapat merasakan sokongan rakyat kepada BN khasnya di Terengganu semakin kuat.

Katanya segolongan orang Melayu, Cina dan India yang sebelum ini menyokong pembangkang kini sudah kembali menyokong BN begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Apa yang berlaku hari ini adalah satu manifestasi baharu kesedaran rakyat termasuk di beberapa negeri yang dikuasai pembangkang,” katanya.

Dakwaan Tawar Wang : Sila Saman Eskay

Posted: 22 Mar 2013 04:11 AM PDT

N.Surendran, budak estet yang berjaya menjadi peguam kerana sistem pendidikan negara yang telus dan adil dibawah pemerintahan kerajaan BN, hari ini dengan megah mendakwa sesiapa juga yang bawa cerita bohong tentang Anwar akan disaman sampai muflis.

Kenyataan Surendran itu dibuat semasa memfailkan saman berjumlah RM 100 juta terhadap seorang blogger yang didakwa memfitnah Anwar berhubung penyebaran satu video klip yang menunjukkan perlakuan seks sejenis.

Dari cara ia diucapkan, seolah-olah Surendran pasti 100% bahawa apa jua kes saman membabitkan Anwar di Mahkamah akan dimenangi ketua pembangkang tersebut.  Macam dia pulak hakim, walhal dia peguam saja pun.  Tak tahulah kalau lain-lain kira di belakang dengan hakim kan.

Anwar tahu sajalah.

Tapi itu nantilah kita sembang, hari ini penulis lebih berminat nak merujuk kepada dakwaan terbaru Datuk Eskay Abdullah yang dibuat melalui rakannya Tan Sri Rahim Tamby Chik bahawa Anwar cuba menawarkan sejumlah wang yang banyak kepada Eskay supaya beliau menandatangani akuan bersumpah yang menafikan pembabitan Anwar dalam satu video seks dengan pelacur China.

Eskay, macam yang kita sedia maklum, sering terlepas dari tindakan undang-undang oleh Anwar.  Selain beliau, ada juga ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, turut mendapat 'imuniti' dari disaman Anwar, tak kiralah apa yang dikatakan beliau mengenai Anwar

Persoalannya sekarang, bila Anwar nak saman semua orang tu?

Pandai pulak Anwar pilih-pilih nak saman orang mana satu ya.  Walhal kalau nak diikutkan kepada damaging, besar juga dakwaan yang dibuat oleh orang-orang ini, tapi pelik, kenapa dia tidak saman?

Baru-baru ini pun ada seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes Anwar meliwat Saiful dulu bernama Yuktes Vijay tampil dengan cerita sebenar di sebalik kes tersebut, sepatutnya Anwar di dapati bersalah, tapi kerana kelemahan pegawai penyiasat, hakim berasa tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut, bukan sebab tak liwat.

Sekali lagi, bila Anwar nak saman Yuktes?

Jadi kesimpulannya, toksah Surendran nak temberang banyaklah.  Setakat saman RM 100 juta, dapat RM 100 ribu (itupun belum tentu, silap-silap selesai luar Mahkamah), tak siapa pun yang boleh bankrap.

Lagipun, rakyat bukan bodoh nak nilai konsistensi Anwar dalam bab saman menyaman ni.  Dengan orang ini cakap lain, dengan orang itu cakap yang lain pulak.

mykmu.net

Anwar Tinggal ‘Sisa’ Untuk Dicuci Calon Baru Permatang Pauh

Posted: 22 Mar 2013 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 22  Mac  –  Sesiapa yang menjadi calon PKR di Permatang Pauh jika benar penyandangnya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di negeri lain pada pilihan raya umum ke-13 nanti, ianya adalah satu kerja yang cukup gusar.

Umpama meninggalkan sisa untuk dicuci oleh pihak lain, begitulah senario kepada gambaran yang akan berlaku di Permatang Pauh setelah banyak rungutan oleh penduduk setempat terhadap khidmat Ahli Parlimen mereka hari ini, kata Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.

Menurut beliau Anwar jangan ingat sesuatu yang mudah bagi mana-mana penganti beliau untuk mempertahankan kawasan berkenaan kerana rakyat khususnya pengundi di kawasan tersebut cukup bijak membuat penilaian.

"Anwar jangan ingat sesiapa yang bertanding di sini atas tiket PKR boleh menang dengan mudah kerana percayalah berita mengejutkan akan menghantui beliau sejurus keputusan pilihan raya umum diumumkan kelak.

"Ini kerana pengundi Permatang Pauh akan melihat siapa calonnya dan bukannya kerana PKR itu ada kekuatan tersendiri di sini. Ini ditambah pula dengan 'track tecord' Anwar sebagai Ahli Parlimen sebelum ini, ianya sudah pasti menyukarkan laluan kelak," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi pengundi di kawasan tersebut telah arif siapakah Anwar dan apakah pula itu PKR yang saban hari sekadar berceramah politik semata-mata.

Zaidi seterusnya menambah sesiapa juga yang dicalonkan oleh PKR pergerakan itu bersama seluruh jentera akan berganding bahu bagi membantu memastikan kemenangan BN kelak.

"Persoalan Anwar bertanding di sini atau tidak bukanlah perkara pokok. Gerak kerja kita sama sahaja kerana nawaitu kita adalah untuk membantu kemenangan BN.

"Begitulah juga sebaliknya…Sesiapa juga calon BN di kawasan ini, kita akan berusaha keras untuk membawa perubahan bersama-sama dengan penduduk Permatang Pauh hari ini yang saya percaya turut sama ingin melihat perubahan apda pilihan raya umum kali ini," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin akan bertanding di Perak atau Selangor pada pilihanraya umum nanti.

Beliau yang ditanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini tentang hasrat beliau sama ada untuk terus mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh beliau sebelum ini di Permatang Pauh atau tidak.

Anwar memberitahu, sehingga sekarang beliau  berhasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Namun, beliau turut memberitahu ada menerima pelawaan untuk beliau bertanding di Selangor dan juga di Perak.

"Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh, namun saya juga turut menerima jemputan agar bertanding di Selangor dan juga Perak.

Hubungan Baik Pemimpin Dan Masyarakat Penting Jayakan Transformasi Negara

Posted: 22 Mar 2013 03:47 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 22 Mac – Agenda transformasi negara tidak dapat dilahirkan sekiranya tanpa hubungan dan sokongan baik pemimpin dan masyarakat demi menjayakan program yang disusun kerajaan Barisan Nasional, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata pelaksanaan transformasi berterusan yang berjaya dijalankan kerajaan pusat sejak tiga tahun lepas dan kejayaan-kejayaan yang dicipta, merupakan hasil bantuan kerajaan negeri dan didukung oleh rakyat.

“Apa yang dibukukan dalam laporan tentang pencapaian kerajaan menerusi program transformasi baru-baru ini bahawa usaha yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mencatat kemajuan yang luar biasa.

“Ini jelas terbukti bahawa dengan kesungguhan kepimpinan Negara melaksanakan perubahan-perubahan besar di negara kita dari segi program transformasi ekonomi, program transformasi kerajaan, program transformasi politik dan sosial, maka semua bidang yang disebutkan mencatat pencapaian yang luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan rakyat yang dihadiri lebih 10,000 orang di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Kampung Petai Bubus, di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta para barisan exco kerjaaan negeri dan wakil-wakil parti komponen BN.

Muhyiddin dan isteri terdahulu sempat meluangkan masa menziarah warga emas Tuan Kamariah Tuan Dalam, 95, yang menghidap penyakit angin ahmar di Kampung Petai Bubus, Manir selepas solat Jumaat di masjid kampung itu.

Timbalan perdana menteri berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menyaksikan kerajaan melaporkan kepada rakyat setahun sekali tentang apa yang kerajaan rancangkan dan kejayaan yang dicapai.

“Kita sentiasa terbuka dan mengamalkan sikap yang telus dalam apa jua usaha yang kita lakukan dan tidak ada apa yang mahu kita selindungkan,” katanya.

Muhyiddin berkata langkah transformasi itu membolehkan kesejahteraan Negara bukan hanya dikecapi golongan berkemampuan, tetapi juga dinikmati setiap anggota masyarakat menerusi pelbagai bantuan kerajaan.

Beliau berkata menerusi usaha transformasi juga, kadar kemiskinan Negara mencapai satu tahap yang paling rendah pada masa kini iaitu hanya 1.7 peratus rakyat Malaysia dalam golongan miskin.

Malah, ujarnya, perdana menteri juga telah menyatakan bahawa keadaan ekonomi yang begitu baik tahun lepas mencatatkan kadar pertumbuhan meningkat 5.6 peratus.

Menteri Pelajaran itu turut mengucapkan tahniah kepada Terengganu yang muncul negeri paling cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk projek pembangunan kawasan parlimen Kuala Nerus termasuk RM160,000 untuk memperbaiki Masjid Kampung Petai Bubus.

Pembangkang Baru Mimpi Kurangkan Beban Rakyat Sedangkan BN Sudah Realitikan

Posted: 22 Mar 2013 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Manifesto pakatan pembangkang yang menggariskan tawaran untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat sebagaimana yang terkandung dalam cabang kesejahteraan rakyat telah pun dimanifestasikan oleh Barisan Nasional selama ini, kata Exco Pergerakan Puteri UMNO, Idamoerni Zakaria.

Katanya, dalam menangani kos sara hidup rakyat yang diperkenalkan, kerajaan telah berjaya membawa manfaat kepada kehidupan masyarakat khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

"Manifesto yang disajikan pembangkang hanyalah kata-kata tanpa bukti sedangkan kerajaan BN telah pun aplikasikan melalui pelbagai bantuan yang diberikan secara langsung kepada kumpulan sasar," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya dalam manifesto pembangkang mereka menyatakan bahawa rakyat terbeban berikutan kos sara hidup yang tinggi sedangkan gaji dan upah yang diterima tidak meningkat.

"Kerajaan telah melaksanakan pendekatan yang bertanggungjawab dengan melihat semua keperluan dan kepentinmgan setiap individu serta membantu meringankan permasalahan dengan memberikan pelbagai bantuan.

"Sebelum ini kerajaan memberikan subsidi tetapi sedar bahawa wujudnya ketirisan apabila golongan yang berpendapatan tinggi juga turut mendapat keuntungan lantas ia diubah dalam rangka memastikan subsidi benar-benar memanfaatkan kumpulan sasar, iaitu dengan mengambil keputusan untuk melanjutkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan memperluas lagi skop program ini kepada individu bujang."

Dilaporkan, untuk bayaran terbabit melibatkan peruntukan sejumlah lebih 2.34 bilion ringgit dan memanfaatkan lebih 6 juta rakyat Malaysia.

"Inilah kerajaan yang bertanggungjawab dan bukannya sebagaimana pakatan pembangkang yang menjanjikan sesuatu yang tak pasti, nampak cantik atas kertas tetapi bagaimana pelaksanaannya tidak dijelaskan malah manifesto yang lalu juga tidak menjadi realiti."

Antara lain yang terkandung dalam manifesto pembangkang untuk mengurangkan beban rakyat adalah untuk menghapuskan monopoli atau penguasaan harga barang-barang kawalan.

"Atas inisiatif BN juga, rakyat kini mempunyai alternatif dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran iaitu mengaplikasikan Kedai Rakyat 1Malaysia. Ini dibuat untuk rakyat."

Katanya yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gelugor, melalui inisiatif jenama 1Malaysia, kerajaan telah memperluaskan lagi pembukaan menjadi 85 buah rangkaian semuanya selain sejumlah 168 Klinik 1Malaysia untuk memberi rawatan kepada lebih enam juta rakyat Malaysia dengan kos hanya satu ringgit.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang antara lain menyebut berkaitan pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit atau Baucer Sekolah 1Malaysia kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah melibatkan sejumlah 524 juta ringgit telah diperuntukkan dan usaha ini memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.

Selain itu, bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat tinggi di universiti serta kolej pula pemberian 250 ringgit sebagai Baucer Buku 1Malaysia memanfaatkan seramai lebih 390,000 pelajar dengan peruntukkan lebih 97.5 juta ringgit.

Sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat kerajaan juga melaksanakan inisiatif Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, Bantuan Tayar 1Malaysia, Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA serta Menu Rakyat 1Malaysia. - MediaUMNO

Johor Bakal Jadi Medan Pertempuran “Maut” Di Kalangan Pembangkang

Posted: 22 Mar 2013 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mac – Perebutan kerusi di kalangan parti pakatan pembangkang di Johor adalah bukti bahawa belum ada kesefahaman di kalangan kepimpinan parti di peringkat negeri walaupun pemimpin atasan menyatakan masalah berkenaan sudah lama diselesaikan antara parti terbabit.

Pensyarah dan Penganalisa Politik, Dr Shamsudin Mohd Alias berkata jika sebelum ini masalah berkenaan hanya didengari di Pulau Pinang dan Perak, kini masalah yang sama merebak di Johor membabitkan antara DAP dan PKR untuk kerusi parlimen.

"Pertelingkahan antara DAP dan PKR di Johor berpunca disebabkan kepimpinan DAP Johor yakin mereka mampu untuk memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya akan datang berbanding dengan PKR yang hanya dilihat sebagai penumpang kepada pakatan pembangkang di Johor.

"Masalah antara DAP dan PKR di Johor sebenarnya sudah lama berlaku sejak pilihan raya lalu, apabila DAP terpaksa melepaskan beberapa kerusinya kepada PKR, kegagalan PKR di Johor pada 2008 memberi  ruang kepada DAP untuk mengambil semula kawasan yang terpaksa dilepaskan sebelum ini.

"Di samping itu, mereka beranggapan bahawa PKR Johor hanya menumpang kepada DAP dan Pas kerana parti itu dilihat tidak mempunyai kekuatan sendiri  berbanding kedua-dua parti itu yang sudah lama bertapak di Johor," katanya kepada UMNO-Online.

Dr Shamsudin berkata, pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah pada pilihan raya akan datang adalah petunjuk bahawa pembabitan DAP diiktiraf kepimpinan pakatan pembangkang berbanding PKR, sedangkan Anwar adalah Ketua Umum PKR.

"Pengumuman Anwar itu, secara tidak langsung ia suatu pengiktirafan kepada DAP, kerana kerusi Gelang Patah diwakili PKR  pada 2008, sedangkan sebelum ini Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jua Meng telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding di situ.

"Ia adalah suatu tamparan untuk PKR Johor, apabila Anwar sendiri tidak merestui hasrat Chua untuk bertanding di Gelang Patah," katanya.

Ketika ditanya mengapa Anwar menyokong tindakan DAP itu, Dr Shamsudin menjelaskan bahawa Anwar terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin mendapatkan sokongan daripada DAP untuk memastikan dirinya dapat menjawat jawatan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

"Semua orang tahu, Anwar disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memerintah, tetapi hasrat itu terpaksa dipadamkan seketika apabila ada suara lain yang menginginkan Presiden Pas untuk jawatan berkenaan.

"Untuk itu, Anwar terpaksa bertindak sedemikian walaupun terpaksa mengorbankan partinya, dengan harapan DAP akan menyokongnya untuk jawatan berkenaan, inilah permainan Anwar dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita peribadinya," katanya.

Menurutnya, inilah pertama kali Anwar secara terang-terangan dan terbuka memberikan kenyataan serta sokongan berhubung isu kerusi yang bakal dipertandingkan oleh pembangkang pada pilihan raya akan datang, berbanding sikap berdiam dirinya sebelum ini jika perkara itu diajukan kepadanya. -MediaUMNO

Selangor Gov’t Approval For Luxury Housing Project Ridicules People’s Rights

Posted: 22 Mar 2013 03:18 AM PDT

KUALA KUBU BAHARU, March 22 – The Parti Keadilan Rakyat-led Selangor government’s voracious attitude to approve luxury housing project in golf recreational area in Serendah is an act that ridicules the people’s rights, Batang Kali assemblyman Datuk Mohd Isa Abu Kasim.

He said the profit-driven act was also a violation to the people’s rights to recreational area and comfortable house in the area.

“The area has 2,000 premises and the move taken by the Selangor government in approving the construction of luxury houses in the golf recreational area, which I believe to be sold at a price of over RM300,000, clearly violates the local residents’ rights because the recreational area is part of the facilities offered when they purchased their houses there.

“What more disappointing, they were not informed about the project. All of a sudden, they were denied entrance to the recreational area. No discussions, no nothing and they lost their rights to recreational activity just like that,” he told a press conference in Batang Kali near here today.

The residents’ protest against the project had long been made to the authority and it was reported in May last year that the developer’s application to build luxury houses in the area was rejected by the Hulu Selangor District Council on grounds that the area was gazetted as recreational and open space.

Mohd Isa said if similar projects were to be approved in other areas in the state constituency, local residents, especially in traditional villages such as Kampung Tok Pinang and Kampung Sri Serendah, would be doomed.

“The local residents, comprising mostly Malays, can hardly afford to buy the luxury houses, and when this happens, they will also lose the chance to have a better house.

“This is not the first time. The same thing has happened at Peransang Templer Golf Club area,” he said.

Mohd Isa said he had received numerous complaints from the residents and would try his best to help them.

However, he said he would not convene a direct meeting with the state government.

“They (state government administrators) are manipulative and bad at discussions. In the issue of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) land in Serendah, for example, the discussion was done with Khalid (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). During the discussion, he okayed everything. After that, he just seized it all.

“So, there is no use of discussing the issue with people like this. What’s better is for us to win back the state and let Barisan Nasional take care of the people’s wellbeing,” he added.

ORANG ASLI TERUS DAPAT PEMBELAAN

Posted: 22 Mar 2013 03:15 AM PDT

Orang Asli kerajaan kasihi,

Mereka dibantu apa sahaja,

Semua keperluan kerajaan beri,

Walaupun mereka tidak meminta.

 

Anak mereka sudah mahu belajar,

Sudah ada yang sampai ke Universiti,

Sekarang mereka sudah sedar,

Mesti belajar hingga IPT.

 

Penghidupan mereka berubah sudah,

Duduk berkampung dengan kemudahan,

Tidak lagi berpindah randah,

Hidup bahagia pandai berjiran.

 

Kepada Negara mereka setia,

Sanggup berkorban untuk Negara,

Kebajikan mreka sentiasa dijaga,

Bersama kita hidup bahagia.

 

Sudah ramai makan gaji,

Dengan kerajaan dan perkilangan,

asal hidup mendapat rezeki,

Mencari makan dengan kesungguhan.

 

Masih ramai bekerja sendiri,

Kerja tangan mereka usahakan,

Ada kerja mendapat rezeki,

berbagai kerja sumber pendapatan.

 

Jabatan Hal ehwal Orang Asli,

Pejabat mentadbir urusan mereka,

Kerajaan sediakan jabatan sendiri,

Mengurus mereka hidup bahagia.

 

Sudah ada wakil di Dewan Negara,

Demi kebaikan untuk mereka,

Bersama kita mereka berjaya,

Menjadi rakyat yang taat setia.

 

Dulu semasa zaman darurat,

Komunis ditentang bersama tentera,

Bersama menentang musuh keparat,

Untuk keamanan rakyat jelata.

 

Hingga ada pasukan sendiri,

Snoi Prak diberi nama,

Khidmat mereka disanjung tinggi,

Perkhidmatan mereka dikenali semua.

 

Tiada lagi Orang Asli,

Kita semua rakyat Malaysia,

Kepada Negara kta berbakti,

Untuk Malaysia terus berjaya.

 

Sudah duduk di rumah bati,

Sudah ada kereta sendiri,

Bermasyarakat dan bersatu padu,

Negara Malaysia mereka kasihi.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT