UMNO Online - “Insiden Pencerobohan Satukan Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Asas Politik” plus 9 more |
- Insiden Pencerobohan Satukan Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Asas Politik
- Ahli Parlimen Silam Cabar Anwar, Kit Siang Tanding Di Sabah
- No Other More Suitable Candidate Than Najib To Helm Nation, Says Dr Mahathir
- Kemelut Makin Parah, Pas Bakal Masuk Gelanggang PRU 13 Serba Tempang
- BN Kapar Yakin Menang Semua Kerusi Termasuk DUN Sungai Pinang
- MIC : 65 Pct Of Indian Voters In Perak Support BN
- Parlimen Terbubar Sendiri Boleh Dijadikan Amalan – Mohamad Hasan
- Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru – Polis
- Kerajaan BN Masih Pemerintah Yang Sah Sehingga 28 April
- Cepat Atau Lambat, Rakyat Selangor Sudah Loya Dengan Pentadbiran Pakatan
Insiden Pencerobohan Satukan Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Asas Politik Posted: 27 Mar 2013 05:45 AM PDT LANGKAWI. 27 Mac – Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mempunyai impak positif apabila ahli politik termasuk pembangkang mula menyedari kepentingan pertahanan yang kuat untuk negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya insiden yang menyaksikan ramai anggota keselamatan terbunuh dan cedera itu membuktikan ia bukan sandiwara kerajaan dan ekoran itu serangan politik oleh pembangkang terhadap isu pertahanan dan keselamatan negara juga makin berkurangan. “Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menerima hakikat bahawa soal pertahanan bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan…nampaknya selepas insiden ini, pembangkang tidak banyak lagi mempertikaikan kemampuan tentera dan polis kita,” katanya kepada pemberita di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2013) di sini, Rabu. Insiden itu telah menyatukan rakyat Malaysia dan hasil pemantauan Kementerian Pertahanan ke atas ceramah politik mendapati semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia khususnya pembangkang meningkat tinggi. Langkah Kementerian Pertahanan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP menaiki kapal selam kelas Scorpene pada LIMA 2011 juga mengurangkan serangan pembangkang ke atas aset strategik negara itu, katanya. Menteri Pertahanan itu juga berkata pembangkang sebelum ini sering mempolitikkan isu pertahanan dan keselamatan negara sehingga mendedahkan maklumat sensitif mengenai aset pertahanan negara. Mengenai tindakan lima bekas pegawai kanan tentera, yang terdiri daripada jeneral bersara, mempolitikkan isu pencerobohan itu untuk kepentingan politik mereka, Ahmad Zahid berkata mereka tidak harus mempolitikkan mana-mana operasi tentera sekiranya mereka berminat untuk terjun ke gelanggang politik. “Mereka ini beranggapan bahawa mereka lebih pintar daripada pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedia ada, hanya mereka yang sekarang ini merosakkan minda orang politik walaupun zaman mereka sebenarnya sudah berlalu,” kata beliau. Mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka, Ahmad Zahid berkata rakyat boleh menolak dengan tidak memilih mereka menjadi wakil rakyat. Katanya kerajaan juga tidak mengambil tindakan terhadap mereka dari sudut perintah Majlis Angkatan Tentera kerana tidak mahu dilihat sebagai menganianya mereka. Lagi pun, kata beliau, kelima-lima mereka tidak mewakili suara angkatan tentera kerana baru-baru ini lebih 200 bekas pegawai kanan tentera berpangkat brigadier jeneral ke atas telahpun menyatakan sokongan kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Ahli Parlimen Silam Cabar Anwar, Kit Siang Tanding Di Sabah Posted: 27 Mar 2013 05:43 AM PDT LAHAD DATU:, 17 Mac – Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pada Rabu mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional. “Jika mereka berani, bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati. “Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar itu, saya mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu. |
No Other More Suitable Candidate Than Najib To Helm Nation, Says Dr Mahathir Posted: 27 Mar 2013 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR, March 27 - Tun Dr Mahathir Mohamad said there was no other more suitable candidate than Datuk Seri Najib Tun Razak to helm the nation and Barisan Nasional (BN). “I don't have any candidate and I don't expect that to happen,” said the former prime minister when asked whether Najib should step down if BN fails to do well in the coming 13th general election. He said theoretically, if Najib did not do well, his position would indeed not be stable…”but I have no candidates or anything like that”. He was speaking to reporters after delivering a keynote address on “Strength in Innovation: How to Stay Competitive in the Fast Developing World” at the World Conference on Global Innovation at the Putra World Trade Centre, (PWTC), here, today. Meanwhile, Dr Mahathir agreed with the opinion of former finance minister Tun Daim Zainuddin that Najib should be fielding many new faces in the upcoming 13th general election. On the open admission by former PAS life member Zainol Ismail to want to meet personally with Dr Mahathir to apologise for planning to kill him in 1988, the former premier said he was at first shocked with Zainol’s admission. He said this was because political animosity to the extent of wanting to kill someone was not part of Malaysian culture. However, he believes that Zainol, better known as CN Afghani, had been influenced by the “Amanat Haji Hadi” which labelled Umno members as infidels. “But Alhamdulillah (All Praise to Allah), he has realised (his mistake) and is no longer fanatical over PAS’ ideology, and has made a statement that he wants to apologise…I am prepared to forgive anyone,” said Dr Mahathir. Asked when Parliament would be dissolved, Dr Mahathir said he himself had been waiting for the announcement. “If I am the prime minister, I would have dissolved it last year,” he said in jest. |
Kemelut Makin Parah, Pas Bakal Masuk Gelanggang PRU 13 Serba Tempang Posted: 27 Mar 2013 05:36 AM PDT KUALA TERENGGANU 27 Mac – Kemelut dalaman yang melanda Pas ketika ini bukan saja makin parah di Kedah tetapi turut melanda beberapa negeri lain termasuk Terengganu Justeru Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Badrolhisham Zaki percaya Pas kali ini akan menyertai pilihanraya umum ke 13 dalam keadaan serba tempang. "Ini bukan lagi satu rahsia… masing-masing dalam Pas bercakap soal calon…dan masing-masing juga bercakap soal pembahagian kerusi dan macam-macam lagi. Jika dulunya mereka mengatakan UMNO dan BN penuh dengan masalah, hari ini apa jadi kepada mereka. "Bak kata pepatah tepuk air di dalam dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Ini belum lagi kekecewaan ahli-ahli Pas peringkat akar umbi terhadap tindak tanduk kepimpinan atasan mereka yang dilihat sudah tidak ada pendirian dan dicucuk hidung oleh rakan pakatan pembangkang mereka sendiri," katanya kepada UMNO-Online di sini. Kata beliau lagi soal kuasa dan kepentingan politik telah menenggelamkan segala-galanya dan perkara itu tidak boleh disembunyikan lagi. "Bangkai gajah kalau ditutup dengan apa sekali pun lambat laun akan berbau juga….Cumanya cara mana dan kaedah mana untuk menutup perkara berkenaan. "Rakyat dah tahu dan boleh melihat gerak geri perjuangan Pas hari ini. Kita yakin pada PRU 13 ini bukan saja rakyat tetapi ahli Pas sendiri akan menghukum parti mereka atas kemelut dan kegagalan mereka dalam pakatan pembangkang,” ujarnya. -MediaUMNO |
BN Kapar Yakin Menang Semua Kerusi Termasuk DUN Sungai Pinang Posted: 27 Mar 2013 05:16 AM PDT KLANG, 27 Mac - Barisan Nasional (BN) Kapar yakin akan memenangi kesemua kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen di kawasan itu termasuk DUN Sungai Pinang yang merupakan kerusi tradisi DAP. Pengerusi BN Kapar Datuk Abdul Rahman Palil berkata respons positif diterima daripada pengundi di kawasan itu yang melihat sendiri, walaupun BN tewas di kawasan parlimen dan tiga kerusi DUN di situ, bantuan daripada kerajaan persekutuan tetap diteruskan. “Mood pengundi sangat memberangsangkan dan memberikan kami keyakinan untuk menebus kembali kekalahan dan memenangi semua kerusi di kawasan parlimen Kapar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13),” katanya selepas melancarkan jentera BN Kapar malam tadi. Pada PRU 2008 BN tewas merebut kerusi parlimen Kapar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta kalah di tiga kerusi DUN iaitu Meru (kalah kepada Pas), Sungai Pinang (kalah kepada DAP) dan Selat Klang (kalah kepada Pas). BN menang tanpa bertanding di Dun Sementa. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kapar berkata BN terus menyalurkan bantuan walaupun tewas di kawasan berkenaan termasuk bantuan bencana banjir yang diberikan melalui Majlis Keselamatan Negara, elaun sara hidup nelayan kepada lebih 2,000 penerima, subsidi nelayan, baik pulih jeti, bantuan pertanian dan hadiah pelajar cemerlang. Katanya penduduk tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik turut menikmati bantuan seperti bantuan awal persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan BR1M untuk orang bujang. |
MIC : 65 Pct Of Indian Voters In Perak Support BN Posted: 27 Mar 2013 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR, March 27 - Sixty-five per cent of the 300,000 Indian voters will support the Barisan Nasional (BN) in the forthcoming general election, said Perak MIC deputy chairman Datuk R. Ganesan. He said today the party could see that the trend among Indian voters in the state was returning to the BN. “The obvious reason for the shift is due to the fact that Indian voters generally are disappointed with the opposition;s failure to deliver its election promises especially in the states controlled by them,” he told Bernama. Ganesan, who is also Perak state assembly speaker, said there was also no solid evidence to show that they (opposition) had helped the poor Indians in the state. Ganesan also denied a recent online media report alleging the party was facing an uphill battle in its struggle to secure four state seats in Perak. The party lost all the state seats allocated to it. namely Pasir Panjang, Behrang, Sungkai and Hutan Melintang, in the previous general election. Media reports have indicated that MIC was prepared to give up the Behrang and Pasir Panjang state seats in exchange for the Buntong state constituency, where Indians make up 48 per cent of its population, while the other seat is still at the negotiation stage. |
Parlimen Terbubar Sendiri Boleh Dijadikan Amalan – Mohamad Hasan Posted: 27 Mar 2013 04:48 AM PDT SEREMBAN, 27 Mac – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif terutama dari segi pembangunan negara. Ini kerana katanya, kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh pilihan raya umum yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan di negara ini khususnya. “Pada saya cakap-cakap pasal pilihan raya ini tidak baik kerana pelabur asing dan dalam negara akan mengambil langkah tunggu dan lihat (sebelum buat [pelaburan) dan ini tidak baik kepada ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini pada Rabu. Katanya langkah melambatkan pembubaran Parlimen atau membiarkannya terbubar sendiri juga membolehkan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya tempoh lima tahun itu untuk membangunkan negara tanpa diganggu oleh perkara lain. “Kalau memerintah tiga, empat tahun sudah cakap pasal pilihan raya, pening kepala, tak boleh buat kerja,” katanya. Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pula merupakan DUN pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam Khamis. Sementara itu, Mohamad berkata beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi memaklumkan DUN akan terbubar secara sendiri pada Khamis dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri. Katanya kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam. Mengenai prestasi kerajaan negeri, Mohamad berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi semua anggota exco dan jabatan peringkat negeri sepanjang lima tahun meneraju negeri. Katanya banyak pencapaian memberangsangkan telah dinikmati dengan keberkesanan dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dan Dasar Pembangunan Ekonomi. “Dasar-dasar ini telah banyak memberi faedah kepada rakyat dan kita akan sambung dasar-dasar ini jika kerajaan Barisan Nasional terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri pada penggal ke-13 nanti,” katanya. |
Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru – Polis Posted: 27 Mar 2013 04:45 AM PDT LAHAD DATU, 27 Mei – Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas. “Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu. Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat. Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing. Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya. Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu. Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan. Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. |
Kerajaan BN Masih Pemerintah Yang Sah Sehingga 28 April Posted: 27 Mar 2013 04:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lagi merupakan pemerintah yang sah di negara ini biarpun DUN Negeri Sembilan telah terbubar secara automatiknya, demikian kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Shamsul Adabi Mamat. Menurut beliau, biarpun DUN Negeri Sembilan telah dibubarkan, namun itu tidak bermakna kerajaan yang ada pada hari ini sudah luput tarikh pemerintahannya. "Jika ada suara-suara yang mengatakan kerajaan BN hari ini tidak sah berdasarkan pembubaran DUN Negeri Sembilan, ini tidak benar. Bagi saya ini semua satu provokasi pihak-pihak tertentu saja. Tarikh luput kerajaan hari ini adalah pada 28 April ini. "Kabinet Malaysia secara otomatiknya terbubar pada 28 April ini dan selepas tarikh pembubaran tersebut, SPR masih memberikan tempoh selama 60 hari lagi untuk kita melaksanakan Pilihanraya Umum," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Jelas beliau, begitu juga dengan Kerajaan Negeri Sembilan sedia ada masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini, walaupun selepas DUN terbubar secara automatik. "Ramai rakyat keliru tentang hal ini. Untuk makluman, tarikh bubar DUN dikira bermulanya tarikh persidangan DUN yang pertama bagi sesebuah negeri itu. Manakala, bagi pembubaran Parlimen pula, ia juga dikira daripada tarikh mula Parlimen bersidang iaitu pada 28 April. "Justeru itu, sebelum tarikh pembubaran Parlimen tersebut, kerajaan yang memerintah hari ini masih lagi sebuah kerajaan yang sah mengikut perlembagaan undang-undang Malaysia. Cakap-cakap mengenai kerajaan hari ini tidak sah bagi saya hanyalah cakap-cakap dan provokasi politik menjelang pilihanraya saja," jelasnya. -MediaUMNO |
Cepat Atau Lambat, Rakyat Selangor Sudah Loya Dengan Pentadbiran Pakatan Posted: 27 Mar 2013 02:39 AM PDT SHAH ALAM, 27 Mac – Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa DUN Selangor akan dibubarkan pada 22 April ini bukanlah pengumuman kali pertama dibuat oleh Menteri Besar itu. Sebaliknya tegas Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pengumuman pembubaran itu sudah dibuat sebanyak tiga kali dan sentiasa bertukar tarikh. Malah katanya lagi Khalid juga pernah mencabar Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen lebih awal sebelum ini. “Samada cepat atau lambat lagi pembubaran DUN Selangor, GAPS yakin ianya sekadar latihan akademik semata-mata. Selama 4 tahun 11 bulan regim pakatan PKR, DAP dan Pas memerintah Selangor, rakyat sudah semakin muak dan loya dengan kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh regim ini. “Terbaru bila Menteri Besar menyebut, akan membina rumah mampu milik di Sabak Bernam dengan harga RM100,000. Rakyat Sabak pelik kenapa nak bina rumah mampu milik di luar bandar macam Sabak Bernam pun harganya sangat tinggi ? Untuk rekod di zaman BN sebelum ini rumah murah dijual pada harga rm42,000. Tetapi malang PKR, DAP dan Pas buat rumah murah pada harga 130 pertaus lebih mahal dari zaman BN, walaupun di luar bandar,” ujarnya mengulas kenyataan MB yang mahu membubarkan DUN 22 April Ini. Tambahnya, di mana tanggungjawab PKNS yang sepatutnya membantu rakyat Selangor memiliki rumah dengan menawarkan harga yang benar-benar mampu dimiliki lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar seperti Sabak Bernam? “Kenapakah setelah hanyatnya sebagai MB sudah sampai amat penghujung, baru MB sedar nak bantu rakyat Selangor miliki rumah? Sebelum ini MB memperjuangkan harga rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat Selangor, seperti projek super mewah Kondominium Datum Jelatek yang berharga dari RM980 ribu – RM 11.6 juta sebuah. “Lima tahun diberikan peluang, regim PKR, DAP dan Pas telah gagal memenangi hati rakyat Selangor. Jangan lah berdolak dalih. Bertaubat lah Tan Sri Khalid. Serahkan semula mandat kepada rakyat Selangor. Kami sudah bijak menilai,” ujarnya lagi. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment