UMNO Online - “Bangkang Dari Longkang : Rilekslah Bang Salleh, Usah Layan Kerja Budak-budak” plus 9 more |
- Bangkang Dari Longkang : Rilekslah Bang Salleh, Usah Layan Kerja Budak-budak
- Malaysia Mula Keluar Dari Perangkap Ekonomi Pendapatan Sederhana – Ahmad Husni
- Anwar Main Wayang Tinggi… Pancing Pas, DAP Jawatan TPM
- Lahad Datu : Tindakan Polis Adalah Betul, Pembangkang Cuba Tangguk Peluang
- Nizar Patut Belajar Fahami Perlembagaan Bukan Cakap Membuta Tuli – Hamidah
- Najib Begins Sounding The Signal For GE13
- Muhyiddin Approves RM900,000 Allocation For Ketereh
- Kawalan Di Sempadan Dan Perairan Negara Perlu Dipertingkat – Tun Dr Mahathir
- Pencerobohan Di Lahad Datu: UMS Jamin Keselamatan Siswa Siswi
- Lahad Datu: Penceroboh Bersenjata Mulakan Dahulu Serangan – PM
Bangkang Dari Longkang : Rilekslah Bang Salleh, Usah Layan Kerja Budak-budak Posted: 01 Mar 2013 05:31 AM PST Terkejut juga dengar cerita penghibur terkenal Salleh Yaakub membuat keputusan menarik diri dari dunia hiburan hanya kerana lakonan berkesannya dalam cerita pendek Bangkang Dari Longkang yang tersebar di Youtube sekarang mendapat kritikan penyokong pembangkang. Budak-budak pembangkang ni bodoh, apa diambil pusing sangat cakap depa tu, bukan ada kesan apa pun. Lagipun, inikan negara demokrasi, suka hatilah artis nak sokong mana parti atau nak berlakon dalam apa sketsa pun, asal saja tidak melanggar undang-undang negara. Yang abang Salleh dengar sangat cakap budak-budak tu buat apa? Depa tu bukan ada otak pun. Kalau artis sokong depa, bukan main lagi sanjung dan puji, siap letak gelar-gelaran yang baik-baik lagi. Kalau yang agak-agak tak sokong tu, cepat saja nak maki. So, jelas sangatlah tindakan seumpama ini hanya kebudak-budakan saja. Apa nak ambik pusing sangat abang Salleh ooi…. Penulis rasa, sia-sia saja bakat yang hebat tu dikorbankan kerana tekanan yang tidak seberapa macam ini. Itukan cara abang Salleh cari rezeki, apa yang nak ambil berat sangat? Hanya sebab depa terasa abang Salleh ambil keputusan nak berundur diri dari dunia hiburan ke? Ramai lagi artis yang terlibat dengan Bangkang dari Longkang tu, takde pulak penulis lihat mereka ni tertekan dengan lakonan mereka dalam sketsa tersebut!! Selain dari Bangkang Dari Longkang inipun, berapa ramai yang declare mereka sebagai ahli UMNO, apa tak terjejas pun pendapatan mereka disebabkan itu? Apatah lagi dalam sketsa ni, bukan ada sebut mana-mana parti politik pun. Sebetulnya, budak-budak ini terasa sebab lakonan abang Salleh tu memang ada kesan. Mana mereka tak sakit hati, kebenaran datang depan mata. Pemimpin depa janji macam-macam, tapi buatnya satu atau dua saja, itupun bukan semua merasa. Sebab itu depa angin!! Ini belum jadi kerajaan pun, dah pandai nak boikot dan tekan orang yang tidak sependapat dengan diaorang, kalau dah jadi kerajaan agaknya, mahu wujud concentration camp masa zaman Nazi dulu. Benda macam ni biasalah abang Salleh, budak-budak punya kerja pun. Yang abang Salleh nak ikutkan sangat tu buat apa? mykmu.net |
Malaysia Mula Keluar Dari Perangkap Ekonomi Pendapatan Sederhana – Ahmad Husni Posted: 01 Mar 2013 05:15 AM PST CYBERJAYA, 1 Mac – Malaysia mula keluar dari perangkap ekonomi pendapatan sederhana terutama sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan pada 2010 yang antara lain memperlihatkan peningkatan jumlah pelaburan yang tinggi. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata sebelum ini, jumlah pelaburan bertambah pada lingkungan 6.7 peratus setahun, namun pada 2011, peningkatan sebanyak 12.2 peratus dicatat dan pada 2012 pula meningkat sebanyak 22 peratus. “Maknanya kita sudah mula keluar daripada ‘middle-income economy trap’ (perangkap ekonomi pendapatan sederhana). Trap bermakna pelaburan kita 6.7 peratus sekarang sudah 12-22 peratus,” kata beliau pada majlis Sambutan Hari Hasil ke-17 dan Pelancaran Hasil 4U di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar. Ahmad Husni berkata Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita kini berada pada tahap US$10,075, berbanding sasaran yang ditetapkan untuk 2012 iaitu USD8,960. Beliau berkata hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi iaitu dengan PNK per kapita sebanyak USD15,000 juga boleh dicapai pada 2018, dua tahun lebih awal daripada sasaran 2020, berdasarkan pencapaian sekarang. Dunia juga kagum dengan Malaysia kerana dapat mengurangkan defisit secara beransur-ansur, daripada 6.6 peratus pada 2009 kepada 4.5 peratus pada tahun lalu, sedangkan ada negara Eropah yang ingin mengurangkan jumlah tersebut secara drastik namun mengakibatkan pertumbuhan negatif, katanya. |
Anwar Main Wayang Tinggi… Pancing Pas, DAP Jawatan TPM Posted: 01 Mar 2013 05:14 AM PST Salam… Dua hari lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Sin Chew Daily telah menamakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai bakal TPM sekiranya Pakatan rakyat (PR) berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat dalam PRU 13. Dalam pada itu Anwar juga mengakui tiada perbincangan serius di kalangan parti-parti pembangkang berhubung perkara tersebut. Maksudnya belum ada keputusan muktamad yang telah dicapai, tapi peliknya Anwar sudah memandai-mandai membuat pengumuman sebelah pihak. Tentu ada udang di sebalik batu. Memang pun kenyataan Anwar itu ada matlamat tersiratnya. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini kecoh di kalangan pemimpin dan penyokong PR mengenai pendirian rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang secara jelas menolak idea untuk melantik Anwar sebagai PM. Salah satu alasan penolakannya kerana Majlis Syura agak meragui kelayakan Anwar dari segi moral dan akhlaknya untuk menjadi pemimpin utama negara. Keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu memang mengecewakan Anwar, lebih-lebih lagi bila mengetahui badan tertinggi PAS itu juga telah muktamad untuk melihat Hadi Awang sebagai calon rasmi PR bagi jawatan PM. Menyedari polemik jawatan PM ini bakal menyebabkan kewibawaannya makin terancam dan menjejaskan sokongan pengundi kepada PR, sebab itulah Anwar tiba-tiba sahaja membuat pengumuman sebelah pihak tanpa terlebih dahulu menunggu keputusan bersama Majlis Pimpinan PR. Anwar juga tidak menyebut secara langsung yang dirinya adalah bakal PM kerana tahu tindakan tersebut akan mengundang reaksi balas dari majlis Syura Ulama PAS. Lantaran itu, dengan membuat pengumuman nama calon TPM, ia akan mencipta persepsi umum bahawa Anwar adalah satu-satunya calon PR untuk jawatan PM. Dengan berbuat demikian juga Anwar mengharapkan PAS akan kembali menyokongnya sebagai satu-satunya calon PR bagi jawatan PM seandainya PRU 13 nanti memihak kepada gabungan longgar yang tidak berdaftar dengan ROS itu. Di masa yang sama Anwar cuba mengukuhkan kedudukannya di kalangan pengundi Cina apabila nama Kit Siang turut dinamakan sebagai TPM. Strategi Anwar mungkin kelihatan bijak dalam mencipta persepsi , namun ia tidak dapat menafikan hakikat bahawa selagi polemik isu siapa sebenarnya calon rasmi PR sebagai PM terus berpanjangan dan tiada kata sepakat yang muktamad diputuskan, natijahnya tentu sahaja akan semakin menjejaskan prestasi PR dalam PRU 13 kelak. Hamzah Cheng |
Lahad Datu : Tindakan Polis Adalah Betul, Pembangkang Cuba Tangguk Peluang Posted: 01 Mar 2013 05:10 AM PST Berita yang baru diterima sebentar tadi berhubung insiden 'penaklukan' Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina. Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara. Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan. Menurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar. Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk 'spin' apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan.
Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama. Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini. Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut. Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah ciptaannya ini. Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini. Mr Beruang Biru |
Nizar Patut Belajar Fahami Perlembagaan Bukan Cakap Membuta Tuli – Hamidah Posted: 01 Mar 2013 04:33 AM PST KUALA LUMPUR 1 Mac – Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini harus dihapuskan membuktikan betapa terdesaknya pembangkang sehingga sanggup mempersoalkan apa yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman menyifatkan tuduhan Nizar bahawa Ketuanan Melayu itu bersifat zalim terhadap kaum lain di negara ini serta menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kezaliman adalah sesuatu yang keterlaluan. "Pembangkang kini sudah terdesak, mereka sudah kehabisan modal, kini mereka menggunakan Perlembagaan Negara sebagai modal politik dan cuba mengelirukan dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan. "Mereka sanggup menuduh kerajaan tidak berlaku adil dan zalim, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku kerana semua rakyat mendapat hak yang sama sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan, kebajikan malah kaum lain bebas untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tanpa sebarang masalah. "Nizar jangan hanya pandai bercakap membuta tuli sahaja, buktikan bahawa adanya kezaliman dan ketidakadilan yang dikatakan, jangan jadikan perkara ini untuk dapatkan simpati dan sokongan disebabkan pilihan raya dah semakin hampir," katanya kepada UMNO-Online. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung, baru-baru ini yang menuduh konsep Ketuanan Melayu telah menyebabkab berlakun kezaliman dan ketidakadilan kepada kaum lain. Hamidah berkata, Nizar sepatutnya memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan bukannya mempolitikkan perkara itu ynag boleh menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia. Menurutnya, Perlembagaan Malaysia adalah untuk melindungi bukan sahaja hak orang Melayu malah kaum Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak juga termaktub dalam perlembagaan berkenaan dan bagaimana pula Nizar boleh mengatakan itu hanya untuk orang Melayu sahaja. Beliau menasihatkan Nizar supaya berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan dan perlu memikirkan kesan serta risiko dari apa yang dinyatakan, jangan gadaikan keharmonian dan kesejahteraan kerana untuk dapatkan sokongan politik. Hamidah berkata, jangan disebabkan untuk mendapat populariti, pembangkang sanggup membangkitkan isu sedemikian dan ini menunjukkan mereka semakin terdesak selepas gagal mempengaruhi rakyat untuk menyokongnya. -MediaUMNO |
Najib Begins Sounding The Signal For GE13 Posted: 01 Mar 2013 03:41 AM PST PEKAN, March 1 – Datuk Seri Najib Tun Razak started to ‘sound the signal’ for the 13th general election (GE13) today when he launched the Barisan Nasional (BN) election machinery for the Pekan parliamentary constituency. When launching the machinery in the presence of almost 5,000 people, the Prime Minister was seen hinting that the poll was getting closer and all BN machineries must be fully prepared to face the challenge by giving a major victory compared to the previous election. “When parliament is dissolved later, we must ensure that our machinery runs smoothly, (our) work programme must follow the direction regardless of whoever the candidates are. We will support whoever are nominated as the candidates,” he said in his speech at the launching ceremony. According to Najib, the ‘war drums’ had been sounded and everyone must prepare their steps as ‘warriors’. “We wait for the signal, then we will go down to the battle field. We will not retreat even an inch until we have achieved a major victory,” he said. He praised the Pekan BN machinery which he described as in good spirit and trained to ensure the Pekan Parliamentary constituency remained a BN stronghold. Najib said he wanted the BN machinery to ensure that every supporter discharged their responsibilities including those who were outside the area. He was convinced that the people would be smart in choosing the government which had clearly carried out various transformation programmes for the wellbeing of the rakyat through numerous aid given and development efforts carried out. “(Do) you want a bigger 1Malaysia People’s Aid? (Which was greeted by a loud ‘mahu’ or ‘want’ by the crowd). Are we cattle or chicken? (Which was greeted by ‘tidak’ or ‘no’). We are humans who must be helped and we must be grateful to Allah and thankful to the leader,” he added. |
Muhyiddin Approves RM900,000 Allocation For Ketereh Posted: 01 Mar 2013 03:38 AM PST KOTA BAHARU, March 1 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin approved a RM900,000 allocation to improve amenities in the Ketereh parliamentary constituency today. The amenities are an overhead pedestrian bridge in front of Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, roof repairs at the Kampung Aril Mosque, Melor and construction of a hall for the Siamese community. “It’s our duty to ensure people live comfortably, that the Islamic community is taken care of and Islamic teachings are preserved for the nation’s progress,” he said at a community banquet in Kampung Tegayung, Melor, here. Also present at the function, which was attended by about 3,000 residents, were Kelantan Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed, his deputy Datuk Dr Awang Adek Husin and Ketereh parliamentary coordinator Tan Sri Annuar Musa. Prior to the function, Muhyiddin attended Friday prayers with about 1,000 residents at the Kampung Aril mosque. Muhyiddin, who is Education Minister, said the federal government was constantly thinking up ways to help every strata of society, especially those in the low-income group. “The Prime Minister and I go down to the grass roots nationwide and listen to the people’s woes. “People give us feedback. They say the cost of living has gone up. The Prime Minister listens to them and provides the necessary help, such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) programme,” he said. |
Kawalan Di Sempadan Dan Perairan Negara Perlu Dipertingkat – Tun Dr Mahathir Posted: 01 Mar 2013 03:34 AM PST KUALA LUMPUR, 1 Mac – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pasukan keselamatan supaya meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar. Beliau berkata ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang. “Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini. Selain itu, Dr Mahathir berkata pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat. “Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik,” kata bekas perdana menteri. Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata bagi tekstil tradisional untuk kekal relevan dan kompetitif dalam abad ke-21, pembuat dan artisan kraf perlu berusaha memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berubah. “Bagaimanapun kita perlu ingat bahawa selain daripada fungsi asasnya, tekstil berperanan mendukung tradisi kita sejak zaman berzaman, khususnya pada majlis dan upacara,” katanya. Dr Mahathir juga menggesa muzium supaya mengumpul dan memulihara warisan tekstil serta terus menjalankan penyelidikan, mendokumen dan mempamer koleksi tekstil. Beliau menegaskan usaha seumpama itu merupakan pemangkin ke arah memupuk kesedaran mengenai pentingnya tekstil dan kraf tradisional Malaysia, bukan sahaja untuk semua orang pada masa sekarang tetapi juga generasi akan datang. Pameran itu yang mempamerkan lebih 50 helai tekstil Melayu didedikasikan khas kepada ikon dan pencinta budaya Malaysia iaitu Allahyarham Azah Aziz. Ia berlangsung di Galeri Khas 2, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan dibuka kepada orang ramai mulai esok, 2 Mac hingga 30 Jun depan. |
Pencerobohan Di Lahad Datu: UMS Jamin Keselamatan Siswa Siswi Posted: 01 Mar 2013 03:19 AM PST KOTA KINABALU, 1 Mac – Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka selamat dan tidak terancam dengan insiden pencerobohan di kawasan Lahad Datu, Sabah. Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Korporat UMS, buat masa ini tiada sebarang aktiviti pelajar dan aktiviti penyelidikan dijalankan di kawasan tersebut. Tambahan pula, jarak sejauh lebih 400 kilometer antara Lahad Datu dengan kampus UMS di Kota Kinabalu juga membolehkan warga UMS terhindar daripada kemelut yang berlaku di Pantai Timur Sabah itu selain kawalan ketat pihak keselamatan negara, menurut kenyataan itu. Dua kampus cawangan iaitu UMS Cawangan Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan juga terletak jauh dari tempat kejadian. Pihak universiti juga meningkatkan tahap keselamatan di dalam dan sekitar kampus untuk memastikan sesi tutorial dan kuliah terus berjalan dengan lancar, kata kenyataan itu. |
Lahad Datu: Penceroboh Bersenjata Mulakan Dahulu Serangan – PM Posted: 01 Mar 2013 03:07 AM PST PEKAN, 1 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini. Perdana menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada ketua polis negara dan panglima angkatan tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi. Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh. “Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Feb lepas. “Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan ketua polis negara) untuk ambil tindakan…mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya. “(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka,” kata Najib. Perdana menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan. Terdahulu Najib melancarkan jentera pilihan raya kawasan parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment