SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, March 12, 2013

UMNO Online - “Yusuf Al-Qaradawi Buktikan Najib Benar, Anwar Salah” plus 9 more

UMNO Online - “Yusuf Al-Qaradawi Buktikan Najib Benar, Anwar Salah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Yusuf Al-Qaradawi Buktikan Najib Benar, Anwar Salah

Posted: 11 Mar 2013 06:08 AM PDT

Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato' Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Surat penghargaan Al-Qaradawi ini merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Ia langsung tak terjangka oleh sesiapa memandangkan selama ini gerombolan pembangkang sering menggambarkan ulama tersohor itu agak dingin dengan kepimpinan negara.

Adalah satu kebiasaan Anwar memanipulasi nama Al-Qaradawi dalam usaha mencipta persepsi umum supaya dirinya dilihat berada di pihak yang benar dan mendapat sokongan ulama terkemuka itu dalam usahanya menjatuhkan kepimpinan Najib dan Kerajaan Malaysia.

Lantaran itu tidaklah menghairankan apabila ramai di kalangan pemimpin pembangkang sering mendabik dada konon perjuangan mereka menentang Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat sokongan dan restu dari tokoh ulama terkemuka dunia Islam itu.

Malah gerombolan pembangkang sering mempropagandakan kononnya Al-Qaradawi mempunyai hubungan yang agak akrab dengan ketua Umum PKR dan amat bersimpati dengan nasib Anwar yang dikatakan telah dianiaya oleh Najib dalam isu liwat.

Tanpa disedari umum, khilaf pandangan Al-Qaradawi dalam isu liwat Anwar itu sebenarnya tercetus dari kejayaan manipulasi hubungan rapat beberapa pemimpin PAS dan PKR dengan seorang anak Al-Qaradawi. Dari situlah munculnya desas desus hubungan dinginnya dengan Kerajaan Malaysia.

Lagi pun jika benar Al-Qaradawi berpegang teguh pada pandangan bahawa pertuduhan liwat terhadap Anwar adalah konspirasi Kerajaan Malaysia, tentunya tidak sesekali ulama terkemuka itu sanggup mendoakan kebaikan untuk sebuah pemerintahan yang dikatakan zalim, bukan begitu?.

Berkemungkinan besar perubahan pandangan ulama tersohor ini bertitik tolak dari perilaku Anwar sendiri yang pernah mengikrarkan kesediaannya untuk menjaga keselamatan negara Israel, satu ikrar yang bersifat pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Selain itu, kesediaan Ketua Umum PKR itu mengambil mudah mengiktiraf aktiviti LGBT dan turut memberi sokongan terhadap kegiatan liberalisme dan pluralisme juga diketahui amat tidak disenangi Al-Qaradawi dan ramai ulama lain di dunia Arab.

Ternyata kebenaran sememangnya pahit bagi penyokong pembangkang. Realiti sebenar langsung tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar, sebaliknya amat tinggi pengharapan Al-Qaradawi untuk melihat Malaysia di bawah kepimpinan Najib terus memacu kebangkitan dan ketamadunan umat Islam.

Kegelojohan Anwar mahu mendaki puncak pemerintahan telah menjerat dirinya sendiri, langkah mendekati golongan LGBT , liberalisme dan pluralisme tidak menjadikannya berada di pihak yang benar sebaliknya mendedahkan lagi dirinya di pihak yang songsang dan bersalah.

Doa yang dilafazkan oleh Al-Qaradawi itu cukup simbolik dan bagaikan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Dato' Seri Najib dan Kerajaan Malaysia.

Paling penting ia menunjukkan keyakinan ulama tersohor itu yang Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib sudah berada di landasan yang betul dan benar.

isuhot.com

Sabah Special Security Area To Be Called ESSCOM – Musa

Posted: 11 Mar 2013 05:45 AM PDT

KOTA KINABALU, March 11 – The Sabah Special Security Area announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is to be known as the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said today.

He said the name was decided by the Sabah Security Committee at a meeting which he had chaired earlier today.

Najib had agreed to the name and would announce further details on ESSCOM soon, Musa told reporters after the meeting.

The prime minister announced the establishment of the Sabah Special Security Area on Thursday after a visit to Sabah to have a close look at the “Ops Daulat” offensive launched by the security forces against Sulu militants in Kampung Tanduo, Lahad Datu.

The militants had holed up in the village since Feb 12 and had ignored government overtures to them lay down arms and surrender.

On March 1 and 2, the militants ambushed and killed eight policemen in Kampung Tanduo and Kampung Simunul, Semporna, prompting the government to launch the offensive.

Musa, in a video conference with Najib in Putrajaya today, said the people welcomed the prime minister’s announcement of the Sabah Special Security Area which stretched from Kudat to Tawau on the east coast and had Lahad Datu as the central command.

“I am sure this measure has raised the confidence of the people, investors and tourists in terms of safety, especially in the Sabah east coast,” he said.

Musa also expressed his appreciation for the sacrifices of the security forces in ensuring the safety of the people in Sabah, particularly Lahad Datu.

“The people of Sabah will hold in high regard the deeds and sacrifices of the security forces,” he said.

Cuepacs Lauds PM’s Good News For Civil Service

Posted: 11 Mar 2013 05:42 AM PDT

PUTRAJAYA, March 11 – The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) lauded the good news for civil service announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in conjunction with the Premier Gathering of the Civil Service here today.

As such, its president, Datuk Omar Osman, called on 1.42 million civil servants to increase their productivity from time to time.

“Cuepacs would also like to thank the prime minister, chief secretary to the government and the caring Barisan Nasional government.

“Civil servants are also reminded to respond to Najib’s call to stay away from corruption, abuse of power and leaking the government’s information,” he told a press conference at the gathering here today.

Osman said the government’s move to standardise the salary grades in the military and police force with the structure in the civil service proved that the government had always respected the roles played by the national security forces.

“Cuepacs laud the standardisation of the salary grades. We hope it will also lure more young people to join the police and military services,” he added.

Intrusion In Sabah, Opposition Manifesto Among Topics For Speakers At 22 Selangor UMNO Division Talks

Posted: 11 Mar 2013 05:40 AM PDT

SHAH ALAM, March 11 – The intrusion in Lahad Datu, Sabah and the opposition’s manifesto will be among topics for 220 talks and briefings to be held at all 22 Umno divisions in Selangor, ahead of the 13th General Election.

Umno Information Chief Datuk Ahmad Maslan said speakers need to use the platform to brief the people of the Lahad Datu incident which was claimed by an opposition leader as a drama.

“Speakers need not wait for the Parliament to be dissolved or wait for 1,000 people to attend such talks before starting their briefing,” he told reporters after meeting the Selangor Umno information machinery, here, today.

During the meeting, Ahmad who is also Deputy Minister in the Prime Minister’s Department received 120 new Umno member applications from Selangor Umno Information chief Abdul Shukor Idrus.

Menteri Pertahanan Nafi Tindakan Kejam Terhadap Warga Filipina Di Sabah

Posted: 11 Mar 2013 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan laporan sebuah portal berita Filipina kononnya pasukan keselamatan negara bertindak kejam terhadap rakyat negara itu semasa operasi mengusir penceroboh di Sabah.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘tuduhan melulu’, beliau menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak sepatutnya cuba merosakkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Manila.

“Saya ada baca laporan media itu dan maklumat saya dapat daripada Polis Diraja Malaysia menyatakan bahawa tidak ada tindakan diambil dengan tujuan untuk membunuh warga Filipina di kawasan tertentu seperti yang didakwa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan kolej kediaman Mahallah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, Isnin.

Portal berita Filipina itu memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.

Mengenai Operasi Daulat, Ahmad Zahid berkata ketika ini pihak keselamatan menumpukan operasi pada tiga kawasan iaitu Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata tiada tanda atau tindak balas daripada kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu untuk meletak senjata.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia dan Filipina mempunyai kerjasama erat bagi memastikan tiada kumpulan penceroboh mendarat di perairanSabah.

“Kedua-dua negara cuba menamatkan isu ini dengan segera. Tiada istilah menang dan kalah. Ini supaya keamanan dapat diwujudkan di Sabah khususnya dan negara amnya,” katanya.

Good News For Civil Servants Not Election Gift – Ali Hamsa

Posted: 11 Mar 2013 03:09 AM PDT

PUTRAJAYA, March 11 – The good news for civil servants announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the Premier Gathering of the Civil Service (MPPA) today is not an election gift, said Chief Secretary to the Government, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

He said the MPPA  was an annual gathering of civil servants from the federal, state and local authority levels besides government agencies and government-linked companies to hear the prime minister’s message on aspirations of the top leadership of the country and how the civil service can help realise these objectives.

"Don’t misinterpret … this could be because there are some quarters who like to view everything from the negative aspect.

"At the  MPPA, we announce all streamlining and improvements to the civil service. Last year, we held consultations (on improving the civil service) and the matters approved by the government were announced at the gathering,” he told reporters after attending the gathering.

Some 9,000 civil servants attended the gathering carrying the theme “Transforming the Civil Service, Realising Vision 2020″ at the Putrajaya International Conevention Centre (PICC) here.

Ali also said the the Public Service Department (JPA) was studying all 87 allowances civil servants are receiving for the purpose of improvements but based on priority.

"By November or December we will be making announcements on these,” he said.

Besides this, Ali said JPA would also be proposing to the government to introduce a special housing scheme for civil servants.

"Now, many civil servants, especially young officers want to own homes in the big towns but are unable to because the prices are beyond their reach. Such a scheme can be combined with Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

PR1MA is an intitiave by the government to build affordable houses for the people in urban areas.

"Besides this, we can also increase the number of units of (civil servants’) living quarters where needed,” he added.

Ali said the new paradigm in the context of national transformation required the civil service to be more lean and flexible in delivering the goods to the people.

He said the civil service must always be oriented to meet the ever changing needs of the people in line with socio-economic development and globalisation.

"The civil service cannot be in a comfort zone and be complacent because this will stifle excellence. Civil servants must be firm, bold, fair and be willing to take risks in leading their departments to higher performance levels.

“We will continue to give support so that there exists synergy and purpose in making a success of the civil service’s mission apart from sharing the collective repsonsibilitty to develop the country and ensure the people’s wellbeing.

Meanhwile, Ali on behalf of the civil service also extended his condolences to the families of the eight police officers and men who were killed while fighting Sulu terrorists in defending the country’s sovereignty in Lahad Datu and Semporna, Sabah over the last two weeks.

“We highly appreciate the struggle and sacrifices of these national heroes,  and for this, a National Heroes Fund was launched at today’s event. I also take this opportunity to advise civil servants to not get involved in the spreading of false news related to the intrusion incident (in Sabah),” he added.

Satu Daripada 18 Mayat Pengganas Dipercayai Komander Musa – Forensik

Posted: 11 Mar 2013 03:06 AM PDT

LAHAD DATU, 11 Mac – Satu daripada 18 mayat penceroboh militant yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut  enyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesame Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.

Kejayaan Terbesar Pas Adalah Tanam Kebencian Rakyat Terhadap UMNO

Posted: 11 Mar 2013 02:38 AM PDT

KULIM, 11 Mac – Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kejayaan tebesar Pas ialah melaksana pendekatan yang menimbulkan kebencian rakyat terhadap UMNO serta mengkafirkan orang yang tidak menyokong parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata pendekatan berkenaan diguna pemimpin Pas bagi menakutkan rakyat supaya tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Pas juga mengajar penyokongnya supaya membenci orang yang tidak menyokong atau mengundi Pas sebagai bukan Islam.

“Mereka kena wujudkan kebencian dalam diri orang Islam, termasuk penyokong Pas sendiri, supaya mereka tidak menyokong UMNO dan BN,” katanya sewaktu berucap pada program Bersama Negarawan di sini hari ini.

Program anjuran UMNO Kulim/Bandar Baharu dengan kerjasama BN Kedah itu turut dihadiri isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan kira-kira 5,000 pemimpin serta anggota komponen BN negeri.

Dr Mahathir berkata ramai penyokong Pas kini meninggal parti itu kerana sedar pendekatan yang digunakan selama ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata Pas sebenarnya lemah kerana perlukan sokongan parti lain dalam pakatan pembangkang sehingga sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksana hukum hudud apabila digertak rakan sendiri.

“UMNO sahaja yang boleh mempertahan hak rakyat pelbagai kaum kerana BN adalah parti campuran, bukan pakatan. Pakatan ni macam ‘pakat-pakat’ sahaja, tidak sempurna. Nak pakat mencuripun boleh, kemudian buat hal sendiri.

“Di Selangor, nak dapat tender projek kerajaan kena beritahu sokong parti mana, sedangkan BN tidak pernah bertanyapun. Masalah air di Kelantan tidak selesai walaupun lebih 20 tahun memerintah. Di Pulau Pinang, dulu depa marah saya buat jambatan, sekarang nak buat terowong pula,” katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat seharusnya boleh membuat penilaian bijak terhadap pencapaian pakatan pembangkang selepas lima tahun mereka memerintah empat negeri bermula 2008.

Sambil berseloroh, Dr Mahathir berkata beliau kini berkempen bagi membalas jasa orang terdahulu yang mengangkatnya menjadi Perdana Menteri.

“Orang kata saya dah tua, tak larat dah tapi saya kena balas jasa mereka,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau melihat keutuhan UMNO dan BN serta sokongan positif rakyat terhadap parti komponen berkenaan bertambah baik adalah petanda BN mampu meraih kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Saya yakin matlamat kita untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) boleh tercapai. Di Kedah juga saya lihat rakyat dah menolak pakatan pembangkang,” katanya.

Mengulas cakap-cakap perebutan jawatan Menteri Besar Kedah jika BN menang pada PRU-13 kelak, Dr Mahathir berkata perkara itu tidak memberi kesan atau menjejas peluang BN kerana anggota parti berkenaan telah diberi peringatan berhubung isu tersebut.

Dr Mahathir berkata beliau sempat bertemu jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri sebelum ke sini dan semua mengaku akan mengutamakan kemenangan parti, bukan diri sendiri.

“Ada pula orang tanya berkaitan anak saya (Mukhriz) adakah dia calon MB. Saya kata biarlah dia bertanding dulu, DUN atau Parlimen, tidak mengapalah.

“Yang penting, semua anggota bagi pengakuan untuk sokong siapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri sebagai calon.

“Orang Kedah dah rasa dah… tiada apapun jasa Pas terhadap negeri ini, banyak rosak lagi ada la yang dia buat,” katanya.

Janji Sediakan Sejuta Peluang Pekerjaan Hanya Satu Janji “Sampah”

Posted: 11 Mar 2013 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mac –  Janji pakatan pembangkang yang kononnya mahu menyediakan satu juta peluang pekerjaan untuk rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto baru mereka tidak lebih sekadar "sampah" yang tidak memberi sebarang makna, demikian pandangan  Pengerusi Sekreatariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Nazir Hussin Akhtar Hussin.

"Jika dilihat daripada janji ini dan dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan  BN sebenarnya kerajaan telah menyediakan hampir sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat sejak Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) diperkenalkan.

"Kerajaan juga sebenarnya telah menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 melalui 12 sektor NKEA. Malah negara mencapai 6.45 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun lalu. Ini menunjukkan ekonomi negara berkembang pesat dan peluang pekerjaan memang banyak.

"Tetapi apa yang rakyat perlu faham kononnya pakatan pembangkang mahu mengurangkan pekerja asing dan menggantikannya dengan warga tempatan adalah tidak logik kerana pekerja asing ini membuat kerja-kerja buruh yang tidak mahu dibuat oleh warga tempatan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau turut memberi jawatan sebagai pengawal keselamatan sebagai contoh di mana warga asing memang diperlukan bagi tempat-tempat yang panas, jauh, berhabuk dan sebagainya kerana warga tempatan tidak mahu melakukan kerja-kerja sebegini.

"Begitu juga kerja-kerja kontrak membina bangunan dan sebagainya. Warga tempatan agak memilih kepada bidang pekerjaan mengikut kelayakan mereka", ujarnya.

Tegas beliau lagi jika benar pakatan pembangkang ingin melaksanakan apa yang telah dimasukkan dalam manifesto terbaru mereka ini, mengapa tidak mereka laksanakan terlebih dahulu di negeri yang mereka kuasai.

Jelasnya negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sebenarnya gagal mewujudkan peluang pekerjaan baru melainkan berdasarkan kepada projek-projek yang diwarisi daripada zaman UMNO dan BN.

"Kita lihat betapa ramai rakyat negeri Kelantan yang bekerja di luar negeri mereka. Sebab apa? Sebab di Kelantan tiada peluang pekerjaan.

"Laksanakan dahulu di negeri jajahan mereka baru mereka boleh buktikan kepada rakyat. Lagipun Menteri Besar Selangor sendiri sudah menyatakan bahawa manifesto bukan janji. Jadi buat apa lagi kita nak percaya kepada mereka. Dahulu pun janji mahu memberikan gaji minimum kepada RM1500 namun sehingga kini gagal ditunaikan", katanya.

Tambah beliau pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji tersebut kerana mereka tahu mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.

"Dahulu janji ini dibuat kerana kerajaan mengumumkan gaji minimum RM900.00. Mereka pun umumkan lebih tinggi kononnya mereka lagi bagus.

"Tapi kita buat… Mereka masih tidak mampu tunaikan. Janji mereka ini adalah janji yang patut ditolak oleh rakyat. Mereka hanya tahu tipu lepas tipu, lepas tipu, tipu lagi… bagaimana mereka mahu mewujudkan peluang pekerjaan yang besar sedangkan mereka pernah berhasrat untuk mengurangkan kakitangan kerajaan sekiranya mereka memerintah," ujarnya. - MediaUMNO

Pembangkang Terapkan Penghinaan Kaum, Undang Perpecahan Masa Depan

Posted: 11 Mar 2013 02:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Tindakan pembangkang yang seringkali menggunakan isu perkauman dan perbezaan antara budaya sebagai bahan politik adalah sesuatu yang sangat bahaya kepada masa depan khususnya dalam masyarakat yang pelbagai bangsa, kata Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Jelasnya, sentimen perkauman, adat dan kebudayaan dalam etnik tertentu tidak boleh dijadikan sebagai bahan politik kerana ia boleh mengundang kepada malapetaka dan huru-hara.

"Apabila wujud satu kaum mempersenda anggota masyarakat dan ritual satu kelompok kaum yang lain maka ia adalah sesuatu yang boleh mengundang kepada perpecahan dan tentunya keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya kelompok kaum yang diejek bertindak balas dan turut mengeji pihak yang mula-mula mempersendakannya," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berkaitan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta ‘arak’.

Dilaporkan, Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini, yang mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN’s sarees, Milo, mutton curry & beers. (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

"Semasa pilihan raya 2008, pembangkang berjanji macam-macam termasuklah kepada masayarakat India dan merekalah yang memberikan macam-macam barangan kepada rakyat agar mengundi mereka dan hari ini apabila sokongan masyarakat India beralih kepada Barisan Nasional maka semua tuduhan dilemparkan kembali kepada pengundi.

"Sebelum 2008, kita tidak berdepan dengan masalah perpecahan dalam masyarakat kerana rakyat kita bersatu padu walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya tetapi dengan agenda buruk pakatan pembangkang mereka telah merosakkan perpaduan dan menyemai kehancuran."

Tegasnya, bukan hanya pemimpin yang bersikap demikian perlu ditolak malah parti yang mereka dukung juga perlu diketepikan demi untuk kesejahteraan dan keamanan yang berpanjangan.

"Kerajaan telah menerapkan satu kebudayaan yang sangat unik di Malaysia apabila masyarakatnya dapat meraikan pelbagai perayaan, saling berkunjung tanpa perlu terikut-ikut dengan budaya barat yang mesti melakukan temujanji dan jika hendak makan pun mesti memaklumkan kepada tuan rumah sedangkan budaya dalam masyarakat kita tidak sedemikian.

“Tetamu akan dilayan dengan baik tanpa mengira latar belakang dan suku kaum serta dihidangkan dengan minuman tanpa perlu ditanya sebagaimana masyarakat barat."

Tambahnya, pemimpin dalam BN sentiasa mengambil kira kepentingan dan kebersamaan semua kaum dalam masyarakat yang mana ia berbeza dengan penghinaan dan sikap memandang rendah oleh pemimpin dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini radio Kedah telah menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India selain kenyataan Ketua Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pakatan pembangkang boleh mengekalkan negeri itu jika 40 peratus masyarakat Melayu dan 90 peratus orang Cina menyokong gabungan itu tanpa menyebut sokongan dari kaum India.- MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT