SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, March 5, 2013

UMNO Online - “Cadangan Pembangkang Bincang Isu Pencerobohan di Sabah Ke Parlimen Dibidas” plus 9 more

UMNO Online - “Cadangan Pembangkang Bincang Isu Pencerobohan di Sabah Ke Parlimen Dibidas” plus 9 more

Link to UMNO Online

Cadangan Pembangkang Bincang Isu Pencerobohan di Sabah Ke Parlimen Dibidas

Posted: 04 Mar 2013 04:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin membidas cadangan pembangkang yang mahu mengadakan sidang parlimen tergempar bagi memperbincangkan isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, cadangan yang dilontarkan oleh pembangkang itu tidak logik kerana ia berhubung soal keselamatan negara yang sedang berhadapan dengan ancaman musuh,  di mana ia perlu ditangani dengan cermat dan teliti demi keselamatan rakyat di negara ini.

"Ini adalah isu keselamatan negara di mana hari ini kita sedang menghadapi serangan bersenjata dari pihak penceroboh. Takkanlah kita nak bincang isu bagaimana untuk menangani percerobohan ini secara terbuka di Parlimen kerana ia melibatkan strategi yang  melibatkan perkara-perkara sulit yang tidak boleh didedahkan secara terbuka.

"Sebagai contoh, ketika Presiden Obama merancang untuk menangkap Osama Bin Laden, beliau tidak memanggil parti lawannya untuk memperbahaskan perkara ini di Dewan Senat secara terbuka kerana ini melibatkan operasi sulit ketenteraan," tegas beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban di Putra World Trade Center (PWTC) hari ini.

Justeru itu, Khairy menyelar sikap pembangkang yang cuba mempolitik isu pencerobohan di Sabah dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman musuh, demi kepentingan politik mereka.

"Pembangkang tidak patut politikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Tidak perlu panjangkan isu ini sehingga akhirnya menjadi polemik politik, sedangkan kita sedang menghadapi situasi genting dalam usaha mengatasi ancaman pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah hari ini," ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Sabah ketika berjuang mempertahankan negara dan meminta mereka bersabar dengan ujian tersebut.

Pemuda UMNO Malaysia turut memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima bagi membantu meringankan beban anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban. -MediaUMNO

 

Tian Chua Biadap : Soal Keselamatan Negara Bukan Untuk Dipolitikkan

Posted: 04 Mar 2013 04:52 AM PST

TANJONG MALIM, 4 Mac – Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sudah biasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan dilihat `lepas cakap' dan `ikut sedap mulut' sahaja selain tidak berlandaskan fakta, termasuk kenyataannya baru-baru ini bahawa insiden tembak-menembak yang di Lahad Datu baru-baru ini sehingga mengorbankan dua anggota polis merupakan satu konspirasi UMNO dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Ketua UMNO bahagian Tanjong Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata semua orang tahu bahawa soal keselamatan negara ini bukanlah soal yang boleh dipolitikkan.

"Takkanlah kita nak jemput orang dari luar datang untuk menceroboh negara kita, kemudian kita anggap itu satu konspirasi Barisan Nasional untuk menarik sokongan rakyat, kononnya Datuk Seri Najib akan ke Lahad Datu dan Semporna, dengan hanya satu perkataan, maka selesaikan masalah itu, nampak seolah-olah Tian Chua memang mengharapkan ianya satu tindakan BN sebagai satu konspirasi khususnya dalam menghadapi pilihanraya.

“Kita pun tahu sempadan Sabah begitu luas dan saya pasti  penceroboh-penceroboh itu masuk melalui kawasan-kawasan yang tidak mendapat kawalan kerana kawasan sempadan Sabah itu terlalu panjang. Ianya cukup luas," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Slim.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan oleh Tian Chua ini adalah semata-mata kerana dalam pemikiran dia, apa sahaja yang berlaku merupakan satu konspirasi BN.

"Kalaulah ianya konspirasi, takkanlah sampai anggota keselamatan kita terkorban dalam kes di Lahad Datu dan Semporna.  Apa yang dinyatakan oleh Tian Chua ini adalah satu sikap yang cukup tidak bertanggungjawab dari seorang warganegara yang semata-mata  menganggap satu-satu peristiwa itu adalah dibelakangnya konspirasi politik  dan perkara ini amat mengecewakan rakyat di seluruh negara khususnya ahli keluarga anggota yang terkorban.

“Apa yang dikatakan Tian Chua sudah pasti lebih merupakan satu kenyataan politik yang tidak berasaskan kepada fakta dan niat kita untuk mempertahankan negara," ujarnya. -MediaUMNO

Pas Kini Letak DAP Di Tempat Lebih Tinggi Dari Perjuangan Islam

Posted: 04 Mar 2013 03:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ir. Idris Haron berkata Pas kini meletakkan DAP di tempat teratas dari segalanya kerana percaya hanya DAP saja yang boleh menentu hidup mati mereka dalam mencapai cita-cita untuk berkuasa.

Oleh kerana itu tegas Pas sanggup mengorbankan apa saja termasuk prinsip perjuangan yang mereka laungkan selama ini sehinggalah dalam isu kalimah Allah.

“Dahulu mereka kata Islam itu yang paling tinggi tapi sekarang DAP pula yang lebih tinggi daripada Islam dan mereka mengambil kira pakatan pembangkang akan membawa mereka ke Putrajaya.

"Pas beranggapan kononnya cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya akan tercapai dengan pertolongan DAP dan PKR. Oleh itu mereka sanggup mengikut telunjuk walaupun terpaksa menggadaikan perjuangan sebenar parti mereka," ujarnya kepada UMNO-Online.

Namun sebaliknya terang Idris lagi, Pas sebenarnya tertipu dengan permainan licik rakan sekutu politik dalam pakatan pembangkang.

“Kerana itulah Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa Hadi Awang dan Nik Aziz hanya sebagai pak turut dan tidak tahu menahu tentang urusan politik.”

Jelas beliau lagi, jika dahulu Pas begitu lantang meperjuangkan hudud tetapi kini mereka redha dengan keputusan rakan-rakannya. Ini terbukti apabila hudud tidak tersenarai dalam manifesto pakatan pembangkang.

"Inilah yang dikatakan politik sempit dan murahan yang sanggup menggadai maruah agama dan bangsa hanya kerana kuasa. Pas sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat untuk berkuasa tercapai sehingga sanggup membelakangkan agama," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Rakyat Waras, Bijak Tidak Akan Biarkan Diri Ditipu Dua Kali – Iszeham

Posted: 04 Mar 2013 02:44 AM PST

PANDAN, 4 Mac – Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd Iszeham A Hamid berkata rakyat yang berfikiran bijak, waras dan matang tidak akan membiarkan diri mereka ditipu dua kali.

Ini kerana katanya pakatan pembangkang sudah terbukti hanya pandai berjanji namun tidak sekali mereka menunaikan apa yang dijanjikan.

"Berjanji memang mudah, apatah lagi dengan penyokong fanatik mereka. Walaupun pakatan pembangkang tidak tunai janji, penyokong mereka akan tetap sokong membuta tuli.

"Namun, begitu, dengan penyokong yang tidak begitu fanatik, tidak buta dan tidak tuli agak sukarlah untuk pembangkang tipu kerana mereka akan mula menilai janji-janji sebelumnya yang masih tidak tertunai satu pun.  Sudahlah manifesto pun mereka kata bukan janji kini mereka buat pula manifesto baru. Pakatan pembangkang ini adalah pakatan penipu," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, pembangkang bukan setakat menipu tentang manifesto tetapi setiap apa yang terjadi, mereka akan mengambil peluang untuk menipu rakyat untuk menunjukkan bahawa kerajaan itu jahat dan zalim. Ini termasuklah insiden pencerobohan di Sabah.

"Sebenarnya pakatan pembangkanglah yang jahat, zalim dan keji. Saya selaku bekas tentera turut berasa marah dengan penipuan dan kenyataan mereka memburuk dan mempersendakan perajurit yang terkorban. Adakah patut isu ini dipolitikkan.

"Tidakkah mereka terfikir tentang perasaan keluarga mangsa, tentang pengorbanan perajurit-perajurit ini… Cukup-cukuplah menipu… Saya amat berharap agar rakyat berfikir dengan matang. Adakah perangai seperti ini yang mahu kita sandarkan harapan membela nasib kita dan memertabatkan negara.

"Silap haribulan negara kita akan tergadai. Mereka ini tidak layak untuk dipercayai sama sekali. PRU-13 ini, mari kita bersama-sama tolak pakatan pembangkang dan terus beri kepercayaan kepada BN untuk mentadbir negara ini dengan baik.  - MediaUMNO

Kerajaan Peruntuk Dana Tambahan RM600 Juta Perkasa Usahawan Bumiputera

Posted: 04 Mar 2013 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperuntukkan RM600 juta dalam usahanya memperkasakan lagi usahawan-usahawan Bumiputera, sekaligus melonjakkan penglibatan mereka ke arena global.

Ketika mengumumkan dana tambahan itu, Perdana Menteri berkata RM400 juta akan dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Sebanyak RM100 juta akan dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pembangunan korporat bagi pertambahan ekuiti Bumiputera,” katanya sebelum merasmikan Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013 di sini hari ini.

“Sementara itu, RM100 juta akan diberi kepada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bagi membantu usahawan Bumiputera mendapat lokasi strategik di pusat membeli belah ternama bagi memasarkan jenama antarabangsa,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan kenaikan had pinjaman kepada usahawan di bawah kendalian MARA dan Tekun daripada RM50,000 kepada RM100,000.

Selain itu, beliau juga turut menaikkan had pembiayaan di bawah kendalian MARA daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Keadaan Di Kunak, Sandakan, Semporna Terkawal – KPN

Posted: 04 Mar 2013 02:22 AM PST

LAHAD DATU, 4 Mac –  Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sekali lagi menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna adalah terkawal.

Beliau turut menafikan khabar angin mengenai huru-hara berlaku di Kunak, Sandakan dan Semporna.

“Sehingga kini keadaan keselamatan masih terkawal dan tiada keadaan huru-hara seperti digembar-gemburkan dalam media sosial,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di Sabah setelah 21 hari insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Ismail berkata polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai.

“Kami sedang memikirkan aspek perundangan untuk ambil tindakan terhadap mereka (yang menyebarkan maklumat palsu),” katanya.

Beliau berkata polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bekerjasama erat bagi memastikan keadaan keselamatan di Sabah aman dan terkawal.

Sementara itu Zulkifeli berkata pihaknya menggerakkan anggota tambahan bagi membantu polis mengawal keselamatan di kawasan pantai Timur negeri ini.

“Kami akan membantu polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan Sabah,” katanya.

Invasion : Country Acted On Geneva Convention – Abdul Aziz

Posted: 04 Mar 2013 02:07 AM PST

KOTA BAHARU, March 4 – Malaysia is bound by the Geneva Convention regarding the intrusion by a group of armed foreigners in Sabah recently, said Armed Forces Deputy Chief of Staff Maj Gen Datuk Abdul Aziz Ibrahim .

He said Malaysia was bound by an international convention which stated that action taken on the invasion must be in accordance with the law and not done at will.

“We cannot act without knowing the actual reason for their presence and our action must be according to the set protocol,” he told reporters after launching the Foundation Course for DCAM PT 66 (Department of Civil Aviation Malaysia) certification for retiring soldiers here today.

Abdul Aziz was asked to comment on allegations by certain quarters that the government failed to tackle the invasion earlier which led to the killings.

So far, eight Royal Malaysia Police (PDRM) members were killed — two in Kampung Tanduo, Lahad Datu and six in Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna — since the incident in Sabah was reported on Feb 12.

On the publication of a photo of a man whose head was chopped off in a website, he said he believed the photo was an old one and had taken place in a neighbouring country years back.

“The wording Lahad Datu was printed on the bottom to show what was happening in Lahad Datu and this shows an ill intention by certain quarters towards the government,” he said.

He did not dismiss the possiblity that it may have been done for fun, but it has a big implication to the country and should not have been done by anyone.

14,000 Dijangka Hadir Perhimpunan Perdana Ulama, Umara Esok

Posted: 04 Mar 2013 01:35 AM PST

PUTRAJAYA, 4 Mac – Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil esok dijangka dihadiri 14,000 peserta dari sekitar Wilayah Persekutuan, menjadikannya perhimpunan ulama-umara terbesar pernah dianjurkan.

Pengerusi Sekretariat Ulama-Umara yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata perhimpunan itu akan disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kehadiran peserta mungkin lebih daripada anggaran kerana perhimpunan ini menjadi platform terbaik bagi rakyat melihat komitmen kerajaan dalam memartabatkan agenda Islam di negara ini, katanya di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas Seminar Ulama-Umara di Bangunan Perdana Putra, berkata perhimpunan esok juga akan dijadikan landasan untuk mengetengahkan isu nasional berkaitan agama yang akan dibawa kerajaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Antara program yang diatur bagi mengisi perhimpunan bertema “Memakmur Negara Mengislah Ummah” itu ialah pelancaran Skim Khairat Nasional dan pelancaran van “Jejak Asnaf”, katanya.

Beliau berkata selain itu, 11 resolusi yang diputuskan pada seminar hari ini juga akan diserah kepada kerajaan pada perhimpunan esok untuk diperhalusi dan diaplikasi dalam sistem pentadbiran negara.

Hadi Sindir Anwar Usah Lagi Berangan Jawatan Perdana Menteri

Posted: 04 Mar 2013 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang  yang mengingatkan Pakatan Pembangkang agar tidak memikirkan tentang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan meminta Pakatan menumpukan perhatian untuk menang pilihanraya terlebih dulu, secara tidak langsung dilihat sebagai satu sindiran sinis kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, ini memandangkan sebelum ini Ketua Pembangkang itu pernah membuat kenyataan bahawa Presiden Pas dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal menjawat jawatan TPM sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa kelak.

"Selain kenyataan itu merupakan satu sindiran kepada Anwar, kata-kata Presiden Pas  ini juga bagi saya sebenarnya sebagai satu isyarat kepada Anwar, bahawa beliau bukanlah calon yang layak untuk jawatan PM. Saya yakin, gelombang penolakan Anwar sebagai PM di dalam Pas kini sedang kuat, baik di peringkat akar umbi dan kepimpinan atasan.

"Pastinya  penyokong dan ahli Pas berkehendakkan Presiden Pas untuk menjawat jawatan tersebut dan mereka telah meluahkan hasrat mereka dimuktamar Pas yang lalu. Saya yakin, ini disebabkan penyokong dan ahli Pas sudah hilang keyakinan terhadap Anwar terutamanya isu yang melibatkan Islam dan bangsa," ujarnya.

Biarpun penyokong dan ahli akar umbi Pas mahukan Presiden Pas menjawat jawatan Perdana Menteri, namun perlu diingat, sekiranya DAP dan PKR memenangi banyak kerusi dan kemudiannya bergabung, maka harapan Pas untuk melihat Datuk Seri Hadi duduk di kerusi PM akan berkecai.

"Saya yakin, DAP dan sudah tentunya PKR, mahukan Datuk Seri Anwar sebagai PM. PKR sudah tentulah mahukan ketuanya untuk menjadi PM manakala DAP pula melihat Anwar boleh dipergunakan kerana banyak rahsia Anwar berada di dalam tangan mereka.

"Jika ini berlaku maka Pas akan kempunan dan hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR untuk membantu mereka memenangi pilihanraya. Namun,saya yakin suara Pas akan terpinggir seperti mana yang kita lihat hari ini kerana kita tahu DAP dan PKR bercanggah pendapat dengan  pendirian Pas terutamanya dalam soal-soal syariat Islam," tegasnya. -MediaUMNO

Lokman Jawab Tuduhan Bodoh Pembangkang Isu Serangan Di Lahad Datu

Posted: 04 Mar 2013 01:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam hari ini menafikan penglibatannya sebagai Penasihat ‘Sultan Palsu’ yang menyerang negara hari ini.

“Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

“Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Palsu terbongkar.

“Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan.

Peringkat awal, North Borneo telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, apabila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan takhta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar.

Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk “Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia”.

“Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang “imposter” Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

“Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

“Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.

“Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita,” ujarnya yang juga bekas Pimpinan MKT Parti Keadilan Nasional.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT