SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, March 19, 2013

UMNO Online - “Residents Of Water Villages Exposed To Threats From Terrorists” plus 9 more

UMNO Online - “Residents Of Water Villages Exposed To Threats From Terrorists” plus 9 more

Link to UMNO Online

Residents Of Water Villages Exposed To Threats From Terrorists

Posted: 18 Mar 2013 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 18  - Residents of the many water villages off the Sabah coast should be relocated as they are exposed to threats from foreign terrorists.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the haphazard water settlements would make it difficult for security forces to control and secure the areas.

“They have to be relocated. We have to find them land and have to distinguish between citizens, foreigners and those without identification certificates,” he told reporters after witnessing the presentation of checue for RM5 million by Petronas to Cancer Research Initiative Foundation (CARIF) at Petronas Twin Towers here, today.

Six policemen were killed in an ambush by Sulu terrorists from southern Philippines at a water village in Semporna, Sabah on March 2.

On politics, Dr Mahathir said DAP adviser Lim Kit Siang’s plan to contest seats in Johor in the general election would not have any effect on Barisan Nasional (BN).

“If he wants to contest seats in Johor, by all means. I think Johor people will want to see him contest there,” he added.

Lim yesterday announced that DAP will contest Gelang Patah parliamentary seat in Johor and Bentong parliamentary seat in Pahang, two seats coveted by ally PKR.

Mohd Ali Disputes Abdul Hadi’s Stand On Sabah Intrusion By Sulu Terrorists

Posted: 18 Mar 2013 06:11 AM PDT

ALOR GAJAH, March 18  - Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has disputed Datuk Seri Abdul Hadi Awang for blaming the Barisan Nasional (BN) government for the Sulu terrorist intrusion in Lahad Datu, Sabah.

He said that PAS president Abdul Hadi should condemn the terrorist act which killed security forces members and not politicise the intrusion issue.

“We dispute PAS for not condemning the killing of security forces members   by terrorists. Now he (Abdul Hadi)is defending the terrorists by saying they were driven by poverty,” he said after witnessing the MoU signing between Kolej Universiti Islam Melaka and Companies Commission of Malaysia to enhance knowledge, skills and competency of secretarial students here today.

Mohd Ali said this when commenting on Abdul Hadi’s claim that poverty and lack of basic facilities were reasons for the intrusion in Lahad Datu.

Abdul Hadi’s statement was an attempt to cover weaknesses of the opposition as their leaders were believed to be linked to the intrusion.

“Citing poverty as reason for the intrusion is to cover their own weaknesses. It is the work of terrorists,” he added.

800 Receive Offer Letters On Haj Sponsorship From 1MDB Foundation

Posted: 18 Mar 2013 06:09 AM PDT

PUTRAJAYA, March 18 – A total of 800 people, comprising imams, village heads and Village Development and Security Committee (JKKK) chairmen, today received offer letters to perform the Haj pilgrimage sponsored by the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Foundation.

The offer letters were presented to them by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in a special ceremony at a hotel here.

In his speech, Najib said he had always hoped that the group, who played a significant role at the grassroot level, would have their chance to perform the pilgrimage in the Holy Land.

“This group consists of important people and it is hoped that the programme will make their dreams come true,” he said.

Najib said they would also receive a special allowance and would be feted at  a special ceremony before they left for the Holy Land.

Meanwhile, he said the Pilgrims Fund had spent RM110 million to bear the overall costs of managing Malaysian haj pilgrims this year, which was bearing a subsidy of RM5,575 for each first-time pilgrim.

He said Malaysia’s good ties with the Saudi Arabian government had also enabled Malaysian pilgrims to enjoy many privileges.

During the event, Najib also shared the recognition received by Malaysia from the chairman of the Board of Trustees of the Al-Quds International Institute, Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Dr Yusuf, in his letter to the prime minister, acknowledged Malaysia as the leading Islamic nation, especially in supporting the Palestinian people and the Palestinian cause.

Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Sokong Pembangkang Mungkin Ingin Jadi Calon

Posted: 18 Mar 2013 05:59 AM PDT

IPOH, 18 Mac – Tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin “memotong barisan” anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.

“Jadi, ada pemimpin yang sudah 10 tahun, 20 tahun…hanya menelan air liur kerana ada pemimpin “short cut” yang memotong barisan pemimpin yang telah lama berjuang dalam parti pembangkang,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertindak menyokong pembangkang.

“Mereka tengok agaknya berniaga tak bagus, mungkin juga mereka suka berceramah atau mungkin ada perkara yang mereka tidak persetujui (ketika berkhidmat dalam kerajaan), jadi mereka fikir kalau aku masuk parti pembangkang ada peluang jadi calon agaknya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya tindakan golongan berkenaan tidak penjejaskan Barisan Nasional (BN) kerana mereka adalah suara minoriti.

Pasukan Keselamatan Sedia Tentang Habis-habisan Pengganas Sulu

Posted: 18 Mar 2013 05:53 AM PDT

LAHAD DATU, 18 Mac –  Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam reaksi segeranya ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III, pada awal Isnin menegaskan yang raja Sulu itu boleh kata apa yang dia suka tetapi pasukan keselamatan Malaysia akan memberi tentangan habis-habisan.

Malah katanya, pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.

Pasukan keselamatan, katanya tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram III yang disiar oleh media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.

“Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini pada lewat petang Isnin.

Hamza berkata, dua pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada jam 8.05 pagi dan 9.45 pagi.

Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini pada 1 Mac lepas.

“Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram III kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata,” katanya lagi.

Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.

Sementara itu, Ahmad Zaki menjelaskan, 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat telah tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.

“Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan,” katanya.

Sementara itu Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.

“Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan.

Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir.

BN Yakin Menang PRU-13 Dan Terus Tadbir Negara – Muhyiddin

Posted: 18 Mar 2013 05:48 AM PDT

PUTRAJAYA, 18 Mac –  Biarpun bakal berhadapan dengan cabaran besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti, Barisan Nasional(BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin menang dan terusmentadbir negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang Timbalan Pengerusi BN dan UMNO berkata, keyakinan itu diambil kira berdasarkan persediaan yang begitu rapi dan tersusun parti komponen BN, selepas hilang majoriti dua pertiga pada PRU-12.

Katanya, selain anggota komponen BN yang telah disuntik semangat kerja berpasukan, persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sukarelawan turut berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN, sekali gus merampas negeri-negeri yang hilang kepada pembangkang pada PRU-12.

“Situasi kini umumnya bertambah baik. Banyak pakar-pakar, ‘think tank’ (kumpulan pemikir) dan penganalisis berkata BN akan menang. Mereka mesti ada fakta dan perkiraan. Saya melihat bahawa trendnya bertambah baik.

“Jangkaannya, kita (BN) boleh dapat pertahankan kedudukan kita. Cuma kita nak perkukuhkan di kawasan-kawasan tumpuan,” katanya ketiba berucap pada majlis dialog PRU-13 untuk Wilayah Persekutuan anjuran bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan, Veteran UMNO Wilayah Persekutuan dan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Wilayah Persekutuan.

Selain itu, katanya, pembaharuan dan transformasi yang giat dilakukan kerajaan dalam usaha menjamin masa depan rakyat dan negara ternyata disedari dan diterima rakyat secara terbuka.

Muhyiddin berkata, sebagai pemimpin berwawasan tinggi, Najib sememangnya sedar pembaharuan secara menyeluruh dan holistik membabitkan semua lapisan masyarakat perlu dilaksanakan bagi mempertahankan dasar dan pembangunan kerajaan yang dibina sejak negara mencapai merdeka lagi.

“Kita nak mempertahankan ini kerana kita telah membentuk sebuah negara yang boleh dikatakan aman, selamat dan telah maju untuk satu tempoh yang panjang. Mungkin tidak mudah untuk membandingkan mana kah negara-negara lain yang telah mencapai tahap kejayaan dan kecemerlangan seperti Malaysia,” katanya.

Dalam menghadapi PRU-13, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh mahukan pemimpin dan anggota BN di semua peringkat memberikan sokongan padu kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti kelak.

Menyedari kekuatan dan cabaran besar daripada parti pembangkang, beliau berkata, BN akan membariskan calon yang boleh menang dan munasabah, namun sokongan padu amat diperlukan supaya tidak timbul masalah yang boleh menggugat peluang BN untuk menang.

“Yang paling penting bagi kita ialah kalau keputusan (mengenai calon) sudah dibuat (oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi BN) maka pihak pimpinan di peringkat bahagian itu bersedia menerima itulah calon dan tidak menimbulkan isu dan permasalahan sehingga berbalah sesama sendiri…dia boleh membantu memenangkan calon itu dengan cara yang lebih baik” katanya.

Isu Lahad Datu Perlihatkan Betapa Celarunya Pendirian Pembangkang

Posted: 18 Mar 2013 04:24 AM PDT

Beberapa minggu lalu, negara dikejutkan dengan ancaman kumpulan yang merujuk kepada diri mereka sebagai tentera Sulu yang bertindak menuntut 'bahagian' yang dikatakan milik mereka, di bumi Sabah.  Pencerobohan yang disangka kecil-kecilan ini kemudian ternyata lebih 'complicated' dari yang dijangka.

Risikan pihak Filipina sendiri telah mendedahkan penglibatan pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim dalam pencerobohan tersebut.

Dalam sekelip mata, apa yang dirujuk sebagai 'krisis sukar' ini menjadi satu 'insiden keganasan yang besar', malah berpotensi untuk berlarutan menjadi ancaman gerila.   Malah, apa yang dikatakan 'tentera Sulu' itu turut diragui kerana terdapat bukti jelas penglibatan MNLF yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar.

Rakyat Malaysia yang telah terlalu manja dibuai keamanan, bagaikan terpaku melihat seorang demi seorang anggota keselamatan kita diusung pulang.  Bagaikan tidak percaya melihat kekejaman pengganas yang selama ini hanya didengari berlaku di negara orang.

Walaupun begitu, kesedihan kita nampaknya tidak dikongsi oleh pihak pembangkang.  Tian Chua, Naib Presiden PKR secara langsung menghina wira-wira negara yang terkorban dengan menyifatkan keseluruhan insiden sebagai sandiwara UMNO.

Bertitik-tolak dari itu, anak-anak muda yang kosong jiwanya yang menjadi penyokong pembangkang juga turut 'galak' menghina dan memperlekehkan mereka yang terkorban.   Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala membaca komen-komen mereka di laman sosial yang menyifatkan wira kita sebagai 'mati katak' dan menghamburkan berbagai-bagai kata-kata kesat.

Seolah-olah dirasuk, nyawa manusia dan kedaulatan negara tidak lagi membawa apa-apa erti kepada mereka.   Mungkin kerana mereka benar-benar percaya kepada Tian Chua bahawa ini semua sandiwara UMNO.

Namun, untuk menyatakan mereka percaya kepada Tian Chua tidak patut juga memandangkan Tok Guru Nik Aziz ada mengutuskan takziah, dan turut menghormati wira-wira yang gugur.

Jelas, Nik Aziz atau PAS tidak menganggap ianya sandiwara.  Bagaimanapun tiada kenyataan mengecam pengganas Sulu yang dikeluarkan oleh PAS melainkan kritikan terhadap pasukan keselamatan negara.

Baru sehari dua lepas, DAP pula menggesa kerajaan untuk mengecam keganasan Sulu, walaupun di awal insiden, DAPlah yang begitu teruja ingin melihat pertumpahan darah dan memperlekeh pihak keselamatan kita sebagai lembab.  Nampaknya, DAP juga tidak menganggapnya sandiwara.

Di kala DAP mendesak kerajaan mengecam pengganas Sulu, PKR pula tidak henti-henti mengecam pihak keselamatan, pertahanan dan kerajaan Malaysia.  Langsung parti ini tidak 'menjentik' pihak Sulu. Walau apapun, tampak jelas dari kenyataan rasmi Anwar bahawa PKR juga tidak menganggapnya sandiwara.

Walaupun kenyataan ketiga-tiga parti seolah-oleh menunjukkan mereka tidak menganggap insiden Lahad Datu sebagai sandiwara, tetapi tidak seorang pun dari mereka menempelak Tian Chua!

Sikap dan tindakan mereka ini menjadikan penyokong-penyokong mereka terus bingung dan keliru.  Justeru, kebanyakan penyokong mereka memilih untuk berpegang kepada kata-kata Tian Chua iaitu semuanya hanya sandiwara.

Oleh itu, sehingga ke hari ini, kita masih lagi dapat melihat ramai dari penyokong PAS atau PKR yang beragama Islam terus menerus mengutuk dan mencerca jenazah wira-wira negara.

Apa yang berlaku ini adalah kerana tiadanya pendirian bersepadu dan kenyataan tegas di dalam PR mengenai isu Lahad Datu.

Selagi tiada kenyataan dan kecaman rasmi dari PR mengenai keganasan puak Sulu, dan selagi Tian Chua tidak diambil tindakan oleh kepimpinan PKR dan PR, selagi itulah penyokong pembangkang akan keliru, sesat dan buntu, merapu-rapu mengutuk wira-wira yang pergi.

Dan selagi itulah penyokong mereka akan menjadi manusia tidak patriotik dan tidak punya peri-kemanusiaan.

isuhot.com

BN Tidak Perlukan Skandal Seks Anwar Untuk Menang PRU 13

Posted: 18 Mar 2013 04:05 AM PDT

Sama ada sedar atau tidak, isu skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berusia 15 tahun. Bermula pada 1997 apabila terdapat tuduhan yang dibuat oleh Karpal Singh dalam Parlimen, diikuti pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (1998), reformasi dan kes Liwat Azizan (1998-2003), Liwat II (2009-2012), video klip lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan seks.

Dan sekarang muncul satu lagi skandal beliau atau lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang pemuda "triple A". Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi Anwar bin Ibrahim ini.

Barisan Nasional dalam keadaan kuat dan bersedia memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 2/3 biar pun Pakatan mungkin masih menguasai satu atau dua negeri. Justeru kemunculan gambar dan video terbaru ini tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Politik Licik Di sebalik Skandal Seks?

Sebaliknya, memahami psikologi orang Melayu dan Asia keseluruhan, penyebaran video-video memalukan ini pada saat-saat menjelang pilihan raya mungkin memberi undi simpati kepada Pakatan dan Anwar Ibrahim.

Ini pernah terjadi dalam pilihan raya 1999 apabila terdapat gerak kerja UMNO yang terlalu memburukkan Anwar akhirnya memberi undi simpati kepada pakatan pembangkang.

Justeru ia menimbulkan tanda tanya sama ada gambar-gambar sensasi terbaru ini disebarkan oleh Barisan Nasional atau oleh Anwar sendiri. Perilaku dan peribadi Anwar tidak lagi penting kerana apa yang dipaparkan dan disiarkan sebelum ini sama ada di Mahkamah, di dalam media massa mahu pun ruang siber sudah cukup untuk membantu rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau sebaliknya.

Dengan kata lain mereka yang mengambil kira moral dan perlakuan luar tabie Anwar sudah membuat keputusan untuk menolak Pakatan. Manakala mereka yang mahu terus bergantung kepada Anwar akan terus mempertahankan Anwar sehingga ke tahap video hanyalah besi yang tidak boleh menjadi saksi.

Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

Pasukan Anwar menyedari bahawa terdapat perubahan besar sikap rakyat terhadap Barisan Nasional sejak enam bulan yang lalu apabila pelbagai program mesra rakyat, penerangan isu semasa dan akhir sekali kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu Lahad Datu mendapat impak yang positif.

Pakatan dalam keadaan terdesak apabila beberapa kenyataan pemimpin mereka terhadap insiden Lahad Datu telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Untuk mengalih isu sikap kurang ajar pemimpin pakatan terhadap pasukan keselamatan, dengan tiba-tiba sahaja isu skandal seks Anwar kembali hidup. Pasukan Anwar sendiri yang menghidupkannya apabila menggunakan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan (yang mengaku beliau diliwat Anwar), untuk memburukkan anaknya sendiri.

Sungguhpun isu ini kembali menjadi perhatian rakyat namun ia tidak sebesar tumpuan rakyat kepada isu kebobrokan perangai dan perkataan Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin Pakatan terhadap insiden Lahad Datu.

Pakatan perlukan satu isu sensasi besar untuk mengubah perhatian rakyat daripada isu Lahad Datu. Dalam keadaan tersebut tiba-tiba sahaja muncul satu lagi gambar sensasi mmebabitkan individu yang menyerupai Anwar.

Adalah tidak mustahil gambar ini disebarkan oleh kumpulan Anwar sendiri bagi mengalih isu dan menagih simpati. Malah tidak menghairankan jika dalam sedikit masa lagi akan muncul individu yang menyerupai Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliaulah lelaki dalam gambar dan video tersebut. Anwar bukanlah begitu bodoh.

Tidak mustahil dalam tempoh setahun yang lalu beliau telah membayar seseorang untuk membuat pembedahan plastik membentuk semula wajah seiras dengan beliau.

Malahan dengan membesarkan isu ini, mungkinkah Anwar mencipta jalan dan skrip untuk mengadakan sumpah laknat selepas Parlimen dibubarkan. Sumpah laknat tidak akan menunjukkan kesan dalam masa yang singkat.

Malahan menurut para ulama ia mungkin mengambil masa bertahun sebelum nampak jelas kesannya. Jika Anwar memilih untuk bersumpah selepas Parlimen dibubarkan ia sekadar untuk mengelirukan rakyat.

Kita perlu ingat Anwar telah diminta bersumpah sejak beberapa tahun lalu tapi beliau enggan melakukan. Jika beliau melakukan selepas pembubaran Parlimen itu bermakna beliau berbuat untuk kepentingan politik bukannya untuk kebenaran.

Politik Untuk Rakyat

Pilihan raya adalah soal memilih parti yang mampu membentuk kerajaan yang baik dan stabil untuk masa depan rakyat dan negara ini. Barisan Nasional telah terbukti berjaya mentadbir negara ini dengan baik.

Daripada sebuah negara yang miskin, bekas tanah jajahan beberapa penjajah, dihurungi ancaman komunis, pergaduhan antara kaum dan ekstremis agama, Barisan Nasional menukar lanskap perpecaham kaum, mundur, buta huruf kepada masyarakat yang bersatu, ekonomi yang membangun dengan pantas dan menghampiri zon sifar buta huruf.

Barisan Nasional menukar negara ini daripada ekonomi berasaskan pertanian kecil-kecilan, ekonomi sara diri dan bergantung kepada eksport komoditi yang tidak stabil kepada sebuah negara yang mempunyai sektor perladangan antara terhebat di dunia, menempatkan diri dalam negara perindustrian sehingga digelar "Harimau Ekonomi Asia" pada 1990-an, mempunyai lulusan universiti yang melebihi pasaran kerja dalam negara.

Telah beberapa kali, kerajaan Malaysia berjaya keluar dari kegawatan ekonomi dengan jayanya termasuklah kemampuan melepasi ancaman ekonomi paling perit pada 1997 kerana diserang oleh spekulator matawang dan juga dikhianati dari dalam oleh individu yang menganjurkan Asian Renaissance.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, rakyat telah menilai dan melihat kegagalan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Daripada sebuah negeri terbaik, tersusun dan ditadbir secara cekap sebelum 2008, kini negeri termaju Selangor berada dalam keadaan membimbangkan dan merudum dengan cepat.

Jalan berlubang merata-rata, sistem pengurusan sampah kembali seperti awal 90-an, pasir di lombong sesuka hati tanpa kawalan, setinggan sedang menampakkan diri kembali, rumah kos rendah langsung tidak dibina, krisis air dan elektrik menunggu masa untuk berlaku.

Dalam masa lima tahun lagi tidak mustahil Selangor akan kembali kepada keadaan seperti 90-an, dipenuhi setinggan, masalah pengangguran dan jurang pendapatan yang sangat besar antara rakyat.

Rakyat juga sudah melihat dan mengetahui kepincangan dan kedhaifan manifesto Pakatan. Tahun lalu Pakatan melancarkan "Buku Jingga" yang kononnya manifesto mereka untuk memerintah negara.

Setelah Barisan Nasional mendedahkan kelemahan ketara Buku Jingga sehingga menyebabkan hampir 80% janji mereka tidak boleh dilaksanakan, Pakatan muncul dengan satu lagi manifesto beberapa minggu lalu.

Setelah Barisan Nasional mendedahkan kelemahan ketara Buku Jingga sehingga menyebabkan hampir 80% janji mereka tidak boleh dilaksanakan, Pakatan muncul dengan satu lagi manifesto beberapa minggu lalu.

Sebaliknya Barisan Nasional telah berjaya menguruskan masalah kos sara hidup yang tinggi secara berhemah dan berhemat. BN memperkenalkan sistem petrol dua jenis yang membantu mengurangkan subsidi bahan api kerajaan tetapi tidak begitu membebankan rakyat.

BN juga telah melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang secara khusus bertujuan membantu meringankan rakyat berpendapatan rendah.

Kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor membina rumah kos rendah, BN terpaksa mengambil inisiatif memperkenalkan skim perumaham mampu milik untuk rakyat terutamanya di sekitar lembah klang.

Suatu ketika dahulu isu ini diselesaikan oleh kerajaan negeri. Beberapa tahun lalu, rumah kos rendah berlebihan di lembah klang sehingga Menteri Besar Selangor ketika itu mencadangkan agar rumah kos rendah yang tidak dapat dijual setelah beberapa tahun dijual kepada golongan yang berpendapatan melebihi RM 2,500 sebulan. Sekarang Pakatan di Selangor melupakan terus agenda rakyat sebaliknya bersengkongkol dengan Pemaju melupuskan kuota rumah kos rendah.

Justeru BN tidak memerlukan skandal seks Anwar Ibrahim untuk meyakinkan rakyat mengenai kemampuan dan keupayaan meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini. Barisan Nasional hanya memerlukan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Apa yang BN perlukan ialah kesatuan dalaman dan rekod pentadbiran yang cemerlang untuk meyakinkan majoriti rakyat parti mana yang lebih layak memerintah.

Mengenai individu bernama Anwar bin Ibrahim, biarkanlah ia menyelesaikan isu peribadinya. Jika beliau bersumpah laknat pun menjelang PRU ke 13 ini ia tidak membuktikan apa-apa kerana sifat sumpah laknat itu sendiri bukanlah dalam bentuk pembalasan serta-merta.

Jika ada individu yang muka seirasnya pun ia tidak membuktikan bahawa beliau tidak terbabit dalam kegiatan tidak bermoral yang didakwa. Jika kita yakin beliau tidak terbabit pun ia bukan alasan untuk meberi undi kepada Pakatan sewenang-wenangnya.

Saya suka menurunkan semula pandangan bekas mentornya Dr. Sidek Baba, (yang lebih kurang berbunyi) "saya tidak boleh menyatakan Anwar terbabit atau tidak dengan kejadian liwat dan zina seperti yang didakwa. Namun pembabitan beliau dengan pluralisme dan liberalisme Islam; hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh Yahudi terkemuka; tingkah laku beliau kebelakangan ini, meyakinkan saya untuk tidak lagi bersama perjuangan politik beliau."

Kepada mereka yang mahu memilih parti terbaik menjadi kerajaan baca dan nilailah pandangan semua pihak.

Kepada mereka yang mengundi Pakatan kerana Anwar bin Ibrahim nilailah pandangan Dr. Sidek Baba, guru, mentor dan penyokong yang membuang segala-gala keagungan material dunia untuk bersama Anwar suatu ketika dahulu.

Ab Jalil Backer

Hati Penuh Syak Wasangka Buruk Buat Pembangkang Gemar Tabur Fitnah

Posted: 18 Mar 2013 03:35 AM PDT

IPOH, 18 Mac – Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengecam pendekatan politik Pakatan Pembangkang yang gemar mempolitikkan isu-isu yang tidak sahih sebagai modal politik mereka, sehingga menyebabkan perpecahan yang serius  berlaku di kalangan rakyat, khususnya orang Melayu.

Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, sikap pemimpin Pakatan Pembangkang yang  seringkali membangkitkan isu-isu yang lebih kepada fitnah memperlihatkan mentaliti politik pemimpin Pakatan Pembangkang agak kolot dan jumud.

"Banyak perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam media massa, terutamanya di dalam media sosial seperti facebook, blog dan twitter hari ini lebih kepada fakta-fakta yang tidak benar. Contohnya isu Altantuya, isu kapal selam, dan beberapa isu lain lagi yang terang-terang ianya terbukti satu fitnah.

"Begitu juga dengan isu krisis di Lahad Datu. Kenyataan Tian Chua sudah cukup untuk melambangkan pemikiran tiga suku pemimpin yang ada di dalam PKR. Mereka ini tidak ada kerja lain selain membangkitkan isu-isu sensitif yang  mengusik sentimen rakyat. Hujah mereka hanyalah berdasarkan syak wasangka, bukannya berpaksikan pada fakta dan kebenaran," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Manakala menurut Presiden Kelab Kulaan Malaysia, A. Latiff Dato Masiud, cara berpolitik Pakatan Pembangkang yang lebuh suka menabur fitnah tidak akan mewujudkan iklim politik yang baik bagi masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Saya pelik bagaimana mereka ini amat berani untuk berkata sesuatu yang masih belum dipastikan kesahihan dan kebenaran faktanya. Akhirnya, perkara yang cuba dimomokkan kepada rakyat, terbukti  tidak benar.

"Bagi saya, sepatutnya pembangkang perlu lebih berwibawa. Bawa isu-isu relevan dan jangan berpolitik dengan cara yang kotor dengan menabur fitnah dan tohmahan semata-mata untuk memburukkan kerajaan. Kita tidak boleh membohongi rakyat untuk selama-lamanya," ujarnya.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia, Mohd Wadzir Abd Bahari, pendekatan politik pembangkang yang lebih suka menjurus kepada persepsi semata-mata dan bukan berpaksi kepada fakta sebenar, disifatkannya amat merbahaya dan memberikan implikasi yang tidak baik kepada masyarakat.

"Seperti mana kita lihat kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menganggap isu Lahad Datu adalah sandiwara kerajaan. Kenyataannya itu telah menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat. Kenyataan tersebut membayangkan seolah-olah kerajaan sanggup lakukan apa dan ini tidak betul.

"Selepas itu, Tian Chua cuba putar belit mengatakan bahawa kenyataannya itu disalah tafsir, sedangkan yang mengeluarkan kenyataanya itu ialah akhbar rasmi mereka juga. Ini yang saya katakan, cara berpolitik yang sempit dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada keharmonian rakyat dan keamanan negara. Apakah golongan seperti ini kita mahu berikan pentadbiran negara?," soalnya. -MediaUMNO

DAP Bolot Kawasan Di Johor Untuk Menidakkan Kemampuan PKR – Norshida

Posted: 18 Mar 2013 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mac – Cadangan untuk meletakkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah adalah strategi parti itu untuk melebarkan sayapnya dan secara tidak langsung untuk menidakkan rakan sekutunya PKR, seperti mana yang cuba dilakukannya di Pulau Pinang dan Perak.

Perebutan kerusi yang kononnya tidak berlaku dalam pakatan pembangkang hanyalah sekadar sandiwara untuk menutup kemelut yang berlaku di kalangan parti-parti terbabit, sedangkan realitinya masing-masing ingin masing lagi belum bersenpendapat terutama antara DAP dan PKR.

Ramai di kalangan rakyat menyedari pertelingkahan yang diperkatakan berhubung isu pembahagian kerusi di kalangan pakatan pembangkang lebih menjurus kepada Pas dan PKR, tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa DAP dan PKR juga menghadapi sindrom berebut kawasan di mana pengundi bukan Melayu dikatakan menjadi penentu kemenangan kepada mana-mana calon pada pilihan raya nanti.

Ketua Puteri UMNO Johor, Norshida Ibrahim menyifatkan kemelut DAP dan PKR di Johor sebenarnya lebih kepada keghairahan DAP untuk menunjukkan mereka mempunyai pengaruh berbanding PKR berikutan permasalahan dalaman yang dialami oleh parti itu.

"Untuk DAP menawan Johor adalah, sukar kerana Johor adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional, tetapi pada pilihan raya kali ini mereka berkeyakinan untuk bertanding lebih banyak kerusi parlimen di kawasan yang majoritinya pengundi bukan Melayu.

"Perkembangan yang berlaku ini menunjukkan PKR tidak mempunyai kekuatan di Johor berbanding DAP dan Pas, dan jika ini berlaku sudah pasti DAP dan Pas akan berganding bahu seperti mana yang dilakukan di Perak dan PKR akan dipinggirkan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Segamat berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru pakatan pembangkang apabila DAP bercadang untuk bertanding di 15 kerusi parlimen di Johor, pada pilihan raya 2008, DAP bertanding (6 parlimen, 12 DUN), PKR ( 8  parlimen, 10 DUN) Pas (10 parlimen, 32 DUN) dan PRM (1 parlimen, 2 DUN).

Berdasarkan kepada jumlah kerusi pilihan raya 2008, sudah pasti DAP berhasrat untuk mengambil kawasan PKR dan PRM kerana kawasan terbabit mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu dan DAP berkeyakinan peluang mereka lebih cerah berbanding PKR.

Norshida berkata, kemelut yang berlaku di dalam pakatan pembangkang tidak akan melekakan jentera serta petugas pilihan raya malah akan terus bekerja keras untuk memastikan Johor tetap menjadi kubu kuat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 13 nanti. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT