UMNO Online - “Kerajaan Perlu Perancangan Teliti Tangani Masalah Di Lahad Datu – Mahathir” plus 9 more |
- Kerajaan Perlu Perancangan Teliti Tangani Masalah Di Lahad Datu – Mahathir
- 15,500 Penduduk Felda Sahabat Kampung Tanduo Dalam Keadaan Selamat
- Pasukan Keselamatan Mampu Tumpaskan Saki Baki Penceroboh – Ahmad Zahid
- Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Yang Sah
- U Ulang… I Saman U… Helah Politik Saman Anwar!!
- DPM Tells Chinese Community Not To Gamble Away National Economic Developement
- Mencari Petualang Dan Motif Pencerobohan Di Lahad Datu….
- Tuduhan Sandiwara… Pembangkang Umpama Ludah Ke Langit Kena Muka Sendiri
- Sabah Milik Sah Malaysia, Tidak Boleh Dituntut Mana-mana Pihak – Rais
- Manifesto Pembangkang Lebih Kepada Gimik Politik – Mazlan Sabari
Kerajaan Perlu Perancangan Teliti Tangani Masalah Di Lahad Datu – Mahathir Posted: 05 Mar 2013 04:58 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memerlukan perancangan teliti dan tidak boleh tergesa-gesa menangani serangan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu. Beliau berkata ini kerana ia melibatkan keselamatan rakyat, selain serangan kumpulan penceroboh itu yang agak ganas hingga sanggup membunuh sesama Islam. “Ini adalah satu gerakan yang agak kompleks kerana kerajaan tidak boleh serang balas dengan begitu sahaja. Kalau kita serang balas mungkin penduduk di situ akan jadi mangsa,” katanya pada sidang media mengenai sukan Paintball World Cup Asia di sini, Selasa. Dr Mahathir mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan dan pertahanan negara lewat membuat serangan balas kepada kumpulan pengganas asing bersenjata. “Kita berhadapan dengan satu masalah baharu, kita tak pernah lihat benda ini berlaku dalam negara kita. Mereka melakukan sesuatu yang cukup buruk iaitu mendedahkan orang tidak berdosa,” katanya. Mengenai tindakan beberapa kumpulan di Filipina yang menyelar tindakan Malaysia menyerang kumpulan penceroboh itu, beliau berkata pasukan keselamatan negara berhak melawan kerana mereka telah menceroboh dan membunuh. “Kalau mereka serang kita dengan senjata, bunuh orang kita macam mana lagi kita nak tangani masalah ini, mereka nampak begitu ganas sekali, datang dengansenjata, itu pun sudah jadi satu kesalahan,” katanya. Dr Mahathir juga percaya rata-rata penduduk di Sabah masih setia denganMalaysia serta yakin terhadap kemampuan pasukan keselamatan dan pertahanan negara. |
15,500 Penduduk Felda Sahabat Kampung Tanduo Dalam Keadaan Selamat Posted: 05 Mar 2013 04:55 AM PST PUTRAJAYA, 5 Mac – 15,500 penduduk di Felda Sahabat Kampung Tanduo, Lahad Datu, lokasi di mana berlakunya percerobohan pengikut Sultan Kiram berada di dalam keadaan selamat dan tidak terjejas dalam pertempuran antara anggota keselamatan negara dan puak penceroboh. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, para penduduk di sekitar kawasan tersebut juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapat bekalan makanan dan sebagainya, kerana Felda Sahabat di Kampung Tandou itu lengkap dengan pelbagai kemudahan asas. "Setakat ini, semua penduduk termasuk pekerja di kawasan Felda Sahabat yang menjadi lokasi pencerobohan pengikut Sultan Kiram selamat. Kita telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membenarkan mereka keluar khususnya di Felda Sahabat 3, 4 dan 5. "Manakala operasi di ladang-ladang dan kilang kepunyaan Felda berjalan seperti biasa melainkan kawasan yang diduduki oleh penceroboh yang terletak di Felda Sahabat 17. Selain daripada Sahabat 17, Felda Sahabat 18, 19, 22 dan 26 juga dianggap sebagai kawasan sebagai kawasan hitam," jelasnya dalam sidang media dihadapan wartawan di pejabat Timbalan Menteri di Putrajaya hari ini. Selain itu, kawasan Felda Sahabat di Kampung Tanduo itu turut dijadikan pusat operasi anggota keselamatan negara memandangkan kawasan tersebut amat strategik untuk menjalankan operasi ketenteraan. "Di situ ada pelbagai kemudahan termasuk janakuasa elektrik, jeti dan lain-lain. Ia amat sesuai untuk dijadikan pusat operasi ketenteraan oleh anggota keselamatan negara. Warga Felda juga memberikan kerjasama yang baik dalam membantu pihak anggota keselamatan dalam menjalankan tugas mereka. "Malah kawalan keselamatan di sekitar kawasan tersebut turut dijalankan oleh Polis Bantuan Felda (FELSCO) bagi membantu anggota polis dan pihak tentera untuk mengawal keselamatan di kawasan terbabit. Manakala pekerja-pekerja ladang di Felda 17 yang dikategorikan sebagai kawasan hitam seramai 130 orang telah dihantar ke kawasan ladang lain,"ujarnya. Felda Sahabat mempunyai 46 buah ladang daripada 55 ladang Felda di seluruh Sabah yang berkeluasan 101,929.86 hektar. Manakala, sebanyak sebanyak sembilan buah kilang daripada 11 buah kilang Felda di Sabah terletak di Felda Sahabat di mana empat kilang berada di Kampung Tanduo. |
Pasukan Keselamatan Mampu Tumpaskan Saki Baki Penceroboh – Ahmad Zahid Posted: 05 Mar 2013 03:55 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac – Pasukan keselamatan mempunyai kepakaran untuk menumpaskan saki baki penceroboh bersenjata selepas serangan udara dan darat dilancarkan pagi ini untuk mengakhiri insiden pencerobohan yang berlarutan selama 21 hari di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah, kataMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya walaupun kawasan yang diceroboh mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar dan diibarat ‘lubuk permainan’ penceroboh, namun kepakaran serta taktik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup membanggakan. Oleh itu, katanya Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menangani insiden pencerobohan di Sabah kerana ia mempunyai pasukan keselamatan yang kuat. Pada 4 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberitabahawa saki baki musuh dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo,berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad Datu. “Setakat ini keadaan tenang malah tiada tembak-menembak sebagai seranganbalas berlaku dan kita harap dengan keadaan ini, penceroboh dapat ditumpaskannamun kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan,” kata AhmadZahid menerusi perbualan telefon bersama Bernama TV, pada Selasa. Sehubungan itu, beliau berkata pasukan keselamatan telah bersiap siagadi beberapa kawasan tertentu yang berkemungkinan terancam berikutan taktik’psikologi songsang’ yang digunakan penceroboh. “Kita sentiasa mematuhi Konvensyen Geneva dan kita menggunakan etikapeperangan yang mana pihak musuh dilayan dengan penuh berperikemanusiaan,”katanya. Ahmad Zahid berkata lima batalion tentera telah dikerah di beberapa kawasanseperti Tawau dan Sandakan, dan akan terus berada di sana sehingga berpuas hatidengan operasi pembersihan penceroboh. |
Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Yang Sah Posted: 05 Mar 2013 03:48 AM PST “Banyak pihak mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah,” demikian kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada sebuah portal berita online pada 22 Februari 2013 lepas, sebagai merujuk kepada Jamalul Kiram III. Kenyataan Ampun Muedzul betul. Memang terlalu ramai orang yang mendakwa diri mereka merupakan Sultan Sulu yang sah, sekurang-kurangnya ada 9 individu yang mengaku sebagai pewaris sebenar Kesultanan Sulu. Menariknya lagi kesemua 9 individu termasuk Jamalul Kiram III mahu dipanggil sebagai Sultan Sulu dan telah melalui upacara penabalan dan mempunyai pengikut masing-masing, yang menariknya tiada seorang pun di kalangan 9 Sultan Sulu ini yang memiliki tanah jajahan atau wilayah pemerintahan sendiri. Jamalul Kiram III, merupakan salah seorang daripada 9 individu tersebut kini terlibat secara langsung mengarahkan sekumpulan 200 orang pengikutnya yang didakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah. Kumpulan warga Filipina yang diketuai oleh adiknya, Agbimuddin Kiram itu bertanggungjawab membunuh 8 orang anggota keselamatan Malaysia dalam dua pertempuran di Lahad Datu dan Kampung Srijaya, Simunul, Sampoerna yang turut mengakibatkan 18 orang pengikutnya terbunuh. Mereka mula menceroboh Sabah sejak 9 Februari 2013 lalu dengan matlamat untuk menuntut hak ke atas Sabah yang didakwa milik Kesultanan Sulu serta turut mendesak Kerajaan Malaysia tidak menghantar pendatang Filipina keturunan Sulu pulang ke negara asal. Sudahlah datang secara kurang ajar kemudian tunjuk lagak samseng menuntut pemerintahan ke atas Sabah, memang memalukan orang Sulu. Sewajarnya kumpulan pengikut Jamalul Kiram III ini kita gelarkan sahaja sebagai pengganas Sulu. Rentetan pencerobohan yang berlaku sejak 4 minggu lalu itu menyebabkan satu persoalan sering menerjah ke akal dan minda kita minda ramai tertanya-tanya siapakah Jamalul Kiram III dan benarkah dirinya adalah Sultan Sulu yang sebenar-benarnya? Jamalul Kiram III sebetulnya bukanlah waris Kesultanan Sulu yang sah disebabkan dirinya bukanlah berasal dari darah zuriat hakiki Sultan Sulu kerana keturunan keluarga Kiram tidak lagi diterima oleh rakyatnya setelah dianggap sebagai sebagai tali barut kepada Amerika Syarikat. Peristiwa pembunuhan sejumlah 4,000 orang Sulu dari keluarga Datu & Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu sekitar tahun 1906 dulu adalah hasil kerja Amerika Syarikat selepas mendapat restu Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yakni Sultan Sulu terakhir dari keturunan keluarga Kiram di Jolo, Sulu. Semenjak kejadian pembunuhan tersebut, rata-rata orang Sulu Tausuq menentang Sultan mereka dan tidak lagi mengiktiraf mana-mana keturunan keluarga Kiram untuk memimpin mereka. Kini dengan wujudnya sekurang-kurang 9 orang individu dari pelbagai keturunan yang juga mengaku sebagai waris sah Kesultanan Sulu, maka bertambahlah keraguan ramai untuk mempercayai Jamalul Kiram III sebagai satu-satunya waris yang sah. Tambah menjelikkan orang Sulu sama ada yang tinggal di Filipina mahupun di Sabah bila mana tatkala Jamalul Kiram III sibuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu, di masa yang sama adiknya Esmail Kiram II pula turut mengaku merupakan pewaris sah Kesultanan Sulu. Memalukan. Raja Parit |
U Ulang… I Saman U… Helah Politik Saman Anwar!! Posted: 05 Mar 2013 03:43 AM PST Apabila penglibatan Anwar dengan pencerobohan tentera Sulu menjadi heboh, Anwar sekali lagi 'menembak si pembawa berita' (shot the messenger), tanpa menyentuh sedikit pun tentang sumber asal berita tersebut. Seperti biasa, media perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menjadi 'mangsa' untuk disaman Anwar walaupun mereka hanyalah pembawa atau penyampai berita yang dipetik dari agensi antarabangsa iaitu Reuters dan juga media Filipina, Manila Times. Malah, berita yang sama turut dipetik oleh Portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan pada November tahun lalu dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah yang membawa kepada pencerobohan Kampung Tanduo. Namun, seperti juga kes kenyataan Anwar di dalam agensi berita mengenai sokongannya terhadap Israel dan juga kritikannya terhadap undang-undang mengharamkan homoseksual, Anwar memilih untuk menembak si pengirim berita bukannya sumber asal berita. Tidak sukar untuk membaca kenapa Anwar enggan menyaman Reuters mahupun Manila Post kerana Anwar hanyalah jaguh kampung yang tidak berani dengan orang luar tetapi hanya berani dengan bangsa sendiri. Lebih penting lagi, Anwar juga tidak berani menyaman sumber asal kerana sumber tersebut pastinya berasaskan kepada kebenaran. Hakikatnya, Manila Times bukan menuduh secara rambang tetapi menamakan pihak perisikan Filipina sebagai pemberi maklumat mengenai penglibatan Anwar, malah koresponden mereka juga dinamakan dengan jelas iaitu Al Jacinto. Justeru, bukankah lebih mudah dan masuk akal untuk Anwar membersihkan namanya dengan menyaman Manila Times sahaja, jika beliau benar-benar tidak terlibat? Buat apa disaman Utusan atau TV3 jika hujah pembelaan mereka nanti pasti berkisar kepada 'memetik sumber asing'? Hujah sebegini tidak akan mampu menafikan berita tersebut sebagai benar dan tidak mampu menghapuskan keraguan terhadap Anwar. Mungkin Anwar tidak begitu berminat untuk membersihkan namanya kerana sudah cukup 'masak' dengan penyokong-penyokongnya yang tidak akan percaya apa saja keburukan yang dikaitkan dengannya. Selama ini pun, Anwar tidak perlu bersusah payah membersihkan namanya dari apa jua skandal kerana penyokongnya sendiri akan menafikan segala-galanya bagi pihaknya. Justeru, Anwar merasakan tidak perlu menyaman Reuters dan Manila Times tetapi hanya perlu bersandiwara menyaman Utusan dan TV3. Selebihnya, Anwar hanya perlu duduk dan lihat sahaja bagaimana bodohnya puak-puak Sulu berkorban nyawa menjadi alat pencetus huru-hara di Malaysia. Dan Anwar mengharapkan agar huru-hara berterusan sehingga membawa kepada campurtangan asing sehingga pilihanraya tidak 'perlu' diadakan sama sekali. Seperti yang disebut di atas, tidak sukar untuk membaca strategi Anwar, hanya orang-orang yang buta tuli sahaja yang tidak mampu membacanya. isuhot.com |
DPM Tells Chinese Community Not To Gamble Away National Economic Developement Posted: 05 Mar 2013 03:34 AM PST BATU PAHAT, March 5 – The Chinese community have been asked not to forsake the rapid economic development enjoyed by the people under the Barisan Nasional (BN) government by voting for the opposition in the 13th general election (GE13). Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said that under the BN administration, the national economy had undergone rapid growth to the extent that Malaysia had been categorised as the most developed nation among the developing countries. “Since the Barisan Nasional formed the government 55 years ago, the government focus had been on economic development. From a nation that depended on agricultural commodities such as rubber, Malaysia is now an industrial nation and is known as the most developed among the developing countries. “And it is the aspiration of the Barisan Nasional to enhance the country’s economic achievement through various efforts especially the Economic Transformation Programme (ETP). If we want this rapid economic growth to continue, let us not change the BN government, we should retain it,” he said here today. Muhyiddin, who is also the Education Minister, said this when attending the 1Malaysia public feast at the Dewan Raya Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Cheng Siu, Tanjung Labuh, which was also attended by Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. If the economic development policies implemented by the government had been proven to be effective, he said there was no reason for the people to change the government. He said the government’s economic management had been proven to be effective with the national per capita income exceeding US$10,000 annually, while the national economic growth last year was 5.6 per cent. For the people of Johor, they could clearly see the economic growth through the ETP following the Iskandar Malaysia project and the oil and gas project in Pengerang. “Currently, the investments received by Iskandar Malaysia and Pengerang had reached tens of billions of ringgit. It will provide positive spill-over to the people,” he said. The Singapore-Kuala Lumpur fast train project as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently would have an impact on the local economy including in Batu Pahat, said Muhyiddin. He said the opposition was headed by leaders who were inexperienced in economic management and guided by incorrect economic policies that could result in the people suffering losses. A clear example of the incapability of the opposition in managing the economy properly was in Selangor, he said, with the state government led by the Parti Keadilan Rakyat failing to resolve the water supply problem. Muhyiddin said the failure of the Selangor opposition government to resolve the water supply problem had affected the national economy adversely with 300 factories aborting their plan to operate in the state. On the future of Chinese education in the country, Muhyiddin said the government had never sidelined Chinese education, in fact, it formed a part of the national education system. “The claim that the government wants to close down Chinese and Tamil schools in the country is not true. We have amended the law to ensure that the Chinese schools would remain in the country,” he said. He cited Singapore as an example where there were no Chinese schools in the island republic despite the fact that the majority of the population were Chinese. The Deputy Prime Minister said the government was committed to allocate RM1.8 billion every year to pay the salaries of teachers serving in Chinese schools nationwide. At the function, Muhyiddin also gave an allocation of RM1 million to the Board of Directors of SJKC Cheng Siu. Meanwhile in AYER HITAM, he said there was no reason to change the present government under the BN because it had been proven to champion the cause of the people and bring progress to the country. He said he was puzzled why the opposition endeavoured to destroy the BN whereas the policies propagated by the party had succeeded in developing the country. “The opposition said the BN has been in power too long, it is too old. Which government is old, although I may have grown older. Out party is still strong and capable,” he said at a gathering with the people and the launch of the election machinery for the Ayer Hitam parliamentary constituency, here. Also present were Abdul Ghani, the Member of Parliament for Ayer Hitam Datuk Dr Wee Ka Siong and the State Assemblyman for Semarang who is also Ayer Hitam BN head Datuk Samsolbari Jamali. Muhyiddin emphasised that the BN government was also not cruel as claimed by the opposition because the people in the country were living in comfort and enjoying rapid development. At the function, the Deputy Prime Minister also announced an allocation of RM1.5 million to build a mosque at the Veterinary Institute, here, and RM300,000 to repair the Sri Lalang mosque, here. |
Mencari Petualang Dan Motif Pencerobohan Di Lahad Datu…. Posted: 05 Mar 2013 03:03 AM PST Setelah sekian lama, beberapa hari kebelakangan ini adalah detik yang paling memilukan buat seluruh rakyat Malaysia. Tatkala perdamaian yang dihulurkan, mayat-mayat perwira negara pula menjadi "hadiah" buat sekelian rakyat. Paling penulis tidak boleh terima, hampir kesemuanya dibunuh atas taktik serang hendap sungguhpun salam dihulur atas dasar "hablum mina nas". Itu sifat keji – sekeji-kejinya makhluk bernama manusia yang menceroboh. Lebih keji, tentunya mereka-mereka yang menjadi dalang dan petualang kepada bumi bertuah ini. Apa motif sebenar si petualang membawa masuk kumpulan pengganas ini ke bumi berdaulat, Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku? Hujah kononnya Kesultanan Sulu punya hak terhadap Sabah adalah hujah yang amat dangkal. Hujah ini digunapakai oleh kebanyakkan pro Anwar Ibrahim yang cuba "menegakkan benang yang basah". Hairan apabila rakyat Malaysia sendiri tidak setia kepada negara, bahkan cuba meremeh-temehkan anggota keselamatan yang menyabung nyawa untuk tidur yang lena buat sekalian rakyat. Bersikap seolah-olah Malaysia yang merampas tanah milik Kesultanan Sulu mendedahkan betapa sikap kebanyakkan penyokong pembangkang yang jumud, buta sejarah dan membabi buta.
Apa motif sebenar kemasukan Tentera Sulu ke Sabah? Bolehkah kerajaan Filipina (yang berkuasa ke atas Kesultanan Sulu) menuntut Sabah berdasarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa? Jawapannya adalah hampir mustahil untuk Filipina menuntuk Sabah dari Malaysia atas beberapa sebab. Pertama, waris Sultan Sulu telah menerima 'cession money' sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company. Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A'lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878. Ketiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah: Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat. Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan. Itu antara sebab-sebab bahawa hampir mustahil untuk Filipina menuntut Sabah dari Malaysia. Berbalik kepada persoalan asal, apa motif sebenar Tentera Sulu dijemput memasuki Sabah sungguhpun fakta membuktikan mereka tiada hak langsung ke atas Sabah? Siapa yang bertanggungjawab menghasut kononnya Tentera Sulu ini punya hak ke atas Sabah? Dalam keadaan peluang hampir mustahil ke atas tuntutan, mengapa mereka masih berdegil dan menceroboh tanah berdaulat Malaysia? Mengapa anggota keselamatan kita diserang hendap, sedangkan perdamaian yang kita hulurkan pada awalannya? Apa motif paling utama berdasarkan gerakan subversif ini? Dhandhanggula |
Tuduhan Sandiwara… Pembangkang Umpama Ludah Ke Langit Kena Muka Sendiri Posted: 05 Mar 2013 02:03 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac – Kenyataan pakatan pembangkang yang melemparkan tuduhan bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara ibarat meludah ke langit kena muka sendiri lantaran daripada sikap mereka yang gemar bersandiwara dan tidak sensitif terhadap sebarang permasalahan yang berlaku, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim. "Oleh kerana terlalu banyak bermain dengan sandiwara maka mereka anggap perkara yang membahayakan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara juga dianggap sebagai satu sandiwara yang mana ia menunjukkan sikap pemimpin pakatan pembangkang sebagai sangat sangat biadap dan tidak serius," katanya kepada UMNO-Online. Dilaporkan, 4 Mac lalu, Naib Presiden PKR Tian Chua telah mengeluarkan kenyataan bahawa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah dan serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. "Istilah sandiwara pada pakatan pembangkang adalah perkara biasa sebagaimana mereka banyak memainkan peranan dalam pelbagai janji-janji yang ditaburkan sebelum ini kepada rakyat khususnya dalam semasa berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu. "Siapa yang berjanji pada ibu tunggal dan golongan warga emas di Selangor sehinggakan mereka telah membawa tuntutan hingga ke mahkamah? Bukankah ini juga muncul hasil daripada sandiwara pemimpin pembangkang?" Ujarnya, sepatutnya Tian Chua tuding jari pada kepimpinan tertinggi dalam pakatan pembangkang khususnya pati PKR sendiri yang lebih banyak dimonopoli oleh Penasihat Umumnya berbanding Presiden parti. "Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan khususnya UMNO sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat. "Mereka tuduh kerajaan lakukan sandiwara tetapi mengapa mereka tidak bertanya sendiri kepada Ketua Pembangknya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya pakar dalam bersandiwara," katanya. Tambah beliau lagi, apabila Anwar membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN/UMNO. "Macam mana BN/UMNO mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan berita berkaitan Anwar sebagaimana sebelum ini sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media tempatan yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara. "Tidak kiralah apa saja yang mereka lakukan sama ada pergaduhan dalam perhimpunan yang dilakukan oleh mereka, sesi ceramahnya diganggu atau pemimpinnya kena tangkap basah pun maka mereka akan tuduh sebagai konspirasi kerajaan walhal kepimpinan sendiri yang melakukan sandiwara." Tegas beliau lagi, lihat saja bagaimana pembangkang mentadbir selepas PRU ke-12 lalu dan mereka berani meletakkan atau menamakan macam-macam perkara termasuklah buku jingga dan ekonomi negara melalui pembentangan bajet sedangkan janji-janji yang sudah dibuat tidak dilaksanakan. "Kabinet bayangan, bajet alternatif, buku jingga dan hudud hanyalah antara bahan propaganda dalam sandiwara pembangkang untuk menarik perhatian rakyat khususnya bagi mengalihkan tunpuan rakyat. "Rakyat juga tak pernah lupa dengan janji 16 September kononnya kerajaan akan bertukar kepada pakatan pembangkang kerana itu juga adalah sandiwa terbesar mereka." Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar tidak terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan maca-macam janji sedangkan ia bukanlah bersifat realiti. – MediaUMNO |
Sabah Milik Sah Malaysia, Tidak Boleh Dituntut Mana-mana Pihak – Rais Posted: 05 Mar 2013 01:26 AM PST JELEBU, 5 Mac – Sabah ialah hak milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa, dan negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan bahawa majoriti rakyat Sabah bersetuju negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia. “Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobbold telah diwujudkan, bagi membuat pungutan suara rakyat Sabah berkenaan penyertaan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia. “Secara keseluruhan suruhanjaya itu mendapati rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia dan kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagi tuntut-menuntut selepas itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Jalinan Murni Pemimpin Bersama Warga Penjara dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Institusi Pemulihan Dadah di sini hari ini. Beliau diminta mengulas pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Tentera Kesultanan Sulu’ yang kononnya mahu menuntut negeri itu daripada Malaysia. Terdahulu dalam ucapannya, Rais berkata kementerian itu bercadang mengadakan program khusus bagi mencungkil bakat dalam kalangan warga penjara terutama dalam bidang seni budaya dan kraf. Katanya langkah itu bagi memberi peluang dan galakan kepada warga penjara untuk meneruskan kehidupan dengan cara menyemarakkan bakat seni mereka menerusi latihan-latihan tertentu. “Ini penting oleh kerana seseorang banduan itu tidak semestinya ‘jiwanya habis’ ataupun ‘hidupnya kandas’ terus menerus. Sekiranya kita beri ruang dan peluang untuk dilatih menyemarakkan bakatnya, maka seseorang banduan boleh meningkat setinggi mungkin dalam bidang itu,” katanya. |
Manifesto Pembangkang Lebih Kepada Gimik Politik – Mazlan Sabari Posted: 05 Mar 2013 01:22 AM PST KUALA LUMPUR 5 Mac – Manisfesto pembangkang lebih kepada gimik politik tanpa melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat negara ini mendapat pendidikan yang terbaik tanpa membabitkan kos yang tinggi. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata pendidikan percuma telah lama dilaksanakan oleh kerajaan bermula daripada peringkat tadika sehinggalah di peringkat sekolah menengah selain pelbagai bantuan yang diberikan untuk meringankan bebanan terhadap keluaraga yang mempunyai anak di bangku sekolah. "Sejak dari tadika, pelajar sekolah tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan pendidikan, malah mereka turut dibantu dengan pelbagai bantuan seperti buku teks kepada semua pelajar serta tidak dikenakan sebarang yuran persekolahan. "Malah untuk mereka yang kurang berkemampuan, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan termasuk biasiswa kepada mereka yang berkelayakan, malah ada juga yang menerima bantuan pakaian sekolah. "Sedangkan pembangkang baru ingin mengemukakan cadangan untuk pendidikan percuma sedangkan perkara itu sudah lama dilaksanakan, itu sebab manisfesto pembangkang itu hanya gimik politik untuk dapatkan sokongan, sedangkan ia sudah lama dilaksanakan," katanya kepada UMNO-Online. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manisfesto pembangkang yang dilancarkan baru-baru ini antaranya yang ingin memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat. Mazlan berkata, rakyat tidak harus terpedaya dengan apa yang dilakukan pembangkang itu kerana apa yang dicadangkan itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan di samping menyediakan pelbagai bantuan untuk meringankan bebanan dalam usaha memastikan semua rakyat mendapat pendidikan sejak dari kecil lagi. "Selain persekolahan percuma yang disediakan, kerajaan turut memberi bantuan kepada setiap pelajar sebanyak RM100, wang itu boleh digunakan untuk memberi barangan keperluan persekolahan, malah kerajaan juga turut menyediakan bantuan wang tuisyen untuk keluarga kurang berkemampuan. "Apakah mereka tidak menyedari dengan apa yang disediakan oleh kerajaan untuk pendidikan di negara ini, atau mereka memang sengaja untuk membangkitkan sesuatu isu yang membolehkan mereka kononnya ingin menjadi juara. Menurutnya, dalam suasana politik yang semakin hampir dengan pilihan raya, pembangkang akan cuba memanupulasi apa sahaja isu untuk mempopularkan diri walaupun menyedari apa yang diperjuangkan itu telah disediakan oleh kerajaan untuk rakyat. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment