SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, June 5, 2014

UMNO Online - “Senang Jadi DAP, Dia Kalah, Orang Lain Salah” plus 9 more

UMNO Online - “Senang Jadi DAP, Dia Kalah, Orang Lain Salah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Senang Jadi DAP, Dia Kalah, Orang Lain Salah

Posted: 04 Jun 2014 04:49 AM PDT

Penulis tak pernah sangka tahap berlagak DAP ini begitu sekali parah.  Tak boleh terima hakikat yang dia kalah di Teluk Intan, habis merata orang lain dipersalahkan, tidak terkecuali, rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, PAS.

Sepatutnya baguslah begitu, dia tuduh sesama dia, dia maki sesama dia, memang padanlah dengan muka masing-masing pun, dah tahu tidur mimpi lain-lain nak juga kempen bekerjasama kononnya.  Nah, sekarang, ambiklah bahagian kau.

Pun begitu, sebagai manusia yang ada hati perut, jauh disudut hati penulis ni, simpati juga dengan PAS sebab kalau ikut pengorbanan, PAS lagi banyak 'telanjang' diri sendiri demi untuk bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan.

Telanjang dalam erti kata, habis sudah segala kudis, parut, kurap, tokak dia tunjukkan demi nak halalkan kerjasama dengan DAP, tapi diakhirnya bila DAP kalah, PAS juga yang dipersalahkan.

Walhalnya, apa saja yang PAS tak buat demi nak kerjasama dengan DAP?  Terima homoseksual, terima yahudi, tolak hudud, tolak Islam,  semua PAS buat dah, tolak Nik Aziz masuk longkang saja yang belum lagi.

Itupun bila kalah, DAP selamba dek saja tuduh PAS jadi punca.  Kulat-kulat muka Ketua Penerangan, Mahfuz Omar cari apa bahasa yang sesuai nak balas balik dakwaan DAP.  Nampak mudah tapi sebenarnya susah sebab susunan bahasa tu perlu sesuai atau orang nampaklah yang dua ekoq parti ni sebenarnya tengah berperang.

Mahfuz pulak kena pikul tanggungjawab tu, semua orang tahu dia sekolah tak tinggi – bukan bangunannya, tapi kelulusannya.

Anyway, semua sengketa ini sebetulnya untuk anak-anak muda zaman hari ini menilailah akan hakikat sebenar kerjasama pakatan pembangkang yang konon bersatupadu ni.  Bukan masalah BN ni sempurna sangat, tapi dari segi kestabilan, BN nombor satu, dari segi janji bulan bintang, itu depa nombor satu.

Buktinya di Teluk Intan inilah, DAP dengan PAS telagah tak habis, dah tak segan silu tuduh menuduh bila kalah pilihanraya, yang PKR dengan masalah tersendiri yang hanya wujud dalam parti dia (terutama bila pemilihan berlangsung – huru hara), jadi pelik apa bila puak-puak ni tak berjaya perintah Malaysia.

mykmu.net

Pemimpin DAP Harus Disiasat, Jangan Mimpi Mereka Hendak Mohon Maaf – Musa

Posted: 04 Jun 2014 04:45 AM PDT

PULAU PINANG, 4 Jun – Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, soal Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N Rayer mahu memohon maaf atas kebiadapannya mengeluarkan perkataan ‘UMNO Celaka’ ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas adalah soal kedua.

Apa yang penting tegas beliau  adalah tindakan dari pihak polis untuk menyiasat perkara ini memandangkan banyak laporan polis yang telah dibuat.

Musa-Sheikh-Fadzir-Bukit-Mertajam-Penang-Pulau-Pinang-UMNO-BN

Jelasnya lagi sekiranya pihak polis boleh menyiasat insiden sekumpulan lelaki menceroboh masuk ke Dewan Undangan Negeri untuk mencari Rayer maka pihak polis juga harus menyiasat Rayer kerana mengulangi perbuatan mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi yang boleh mengundang ketegangan dan kekacauan.

"Rayer amat biadap. Dia bukan sahaja mengeluarkan perkataan UMNO celaka ketika membahas ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang tetapi mengulanginya dalam sesi ceramahnya.

"Perbuatan Rayer ini boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan malah laporan polis telah dibuat. Guan Eng pula selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh mendesak polis hanya menyiasat sekumpulan lelaki yang menceroboh Dewan Undangan Negeri tetapi harus juga menyiasat Rayer.

"Dia harus adil kerana undang-undang bukan sahaja untuk UMNO tetapi untuk semua orang di negara ini tanpa mengira parti politik," katanya kepada UMNO-Online.

Mengulas mengenai desakan memohon maaf Rayer, jelas Musa, rakyat hanya boleh bermimpi untuk mendengar DAP memohon maaf kerana perkataan maaf itu tidak pernah ada dalam kamus DAP.

Jelasnya, ini bukan kali pertama pemimpin DAP mengeluarkan perkataan kurang ajar dan tidak sekalipun mereka pernah memohon maaf.

"Sebab itu saya katakan, memohon maaf atau tidak tidak menjadi pokok persoalannya… yang penting adalah siasat. Kenyataan yang dikeluarkan Rayer boleh menyebabkan keadaan huru hara dan menjadi kacau bilau. Tidak mustahil boleh menimbulkan pergaduhan antara kaum.

"Maka polis kena ambil tindakan segera dan siasat Rayer. Dia harus diberi amaran agar tidak mengulangi perbuatannya atau tindakan tegas terhadapnya akan diambil. Ini akan memberi pengajaran kepada pemimpin DAP agar jangan sewenang-wenangnya mahu mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," ujarnya lagi. - MediaUMNO

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

MH370 : Cari Lokasi Baharu Di Koridor Selatan – Hishammuddin

Posted: 04 Jun 2014 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Kalau tidak jumpa kotak hitam, kita kena cari lokasi baharu dan guna apa jua kepakaran yang ada untuk mengenal pasti lokasi berkenaan. Apa yang penting sekarang lokasi itu kekal di Koridor Selatan, itu yang tidak dipertikai dan tidak dinafikan oleh mana-mana pihak.

“Malah ia telah disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia. Persoalannya di mana di Koridor Selatan. Ia besar, tapi di situlah kita akan memasuki fasa baharu,” kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan selepas mengadakan mesyuarat berkaitan pencarian pesawat MH370 itu di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi berdasarkan empat isyarat ping dipercayai daripada kotak hitam, diisytihar sebagai bukan kawasan pesawat itu hilang.

JACC yang berpejabat di Australia menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan pencariannya di Lautan Hindi di mana isyarat ping dikesan dan ia telah mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370 itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Namun, JACC tetap yakin bahawa ia telah mengesan laluan pesawat MH370 yang memasuki perairan itu menerusi selatan Lautan Hindi yang panjang tetapi sempit.

Ditanya mengenai dakwaan seorang pelayar British kononnya ternampak pesawat itu terbakar berdekatan Thailand pada pagi ia dilaporkan hilang, Hishammuddin berkata “terlalu banyak dakwaan yang kami terima, tapi tiada yang dapat dibuktikan. Ia perlu disahkan terlebih dahulu”.

Hishammuddin turut ditanya mengenai dua isyarat ping terbaharu dipercayai dari pesawat itu yang didakwa ditemui pihak berkuasa Australia.

“Kami perlu berkumpul semula dan melihat apa-apa petunjuk lain yang ada.   Jika ada maklumat berhubung lokasi dan petunjuk baharu, itu kami serahkan pada pakar-pakar dan menghantar aset di bawah Jawatankuasa Aset dan maklumkan kepada keluarga,” katanya.

Pencarian sebelum ini berdasarkan isyarat ping yang dikesan oleh kapal Ocean Shield namun tidak menemui apa-apa, katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech telah menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu.

Mengulas hasil mesyuarat hari ini, Hishammuddin berkata ia lebih kepada proses persediaan kementerian yang terbabit dari segi keluarga, aset, pakar-pakar, media dan hubungan dengan negara luar jika pencarian pesawat MH370 mengambil masa yang lebih lama.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kerajaan Peruntuk RM130 Juta Bantu Pekebun Kecil Terjejas Harga Getah Jatuh

Posted: 04 Jun 2014 04:01 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 Jun – Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM130 juta untuk membantu 260,000 pekebun kecil yang terjejas ekoran kejatuhan harga getah, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata bayaran akan dibuat pada kadar RM500 seorang secara sekali bayar kepada pekebun kecil yang layak.

“Langkah itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup pekebun kecil getah yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

shafie-apdal-semporna-sabah-menteri-naib-presiden-umno-bn

Jelas beliau ia juga membuktikan kerajaan memandang berat isu kejatuhan harga getah kerana masalah itu secara tidak langsung boleh menjejaskan pendapatan pekebun kecil.

“Ini terutama bagi mereka yang memiliki keluasan kebun yang kecil dan bergantung sepenuhnya kepada getah sebagai sumber utama pendapatan,” katanya.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata bantuan itu akan mula dimasukkan ke dalam akaun pekebun kecil pertengahan bulan ini dan semua penerima akan dimaklumkan melalui surat.

“Kriteria kelayakan ialah warganegara Malaysia, memiliki keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah serta berdaftar dengan Risda,” katanya.

Mereka yang layak tetapi tercicir daripada senarai, boleh hadir ke pejabat Risda berhampiran dengan membawa kad pengenalan untuk semakan.

Pada tahun lepas RM127.336 juta diperuntukkan bagi tujuan membantu 254,672 orang pekebun kecil getah.

Najib Umum Subsidi Untuk Pakej Perisian CBP Untuk PKS

Posted: 04 Jun 2014 03:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan permohonan untuk e-baucar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) bernilai RM1,000, kini dibuka.

Beliau berkata baucar ini merupakan kaedah mudah, cepat dan berkesan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membeli atau menaik taraf perisian perakaunan pematuihan CBP.

Najib membuat pengumuman ini dalam ucaptama pada perasmikan pameran tahunan PKS (SMIDEX) 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini.

“Mereka hanya perlu membuat pemohonan secara dalam talian untuk e-baucar ini yang boleh digunakan untuk membeli perisian daripada vendor yang mengambil bahagian.

“Saya menggesa PKS supaya tampil dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memastikan peralihan lancar dalam pelaksanaan CBP,” katanya.

CBP akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar 6 peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar cukai jualan dan perkhidmatan kini masing-masing ditetapkan pada 10 peratus dan 6 peratus.

Najib berkata beliau mahu semua pihak berkepentingan, terutama peniaga, memahami dengan jelas mengenai persediaan untuk melaksanakan CBP, dan Malaysiajuga boleh belajar dari 160 negara, yang sudah melalui cabaran dalam memahami dan melaksanakan sistem percukaian ini.

“Kerajaan memperuntukkan RM100 juta (daripada RM250 juta) untuk melaksanakan program latihan dan kesedaran di seluruh negara menerusi pelbagai saluran,” kata Perdana Menteri.

Baki RM150 juta lagi akan diperuntukkan untuk PKS menaik taraf perisian perakaunan masing-masing.

Najib turut mengumumkan bahawa SME Corp akan bekerja bersama-sama Suruhanjaya Sekuriti untuk mewujudkan Platform Dagangan Tidak Tersenarai Malaysia (MyULM), yang akan memudahkan peluang pembiayaan untuk PKS.

Beliau berkata kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan dan peluasan PKS menerusi pasaran modal, dengan peserta kecil mendapati cabaran besar untuk memasuki pasaran modal secara rasmi berikutan pelbagai syarat, selain kos yang tinggi untuk penyenaraian.

“Bagi memudahkannya, tahun lepas Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan MyULM, bagi menyediakan akses kepada modal dan maklumat bagi memudahkan transaksi,” katanya.

Najib juga berkata kerajaan membelanjakan RM13 bilion untuk program pembangunan PKS tahun ini berbanding RM12 bilion tahun lepas.

“Dana ini bukan sahaja daripada kerajaan, malah sektor swasta, dengan hampir 50 peratus daripada dana untuk program itu tahun ini diperoleh daripada sumber sektor swasta,” katanya.

Najib melihat usaha sama awam-swasta ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua rakan berkenaan, menjadikannya persekitaran perniagaan lebih cergas dan ekonomi yang lebih kompetitif.

Tahun lepas, RM12 bilion dibelanjakan untuk 157 program pembangunan PKS yang menjana hampir 890,000 projek dalam semua sektor ekonomi, meningkatkan produktiviti, mendaftar perniagaan baharu, keuntungan yang tinggi selain lebih banyak peluang pekejaan.

Mengenai komitmen Asean, Najib berkata: “Malaysia kini ke hadapan dalam menyediakan ekonomi untuk penyepaduan yang lebih baik. Matlamatnya, kami mahu Asean menjadi rantau yang lebih kompetitif, terangkum dan bersepadu sepenuhnya dalam persekitaran perniagaan global.

“Bagi PKS Malaysia dan pelabur antarabangsa, Komuniti Ekonomi Asean menjanjikan manfaat sebenar, malah mengubah persekitaran perniagaan, yang memerlukan persediaan rapi.”

Pada majlis yang sama, Najib menyampaikan Anugerah Perdana dan hadiah wang tunai RM1 juta kepada KLSMC Stem Cells Sdn Bhd yang dipilih sebagai PKS Paling Inovatif.

Najib sebelum itu menyaksikan majlis bertukar-tukar memorandum persefahaman  usaha sama awam-swasta yang termasuk SME Corp dan Standards Malaysia, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Malaysian Debt Ventures (MDV).

Mengapa Pas Masih Lagi Terhegeh-hegeh Kepada DAP? – IKDDAS

Posted: 04 Jun 2014 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan Dan  Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz Rosdi Long berkata sekiranya Pas benar-benar ikhlas mahu melaksanakan hudud di negara ini, maka parti tersebut perlu keluar dari Pakatan Pembangkang yang jelas menolak perlaksanaan hukum tersebut .

Menurut beliau, ini jelas memperlihatkan kekeliruan dan kecelaruan pendirian Pas dan betapa tersepitnya mereka berhubung isu hudud apabila parti tersebut masih lagi mahu kekal  bersama  DAP dan PKR di dalam pakatan pembangkang, sedangkan jelas kedua-dua parti sekutu mereka itu tidak bersetuju dengan agenda perlaksanaan hudud di negara ini.

ustaz-rosdi-long-selangor-ngo-ikddas-ikatan-kebajikan-dakwah-islam-muslim

"Saya hairan mengapa Pas masih lagi terhegeh-hegeh mahu menagih simpati dan mengharapkan agar kedua parti di dalam Pakatan, terutama DAP dapat menerima agenda perlaksanaan hudud ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa prinsip DAP tidak pernah berubah dalam isu ini, malah menyatakan penentangan mereka secara terbuka dalam perlaksanaan hudud di negara ini.

"Bahkan apabila DAP tewas di Teluk Intan maka kepimpinan DAP mula menghalakan kesalahan dan sebab kekalahan mereka adalah disebabkan isu hudud yang dibawa oleh Pas. Bagi saya dalam hal ini, kepimpinan Pas sepatutnya sudah boleh menilai sejauh mana prinsip DAP terhadap hudud dan kita tidak faham mengapa parti tersebut terus mahu bersama-sama dengan pakatan pembangkang," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kata beliau lagi, Pas tidak usah lagi bermain wayang dan menimbulkan pelbagai alasan tentang perlaksanaan hudud ini sedangkan isu ini sudah lebih 20 tahun dibangkitkan oleh parti tersebut, namun sehingga kini kepimpinan Pas masih lagi berdolak dalik berhubung perlaksanaanya, biarpun UMNO secara terbuka telah membuat kenyataan tidak menolak hudud.

" Jadi apa yang sebenarnya ditunggu oleh Pas? Parti itu sepatutnya meninggalkan pakatan dan bersama-sama bergabung dan bersatu dengan UMNO dalam usaha untuk merealisasikan undang-undang jenayah syariah di negara ini.

"Dulu Pas menuduh UMNO mengamalkan politik sekular dengan istilah politik suku agama suku tetapi hari ini kita dapat lihat apa yang dituduh oleh Pas itu kembali kepada mereka. Hari ini dalam mahu melaksanakan hudud, Pas mengharapkan sokongan UMNO tetapi dalam soal politik pula, Pas tetap bergantung dengan DAP dan PKR biarpun jelas kedua-duanya tidak bersetuju dan menentang perlaksanaan hukum ini.

"Apa yang jelas pendirian Pas hari ini antara kepentingan Islam dan politik mereka tidak selari. Nampak gayanya seolah-olah mereka lebih mementingkan keuntungan politik mereka berbanding kepentingan agama dalam isu hudud ini, apabila mereka terus bersama pakatan, malah membantu DAP berkempen di dalam PRK Teluk Intan, biarpun calon DAP secara terang-terang membuat kenyataan menolak hukum hudud," ujarnya lagi. -MediaUMNO

gobind-singh-deo-karpal-dap-kalah-teluk-intan-kerana-hudud-islam-melayu

tertinggi-dap-karpal-lim-kit-siang-guan-eng-tolak-hudud-hadi-silap-salah-sokong-pakatan

Raid At Hindu Wedding Reception A Misguided Move – Mahathir

Posted: 04 Jun 2014 02:40 AM PDT

GOMBAK, June 4 – Tun Dr Mahathir Mohamed today said the Selangor Islamic Religious Development (Jais) as a religious authority reserved the right to inquire into someone’s religious status, but raiding someone’s wedding was a misguided move.

tun-mahathir-mantan-bekas-pm-malaysia-presiden-umno-bn

The former prime minister urged Jais to refer to the Quran because there were many injunctions in the Holy Book with regard to actions to be taken when people denied they were Muslims.

“You (Jais) can investigate, but you cannot stop people from getting married. When you respect other religions, then other religions will respect you.

“I would suggest that they (Jais) go back to the Quran and not follow their own interpretation (of Quranic verses),” he told reporters after delivering a lecture titled, ‘Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking the Lead’ at the International Islamic Universiti Malaysia President’s Premier Lecture Series, here, today.

Dr Mahathir was commenting on a report on Jais raid on a Hindu wedding ceremony at a temple in Petaling Jaya, Selangor last Sunday.

Jais claimed that the bride is a Muslim, but the bride denied it and said her father had converted her to Islam without the family’s knowledge.

RM5.5 Million Approved To Revive Low-Cost Housing Project

Posted: 04 Jun 2014 01:34 AM PDT

NUSAJAYA, June 4 – The Johor government will allocate RM5.5 million to the National Housing Department to revive a low-cost housing project in Taman Mount Austin here which was abandoned two years ago.

State Housing and Local Government Committee chairman Datuk Abdul Latiff Bandi said the developer, Kong Sun Enterprise Sdn Bhd would prepare the housing construction plan and complete the project comprising 10 blocks in stages.

The developer has so far built only 126 of 911 units of the project, he said when responding to a question from Datuk Maulizan Bujang (BN-Tiram) at the State Assembly here today.

Abdul Latiff said according to the plan, 92 units would be completed by Oct

30, 73 units April 30, April 2015, 110 units by Dec 30, 2015, 92 units by May 30, 2016 and the remaining 418 units by Dec 30, 2016.

He said the whole plan would cost RM8.5 million.

The state government and the developer will sign an agreement with the developer soon and legal action could be take against the developer if it failed to complete the project.

Lebih 3,000 Orang Berdaftar Dengan Sekretariat Bebas Muflis

Posted: 04 Jun 2014 01:27 AM PDT

MELAKA, 4 Jun – Lebih 3,000 orang telah berdaftar dengan Sekretariat Bebas Muflis (SBM) bagi membebaskan diri mereka daripada belenggu kemuflisan sejak sekretariat itu ditubuhkan pada Oktober 2013, kata Pengerusinya Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau berkata SBM juga telah merujuk 80 kes kepada pelbagai agensi yang terbabit antaranya Jabatan Insolvensi Malaysia, agensi kewangan dan perbankan.

sohaimi-shahadan-ahli-majlis-tertinggi-umno-bn-malaysia

“Daripada jumlah itu, sebanyak 22 kes berjaya diselesaikan, manakala selebihnya masih dalam kajian dan tindakan yang mana kita memerlukan masa untuk mengkaji dengan teliti setiap kes ini.

“Bukan mudah untuk kita teliti dan membantu menyelesaikan kes melibatkan kemuflisan ini, setiap daripada kes itu berbeza dan memerlukan kajian yang menyeluruh,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 122,169 rakyat Malaysia diisytihar muflis bagi tempoh antara 2007 hingga tahun lepas.

Sohaimi berkata kebanyakan kes yang didaftarkan di SBM adalah disebabkan masalah berkaitan pinjaman seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan.

“Ada juga masalah yang kita terima melibatkan kes penganiayaan dan juga masalah teknikal tidak kurang juga mereka yang menjadi penjamin kepada sesuatu pinjaman,” katanya.

Beliau berkata SBM memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara golongan muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia, seterusnya menjadi platform membantu golongan ini daripada terus tertekan tanpa mendapat pembelaan.

Sementara itu, beliau berkata SBM akan meneruskan siri jelajah turun padang untuk memberi penerangan dan mengumpulkan data golongan muflis di seluruh negara.

Beliau berkata SBM telah mengadakan siri jelajah pertama selama empat bulan bermula Januari lepas di Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor.

"Kita kini sedang merancang untuk meneruskan siri jelajah itu ke Pahang, Terengganu dan Sabah,” katanya.

sekretariat-bebas-muflis-umno-biro-ekonomi-usahawan-sohaimi-shahadan

Banyak Manfaat CBP. Kata Pengarah CBP Kastam

Posted: 04 Jun 2014 12:30 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 Jun – Bukan sahaja bingung dengan cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) tetapi ramai rakyat Malaysia masih tidak pasti bagaimana cukai itu akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Gara-gara tidak memahami dengan jelas kepentingan CBP, ramai yang bukan sahaja menyimpan perasaan bimbang malah menentang sistem percukaian baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa pembentangan  Belanjawan 2014.

CBP, yang akan berkuatkuasa 1 April 2015 dengan kadar tetap enam peratus, akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP) yang jumlahnya boleh mencecah sehingga 16 peratus.

Pengarah-CBP-Jabatan-Kastam-Malaysia-Subromaniam-Tholasy-GST-Cukai-Baharu

Secara umumnya, CBP memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dengan menghapuskan kelemahan yang wujud di bawah CJP sedia ada seperti cukai berperingkat, tiada pengecualian cukai sepenuhnya untuk barangan yang dieksport, pindahan harga dan kerenah birokasi.

Daripada perspektif kerajaan, CBP akan mewujudkan sistem percukaian lebih berkesan yang seterusnya akan memberi manfaat kepada rakyat di samping membantu menangani defisit kewangan negara.

PERTUMBUHAN EKSPORT

Pengarah CBP Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Subromaniam Tholasy menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan banyak bergantung kepada eksport.

Malaysia, yang merupakan sebuah daripada tiga negara di Asia Tenggara yang belum melaksanakan CBP, sedar sistem percukaian baharu itu adalah satu-satunya langkah untuk menangani kelemahan dalam sistem percukaian semasa.

CBP juga dilaporkan akan memberi kelebihan kepada eksport negara.

Menurut Subromaniam, memandangkan CBP tidak dikenakan ke atas eksport, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing sementara kos CBP yang dikenakan ke atas input boleh ditebus semula sepanjang rantaian bekalan.

“Ini akan menguatkan industri eksport kita dan dapat memacu negara menjadi lebih maju,” kata beliau dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.

Tambahan hasil eksport akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan hasil eksport dijangka meningkat sebanyak 0.5 peratus pada tahun pertama pelaksanaan CBP.

CBP MENYEKAT KETIRISAN

Subromaniam menjelaskan cukai di bawah sistem semasa hanya dikenakan ke atas import atau pada peringkat kilang.

Sekiranya ada sesiapa yang dapat mengelak daripada membayar cukai pada mana-mana peringkat ini, tindakan itu boleh diumpamakan sebagai penyeludupan.

Beliau berkata dengan CBP, proses di setiap peringkat memerlukan invois dan dengan demikian, mana-mana pihak yang mahu mengelak daripada membayar cukai dapat dikesan.

Di samping itu, selama ini, pengguna membayar cukai di peringkat pengilang dikenali sebagai cukai jualan iaitu kira-kira lima hingga 10 peratus dan enam peratus lagi untuk cukai perkhidmatan.

Di bawah CJP, cukai yang dikenakan ke atas barangan yang dikilang tidak dinyatakan pada resit jualan dan ini menyebabkan tiada sesiapa sedar akan bayaran tersembunyi.

Itulah sebabnya mengapa rakyat tidak merasa cukai yang mereka bayar di bawah CJP.

Bagaimanapun, apabila CBP dikuatkuasakan, pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barangan dan perkhidmatan berbanding di bawah CJP.

“Pada masa sama, harga akan lebih telus pada masa depan. Peniaga yang tidak jujur akan mendapati sukar untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna,” kata Subromaniam.

MENYEKAT PENCATUTAN

Menurut Subromaniam, di bawah SST, tidak ada siapa tahu pihak yang terlibat dan berapa banyak keuntungan dibuat daripada jualan kerana kos dan cukai tidak diasingkan, sebaliknya dikumpulkan sekali.

“Sebagai contoh, orang boleh mendakwa bila harga petrol naik, harga rumah pun naik. Alasannya, kos pengangkutan yang lebih tinggi tetapi kita tidak tahu berapa banyak kos mereka serta keuntungan yang mereka buat.

“Ini kerana tidak ada siapa yang diaudit. Jabatan Kastam tidak mengaudit mereka tetapi di bawah CBP, kami akan dapat tahu jumlah yang sebenar kerana kami dapat mengesan setiap urus niaga,” jelasnya.

Beliau berkata CBP akan menjadi sistem percukaian yang berkesan untuk membolehkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT