SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, June 2, 2014

UMNO Online - “Faktor Kaum Bukan Penentu Kemenangan Bn Di Teluk Intan – Ahmad Maslan” plus 8 more

UMNO Online - “Faktor Kaum Bukan Penentu Kemenangan Bn Di Teluk Intan – Ahmad Maslan” plus 8 more

Link to UMNO Online

Faktor Kaum Bukan Penentu Kemenangan Bn Di Teluk Intan – Ahmad Maslan

Posted: 01 Jun 2014 06:03 AM PDT

PONTIAN, 1 Jun – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam bukanlah disebabkan faktor kaum sebaliknya ia hasil perancangan teratur dan teliti pelbagai jentera parti komponen itu, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kemenangan BN kali ini adalah kerana ramai yang turun mengundi BN.

“Bagi saya tidak ada sesuatu kaum yang menentukan kemenangan, tetapi kerana ramai yang keluar mengundi itu mengundi BN, tak kira mereka dari kaum apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya 2014 di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika ditanya sama ada kemenangan BN adalah disebabkan tindakan DAP meletak calon Melayu di kawasan parlimen yang majoritinya kaum Cina.

Pada PRK itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi sebanyak 238 apabila memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi yang raih Dyana Sofya.

Ahmad berkata kerjasama mantap jentera BN dan penyokong parti komponen itu turut menyumbang kepada kemenangan di Teluk Intan.

Ditanya sama ada BN akan mengguna pakai trend DAP yang meletak calon muda berusia 20-an, beliau berkata parti komponen itu menggunakan formula kombinasi iaitu calon tua dan calon muda berusia lingkungan 20-an hingga 60-an.

“Kita juga ada calon muda berusia 20-an tetapi tak ramai. Kita perlu perhalusi kaedah itu pada masa depan,” katanya.

Di MELAKA, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata DAP perlu menerima hakikat mereka gagal dalam perancangan permainan atau ‘game plan’ parti itu yang meletak calon Melayu di kerusi Parlimen Teluk Intan.

“Orang Melayu tahu game plan DAP ni kerana sebelum itu bukan jadi kebiasaan bagi parti itu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti pengundi dari kaum Cina,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan bersempena Program Pemukiman Penghulu dan Penggawa seluruh Semenanjung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
Taklimat itu dihadiri lebih 200 peserta.

Dua Sampel Coklat Cadbury Diambil Terus Dari Kilang – Jamil Khir

Posted: 01 Jun 2014 04:40 AM PDT

BANGI, 1 Jun – Dua sampel coklat Cadbury, yang didakwa mengandungi DNA khinzir, diambil terus dari kilang pembuatan bagi mengelak sebarang pencemaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sampel itu juga diteliti makmal yang terletak di Petaling Jaya dan telahpun diberikan autoriti oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan sijil halal.

Makmal itu juga diwarta sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menganalisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA, termasuk pengujian produk makanan terproses.

“Untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, makmal mereka didedikasikan bukan untuk menentukan halal dan DNA berunsur khinzir tetapi hanya penemuan sampingan, sampel mereka juga bukan dari kilang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Ijtima Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersempena program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Jamil Khir berkata sumber sampel juga merupakan perkara yang penting dalam meneliti kandungan bahan itu di makmal sama ada melalui orang persendirian, kedai atau kilang.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar menunggu sehingga Rabu ini iaitu selepas tujuh hari waktu bekerja bagi mendapat pengesahan berkaitan kedua-dua produk.

Khamis lepas, Jakim berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jakim bersama-sama Kementerian Kesihatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia.

Mesyuarat turut memutuskan agar Kementerian Kesihatan menghantar secara rasmi laporan hasil penemuan analisis kedua-dua sampel produk berkenaan kepada Jakim bagi melengkapkan hasil siasatan.

Najib Arrives In Sarawak For Gawai Dayak Celebration

Posted: 01 Jun 2014 03:21 AM PDT

MIRI, June 1 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak arrived here today for a two-day visit to Sarawak in conjunction with the Gawai Dayak celebration in the state.

Najib was welcomed on arrival at the Miri Airport, by the state’s dignitaries led by Chief Minister Tan Sri Adenan Satem, as well as members of the local community.

Tonight, the prime minister willm pay a courtesy call on Sarawak Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud at a leading hotel, here.

Tomorrow, Najib is expected to attend a Gawai celebration with the Kenyah community in Long Silat, a remote area in the Baram district which is reachable in about seven hours by road from here.

In the evening, Najib will be feted at a Gawai celebration to be held at Rumah Jarek Anak Klambu, an Iban longhouse, located about 20 km from here.

At night, Najib will attend the Malaysia Gawai Dayak Open House 2014 at Dataran Kipas, here.

He is scheduled to leave for Kuala Lumpur after the event.

Gawai Dayak is traditionally celebrated by the indigenous communities in the state as a mark of gratitude for a bountiful padi harvest, and the Sarawak government had declared June 1 and 2 each year as a public holiday for the celebration.

Kerajaan Setuju Bina Pagar Keselamatan Di Sungai Golok – Ahmad Zahid

Posted: 01 Jun 2014 03:17 AM PDT

JELI, 1 Jun – Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membina pagar keselamatan di sepanjang Sungai Golok di Kelantan sebagai satu daripada kaedah membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pagar sepanjang 126 kilometer itu perlu dibina segera walaupun ketika ini kos dan tarikh pembinaannya masih dalam perbincangan.

zahid-hamidi-kdn-menteri-dalam-negeri-rela-seragam-uniform

Beliau berkata perbincangan telah dibuat antara KDN, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tujuan itu dengan spesifikasi pembinaannya akan ditentukan JPS.

“Apa pun ia tertakluk kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kewangan untuk menentukan bila pelaksanaannya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini, hari ini.

Setakat ini kos belum ditentukan lagi dan beliau berharap kerjasama pintar antara swasta dan kerajaan dapat merealisasikan pembinaannya secepat mungkin.

Ahmad Zaid berkata terdapat beberapa syarikat swasta telah memberi cadangan untuk membantu membina pagar berkenaan yang akan dilengkapi sistem radar bagi menangani masalah pembolosan terutama kawasan yang dikenali sebagai laluan tikus.

Katanya selain itu kementeriannya juga akan menyelesaikan masalah koordinasi antara agensi penguatkuasaan dan Angkatan Tentera Malaysia yang kini mengambil alih tanggungjawab utama penjagaan sempadan itu.

“Kita akan selesaikan masalah koordinasi kerana agensi itu juga mempunyai peranan dan bidang kuasa tertentu dalam memastikan sempadan kita terkawal tanpa pembolosan,” katanya.

Pada perkembangan lain, Ahmad Zaid berkata siasatan terhadap kes seorang anggota tentera yang melepaskan tembakan di Lahad Datu pada 28 Mei lepas telah dijalankan dan individu terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah kedai dan tembakan itu mengakibatkan Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di dada dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Dua orang awam turut cedera iaitu warga Indonesia berumur 31 dan 38 tahun yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.

Najib Extends Condolences To Rafidah Aziz

Posted: 01 Jun 2014 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 1 – Prime Minister Datuk Seri Najib Razak extended his condolences to former International Trade and Industry minister Tan Sri Rafidah Aziz, on the passing of her husband, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad, early this morning.

“I have extended my condolences to Tan Sri Rafidah Aziz on the demise of her husband early this morning. Al Fatihah,” he said in his entry in his Twitter account @NajibRazak today.

The late Mohamed Basir, who was a former chairman of Maybank, died at the Singapore General Hospital at 3.51 this morning.

His remains would be brought back to Kuala Lumpur by air this afternoon and would be taken to Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara for prayers.

He would be buried at the Bukit Kiara Muslim Cemetery after Asar prayers.

Mah Akan Sambung Projek Tebatan Banjir Yang Tertangguh Sejak PRU 2008

Posted: 01 Jun 2014 12:17 AM PDT

TELUK INTAN, 1 Jun – Bagi Anggota Parlimen Teluk Intan yang baharu Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan anggota Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada PRU 2008.

Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.

Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Mah dalam manifestonya yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti berdasarkan kajian yang ianya mampu dilaksana, antara lain berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak memandangkan ia mempunyai potensi besar di dalam sektor itu.

Beliau juga akan berusaha menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan itu, terutamanya dalam bidang perkilangan dan pembuatan yang secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, terutama generasi muda.

Mah semalam berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 238.

Mah, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi.

Sementara itu, pengundi Teluk Intan yang temui tidak sabar untuk melihat pembangunan dibawa semula ke kawasan ini yang telah tertinggal jauh sejak calon DAP memangi kerusi Parlimen itu pada PRU 2008.

Bagi Ahmad Bitan, 65, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan pusat berusaha untuk membangunkan semula Teluk Intan supaya dapat menarik generasi mudanya kembali bekerja di sini.

“Ramai anak-anak muda terpaksa keluar bandar untuk mencari kerja kerana tidak banyak peluang pekerjaan di sini. Usaha dan janji calon Barisan Nasional (BN) yang berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan membuktikan beliau faham akan masalah penduduk,” katanya kepada Bernama.

Peniaga pasar tani, A. Antoniamah, 70 berkata beliau berharap wakil rakyat yang baru dapat berkhidmat secara ikhlas kerana penduduk tempatan telah memberi satu lagi peluang kepadanya.

“Dia menang membuktikan penduduk Teluk Intan masih yakin dia akan membawa perubahan dan kemajuan. Kita harap dia dapat menunaikan janji-janji dalam manifestonya,” katanya.

Peniaga buah, Rohana Hussin, 45 berkata rancangan Mah dalam manifesto dilihat realistik dan boleh dicapai dan bukan sekadar janji-janji kosong terutamanya mewujudkan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak dan memajukan Teluk Intan sebagai pusat makanan.

“Kedudukan Teluk Intan strategik yang terletak di tengah-tengah kawasan Pasir Salak, Bagan Datoh, Tapah dan Tanjong Malim. Jika rancangan terperinci dapat dilaksanakan, saya pasti Teluk Intan akan berdiri sama tinggi dengan bandar raya lain seperti Ipoh dan Kampar,” katanya.

Suri rumah, Chooi Eng, 58 berkata cadangan membawa sebuah universiti di Teluk Intan amat baik kerana lebih ramai anak muda dapat tinggal dan menyumbang kepada pembangunan di kawasan mereka.

“Kita harap peluang yang diberikan itu dapat dihargai wakil rakyat yang baru. Penduduk tempatan amat perlukan pembangunan dan percaya Mah boleh melakukannya kerana dia juga pernah menolong membangunkan kawasan ini,” katanya.

manifesto-bn-mah-siew-keong-transformasi-teluk-intan-perak-barisan-nasional-ekonomi-pembangunan

bn-menang-teluk-intan-tambun-perak-senang-husni-siew-keong-menteri-kerajaan-pusat

Kesetiaan Penyokong Dan Komitmen Jentera Sumbang Kejayaan BN Di Teluk Intan

Posted: 01 Jun 2014 12:12 AM PDT

TELUK INTAN, 1 Jun – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan calonnya Datuk Mah Siew Keong masih mendapat sokongan daripada pengundi tempatan berbanding DAP yang dilihat bergantung kepada pengundi luar.

Ini terbukti apabila Mah hampir mengekalkan jumlah undian sama yang diperolehnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 walaupun jumlah yang keluar mengundi menyusut sebanyak 8,000 orang pada PRK ini.

Pada PRU-13 lepas, Mah mendapat undian 20,086 manakala pada PRK Teluk Intan semalam mendapat undian sebanyak 20,157 yang membolehkan beliau menewaskan calon DAP Dyana Sofea Mohd Daud dengan majoriti 283 undi.

mah-siew-keong-pgrm-gerakan-menang-teluk-intan-perak-terima-kasih-pengundi-jentera-bn-barisan-nasional

Penganalisis politik Md Shukri Shuib ketika dihubungi Bernama menarik perhatian bahawa keputusan berkenaan menunjukkan bahawa penyokong BN tidak berganjak daripada menyokong parti gabungan itu walaupun peratusan keluar mengundi dicatat lebih rendah berbanding PRU-13.

“Ini kita boleh puji gerak kerja jentera, kepimpinan parti BN, ahli-ahli BN, dan mereka yang meraih undi di Teluk Intan,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap di pusat operasi DAP sebaik keputusan diketahui semalam, mengakui peratusan rendah pengundi luar yang turun mengundi merupakan antara penyebab kekalahan DAP pada PRK kali ini.

Ditanya pendapatnya mengenai antara faktor yang mungkin menjadi sebab kepada kesetiaan penyokong BN, Md Shukri yang juga pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata ia mungkin disebabkan keyakinan pengundi terhadap Mah sendiri yang pernah mewakili Parlimen itu sebelum ini.

Turut mempunyai pendapat sama, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang percaya bahawa selain mempunyai trek rekod di Teluk Intan dan di peringkat Kabinet, Mah mempunyai jalinan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Namun begitu, tidak hanya bergantung kepada kesetiaan penyokong dan kekuatan karektor, Dr Sivamurugan menarik perhatian bahawa strategi parti antara lain dengan memperkenalkan manifesto bersifat lokal memainkan peranan meyakinkan pengundi.

“Seperti atas usaha naik taraf ekonomi, pelancongan, pendidikan dengan mahu bina universiti, ini antara yang menjadi minat golongan tempatan yang tinggal sejak sekian lama di sini,” katanya.

Ditanya faktor yang perlu diberi perhatian BN bagi mengekalkan kemenangan pada PRU ke-14 akan datang di Parlimen berkenaan, Dr Sivamurugan mengingatkan bahawa BN perlu selepas ini bergerak sebagai sebuah parti, bukannya mengikut komponen masing-masing.

“Cabaran besar Mah juga sekarang adalah memenuhi manifesto, kedua meneruskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Jika terus berkhidmat calon-calon lama tidak perlu berkempen pun, undi akan datang sendiri berbanding calon baharu.

“Sebagai orang pengalaman luas, beliau harus galas tanggungjawab besar, memenuhi janji dan berinteraksi semuka dengan memperhebatkan hubungan dengan kelompok generasi muda, ini sesuatu yang harus dilakukan supaya golongan muda tak melihat faktor parti semata-mata tetapi menilai secara menyeluruh,” katanya.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Jayum Jawan bagaimanapun mengingatkan cabaran BN memenangi PRU-14 tidak akan datang dengan mudah.

Beliau memberi penekanan bahawa BN tidak boleh bersenang lenang dengan keputusan yang dicapai pada PRK Teluk Intan kerana ia hanya kemenangan tipis.

“Memang betul BN menang, namun tidak dapat dinafikan juga peratusan keluar mengundi yang rendah. Ini bukan petunjuk dia boleh menang pada PRU akan datang namun mungkin ia sudah dapat beri suntikan semangat untuk terus usaha kepada majoriti lebih besar,” katanya.

Najib Anggap Lawatan Ke China Amat Berhasil

Posted: 01 Jun 2014 12:07 AM PDT

BEIJING, 1 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasmi enam hari beliau ke China kali ini amat berjaya, dan para pemimpin tertinggi China menganggap hubungan dengan Malaysia sebagai sesuatu yang ‘istimewa’.

“Saya anggap lawatan rasmi saya ke China sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China ini mendapat sambutan begitu menggalakkan sekali. Hasil lawatan saya anggap amat berjaya,” katanya pada sidang media sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Najib berkata dalam pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang, kedua-dua pemimpin utama negara itu menegaskan bahawa hubungan China dan Malaysia adalah amat penting, dan mereka menganggap ia sesuatu yang amat istimewa.

“Mereka beri keutamaan yang tinggi kepada hubungan antara China dan Malaysia,” kata beliau.

Menurut Najib, dengan komitmen yang diberi dan kenyataan yang diluahkan kedua-dua pemimpin tersebut, beliau amat optimis dan yakin masa depan hubungan China dan Malaysia amat cerah sekali dan akan terus dapat dilonjakkan kepada tahap kejayaan yang lebih besar lagi.

Malah, kata beliau, layanan yang diberi amat mesra dan Li yang sepatutnya menghadiri satu majlis di luar Beijing, telah menjadual semula untuk hadir pada sambutan ulang tahun itu di Great Hall of People semalam yang merupakan hari cuti umum sempena Festival Perahu Naga.

Ditanya perasaan beliau apabila menghadiri majlis sambutan ulang tahun di tempat dan tarikh sama bapa beliau dan Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian yang membolehkan hubungan diplomatik dijalin dengan China, Najib berkata beliau merasa begitu emosi sekali.

“Saya rasa begitu emosi atas dua perkara…satu signifikan majlis ini dibuat tempat sama 40 tahun dulu. Dan kedua sorotan kembali, lihat suasana di rantau ini ketika perang dingin, ancaman komunis di Malaysia ketika itu dan keadaan ramai yang sangsi dengan hubungan Malaysia-China,” katanya.

Walaupun berdepan pelbagai halangan, Najib berkata beliau dapat membayangkan bagaimana sukarnya bagi Tun Razak untuk membuat keputusan ketika itu yang kini jelas sekali merupakan satu keputusan yang amat tepat.

“Apa yang dilakukan pemimpin dulu telah meletakkan asas yang kukuh. Hubungan ini mantap walaupun berlaku apa-apa masalah, termasuk isu MH370. Melihat 40 tahun akan datang, atas asas ini, hubungan ini akan membawa kemajuan lebih besar,” katanya.

Dengan keyakinan tersebut, Kerajaan Malaysia akan mengambil langkah susulan untuk menjayakan semua ketetapan dan persefahaman yang telah dicapai, kata Najib, yang turut melawat bandar raya purba Xi’an sebelum datang ke ibu negara ini.

Bagi membolehkan tindakan yang lebih bertepatan dari segi masa dan keberkesanannya, Najib berkata beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas.

Katanya jawatankuasa ini akan memantau dan mengambil semua tindakan lanjutan ataupun susulan yang perlu dilakukan pihak Malaysia supaya sebarang permasalahan, rintangan dan hambatan dapat diatasi dengan lebih tepat ataupun lebih pantas.

Najib berkata ia adalah sebuah jawatankuasa dalam kerajaan dan kementerian yang berkaitan akan dipelawa menyertainya tambahan pula hubungan dua hala telahpun dipertingkatkan.

“Ini melibatkan banyak kementerian dan mustahak bagi kita mengetahui apa yang dilakukan pihak yang satu lagi dan menyelaraskan semua tindakan yang perlu dengan segera supaya ada momentum baharu dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat yang akan diadakan bukanlah mesyuarat berjadual, sebaliknya diadakan dari semasa ke semasa dan jika ada keperluan namun sekurang-kiranya dua kali dalam setahun.

Najib juga berkata walaupun kedua-dua negara mempunyai perbezaan pendapat tentang beberapa isu, China menyatakan mereka amat menyenangi pendekatan dan cara Malaysia menanganinya, khususnya isu Laut China Selatan.

“Kita tak bersikap konfrontasi, kita pilih berbincang. Kita anggap isu sensitif dapat ditangani dengan rasional dan tenang, bukan cara yang sensitif.

Cara kita ambil masa tapi jelas bukan hambatan pada hubungan,” katanya lagi.

Ditanya sama ada China ada meminta bantuan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam pertelagahan dengan Filipina dan Vietnam berhubung isu Laut China Selatan, Najib berkata mereka belum sampai ke tahap itu.

Katanya sebagai bakal Pengerusi Asean pada 2015, isu Laut China Selatan akan menjadi satu cabaran besar kepada Malaysia yang perlu mencari jalan penyelesaian dengan kaedah yang tidak membawa kepada ketegangan.

“Kita akan pilih cara rundingan dan perbincangan…pendekatan yang jamin keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan,” katanya.

najib-pm-malaysia-tanda-tangan-mou-china-presiden-li-keqiang-hubungan-dua-hala-baharu

najib-pm-malaysia-majlis-mou-presiden-china-terima-cenderahati-li-keqiang-mesra-hubungan-baik

Najib Returns Home After Six-Day China Visit

Posted: 31 May 2014 08:12 PM PDT

BEIJING, June 1 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak left for home today after a successful six-day official visit to China.

Accompanied by his wife, Datin Seri Rosmah Mansor and daughter Nooryana Najwa, they left for Kuching from the Beijing International Airport.

Najib arrived here from Xi’an Wednesday to begin the second part of his official visit to China.

The premier was here to commemorate the 40th anniversary of diplomatic ties between Malaysia and China, bringing back the memory of his late father and Second Prime Minister Tun Abdul Razak who came to the Chinese capital to establish diplomatic relations with China on May 31, 1974.

During his visit, Najib who was accompanied by several ministers and leading corporate leaders, met his counterpart Li Keqiang and Chinese President Xi Jinping.

He also witnessed the signing of six memorandum of understanding at the government-to-government level, and another 11 between the business sectors of both countries.

China has been Malaysia’s largest trading partner since 2009 while Malaysia continued to be China’s top trading partner in Asean since 2008.

Last year, bilateral trade between the two nations amounted to US$106 billion (RM339 billion), and both Malaysia and China have agreed to boost the two-way trade to US$160 billion (RM511 billion) by 2017.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT