SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, May 18, 2010

INi Bukan Main-main ini betul betul


Sebentar tadi Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar telah memaklumkan kepada SUARA BARU bahawa Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar membantah sekeras-kerasnya akan sebarang bentuk perjudian lebih-lebih lagi dalam Sukan Bolasepak. Bantahan ini dibuat di atas beberapa asas berikut:

1) Ianya akan melanggar tuntutan agama islam yang merupakan agama persekutuan Malaysia. Dalam surah al-Maidah: ayat 90, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Maka, tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya".

2) Sukan bola sepak adalah merupakan antara sukan yang paling popular dan paling diminati oleh anak-anak muda tanpa mengira kaum dan agama. Perjudian akan merosakkan akhlak muda-mudi dan merugikan modal insan negara.

3)Akan menggalakkan semula rasuah dalam bolasepak tempatan.

4)Sebarang sumbangan daripada syarikat tersebut kepada pembangunan sukan negara akan menjadi haram, baik kepada pemain, penonton dan peminat sukan.
"Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 91)

5) Akan menjejaskan imej negara sebagai sebuah negara islam yang dihormati oleh negara islam lain.

6) Akan menambahkan lagi golongan berhutang dengan Ah Long di Malaysia

Justeru itu dalam jangkamasa terdekat ini Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar akan menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Kewangan supaya mengkaji/menarik semula kelulusan lesen tersebut, dengan mengambil kira sensitiviti Umat Islam di Malaysia.

2 comments:

  1. Salam...

    Yang penting, pemantapan akidah dan kefahaman umat islam perlu dipertingkatkan. Insyaallah, gelora badai dugaan akan dapat di tangani.

    Demi Islam, Melayu dan Malaysia... PEMUDA BANGKIT!!!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kepada teman2 seperjuangan di sini kami bercadang untuk munubuhkan kelab penyokong 1malaysia di mana kelab ini di tubuhkan untuk memantapkan lagi BN/UMNO dan parti komponen kita supaya lebih bersiap sedia untuk pru13 dah terus merampas negeri selangor dari pakatan rakyat kami di sini ingin mendapatkan sokongan anda untuk niat baik kami demi BN dan negeri selangor ayuh berikan sokongan anda untuk kelab kami ini dengan menghantar sokongan anda kepada email seperti berikut puciciboy@yahoo.com serta kan dengan no telefon anda untuk senang kami hubunggi pada hari pelancaran kelab kami ayohhh sokong kelab 1malaysia sokongan anda insyallah akan memberi kemenanggan pada BN pada pru ke 13 ayoohh nyatakan sokongan anda

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT