SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, May 29, 2010

Shamsul tak puas hati ngan nuaq


Artikel Dari Anti-PKR Club Cayalah! Ketua AMK Kutuk Boss Anwar Ibrahim & Nik Aziz...

'Hebat' juga Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin menegur semasa kongres sayap PKR itu di Kota Bharu kelmarin. Tetapi, kelakar pun ada juga.

Di antara celoteh Shamsul Iskandar:-

Katanya (Shamsul Iskandar), dalam kongres sebelum ini, beliau telah mengingatkan kerajaan Pakatan supaya melaksanakan perubahan dengan menyingkirkan "anasir Umno dan BN" yang didakwa terlibat dengan rasuah.

"Perubahan tidak dilaksanakan sebaliknya muka-muka lama yang masih mengekalkan amalan (korupsi, kronisme dan nepotisme) KKN Umno-BN terus dikekalkan.seterusnya

Shamsul mungkin tidak sedar tetapi teguran beliau itu terkena di batang hidung Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kiat Siang kerana mereka itu adalah muka-muka lama dan pengamal kronisme dan nepotisme yang nyata dan tidak boleh dinafikan.

Malah Nik Aziz Nik Mat yang berada di Kongres tersebut pasti akan terasa pedasnya apabila Ketua AMK memperli muka-muka lama yang masih mengekalkan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme.

Kita semua tahu Nik Aziz adalah salah satu contoh pengamal kronisme di dalam kerajaan negeri Kelantan. Nik Aziz juga telah menerima sogokan umrah serta menerima sogokan yang diluluskan oleh menantu beliau sendiri.

Nik Aziz Nik Mat sekali lagi terkena batang hidung beliau apabila diperli oleh Shamsul Iskandar walau pun secara tidak langsung.

Shamsul Iskandar menegur :-

"Kenapa kita biarkan anasir korup ini (terus berada dala, struktur kerajaan). Padahal rakyat memberi mandat kepada kita bukan untuk memanaskan kerusi menteri besar tetapi mentadbir negeri dengan cara yang baru," katanya lagi.

Realitinya, pentadbiran Nik Aziz telah gagal mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi yang kondusif di negeri Kelantan. Begitu juga di negeri Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng hanya seorang populis dan ternyata gagal sebagai Ketua Menteri.

Tetapi sebenarnya yang paling menarik sekali di dalam ucapan Ketua AMK itu ialah apabila kenyataan beliau itu terpalik ke muka Anwar Ibrahim sendiri.

Persoalannya, apakah terdapat konflik dalaman di antara Shamsul Iskandar dan boss beliau?

Shamsul Iskandar kena marah lagi selepas ini?

Tidak mengapa Shamsul. Muka-muka lama seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kiat Siang dan Nik Aziz memang wajar diturunkan dengan kadar segera.


2 comments:

  1. salam blogger,

    minta kebenaran untuk jadi your follower, minta juga untuk saudara menjadi follower sama di blog saya..

    sama2 kita bertukar padangan dan idea.. :)

    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/


    hafidz,
    YDP Persatuan Pelajar Malayisa Di Indonesia (PKPMI) Pusat
    UNPAD,Bandung

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT