SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT
Wednesday, July 20, 2011
Yang Berkenaan Sila Semak
Fw: Tawaran pendaftaran terbuka...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, July 18, 2011
Apa lagi yang PAS dok melutut KAT Nuaq ni...

AIDCNews – 18/07/11 – Dua penulis dan penyelidik Barat mempersoal kenapakah Dato Ambiga Sreevenasan, Pengerusi BERSIH menerima dana asing dalam membantu menjayakan NGOnya, BERSIH yang sebelum ini telah mengadakan perhimpunan haram di ibu kota, 9 Julai.
Tony Cartalucci, penyelidik dari Land Destroyer Report yang berpengkalan di Bangkok secara konsisten menyoal motif penerimaan dana asing itu dalam dua artikelnya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia” dan “Globalist Sedition takes to Malaysian Streets”
Menurut Cartalucci rangkaian BERSIH di Malaysia bukanlah entiti yang berasingan, malah ia merupakan salah satu daripada rangkaian-rangkaian NGO yang ditaja oleh yayasan dana yang berpengkalan Amerika Syarikat yang dinamakan NED (The National Endowment For Democarcy).
Dalam artikelnya “”CIA Coup Army Uncovered in Asia”, kaitan ini sangat jelas, apabila aktivis-aktivis BERSIH ditahan polis, NGO-NGO tajaan NED bangkit mengadakan demonstrasi di Kedutaan Malaysia, Bangkok mempertahankan aktivis-aktivis BERSIH itu.
NGO-NGO tajaan NED yang berpengkalan di Thailand itu adalah Prachatai (media) dan People’s Empowerment Foundation.
Dalam konteks Malaysia kedua-dua NGO itu dapat disamakan seperti Malaysiakini dan The Secretariat, Empower (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) yang diterajui Marina Chin Abdullah.
Menurut Cartalucci lagi kaitan campur tangan NED semakin jelas apabila individu yang disebut-sebut sebagai dalang sebenar BERSIH, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) (klik sini) dan ahli panel majlis penyerahan bantuan dana antarabangsa (klik di sini) yang kedua-duanya dianjurkan NED.
Menurutnya, rekod Anwar yang sentiasa mengikut jalur kumpulan zionis antarabangsa dan neocon seperti pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998 dan direkrut sebagai pensyarah di SAIS, John Hopkins University yang merupakan sarang kumpulan zionist/neocon serta dilantik sebagai perunding Bank Dunia mengesahkan lagi Anwar adalah alat zionis.
“Tepat sekali jika dikatakan pergerakan politik pembangkang Anwar yang wujud sekarang ini di Malaysia mendapat sokongan daripada gerombolan-gerombolan petualang tersebut (zionis) yang beliau dampingi sejak sekian lama.
“Juga memang benar, gerombolan jalanan, iaitu BERSIH yang dijadikan oleh Anwar sebagai proksi yang kini dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah mendapat latihan, sokongan dan bantuan kewangan daripada NDI, yang merupakan salah satu cabang dibiayai NED”, katanya.
Menurutnya bukti semakin jelas apabila dalam laman web NDI (National Democracy Institute) mengakui bahawa badan mereka terlibat secara langsung dalam melatih dan memberi bantuan kepada BERSIH.
Dalam artikelnya, ‘Globalist Sedition takes to Malaysian Streets’, Cartalucci mendedahkan Ambiga Sreevenasan sendiri mengakui menerima dana dari NDI dan OSI (Open Society Institute) seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider. Klik di sini
Menurutnya, OSI adalah badan yayasan dana kepunyaan penyangak matawang Yahudi, George Soros.
Ini diperkukuhkan lagi, apabila badan-badan yang ditaja Soros iaitu Human Rights Watch (HRW) dan Amnesty International (AI) turut menyokong BERSIH dan mengecam tindakan menangkap beberapa pemimpin BERSIH baru-baru ini.
Seorang lagi penyelidik Barat, Nile Bowie mempersoalkan motif yang sama dalam artikelnya bertajuk “Malaysia : BERSIH 2.0 Mass Demonstrations – Funding Unrest” .
“Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat. Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
“Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat. Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.
“Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.
“Anehnya, George Soros, petualang antarabangsa dengan reputasi yang sukar diterima rakyat Malaysia, dengan mudah mempengaruhi Ambiga Sreevenasan supaya menerima dana daripada Open Society Institute, dan dengan bangga mengisytiharkan kononnya BERSIH 2.0 “dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Apa yang dinyatakannya itu bohong semata-mata dan perlu dipandang serius.
“Secara terang-terangan George Soros merupakan tokoh yang membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang dalam krisis kebangkitan di Asia Barat dan Afrika Utara. Tindakannya membuka jalan kepada pelantikan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Mohamed ElBaradei dan konco-konco berpemikiran sama dengan badan-badan berpangkalan di Amerika Syarikat.
“Para pembelot seperti ini dengan bangga dan terbuka memperalatkan bangsa sendiri dalam usaha merampas kuasa. Dengan menggunakan pendekatan imperialisme terselindung sebegini, Soros seterusnya berjaya menyalurkan dana kepada badan-badan tertentu bagi mencorakkan perlembagaan baru untuk negara Mesir.
“Pengaruh Soros ke atas media arus perdana amat menakjubkan. Stesen TV Fox News melaporkan bagaimana lebih 30 buah organisasi berita terkemuka menerima wang kotor daripada beliau. Dalam keadaan begini maka tidak hairanlah kita melihat kandungan berita lebih memihak kepada agenda yang didalanginya”, katanya.
sumber http://www.anwaraidc.com/
Friday, July 15, 2011
Mohon sebarkan
Kepada Rakan2 semua,
Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal.
Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:
Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)
Tinggi : lebih kurang 110cm
Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.
MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.
Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).
Mohon disebarkan.
dah dijumpai TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
PBB Kurang hajar kerana ......Menyokong Hak Asasi Manusia


Perkara Yang AMBIGA LUPA BACA .... (TAK HABIS SEKOLAH)
THE GENERAL ASSEMBLY proclaims THIS UNIVERSAL DECLARATION OF HUMAN RIGHTSArticle 19.
- Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers
Article 29.
- (1) Everyone has duties to the community in which alone the free and full development of his personality is possible.
- (2) In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms of others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society.
- (3) These rights and freedoms may in no case be exercised contrary to the purposes and principles of the United Nations.
Article 30.
- Nothing in this Declaration may be interpreted as implying for any State, group or person any right to engage in any activity or to perform any act aimed at the destruction of any of the rights and freedoms set forth herein.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
- (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
- (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
- (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
- (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
- (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
- (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Kebebasan_Asasi
- Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan.
Thursday, July 14, 2011
Tipu..lagi...hospital tung shin
Dr Ng Kwee Boon, O & G Specialist Tung Shin Hospital sedangkan 7 Doktor yang lain bertugas di lain-lain hospital/private center/university seperti berikut manakala 3 Doktor lagi tidak ada dalam senarai Pakar Perubatan di Tung Shin atau Hospital Bersalin Cina (CMH) ;
Dr Musa Nordin – Peadiatrician, Damansara Specialist Hospita
lDr Syeikh Johari Bux – Pakar O&G, Klinik Wanita Bux,
CMHDr Ng Swee Choon – Cardiologist, Subang Jaya Medical Center
Dr Ronald Macoy - ???
Dr David Quek Kwang Leng – Cardiologist, Hospital Pantai, KL / Dr Quek Specialist Heart Clinic,
KLDr Mary Cordozo - ??
?Dr Farouk Musa - Cardiothoracic Surgeon / Academician in Monach University, Malaysia/ Kolumnis Harakahdaily
Dr Mazeni Alwi – Interventional Peadiatric Cardiologist, IJN, KL
Dr Pixie Low - ???
Dr Stave Wong - Aesthetic Surgeons, Cosmetic Surgery Center, KL **
**Persoalannya Pertama, bagaimana 8 Doktor yg tidak bertugas di Tung Shin Hospital @ Hospital Bersalin Cina, Jln Pudu boleh menyaksikan mereka nampak dan melihat polis menembak Gas Pemedih Mata dalam kawasan hospital Tung Shin sedangkan pihak pengurusan Tung Shin Hospital menafikan 8 doktor tersebut bertugas disitu pada hari kejadian demonstrasi samada secara visiting doctors, siapa yg spin nie ?****** **
**Persoalan Kedua, kenapa hanya seorang sahaja Doktor Residen yang bertugas di Tung Shin Hospital dan CMH memberikan kenyataan bahawa mereka berdua sahaja menyaksikan polis menembak Gas Pemedih Mata dalam kawasan hospital, sedangkan terdapat 42 lagi Pakar Perubatan Residen Tung Shin Hospital dan 7 Doktor Residen CMH yang bertugas waktu itu menafikan polis menembak Gas Pemedih Mata dalam kawasan Hospital, siapa spin siapa nie, Harakahdaily atau Malaysiakini atau dua Doktor itu sahaja ?**** ***
*Persoalan Ketiga, apa kaitan 10 Doktor berkenaan dalam kenyataan bersama yg menyatakan Polis menembak Gas Pemedih Mata dalam kawasan hospital, sebab politik atau kepentingan peribadi ?, untuk info, Dr Farouk Musa adalah Kolumnis di Harakahdaily (English Section)*****
****Persoalan keempat, siapa Dr Stave Wong, Dr Ronald Macoy, Dr Mary Cordozo dan Dr Pixie Low kerana mereka berempat tidak mempunyai rekod pendaftaran sebagai Doktor Bertauliah dengan Malaysia Medical Council (MMC) ?****
* Siapa spin siapa dan siapa yang menangguk di air yang keruh sedangkan Menteri Kesihatan, Dato Seri Dr Liow Tiong Lai dan Pengurusan Tung Shin Hospital menafikan polis menembak Gas Pemedih Mata untuk menyurai demonstrator yang menceeroboh kawasan hospital Tung Shin dan CMH. ---> Pencacai Pakatan, kalau nak tipu pun, agak-agak la
Farisan Hussin
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
PEMBOHONG KEPADA RAKYAT .... NUAR O MAY GAY?
Sam Ketot dah lah bau hancing... ni cigu musibat pulak nak menipu bukan sekali tapi dua kali ... Suara baru percaya ini adakaitan nak divert penipuan Anwar kepada rakyat berkaitan dengan kecederaan di KL sentral tempoh hari ..video tersebut adalah daripada reuters
Gambar di bawah pula adalah cincin yang paling termahal di dunia, bertatahkan berlian berwarna biru 6.04 karat (berharga US7.98).KLIK Gambar untuk berita penuh
Wednesday, July 13, 2011
Kenyataan media gaps
Tahniah kepada ADUN Sekinchan yang kini bergelar "Ustaz".
GAPS ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Dap Sekinchan Ng Swee Lin yang kini di "anugerahkan" gelaran "Ustaz" oleh DUN Selangor. Kejayaan Ust Ng yang mengungguli debat hadis semalam di DUN adalah amat mengujakan rakyat.
Walaupun tanpa matan atau nas sah, nampaknya Speaker Dap DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim terlalu bodoh sehingga tergeliru dengan gelecek Ust Ng yang menggunakan kaedah hentam keromo dalam penghujahan di sidang DUN walapun ia berkaitan dengan sensitiviti Agama Islam.
Hasilnya ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman pula yang "di kenakan kad merah" dan ditunjukkan pintu keluar oleh Speaker yang menggunakan budi bicara yang bengkang bengkok dalam memberikan markah kepada Ust Ng yang beroleh "disctinction" dalam ilmu hadis dalam DUN Selangor.
Kemaluan yang amat besar wajar diberikan kepada Exco Hal Ehwal Islam Datuk Dr Hassan Ali yang terkelu lidah dengan hujahan hadis yang di lontarkan oleh Ust Ng. Namun begitu semua orang tahu Ust Ng sudah menuntut dengan ADUN Meru Rani Osman yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru, yang sebenarnya tidak sabar-sabar mahu mengambil tempat Hassan Ali sebagai Exco.
Kini Ust Ng mengikuti rapat jejak Ust Ngeh ADUN Perak yang beroleh pangkat "Ust" kerana kehebatan membahas ayat Al Quran di Markas Tarbiyyah Pas, Gombak, beberapa tahun yang lalu. Ust Ng layak dipertimbangkan sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang baru oleh MB Selangor Khalid Ibrahim menggantikan Hassan Ali yang kini semakin tidak berfungsi.
Selamatkah Selangor dengan Ust Ng yang bakal terus melacurkan hadis dan Al Quran untuk kepentingan politik Dap di Negeri Selangor ? Masa telah menentukan betapa kesucian dan ketertinggian Islam semakin dipesongkan, dirobekkan dan dibontotkan oleh Pas dalan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
13 Julai 2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, July 12, 2011
KEMATIAN SATU KONSPIRASI BERSIH?

Ekslusif - Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar dan buat PENILAIAN SENDIRI BERDASARKAN KECERDIKAN IQ dan KECERDASAN FIKIRAN yang TELAH DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH S.W.T kepada ANDA?
EXCO baru DR RAYNI





aku taknak lah citer pasal member dalam gambar.... yang pakai kerusi roda tu.... dah cam sama ngan kawan dia yang sorang lagi dalam dap .... cuma aku nak cite pasa yang tukang tolak kerusi roda.... hebat .... dulu dia ni cuma tukang pegang poster kat sidang dun.. tapi sekarang di ni adalah dah diupgrade bila mat sabut dah jadik... timbalan PAS... dia ni Jadik tukang tolak kerusi roda.... untuk mat sabut bila mat sabut jumpa dengan MB selangor.......
Friday, July 8, 2011
Fw: lulusan PMR SPM yg x dpt masuk...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, July 7, 2011
Tuntutan Bersih ...SPR Jawab.......ikut perlembagaan
dari BLOG
http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/07/20-jawapan-mantap-spr-kepada-20-isu.html
20 Jawapan Mantap SPR Kepada 20 Isu Yang Diputarbelitkan AMBIGA - Edarkan !!!
Pertamanya terima kasih kepada sahabat FB ambo Mr EA ( Eizwan Abdullah ) atas jasa baik beliau membuat salinan jawapan SPR di FB beliau yang telah dimuat turun oleh ambo sebentar tadi.
Diharap jangan ada lagi keraguan terhadap SPR yang telus dari dulu hingga sekarang untuk memberi keadilan kepada semua demi memastikan suara rakyat dihormati semua pihak.
Ayuh kita sebarkan risalah BERSIHKAN putarbelit BERSIH 2.0 yang KOTOR sebenarnya. Agenda mereka bukan BERSIH tetapi untuk KOTORKAN minda rakyat agar melihat keburukan yang sengaja dicipta demi meraih keuntungan dalam PRU akan datang !
Lawan tetap lawannnnnnnnnnnnnnnnn
Tuesday, July 5, 2011
BADMINTYON ! Malaysia
Sunday, July 3, 2011
Aku nak join BERSIH .. tapi kenapa?
Friday, July 1, 2011
Bersih kah harapan majoriti rakyat malaysia
Kita harus berfikir secara waras, sekiranya rakyat Malaysia tidak sokong Kerajaan BN, kita sokong PM dan 1Malaysia maka gunakan sistem demokrasi melalui Pilihan Raya Umum 13 nanti. Tidak mudah utk menjaga keamanan, kesejahteraan, keamanan yg ada dihadapan mata kita.
BERSIH hanyalah agenda peribadi pemimpin atasan PR. Sedarlah ini semua akan merugikan kita semua sbg rakyat Malaysia. Biarpun kita mempunyai kefahaman politik yg berbeza, mempunyai idealogi tentang politik yg berlainan, kita masih dpt menjalani kehidupan dgn sempurna, dpt menghantar anak ke sekolah dgn selamat, dpt menunaikan solat di masjid..Tetapi knp kita harus menggadai semua kenikmatan, kebebasan ini semata mata utk kepentingan peribadi yg hanya bercita cita utk menjadi PM ttp tidak memikirkan akan kesusahan yg bakal dialami oleh pengikut pengikut beliau. Ambiga akan melarikan diri ke London sekiranya BERSIH gagal mencetuskan kemarahan. Tetapi pengikut BERSIH akan diberkas. Masih belum terlambat utk kita duduk berbincang.
Azhar hashim...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone