GAPS sangat prihatin kepada keputusan Yayasan Selangor yang akan menutup dan merobohkan Asrama Pusat Yayasan Selangor Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin Kuala Lumpur. GAPS memandang ini merupakan bukti kezaliman kerajaan PR di Selangor kepada rakyatnya sendiri.
Lebih menjolok mata bila MB buat keputusan Asrama Yayasan Selangor itu hendak dirobohkan bagi memberikan laluan kepada pembinaan HUB KOMERSIAL yang tentu nya akan memberikan laba kepada saudagar-saudagar elite kroni Pakatan Rakyat.
Apakah sebenarnya matlamat penubuhan Yayasan Selangor ? Adakah ia sebuah entiti membuat keuntungan atau sewajibnya memberikan kebajikan pendidikan kepada anak-anak Selangor ? Kebajikan pendidikan atau keuntungan wang ringgit ?
Nampaknya MB Selangor lebih mengutamakan matlamat membuat laba. Dia masih bermimpi menjadi Menteri Besar ini sama dengan menjadi CEO sebuah syarikat GLC. Malangnya rakyat Selangor mempunyai seorang MB seperti Khalid.
GAPS melihat Khalid Ibrahim tidak mempunyai justifikasi untuk merobohkan Asrama yang telah berjasa, sedang berjasa dan akan berjasa kepada Anak Selangor dalam memberikan kebajikan pendidikan. Puluhan ribu anak Selangor yang berjaya dalam Pelajaran hasil mendiami Asrama Yayasan Selangor sejak tahun 70 an lagi. Amat tidak logik keputusan untuk merobohkan Asrama pelajar yang gemilang ini.
GAPS menentang sekeras-kerasnya keputusan MB yang semata-mata berpaksikan kebendaan laba kewangan. MB telah membunuh masa depan anak-anak Selangor yang berpotensi dalam pelajaran.
GAPS menuntut agar keputusan merobohkan Asrama Yayasan Selangor ini dibatalkan. Alternatifnya Yayasan Selangor wajib membina di Kuala Lumpur sebuah Asrama untuk anak-anak Selangor dengan kapasiti dan kelengkapan kediaman yang serupa sebelum Asrama Yayasan Selangor Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin hendak dimusnahkan.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
6 Ogos 2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment