SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, October 31, 2011

Makluman

KUALA LUMPUR 31 Okt - Syarikat kumpulan The RIGHTS dan WomenShoppe Berhad hari ini mengumumkan pemecatan Shahidah Hj. Bachik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam The RIGHTS dan WomenShoppe Berhad berkuatkuasa mulai hari ini.

Dengan itu, jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WomenShoppe Berhad telah dilucutkan dan akan dipangku oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali dan dibantu oleh YBhg. Cik Zuraidah Kamaruddin (Zura 'The Girls') bagi meneruskan aktiviti perniagaan WomenShoppe Berhad.

Oleh itu, The RIGHTS dan WomenShoppe Berhad ingin memaklumkan kepada semua usahawan dan ahli The RIGHTS dan WomenShoppe untuk berurus niaga terus dengan The RIGHTS dan WomenShoppe dan Shahidah Hj. Bachik tidak lagi dibenarkan untuk mewakili mana-mana syarikat The RIGHTS atau WomenShoppe berkuatkuasa hari ini.

Sebarang urusan dengan beliau selepas ini, The RIGHTS dan WomenShoppe tidak akan bertanggungjawab dan untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi women@rights.com.my atau menghubungi 010 6303 888.

..The RIGHTS
www.rights.com.my
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT