SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, October 17, 2011

Pusat sehenti gabem

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Dato' / Datuk / Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) akan meneruskan pengoperasian Pusat Sehenti GABEM (PSG). Tarikh, masa dan tempat pengoperasian adalah seperti berikut:

Tarikh: 18-Oktober-2011 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bilik Bonsai A & B, Level 4, Hotel Syuen, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak.

Kementerian dan Agensi Kerajaan yang akan menyertai pengoperasian kali ini adalah seperti berikut:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI);
Kementerian Kewangan (MOF);
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
Unit Perancang Ekonomi (EPU)*;
Majlis Amanah Rakyat (MARA);
Bank Negara Malaysia (BNM)*;
TEKUN Nasional;
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB);
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
SME Corp.;
SME Bank;
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)*;
Bank Rakyat;
Credit Guarantee Corporation (CGC); dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

(*Nota: Tertakluk kepada pengesahan)

Pusat Sehenti GABEM (PSG) akan berfungsi bagi memberi kemudahan kepada usahawan Bumiputera sedia ada, bakal usahawan, persatuan, koperasi, badan ekonomi Bumiputera yang lain termasuk pelajar-pelajar IPTA/Institut Latihan/Kolej Kemahiran yang berminat untuk menceburi atau mendalami bidang keusahawanan berdasarkan kemudahan-kemudahan seperti berikut:

Memberi khidmat nasihat dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan keusahawanan terutamanya yang berkaitan, sebagai contoh permohonan mendapatkan pembiayaan;
Memberi maklumat mengenai peluang-peluang latihan; dan
Menyediakan peluang perniagaan yang bersesuaian yang boleh disertai oleh masyarakat ekonomi Bumiputera.

Sukacita sekiranya dapat dipanjang dan dihebahkan program ini kepada ahli-ahli persatuan dan usahawan/bakal usahawan yang bernaung di bawah persatuan Y.Bhg Dato' / Datuk / Tuan / Puan di sekitar Ipoh dan kawasan yang berhampiran yang berminat untuk mengadakan pertemuan dengan Kementerian dan Agensi Kerajaan seperti di atas. Segala kesudian dan kerjasama pihak Y.Bhg Dato' / Datuk / Tuan / Puan untuk membuat hebahan kepada ahli-ahli / usahawan yang lain amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

SEKRETARIAT PUSAT SEHENTI GABEM (PSG),
GAGASAN BADAN EKONOMI MELAYU (GABEM),

Tel: 03-2161 6060
Faks: 03-2161 0606
Emel: nawawihashim@gmail.com

...The RIGHTS

Tel : +603 - 8961 7030
Fax : +603 - 8861 0384

www.rights.com.my
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT