SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, September 11, 2009

ULasan Ustaz Zul... Baik Ustaz naik kapal lain lah... takyah dok kapal yang haram tu lagi

Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIApengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.
“Yang paling jelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,’’ katanya.


Zulkifli berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim. blogspot.com/ bagi mengulas isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang dirancang kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang tetapi dibantah penduduk Islam di situ.

Ia menyebabkan 12 penduduk Islam di kawasan itu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti individu yang digelar ‘Pak Janggut’ itu.
Zulkifli berkata, memang umat Islam disuruh berlaku adil termasuk kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tetapi ia hanya terhad kepada soal menjaga kebajikan mereka termasuk memelihara tempat ibadah.


Katanya, umat Islam di situ bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara dan hidup dalam keadaan aman harmoni berdasarkan status quo mereka.
“Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran.


“Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu,” jelasnya.

Katanya, pembinaan kuil itu telah banyak diputar belit dan digembar-gemburkan sehingga menyebabkan isu sebenar pencerobohan tanah di kawasan itu untuk menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

“Isu demonstrasi kepala lembu pula diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain,” katanya.
Bagaimanapun Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan penduduk Seksyen 23 itu mengadakan perhimpunan haram dengan membawa kepala lembu dan memijaknya tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan persepsi yang negatif.


Katanya, ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dalam isu tersebut contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor itu.

* Ni Yang wacana pelek ni...(macam yang berlaku kat Sungai Pelek) selama ni memang wacana kenal dari jauh YB ZUL ni dia memang tegas dalam menegakkan sesuatu isu..sebagai contoh isu penggunaan Nama Allah s.w.t dalam gereja dia bersama dengan ustaz taib azamuddin telah membantah.. ,manakala simangkuk tu haled summart menyokong..

* Ustaz Zul telah mengeluarkan Artikel dalam blognya berkaitan dengan cercaan MANGKUK DAP KAT JOHOR yang mencerca Agama Islam dan Ustaz Ridhuan Tee.. sehinggakan ada sorang lagi mangkuk terus delete posting tu dalam blog nya pastu terus delete blog tu dan mangkuk tu pun buat report polis.

*Tu yang buat wacana rasa Ustaz zul ni sebenarnya salah naik kapal..... lebih lebih lagi bila keluar artikel ni.. tapi yang wacana pelek.. sepanjang ralley ini berlaku .. naper ustaz zul tak keluarkan kenyataan.. pastu bagaimana pulak dengan kenyataan nicky Ajiz tetntang Orang UMNO tak Masuk Syurga... adakah ustaz zul bersama-sama dengan Sahibul Samahah Datuk Harusani Zakaria.. atau Bersama dengan PKR atau tetap setia dengan Nicky.. dulu saya respect nicky sebab kesederhanaan nya.. tetapi bila melihat beliau terlalu taksub dengan KEPARTIAN dan boleh pulak dia cakap UMNO Tak masuk Syurga.. so wacana rasa dia ni dah tak betol kot.. so wajarlah dia Bertaubat.... dan wacan secara peribadi dah hilang rasa Hormat Kepada beliau

1 comment:

  1. salam perjuangan...
    Bila mengenang senario politik yg ada sekarang, dah nampak terserlah bahawa perjuangan politik PR hanya lah bersikap sementara dan tiada apa yg di perjuangkan... melainkan hanya lah bertujuan menjatuhkan kerajaan BN...
    Ini lah motif politik DSAI yg sebenarnya dan dengan mengharapkan BN jatuh, cita2 nya utk menjadi PM akan tercapai...
    Mmg di dalam PR terlalu ramai yang kecewa sbb semasa di dlm BN mereka tidak dpt mencapai cita2 masing...lantas mereka berasa amat dengki dan menyimpan dendam kpd BN... dan mengetepikan soal2 pokok dan perjuangan mereka dengan satu niat hanya berkepentingan PERIBADI.
    Menjatuhkan kerajaan BN adalah pokok perjuangan mereka sebenarnya...oleh itu mereka sanggup menjadi buta,pekak,bisu,tuli,bangak,bahlol,tolol,bodoh,...apabila soal pokok mengenai agama, bangsa dan negara dipermainkan oleh orang lain.....

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT