SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 22, 2009

dari Cucu To Selampit: Cakap Bab Islam Berdegar-Degar, Nak Kahwinpun Lintang Pukang

Saya seboleh-boleh tidak mahu menjadikan isu perkahwinan sebagai bahan untuk saya menulis. Bagi saya perkahwinan dan penceraian adalah hak individu seseorang walaupun beliau seorang pemimpin, ahli politik dan artis. Sekiranya ianya melibatkan maslahat umum dan pelakunya pula seorang yang sering membicarakan bab Islam dan keadilan, maka seharusnya cerita berkenaan harus ditulis buat teladan semua.

Berita semalam yang melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu memerintahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd Kader, 35 tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya ntuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan, harus dipandang serius oleh pimpinan PAS negeri. Ini kerana plantif yang juga bapa kepada pasangan Dr Rosli, Mohd Noor Che Man, memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Persoalanya sekarang, bagaimanakah perkahwinan tersebut dapat dilakukan di Malaysia tanpa persetujuan wali? Adakah defendan pertama berniat jahat dengan melarikan defendan kedua tanpa mendapat kebenaran walinya? Bagaimana Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri boleh dipercayai untuk memimpin pengikutnya sedangkan hendak berkahwinpun melarikan anak dara orang?Sebelum ini pimpinan kerajaan negeri digemparkan dengan tuntutan nafkah sebanyak RM3 juta daripada ADUN Melor oleh bekas isteri keduanya. Nampak gayanya, Menteri Besar, TG Nik Aziz kena menasihatkan anak buahnya supaya mengikut ajaran Islam walaupun di dalam soal perkahwinan dan penceraian. Jangan asyik masa hendak kahwin main redah saja apa yang patut. Ikut nafsu mati, ikut rasa binasa.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT