

Jawatan Kuasa Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kapar telah selesai menjalankan mesyuarat kelmarin.. Banyak aktiviti yang telah dirancangkan seperti antaranya
Penerbitan Buletin Suara Baru ..
Memperhebatkan Gerakan Perang Saraf dan IT.
Pengerusinya Saudara Muhamad Nor B. Hj Kassim telah menegaskan bahawa Biro Penerangan PPUM Kapar akan mula meletakkan melakukan risikan dan akan terus menjadi nadi penerangan pemuda UMNO Bahagian Kapar.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah saudara Sharul Nizal Haji Ali , Setiausaha Pergerakkan PEMUDA UMNO Bahagian Kapar.
tahniah sdr.mad nor syabas
ReplyDeleteSalam perjuangan...
ReplyDeleteTerimakasih di atas sokongan dan dokongan sahabat2..
Perjalanan politik tanahair nampak nya begitu berbeza, pendekatan nya juga nampak terlalu berbeza jika dibandingkan pada masa lalu..
Oleh itu kami di Biro Penerangan, Latihan dan IT PPUM Kapar telah mengadakan perbincangan dan akan melakukan beberapa perubahan aktiviti kami dalam kami menjana PLIT ke arah lebih baik lagi..Insyaallah.
Sehubungan dengan itu kami sedia menerima apa jua bentuk idea, kritikan, tunjuk ajar dari para sahabat2 utk kami lebih bersedia pada hari2 yg mendatang...
Sekian, Wassalam.
Md. Nor Hj Kasim
PLIT Pem. Kapar