SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, March 2, 2010

ihsan Malaysia Instinct

Anwar teruskan menipu rakyat dengan menggunakan nama Yusof Qardawi..hina sungguh perangai sesumpah tua nii.Lidah rasmi Pas, Harakah melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa ulamak Salafi terkenal dari Mesir, Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri telah meminta agar kes liwat yang dihadapi Anwar digugurkan.Hebat betul Anwar ...kerana ada ulamak besar yang sudi memohon bagi dirinya walaupun ulamak itu sendiri tidak berada di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008, iaitu ketika liwat dikatakan berlaku.

Jadi Qaradawi pastinya tidak tahu 100 peratus sama ada Anwar meliwat atau tidak pembantunya.Namun, bukan itu yang penulis tertarik sebenarnya.Dalam isu liwat II ini, seperti juga liwat I dahulu, sokongan asing terutama Yahudi dan proksi-proksi mereka seperti di Australia ke atas Anwar adalah amat tinggi sekali.Cuma yang penulis pelik, Anwar berkata Qaradawi dengan mengatakan ulamak itu meminta kes liwat digugurkan, tetapi tidak ada satu pun agensi media yang carry atau melaporkan berita itu.Cuma Harakah sahaja yang dapat kenyataan itu.Dengan kes liwat II menjadi perhatian dunia dan mendapat sokongan luar, kalau betul Qaradawi membuat kenyataan meminta dakwaan liwat digugurkan, maka sudah pastilah hangat di serata dunia kisah itu.

Tapi penulis tak nampak pun agensi berita-berita asing ternama dunia seperti AFP atau Reuters membawa ke tengah kenyataan tersebut.Al Jazeera atau CNN dan yang lain-lain pun tidak melaporkan kenyataan yang pastinya memberikan Anwar satu kelebihan jika benar ia disebutkan.Malah, laman web Yusof Qaradawi sendiri pun tidak ada menyebut apa-apa mengenai Anwar atau tuntutan kepada kerajaan Malaysia supaya mengugurkan dakwaan liwat tersebut.Pelik bukan? ....kenyataan begitu berharga tidak diketahui media dunia tetapi Anwar tahu.....Atau Anwar ini yang duk jaja nama Qaradawi sana sini? Suka hati sahaja menggunakan ulamak untuk kepentingan diri sendiri.

Kalau tengok pada bukti yang ada sekarang ini...nampaknya begitulah kot.Untuk selamatkan diri, Anwar boleh sahaja jual nama ulamak terkenal seperti Qaradawi pun.... tak terperanjat pun. Kalau umur 60-an masih boleh meliwat, apatah nak jual nama ulamak kan?Kalau betul Qaradawi pendirian demikian, dia boleh berhubung dengan kerajaan Malaysia dan meluahkan pandangannya...kenapa beliau tidak buat begitu?Belum tentu pendiriannya akan diterima, tetapi dia boleh lah cuba ikut saluran formal.Beliau boleh buat kenyataan kepada media Mesir paling kurang pun.Tetapi tidak ada pun setakat ini....Tiba-tiba, Harakah boleh pulak letak di muka hadapan dan salah satu baris beritanya ialah "kata Qaradawi kepada Anwar".Sah sah Anwar mereka dan menipu kenyataan itu. Harakah pun babit sekali menipu.Sudah lah meliwat....jual nama ulamak pulak......hinanya insan bernama Anwar Ibrahim ini.....Tak takut dengan pembalasan tuhan ke Anwar Ibrahim ni?posted by : Joeihsan dari : http://www.malaysia-instinct.com

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT