SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, March 29, 2010

PRK P94

Anwar bakal berdepan 4 bekas orang kuatnya di Hulu Selangor.


artikel dan gambar dipetik dari http://p94huluselangor.blogspot.com/2010/03/pkr-terdesak-guna-tipu-helah-dan-taktik.html#comments

Walau siapapun calon yang diletakkan oleh PKR di Hulu Selangor, Anwar pasti akan tak senang duduk kerana Hulu Selangor bakal dijadikan medan untuk "melondehkan" segala salah lakunya oleh bekas-bekas orang kuatnya dahulu.

Dikhabarkan, empat orang pemimpin "heavyweight" PKR yang melompat baru-baru ini telah menyatakan komitmen mereka untuk berkempen di kem Barisan Nasional.

Pastinya PRK Hulu Selangor ini akan menjadi lebih panas jika Zahrain meneruskan kesinambungan pendedahan mengenai cerita pembohongan 16 September Anwar. Begitu juga dengan sambungan episod konspirasi pembunuhan wanita Mongolia yang bakal diceritakan oleh Zul Kulim.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan bekas TKM 1 P.Pinang Fairus juga dikatakan akan menjadikan Hulu Selangor sebagai tempat untuk mendedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia siapa Anwar yang sebenarnya.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Lim Guan Eng dan Nik Aziz juga takkan terlepas dari mengalami tempias "serangan" empat bekas orang kuat PKR ini.

Pengaruh Anwar Saari, Ezam Md Noor dan Zahid Md Arip yang semakin lantang menyelak satu persatu kemunafikan pemimpin Pakatan juga bakal menenggelamkan seluruh jentera Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Mengikut pemerhati politik didalam PKR sendiri, Anwar bakal menghadapi tentangan paling sengit pada pilihanraya kecil kali ini. Zahrain, Zulkifli, Tan Tee Beng dan juga Fairuz pasti tak akan melepaskan peluang keemasan di Hulu Selangor ini bagi menelanjangkan Anwar.

Malah ada pandangan sinis yang menasihatkan Anwar supaya PKR seharusnya JANGAN bertanding di P94 Hulu Selangor ini bagi mengelakkan semakin banyak "dosa-dosanya" terdedah kepada umum.

Apapun, sama ada bertanding ataupun tidak, imej MADANI dan pengaruh Anwar semakin merosot di kalangan masyarakat negara ini. Generasi muda juga semakin menjauhi Pakatan Rakyat akibat dari kemungkaran yang dilakukan oleh Anwar.

Inilah dilema yang dihadapi oleh Anwar dan PR.

Ramai yang mengatakan bahawa karier politik Anwar bakal berkubur sebelum PRU13. Dan P94 Hulu Selangor ini menjadi permulaan detik tenggelamnya PKR didalam arus politik negara.


No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT