SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 13, 2010

JUDI BOLASEPAK, PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR BANTAH!!!

Sebentar tadi Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar telah memaklumkan kepada SUARA BARU bahawa Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar membantah sekeras-kerasnya akan sebarang bentuk perjudian lebih-lebih lagi dalam Sukan Bolasepak. Bantahan ini dibuat di atas beberapa asas berikut:

1) Ianya akan melanggar tuntutan agama islam yang merupakan agama persekutuan Malaysia. Dalam surah al-Maidah: ayat 90, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Maka, tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya".

2) Sukan bola sepak adalah merupakan antara sukan yang paling popular dan paling diminati oleh anak-anak muda tanpa mengira kaum dan agama. Perjudian akan merosakkan akhlak muda-mudi dan merugikan modal insan negara.

3)Akan menggalakkan semula rasuah dalam bolasepak tempatan.

4)Sebarang sumbangan daripada syarikat tersebut kepada pembangunan sukan negara akan menjadi haram, baik kepada pemain, penonton dan peminat sukan.
"Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 91)

5) Akan menjejaskan imej negara sebagai sebuah negara islam yang dihormati oleh negara islam lain.

6) Akan menambahkan lagi golongan berhutang dengan Ah Long di Malaysia

Justeru itu dalam jangkamasa terdekat ini Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar akan menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Kewangan supaya mengkaji/menarik semula kelulusan lesen tersebut, dengan mengambil kira sensitiviti Umat Islam di Malaysia.



1 comment:

  1. Saya amat setuju dengan pendirian saudara..!

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT