SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Showing posts with label UMNO SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label UMNO SELANGOR. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Janji Penipu Orang MUnafik..


Pada PRU ke 12 mereka begitu lantang sekali memberi janji janji untuk memenangi pilihanraya, elaun ibu tunggal, elaun suri rumah tangga, Elaun Warge emas, Elaun penganggur, elaun bermacam macam elaun lagi


tapi yang kelakarnya dimana kah janji janji tersebut. Kerana seperti mana yang kita lihat janji janji tersebut merupakan janji kosong sahaja.... tetapi semua exco , Pakatan Rakyat telah pun menerima sebuah toyota camry... apa kehalnya plak tu... dimana kebajikan rakyat...


Baru Baru ini lagi best ada wakil rakyat pakatan cakap kami nak buat kebajikan dengan rakayat jer... jalan, bangunan, sekolah, semak sampah tu semua kerja kerajaan barisan nasional .. apa ker bodoh nyer depa ni .... jadik selama ni depa dapat gaji buter ker ...

kalo semua perkara dah jadik kerajaan tak boleh buat.. baik korang.. letak jerlah jawatan tu haram tau kalo makan gaji buter....


yang ni lagi best.. seorang sahabat baik dari MAIS menceritakan ... Bahawa kerajaan negeri nak mengkoporat kan MAIS..... so Legal Advisor MAIS ni tengah cari jalan nak selamatkan MAIS.... manakala kerajaan KAled GAGAP.. .. hendak memisahkan MAIS dengan kerjaan negeri selangor ini bermaknan .. kerajaan negeri pimpimpin penasihat RM1 sudah mula.. nak menghabiskan duit MAIS yakni duit ZAKAT orang -orang islam.. nak dilegonya.. ini belum kira lagi tanah wakaf dan sedekah .. yang menjadi milik MAIS mungkin nanti akan menjadi pusat beli belah, kaoreke dan juga tak lupa rumah-rumah urut... yang tumbuh bak cendawan di Selangor kini


Suara baru juga pernah berbual dengan anak muda diijok yang dijanjikan gaji rM2000.00 sebulan .. tetapi masih juga tidak ada....Ayuh Rakyat selangor mintak hak anda.. ini yang telah dijanjikan ...

Saturday, January 23, 2010

Nukilan Hati Orang Kapar ( Untuk Perhatian Bersama)

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima pihak tuan sudi mendengar komen serta cadangan-cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli dibawah demi memastikan UMNO terus subur di negeri Selangor.untuk pengetahuan pihak tuan saya adalah ahli UMNO dicawangan KG. Sungai Sireh Utama. Selepas melihat suasana pilihanraya yang lalu, maka sudah tanggungjawab seluruh ahli-ahli UMNO selangor untuk memastikan PRU yang akan datang kemenangan dipihak UMNO dan BN.Tahniah saya ucapkan kepada Pemuda UMNO Kapar yang dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dirancang dan telah dijalankan (walaupun saya tidak mengetahui apa-apakan aktiviti tersebut).tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Usaha-usaha perlu dijalankan secara berterusan dan menyeluruh untuk mengenalpasti kelemahan dan serta menambahbaikan proses-proses yang sedia ada bagi menawan semula hati masyarakat di bahagian masing-masing. Mengenai permasalahan yang berlaku, adalah menjadi budaya pihak PR untuk memastikan maklumat-maklumat yang betul dan jelas yang ingin di sampaikan oleh pihak UMNO tidak sampai kepengetahuan masyarakat Selangor Khasnya dan penyokong PR sendiri. Ini supaya kegagalan demi kegagalan dalam mengurus tadbir Negeri Selangor yang semakin hari semakin huru-hara. maka mereka ingin menutup kelemahan mereka dengan mencipta isu-isu lain supaya masyarakat akan lebih tertarik mengenai isu tersebut daripada kelemahan urus tadbir negeri.Akan tetapi kita mempunyai alternatif lain bagi menyampaikan maklumat-maklumat kepada masyarakat.

DI sini saya sertakan beberapa idea-idea yang mungkin dapat diguna pakai di dalam strategi kita merapatkan diri dengan masyarakat.1. menghebahkan majlis-majlis yang dijalankan melalui jaringan-jaringan blog-blog pro UMNO dan SMS (yang menjadi amalan sekarang) secara berterusana.2. merekod majlis-majlis penerangan ini didalam bentuk video dan sebarkan video di dalam jaringan blog-blog mahupun youtube.(Pakatan Rakyat banyak menggunakan youtube untuk menyampaikan maklumat mereka)3.menggunakan media masa elektronik supaya aktiviti dalam di sebarkan maklumat mungkin dalam bentuk pengikalanan.4.medium terakhir melalui hebahan komunikasi diantara masyarakat setempat. PEMUDA , WANITA , PUTERA dan PUTERI boleh digunakan untuk menyebarkan risalah secara tidak langsung dapat menanya khabar masyarakat. Ia lebih berkesan untuk menyelami hati masyarakat.

Disini saya juga ingin menyampaikan kecewaan beberapa blog yang mendakwa UMNO Selangor masih tido. Tidak gunanya Blog-blog ini aktif memaparkan isu-isu di selangor tetapi UMNO Selangor masih lagi lena tanpa perancangan untuk memastikan kemenangan UMNO pada PRU akan datang.AKhir kata saya berdoa moga usaha kita akan mencapai kejayaanan demi AGAMA , BANGSA DAN NEGARA tanpa mengabaikan kaum-kaum lain.Segala keraguanan mahupun informasi saudara bole menghubungi saya di talian 019-xxxxxxx

Rahanordin Abdul Rahim

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT