
satu lagi nai sapa yang mintak ni kaled ker DAP ker Pandamaran Ker?
adakah prinsip ini yang diamalkan oleh pakatan... iaitu.. biarlah apao nak jadik .. janji aku kaya ,,, dan terus berkuasa!!!
Laporan SPRM terhadap Menteri Besar Selangor berhubung unsur ugutan
PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kampus projek Universiti Teknologi Mara. Pengerusi Bersih Bangun Selangor (Bebas), Mohd Abdul Raof Mokhtar, berkata kerajaan Selangor mengarahkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) supaya melantik Khalid sebagai pengerusinya, kerana jika tidak, pembinaan kampus itu di sebidang tanah milik yayasan itu akan dihentikan. "Saya rasa terdapat unsur ugutan terhadap YBK. Jadi kami ingin melaporkan perkara ini kepada SPRM untuk siasatan," katanya selepas membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM, di sini.
YBK ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhd Muhammad Taib ketika negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional. Ia kini dikendalikan oleh sebuah lembaga amanah dipengerusikan oleh Datuk Zainal Abidin Sakom. Abdul Raof berkata, beliau sedia mengemukakan beberapa bukti kepada SPRM berhubung dakwaan itu. - Bernama
salam..
ReplyDeleteakhirnya aku jumpe jugak blog orang tempat aku nih..
huhuhu..
dah lame ku tunggu...
tahniah saudara semua..
terima kasih saudara... marilah kita terus berjuang bersama-sama dialam cyber
ReplyDelete