SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, September 16, 2011

Peluang...atau ancaman kita yang menentukan

Kenyataan Media GAPS

Satu ucapan hari Malaysia yang penuh monumental dan amat bersejarah oleh Perdana Menteri Malaysia. Keberanian yang amat luar biasa DS Najib apabila beliau akan memansuhkan semua akta pencegahan dan anti subversif termasuk ISA. Akta ISA merupakan akta yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Inggeris.

Pemansuhan nya adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa kerana zaman sentiasa berubah. Cara dan corak pemerintahan yang lebih terbuka ini adalah bukti kepada dunia bahawa PM komited untuk melakukan perubahan demi perubahan menyelusuri politik semasa dunia.

GAPS melihat DS Najib punyai semangat pejuang demokrasi seperti John F Kennedy tokoh pejuang hak asasi universal. InsyaAllah Malaysia akan terus aman, makmur dan sejahtera dengan kepimpinan yang berjiwa besar DS Najib.

GAPS faham nanti ada juak-juak yang akan mempolemik kesucian hasrat kerajaan ini. Namun yang nyata dan jelas adalah DS Najib telah memberikan jawapan yang tepat dan pasti kepada setiap keprihatinan dan persoalan yang diajukan oleh rakyat.

Tahniah dan Terima Kasih Ds Najib kerana memahami gerak hati rakyat. Ayuh rakyat kita bergerak dalam 1hati Rakyat Malaysia.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Peyelewengan Selangor (GAPS)

15 September 2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 10, 2011

Pembangkang...cuba menipu lagi

Perdana Menteri minta syarikat telekomunikasi kaji semula keputusan kenakan cukai perkhidmatan 6 peratus kerana ia bebankan pengguna

Untuk makluman Pembangkan dah mula menyalahkan kerajaan BN walhalkan isu cukai 6% ini adalah kerja syarikat telco swasta. Dan kerajaan BN akan menghalang usaha syarikat Telco Ini.

Buat pembangkang janganlah bodoh sangat bila isu syarikat swasta pun nak salahkan kerajaan BN. Patut pembangkang perlu bersama kerajaan dalam hal ni menghalang syarikat Telco. Mohon frwrd pd mrk yg letak kan salah pd kjaan!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 8, 2011

Meloya Kini Mengakui Mat SAPU hilang Telor di Pejabatnya sendiri

Kecoh satu malaysia apabila mat Komunisabu tidak mahu menerima surat daripada Persatuan bekas Tentera dan Polis..... nak keluaq amik surat pun takut inkan pula. inilah timbalan preseideng bengong PAS yang bila tiada DAP...takut nak berjumpa dengan rakyat.......................macam ni ka Timbalan Presiden 121 dan iaitu Mat Sapu


PAS enggan terima memo bekas polis, askar
Aidila Razak
Sep 8, 11
3:01pm
PAS hari ini enggan menerima satu surat bantahan yang dikemukakan bekas anggota keselamatan yang berang dengan kenyataan timbalan presiden parti, Mohamad Sabu, berhubung insiden berdarah Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kira-kira 100 orang anggota persatuan berkenaan, termasuk daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) itu berang apabila kehadiran mereka untuk menghantar memorandum itu disambut dengan pintu yang berkunci di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

military veterans demo pas 080911Turut menyertai kumpulan itu ialah anggota Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa NGO lain, termasuk bekas askar yang pernah bertempur dalam perang ke atas tentera komunis sebelum ini.

Menurut seorang kakitangan pejabat PAS, mereka tidak dapat menerima memorandum berkenaan kerana tidak menerima arahan untuk berbuat demikian daripada pemimpin parti.

Keengganan PAS untuk menerima memorandum berkenaan menyebabkan kumpulan tersebut melaungkan gelaran "bacul" dan "penakut" kepada Mohamad yang sedang mengadakan satu sidang akhbar pada waktu itu.

Kumpulan yang dikawal oleh kira-kira 20 orang anggota polis itu kemudiannya resah dan mula mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Mohamad apabila mendapat tahu bahawa pemimpin tersebut tidak akan keluar untuk menerima surat berkenaan.

military veterans demo pas 080911Kumpulan itu juga kecewa kerana polis mengarahkan mereka supaya bersurai kerana tidak mempunyai permit untuk berhimpun.

Presiden PBPM, Shafie Bakri ketika ditemui di situ berkata, mereka berasa kecewa kerana PAS bertindak demikian.

"Kita cuma orang biasa, persatuan biasa yang hendak hantar surat, bukannya peluru," katanya lagi.

Shafie bagaimanapun enggan meletakkan memorandum berkenaan di muka pintu ibu pejabat berkenaan dan bersumpah untuk kembali dengan lebih ramai anggota veteran bagi menunjukkan sentimen mereka.

Shafie juga berkata, Mohamad telah mengguris perasaan mereka apabila menyatakan bahawa Mat Indera dan tentera komunis merupakan pejuang kebebasan.

Kumpulan yang berhimpun secara aman itu kemudiannya beredar selepas berhimpun selama kira-kira 30 minit sambil menyanyikan lagu patriotik Inilah Barisan Kita.

Wednesday, September 7, 2011

Sekalung tahniah kepada Sdr Sharul Nizal Haji Ali

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 4, 2011

Alfatihah kepada wira negara yang terkorban ketika membantu rakyat Somalia Noramfaizul

Mungkin Mad Sabu perlu dihantar ke Somalia...untuk menghargai erti kemerdekaan......supaya tidak melalak tak tentu hala....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 3, 2011

Mesej dr Ketua Puteri Umno Bhg Kapar Cik Hanismasra Marhaini

‎​Kami para sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia dianggotai 54 orang serta membawa Jenazah Noramfaizul wartawan Bernama yang ditembak mati oleh tentera African Union akan bertolak ke Malaysia waktu ini.

Pohon doa dari seluruh rakyat Malaysia agar perjalanan kami yang mengambil masa 22 jam selamat sampai ke tanah Air.

Kami dijangka akan sampai di Malaysia jam 9 pg dan akan mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara (TUDM) Subang.

Kami bukan mencari nama tapi kami ke Somalia demi Bantuan Kemanusian sejagat dalam bulan ramadhan dan Syawal.


*untuk makluman beliau sekarang berada di somalia bersama kelab Sukarelawan 1 Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Al fatihah

‎​Terkini-Jurukamera BernamaTV-Norfaizul Mohd Nor terbunuh, manakala jurukamera TV3-Ajis Siregar cedera ditembak di Somalia ketika membuat liputan Bantuan Kemanusiaan Malaysia di sana. ..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT