SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, September 16, 2011

Peluang...atau ancaman kita yang menentukan

Kenyataan Media GAPS

Satu ucapan hari Malaysia yang penuh monumental dan amat bersejarah oleh Perdana Menteri Malaysia. Keberanian yang amat luar biasa DS Najib apabila beliau akan memansuhkan semua akta pencegahan dan anti subversif termasuk ISA. Akta ISA merupakan akta yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Inggeris.

Pemansuhan nya adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa kerana zaman sentiasa berubah. Cara dan corak pemerintahan yang lebih terbuka ini adalah bukti kepada dunia bahawa PM komited untuk melakukan perubahan demi perubahan menyelusuri politik semasa dunia.

GAPS melihat DS Najib punyai semangat pejuang demokrasi seperti John F Kennedy tokoh pejuang hak asasi universal. InsyaAllah Malaysia akan terus aman, makmur dan sejahtera dengan kepimpinan yang berjiwa besar DS Najib.

GAPS faham nanti ada juak-juak yang akan mempolemik kesucian hasrat kerajaan ini. Namun yang nyata dan jelas adalah DS Najib telah memberikan jawapan yang tepat dan pasti kepada setiap keprihatinan dan persoalan yang diajukan oleh rakyat.

Tahniah dan Terima Kasih Ds Najib kerana memahami gerak hati rakyat. Ayuh rakyat kita bergerak dalam 1hati Rakyat Malaysia.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Peyelewengan Selangor (GAPS)

15 September 2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT