SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, September 8, 2011

Meloya Kini Mengakui Mat SAPU hilang Telor di Pejabatnya sendiri

Kecoh satu malaysia apabila mat Komunisabu tidak mahu menerima surat daripada Persatuan bekas Tentera dan Polis..... nak keluaq amik surat pun takut inkan pula. inilah timbalan preseideng bengong PAS yang bila tiada DAP...takut nak berjumpa dengan rakyat.......................macam ni ka Timbalan Presiden 121 dan iaitu Mat Sapu


PAS enggan terima memo bekas polis, askar
Aidila Razak
Sep 8, 11
3:01pm
PAS hari ini enggan menerima satu surat bantahan yang dikemukakan bekas anggota keselamatan yang berang dengan kenyataan timbalan presiden parti, Mohamad Sabu, berhubung insiden berdarah Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kira-kira 100 orang anggota persatuan berkenaan, termasuk daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) itu berang apabila kehadiran mereka untuk menghantar memorandum itu disambut dengan pintu yang berkunci di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

military veterans demo pas 080911Turut menyertai kumpulan itu ialah anggota Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa NGO lain, termasuk bekas askar yang pernah bertempur dalam perang ke atas tentera komunis sebelum ini.

Menurut seorang kakitangan pejabat PAS, mereka tidak dapat menerima memorandum berkenaan kerana tidak menerima arahan untuk berbuat demikian daripada pemimpin parti.

Keengganan PAS untuk menerima memorandum berkenaan menyebabkan kumpulan tersebut melaungkan gelaran "bacul" dan "penakut" kepada Mohamad yang sedang mengadakan satu sidang akhbar pada waktu itu.

Kumpulan yang dikawal oleh kira-kira 20 orang anggota polis itu kemudiannya resah dan mula mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Mohamad apabila mendapat tahu bahawa pemimpin tersebut tidak akan keluar untuk menerima surat berkenaan.

military veterans demo pas 080911Kumpulan itu juga kecewa kerana polis mengarahkan mereka supaya bersurai kerana tidak mempunyai permit untuk berhimpun.

Presiden PBPM, Shafie Bakri ketika ditemui di situ berkata, mereka berasa kecewa kerana PAS bertindak demikian.

"Kita cuma orang biasa, persatuan biasa yang hendak hantar surat, bukannya peluru," katanya lagi.

Shafie bagaimanapun enggan meletakkan memorandum berkenaan di muka pintu ibu pejabat berkenaan dan bersumpah untuk kembali dengan lebih ramai anggota veteran bagi menunjukkan sentimen mereka.

Shafie juga berkata, Mohamad telah mengguris perasaan mereka apabila menyatakan bahawa Mat Indera dan tentera komunis merupakan pejuang kebebasan.

Kumpulan yang berhimpun secara aman itu kemudiannya beredar selepas berhimpun selama kira-kira 30 minit sambil menyanyikan lagu patriotik Inilah Barisan Kita.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT