SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, January 23, 2010

Nukilan Hati Orang Kapar ( Untuk Perhatian Bersama)

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima pihak tuan sudi mendengar komen serta cadangan-cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli dibawah demi memastikan UMNO terus subur di negeri Selangor.untuk pengetahuan pihak tuan saya adalah ahli UMNO dicawangan KG. Sungai Sireh Utama. Selepas melihat suasana pilihanraya yang lalu, maka sudah tanggungjawab seluruh ahli-ahli UMNO selangor untuk memastikan PRU yang akan datang kemenangan dipihak UMNO dan BN.Tahniah saya ucapkan kepada Pemuda UMNO Kapar yang dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dirancang dan telah dijalankan (walaupun saya tidak mengetahui apa-apakan aktiviti tersebut).tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Usaha-usaha perlu dijalankan secara berterusan dan menyeluruh untuk mengenalpasti kelemahan dan serta menambahbaikan proses-proses yang sedia ada bagi menawan semula hati masyarakat di bahagian masing-masing. Mengenai permasalahan yang berlaku, adalah menjadi budaya pihak PR untuk memastikan maklumat-maklumat yang betul dan jelas yang ingin di sampaikan oleh pihak UMNO tidak sampai kepengetahuan masyarakat Selangor Khasnya dan penyokong PR sendiri. Ini supaya kegagalan demi kegagalan dalam mengurus tadbir Negeri Selangor yang semakin hari semakin huru-hara. maka mereka ingin menutup kelemahan mereka dengan mencipta isu-isu lain supaya masyarakat akan lebih tertarik mengenai isu tersebut daripada kelemahan urus tadbir negeri.Akan tetapi kita mempunyai alternatif lain bagi menyampaikan maklumat-maklumat kepada masyarakat.

DI sini saya sertakan beberapa idea-idea yang mungkin dapat diguna pakai di dalam strategi kita merapatkan diri dengan masyarakat.1. menghebahkan majlis-majlis yang dijalankan melalui jaringan-jaringan blog-blog pro UMNO dan SMS (yang menjadi amalan sekarang) secara berterusana.2. merekod majlis-majlis penerangan ini didalam bentuk video dan sebarkan video di dalam jaringan blog-blog mahupun youtube.(Pakatan Rakyat banyak menggunakan youtube untuk menyampaikan maklumat mereka)3.menggunakan media masa elektronik supaya aktiviti dalam di sebarkan maklumat mungkin dalam bentuk pengikalanan.4.medium terakhir melalui hebahan komunikasi diantara masyarakat setempat. PEMUDA , WANITA , PUTERA dan PUTERI boleh digunakan untuk menyebarkan risalah secara tidak langsung dapat menanya khabar masyarakat. Ia lebih berkesan untuk menyelami hati masyarakat.

Disini saya juga ingin menyampaikan kecewaan beberapa blog yang mendakwa UMNO Selangor masih tido. Tidak gunanya Blog-blog ini aktif memaparkan isu-isu di selangor tetapi UMNO Selangor masih lagi lena tanpa perancangan untuk memastikan kemenangan UMNO pada PRU akan datang.AKhir kata saya berdoa moga usaha kita akan mencapai kejayaanan demi AGAMA , BANGSA DAN NEGARA tanpa mengabaikan kaum-kaum lain.Segala keraguanan mahupun informasi saudara bole menghubungi saya di talian 019-xxxxxxx

Rahanordin Abdul Rahim

4 comments:

  1. sokong ape yang saudara katakan..
    umno selangor khususnya bahgian kapar perlu lebih agresif..
    tak cukup dengan aktiviti kemasyarakatan..
    kita perlu selalu mengadakan ceramah2 rakyat..
    tak perlu diaadakan di dewan..
    ckup sekadar di padang atau bilik gerakan..
    yang penting mesej perlu sampai..
    pemimpin pun perlu selalu turun..
    sedikit kemuskilan..
    apa jadi dengan pejabat penyelaras bn dun selat klang di simpang empat sg udang???
    nampak tutup jer..

    ReplyDelete
  2. A.D.A.M :setakat ni pemuda kapar baru sahaja selesai dengan ceramah di PDM kg Sementa Dalam insyallah.. pada tahun ini ceramah seterusnya akan kami aturkan ditempat tuan...insyallah

    ReplyDelete
  3. Buat pengetahuan sahabat2...
    Pej. BN Dun Selat Klang di buka setiap hari dari jam 9am - 5pm dari hari Isnin - Jumaat. Waktu rehat kami adalah dr jam 1pm - 2pm.
    Harap Maklum.

    ReplyDelete
  4. anonymous ni saper plak naper tak pakai namer..

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT