SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, September 20, 2011

Fw: 3 Bangunan Komersial PKNS sah diambilalih ARREIT - 'Road Map SelangorKu for Sale'






Kenyataan Media GAPS

Pendedahan blogger Darul Ehsan Today
http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/09/tiga-bangunan-pkns-akan-di-jual.html mengenai penjualan 3 bangunan komersial milik PKNS menguatkan lagi cerita 'SelangorKu' untuk dijual sebelum pilihanraya umum ke 13.

Laman blog itu memuatkan surat PKNS yang mengesahkan 3 bangunan komersial PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya kini dalam proses pengambilalihan oleh ARREIT, sebuah konglomerat pelaburan.

Apa ertinya semua ini ? GAPS mengambil pendirian ini merupakan penyelewengan dan rasuah terancang kolar putih yang melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi PKNS.

Peniagaan buluh kasap - dapat pangkal hujung lesap. Atas nama pelaburan dan penyusunan semula korporat, PKNS kini kehilangan hak keatas 3 bangunan komersial yang strategik apabila ianya diambilalih sepenuhnya ARREIT mulai 1 Januari 2012.

Penyelewengan ini adalah serupa dengan dengan Skandal Talam Corporation oleh MB Diperbadankan yang melibatkan penyelewengan  wang negeri berjumlah lebih dari RM600 juta ringgit dari khazanah negeri Selangor pada tahun lalu.

Yang akan menangung kerugian dari penyelewengan MB Selangor ini adalah rakyat. Sebagai contoh kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam akan dinaikkan sehingga 100%. Peniaga dan penjaja yang menyewa tentunya akan meraung kerana kezaliman pentadbiran Kerajaan Dap-Pkr-Pas Selangor ini.

Kesan yang amat mendalam adalah kepada peniaga dan penjaja kecil melayu yang berjumlah lebih 80% yang mencari rezeki berniaga di kompleks PKNS ini. Kerajaan negeri Selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang Melayu mengadu nasib untuk berjaya dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang khususnya dalam dunia peniagaan.

Road Map 'SelangorKu' For Sale. MB telah merangka jalan penyelewengan dan rasuah 'the way forward' yang akan merugikan seluruh rakyat jelata di Negeri Selangor ! Inilah dia negeri kebajikan yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
20 September 2011.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT