Puas saya membelek buku dan internet untuk memahami erti "Negara Berkebajikan" yang dilaungkan oleh PAS. Baru hari ini saya terjumpa dengan jawapannya. Dikala negara masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis ekonomi, diwaktu masih terlalu banyak masalah rakyat Kedah belum dapat diselesaikan dan dikala PAS bersungguh nak memadamkan slogan "Negara Islam" dan menggantikannya dengan slogan "Negara Berkebajikan", Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak membuat satu kejutan besar. Dari sumber dalaman yang saya perolehi beserta dengan 3 keping gambar, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan telah membeli sebuah kereta rasmi untuk MB Kedah dengan harga lebih kurang RM 600,000.00. Rupa-rupanya ulamak PAS ini juga punyai nafsu untuk memakai kereta besar dan no plat single digit. Sebenarnya tak salah nak pakai apapun asalkan ianya hasil titik peluh sendiri. Masalahnya kereta ini dibeli menggunakan wang perbendaharaan negeri dan didaftarkan atas nama Kerajaan Negeri Kedah. Yang menyedihkan, setelah kereta ini dibeli, ianya tidak digunakan kerana takut ianya akan dijadikan isu. Tak ke membazir tu namanya!!! Dulu rakyat Kelantan menghentam pemimpin UMNO yg memakai kereta mewah hasil perniagaan dan titik peluh sendiri. Mereka sering membandingkan Pemimpin UMNO dgn Menteri Besar Kelantan yang hanya memakai Fiat buruk. Tapi hari ni PAS memang sudah berubah, bukan takat Azizan, Nik Aziz pun dah beli Mercedes baru guna duit rakyat Kelantan. Kalau ditanya pemimpin PAS kenapa mereka berubah sekarang, jawapan mereka dah boleh diagak...."Rasulullah dulupun guna kuda yang kuat". Apapun.....lain kali jgn mudah tunding kat UMNO.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Ostat tak tau ni sebonarnyo laie cordik. Boli merc rm600k, sorok kat parking lot ofis dio. Bilo dah dokat nok PRU13, dio pun jual lah merc tu kat dio dongan hargo murah lopas kira depriciation & write down. lopas dio besaro nanti buleh la dio melaram dongan keto merc. dio laie cordik walaupung asyik cakap saya tak tau, tapi dio serbo tahu.
ReplyDeletesaya tak tau. saya tak tau. mers sapapun saya tak tau. depa yg beli, saya mana tau...
ReplyDeleteno komen...no komen..no komen..eerrrr hang tanya mat sabu lerr awat hang tanya aku
ReplyDelete