------Original Message------
From: Ahamad Razman Arshad
To: FKJA Users
To: Users Shah Alam
To: Users Cawangan
To: Wan Aisyah Amni Wan Mohd Saferdin
Subject: Bantuan Derma Darah
Sent: Sep 21, 2011 13:17
Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri Seluruh Warga UiTM, Saya Ahamad Razman Bin Arshad staf di Fakulti Kejuruteraan Awam, Shah Alam bapa kepada Irsyad Syahmi ingin memohon jasa baik dari semua warga Uitm yang ingin menderma darah anda agar dapat membantu saya menderma di atas nama anak saya yang mengidap Thalasemia. Beliau berumur 9 tahun memerlukan 2 pain darah setiap bulan. Saya tidak dapat menderma lagi untuk beliau atas nasihat doktor. Thalasemia adalah penyakit dimana darah pesakit tidak mencukupi dan proses menjana darahnya sendiri tidak mampu untuk menampong tumbesaran dirinya sendiri. Pihak Hospital Universiti Malaya tidak mempunyai tabung darah yang mencukupi bagi menampong keperluan pesakit. Dengan ini saya memohon jasa baik warga Uitm agar dapat menderma darah keatas nama anak saya. Sesiapa yang ingin menderma boleh lah hadir ke Hospital Universiti, Unit Derma Darah, Petaling Jaya Selangor. Bersama ini saya lampirkan butiran bagi memudahkan pendermaan tersebut. Tiada ungkapan yang terbaik dapat saya ucapkan kepada penderma yang membantu demi anak saya menyambung kehidupan seperti insan lain, hanya dapat saya menadah tangan berdoa agar Allah membalas jasabaik dan memberkati kehidupan anda dunia dan akhirat. InsyaAllah. Wassalam. Ahamad Razman Arshad 037413 Juruteknik Tertinggi Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM, Shah Alam Selangor 03-55211878 013-3326666
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment