SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, January 8, 2013

UMNO Online - “10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini” plus 9 more

UMNO Online - “10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini” plus 9 more

Link to UMNO Online

10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini

Posted: 07 Jan 2013 04:31 AM PST

SEPANG, 7 Jan –  Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

"Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

"Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan 'livery' 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati 'Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia'.

Buku Sejarah Pembinaan Kompleks Istana Negara Dilancarkan Rabu Ini

Posted: 07 Jan 2013 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Buku “Istana Negara Lambang Kedaulatan dan Keagungan Raja-Raja Melayu” mengisahkan pembinaan dan kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan Kompleks Istana Negara, akan dilancarkan Raja PerlisTuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Rabu ini.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Sultan Badlishah juga dijadualkan menghadiri pelancaran itu, yang akan disempurnakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, beberapa menteri Kabinet dan orang kenamaan.

Pengarah penerbitan yang juga pengarang buku itu, Datuk Md Nizam Md Sheriff berkata, idea penerbitan khas buku itu dicetuskan oleh Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Yang di-Pertuan Agong yang ke-12, yang mahu ia menjadi bahan rujukan dan pemahaman tentang mercu tanda negara buat generasi sekarang dan akan datang.

Beliau berkata, menerusi buku itu, rakyat berpeluang mengetahui fungsi tempat istiadat utama dan persemayaman Yang di-Pertuan Agong serta rupa bentuk dan ruang-ruang rasmi diraja.

Selain itu, buku itu juga mengisahkan singgahsana yang menjadi lambang kebesaran takhta kerajaan sesebuah negara di mana raja yang memerintah akan bersemayam dengan penuh berdaulat lagi mulia, katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

“Kompleks Istana Negara yang menjadi mercu tanda dan simbol kebanggaan Sistem Pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia turut memaparkan ciri-ciri estetika khusus dan hiasan dalaman yang boleh menjadi khazanah negara,” katanya.

Md Nizam berkata, buku itu juga menghuraikan dan memaparkan ruang-ruangrasmi, keunikan segi ukiran, lukisan dan hiasan dalaman tradisional Melayu, seni bina Islam dan seni bina moden dengan corak yang dihasilkan mempunyai motif tersendiri.

Katanya, sejak negara mengecapi kemerdekaan terlalu banyak perubahan dan pembangunan dilakukan bagi memartabatkan negara di peringkat antarabangsa.

“Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

“Terbinanya Istana Negara Jalan Duta, merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan kali pertama kerajaan mendirikan kompleks istana buat Yang di-Pertuan Agong bersemayam,” katanya.

Buku bergambar dan berwarna terbitan Maju Maya (M) Sdn Bhd itu mengandungi 287 muka surat yang memuatkan titah Raja Perlis, perutusan Perdana Menteri, susunletak ruang istana, seni reka bentuk dan ukiran, sejarah pembinaan dan upacara-upacara penting.

Mahani Tan Dilantik Ketua Pengarah BPA Baru

Posted: 07 Jan 2013 04:28 AM PST

PUTRAJAYA, 7 Jan –  Datin Mahani Tan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam yang baru berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak 2007, menggantikan Datuk Dr Tam Weng Wah.

Mahani, 57, mengambil alih tempat Dr Tam yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, menurut Biro Pengaduan Awam dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Selain berkhidmat di KPDNKK, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW) serta Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

People Should Not Listen To Rumours On Sonamu And Panic – National Security Council

Posted: 07 Jan 2013 04:26 AM PST

KUALA TERENGGANU, Jan 7 – People should not listen to rumours that a tropical storm (Sonamu) will lash the east coast states and bring about damage, warned the National Security Council.

People, especially those living along coastal areas in the east coast states of Pahang, Terengganu and Kelantan should not panic after rumours of the impending tropical storm spread like wild fire.

The council’s secretary Tajul Ariffin Muhamad said instead of panicking, people should be alert and take preventive measures and make contingency plans, especially those living along the shores.

He said based on the latest information, the Sonamu was losing its vigour band speed but warned that it could bring heavy rain to the coast areas.

“Heavy rain, strong winds and high waves are expected. The tropical storm, if it lashes on to the east coast states, can cause severe floods, even worst than the first wave of floods,” he told Bernama here today.

As of 5 pm the weather condition in Terengganu was cloudy while observation by Bernama at Chendering and Batu Buruk beaches showed only 0.5m waves while petty traders were still going about their business.

Tajul said if the storm reaches the danger level, an immediate warning would be issued.

He said the Fire and Rescue Department, Police, Civil Defence Department and  Welfare Department have been placed on alert.

PAS Membayar Harga Yang Mahal Untuk Bersama DAP

Posted: 07 Jan 2013 04:20 AM PST

Untuk membeli undi dan sokongan DAP kepada parti PAS (Bukan sokongan kpd perjuangan Islam), Bayaran yang PAS perlu bayar adalah dengan:

1. Kerajaan PAS mesti Meluluskan pemberian beribu2 ekar tanah di Kelantan kpd pemimpin2 DAP dan beribu2 ekar lagi kpd syarikat2 kroni2 Cina DAP.

2. PAS mesti menggugurkan perjuangan menubuhkan Negara Islam,

3. PAS mesti Berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR memerintah dan bersama2 merangka dasar2 dan arahtuju Negara.

4. PAS mesti mendapat persetujuan DAP dan PKR sekiranya hendak melaksanakan apa saja.

5. PAS mesti Bersama2 DAP dan PKR mengekalkan Perlembagaan Negara sedia ada dan membentuk Pakatan Sekular PAS/DAP/PKR yg mengamalkan “Politik suku, agama suku”.

Lee Kuan Yew sanggup pakai Songkok utk Raih UNDI. Berapa ramai PEMIMPIN DAP yang dah Peluk Islam.

6. PAS mesti bersetuju menerima dasar sekular PR dan mengamalkan dasar PR “Politik suku, agama suku”.

7. PAS mesti bersama2 DAP/PKR Menolak Perlaksanaan Hudud dan Islam sepenuhnya,

Yang terbaru PAS mesti benarkan Kristian DAP menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka dalam bible terjemahan ke Bahasa Melayu.

8. Sebagai balasan DAP bersetuju menerima PAS ke dalam Pakatan Sekular PR dan bekerjasama dan berkongsi kuasa dan akan membantu PAS mendapatkan undi kaum Cina setelah PAS bersetuju menolak perlaksanaan hudud dan Islam dan PAS juga bersetuju untuk terus menipu Umat Islam dgn agenda tipu perlaksanaan Islamnya.

PENIPUAN BERTERUSAN PAS TERHADAP UMAT ISLAM MENGUNTUNGKAN KAFIR DAP.

pasberuk.blogspot.com

Silap Kira Undi Helah Politik DAP Pancing Undi Melayu – Dr Mahathir

Posted: 07 Jan 2013 03:30 AM PST

PUTRAJAYA, 7 Jan – Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

DAP, katanya terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Dis lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

“Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

“Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

“Itu satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung,” katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Sebelum itu, Dr Mahathir menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

DAP yang didominasi kaum Cina dikritik pelbagai pihak apabila kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan CEC tersingkir setelah kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP bulan lepas.

Namun, pada minggu lepas, DAP mengumumkan berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Zairil Khir Johari yang pada mulanya kalah, menjadi calon Melayu tunggal yang memenangi pemilihan CEC.

SPR Perlu Belajar Dari DAP Macam Mana Nak Tipu Undi!!!

Posted: 07 Jan 2013 03:20 AM PST

Tiada peristiwa yang paling memalukan di awal tahun 2013 melainkan peristiwa kegagalan dan ketidakmampuan DAP dalam mengendalikan pemilihan CEC parti tiga minggu yang lalu.

DAP lah antara puak yang paling lantang dan angkuh memperlekeh dan mempertikaikan SPR dalam menguruskan pendaftaran dan kemaskini data maklumat 13 juta pengundi yang layak mengundi pada PRU13 kali ini.

Pelbagai kritikan termasuk yang sengaja direka telah dilemparkan terhadap SPR bagi menimbulkan pandangan serong rakyat berkaitan kemampuan SPR dalam mengendalikan PRU secara adil, bebas dan saksama.

Akhirnya, DAP walaupun sebahagian besarnya bukan penganut Islam, pun turut menerima hukum karma dari tuhan Allah. Menguruskan pemilihan parti yang melibatkan hanya seramai 1800 perwakilan pun mereka telah gagal.

Imej ketelusan yang dipaparkan DAP yang pernah menyebabkan Presiden Transparensi, Tunku Aziz pun tertipu, kini sudah luput dengan peristiwa sekejap kalah sekejap menang ini.

Tanpa angin, tanpa ribut dan tanpa bantahan… Ulang lagi…”tanpa ada sesiapa kalangan perwakilan yang membantah” mengenai kaedah pemilihan dan pengiraan undi. Semuanya berpuas hati,… tup-tup!!, DAP mengumumkan ada berlaku kesilapan dan seorang dari pemenang telah digugurkan dari senarai 20 undi tertinggi.

Zairil, seorang Melayu campur atau mungkin “a malay by constitution”, akhirnya diistiharkan termasuk dalam senarai 20 orang yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan itu.

Undi asal 305 yang diperolehi oleh Zairil telah melonjak hampir 500 undi kepada 803. Dengan jumlah undi baru ini, Zairil berjaya mendapat tempat ke-20. Betul-betul nasib baik.

Berapa ramai calon yang mendapat undi antara 306 hingga 802 yang lebih tinggi undinya dalam kiraan asal telah dikalahkan oleh Zairil! Ajaib sungguh…

Berapa ramai calon yang mendapat undi antara 306 hingga 802 yang lebih tinggi undinya dalam kiraan asal telah dikalahkan oleh Zairil! Ajaib sungguh…

Alhamdulillah… Mungkin Tuhan Allah telah menunjukkan keajaibanNya. Mungkin tuhan Allah masih mahu menjaga maruah Melayu Islam dalam DAP. Dalam banyak-banyak yang kalah, tup-tup,, so call..a malay by constitution ini bernasib baik kerana terpilih menduduki CEC kebangsaan DAP.

Atau, mungkin juga pihak think-tank DAP yang berkonspirasi  ”mengajaibkan” takdir tuhan Allah dalam pemilihan CEC ini bagi menggambarkan “cina DAP sudah boleh menerima melayu sebagai pemimpin parti mereka”.

SPR sudah ada track record 12 kali mengendalikan PRU. Dalam 11 PRU yang pertama, SPR hanya gagal menipu dan memenangkan BN pada PRU 1964, 1969 dan 1999 bagi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Penang.

Kegagalan terburuk SPR untuk menipu dalam PRU adalah pada PRU12 yang lalu, di mana SPR gagal memenangkan BN di 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan. Di Kelantan SPR gagal secara total memenangkan BN sejak 23 tahun lalu.

SPR perlu belajar dari DAP bagaimana formula kemenangan Zairil diperolehi walaupun pun sudah kalah terok.

Jika SPR sanggup belajar dari DAP mungkin SPR akan berjaya menipu untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU nanti.

Wahai DAP… Bermula dari saat ini janganlah kamu menunjuk pandai lagi seperti “ketam cuba mengajar anak, cuba mahu mengajar SPR bagaimana untuk mengendalikan PRU dengan cara yang adil dan bersih.

Kamarulzaman Kamdias

Jentera UMNO Diminta Guna Pendekatan Bijak Untuk Tawan Hati Pengundi

Posted: 07 Jan 2013 02:51 AM PST

BEAUFORT, 7 Jan – Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan semua anggota jentera UMNO menggunakan pendekatan bijak bagi menawan hati pengundi, khususnya di kawasan Parlimen Beaufort, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sambil menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) Beaufort mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum itu, Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah  berkata pendekatan seumpama itu penting kerana rakyat akan memerhati dan membuat penilaian terhadap tindak tanduk anggota jentera parti.

“Berhati-hati dalam tindak-tanduk kita, kerana rakyat akan melihat kita. Kita mestilah membuat pendekatan bijak untuk menawan hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Pusat Dearah Mengundi UMNO-BN (PDM) Limbawang A, dekat sini hari ini.

Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut meminta barisan jawatankuasa PDM bekerja dengan ikhlas dan taat setia kepada perjuangan parti bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita mesti bekerja keras dengan taat dan setia kepada parti. Kita tidak mahu ada gunting dalam lipatan,” katanya.

Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin baru-baru ini mengumumkan keluar UMNO dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Kitar Semula Fitnah Adalah Bukti Pembangkang Cukup Terdesak – Dr Noor Sulastry

Posted: 07 Jan 2013 02:16 AM PST

KUALA LUMPUR, 7  Jan – Perkembangan politik terkini lebih banyak melihat kepada isu-isu kitar semula yang dilaksanakan sebagai satu alternatif bagi membangun atau meneruskan populariti sesebuah parti atau individu tertentu.

Penganalisis politik tempatan, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad melihat bahawa sewajarnya setiap parti mempunyai kematangan politik dan tidak terbawa-bawa kepada budaya politik lapuk yang mana suka menggunakan isu-isu lama bagi menjatuhkan satu-satu pihak.

"Agak menyedihkan apabila terdapat pihak tertentu khususnya pembangkang yang lebih gemar terhadap isu-isu lapuk untuk digunakan semula bagi menunjukkan mereka lebih hebat daripada Barisan Nasional (BN).

"Pakatan pembangkang hari ini dilihat berjuang bukan sekadar mendapatkan kuasa untuk memerintah tetapi mereka lakukan ini dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi yang mereka ada," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau, pada era moden atau globalisasi ini bukan hanya parti-parti politik tetapi masyarakat juga sewajarnya sudah melangkah beberapa tapak ke hadapan yang mana seharusnya mengutip pengalaman-pengalaman atau pengajaran daripada negara-negara lain.

"Kita perlu melihat kepada negara yang lebih maju daripada kita atau yang pernah ditimpa kesusahan apabila parti-parti konvensional atau parti-parti dominan sudah jatuh atau sudah tidak memerintah lagi, maka pelbagai kerumitan berlaku," katanya yang merujuk kepada Jepun, Thailand dan Filipina.

Beliau yang juga pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya menegaskan bahawa rakyat tidak boleh menafikan apa yang telah berlaku dalam negara sejak lebih 50 tahun yang lalu.

"Kita adalah satu-satunya negara yang lain daripada yang lain malah dalam tempoh lebih 50 tahun merdeka kita hanya mempunyai enam Perdana Menteri dengan pentadbiran kerajaan BN.

"Ada yang cuba menidakkan apa yang telah berlaku dalam negara selama ini sedangkan ia bukanlah sesuatu yang buruk sebaliknya ada perkara lebih baik yang mana kita boleh tengok hari ini.

Ujar beliau, jika ada pihak yang tidak berpuas hati maka sepatutnya yang dilakukan ialah mencari apa yang terbaik untuk diaplikasikan dalam pentadbiran negara hari ini dengan menambahbaik dengan keserasian bersama demi kesinambungan negara akan datang.

"Sekiranya mencari kelainan maka tentunya ia akan mewujudkan satu peperangan politik yang akan membawa kepada kempen-kempen politik ataupun strategi politik kotor."

Tegasnya lagi, kerajaan yang ada hari ini iaitu BN ternyata telah berjuang untuk kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan perbuatan melontar fitnah, memburukkan mana-mana pihak dan menggunakan isu-isu lama tidak menyumbang dalam pembangunan politik.

"Konteks transformasi politik yang diterapkan oleh BN telah membawa rakyat ke tahap atau anjakan pradigma yang lain daripada yang lain iaitu ke arah ketelusan, kesejahteraan dan politik yang bersih dari pelbagai aspek." - MediaUMNO

Bantuan Kebajikan Akan Disampaikan Secara Bersemuka Setiap Bulan

Posted: 07 Jan 2013 01:49 AM PST

SUNGAI BESAR, 7 Jan – Pelbagai bantuan kebajikan daripada Kerajaan Persekutuan seperti bantuan untuk orang tua dan orang kelainan upaya (OKU) akan disampaikan secara bersemuka kepada kumpulan sasaran setiap bulan mulai tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon,.

Beliau berkata bantuan itu akan disampaikan oleh Anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri atau Penyelaras Dewan Undangan Negeri yang berkenaan kepada kumpulan sasar melalui majlis penyampaian yang diadakan setiap bulan di kawasan masing-masing.

Menerusi pendekatan berkenaan, para pemimpin di peringkat akar umbi akan dapat berinteraksi dan mengenali dengan lebih dekat mereka yang memerlukan bantuan kebajikan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 308 warga emas dan 120 OKU daerah Sabak Bernam di sini hari ini.

Bantuan untuk orang tua dan OKU itu merupakan sebahagian daripada program bantuan kerajaan di bawah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia yang melibatkan 473,928 orang penerima di seluruh negara dengan peruntukan RM1.3 bilion setahun.

Noriah yang juga Ketua Wanita UMNO Sungai Besar berkata sebelum ini memang ada pemimpin yang menyampaikan bantuan secara terus atau bersemuka kepada golongan sasaran tetapi ia tidak menyeluruh.

Beliau berkata sebelum ini para penerima bantuan tidak mengetahui siapakah yang memberi dan mendepositkan wang bantuan itu kepada mereka setiap bulan.

“Selain daripada itu, masalah para penerima bantuan akan segera diketahui oleh para pemimpin di peringkat akar umbi untuk dibawa ke peringkat lebih atas untuk tindakan segera,” katanya.

Beliau juga berkata bantuan diberikan kepada warga tua ini juga sebagai penghargaan kepada golongan itu yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara dan menyumbang kepada pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT