UMNO Online - “Himpunan Jadi Taktik Terakhir Selepas Fitnah dan Manipulasi Gagal” plus 9 more |
- Himpunan Jadi Taktik Terakhir Selepas Fitnah dan Manipulasi Gagal
- Sheila Majid, Zainal Abidin, Jamal Abdillah Bakal Meriahkan Malam Media UMNO Sabtu Ini
- Pas Kini Lebih Muliakan Pandangan DAP Dari Majlis Syura Ulama Mereka Sendiri
- Pembangkang Manipulasi Projek Rapid Pengerang Untuk Kepentingan Politik
- Kalimah Allah : Jati Cadang Anjur Himpunan Bantah
- RM106.6 Juta Diperuntuk Baik Pulih Jalan Persekutuan Rosak Akibat Banjir
- 500 Penduduk Kampung Di Tawau Bakal Nikmati Kemudahan Elektrik
- Parents Taking Along Children To Rallies Face Prosecution
- Sabah Speaker Calls For Immediate Stop To Debate Over The Use Of “Allah”
- Apa Istimewanya Shamsidar Hingga Rakyat Diajak Untuk Berhimpun?
Himpunan Jadi Taktik Terakhir Selepas Fitnah dan Manipulasi Gagal Posted: 11 Jan 2013 03:42 AM PST KUALA LUMPUR, 11 Jan – Pakatan pembangkang telah terbukti ketandusan idea lantaran pelbagai perkara yang dilaksanakan mereka dalam usaha untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk menyerang peribadi para pemimpinnya menemui jalan mati, kata Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Zainal Kling. Soalnya, apa lagi yang tinggal untuk dilaksanakan oleh pakatan pembangkang sebagai taktik terakhir mereka bagi menghidupkan semangat ahli-ahlinya dikalangan rakyat selain daripada mengadakan perhimpunan? "Sebelum ini pelbagai fitnah dan manipulasi telah dilontarkan oleh pakatan pembangkang tetapi dengan gerakan berterusan kepimpinan BN yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjaga kebajikan rakyat maka mereka gagal mendapat pulangan apa-apa," katanya kepada UMNO-Online. Tegas beliau, biar apa pun nama himpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang tetapi yang jelas ia telah ditolak oleh rakyat lantaran lebih banyak keburukan yang berlaku dan mengganggu kesejahteraan awam berdasarkan beberapa siri himpunan yang lalu. "Perhimpunan adalah pilihan terakhir mereka kerana banyak perkara yang dilakukan gagal dan jika mahu bergantung kepada kemantapan parti secara jelas tidak ada apa yang boleh dibanggakan. "Jika mahu mengharapkan kepada pentadbiran mereka ternyata tidak apa yang boleh dijadikan sebagai bukti kerana di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor mereka berdepan dengan pelbagai isu bersama rakyat. "Jika melihat kepada kedudukan Pas hari ini maka perpecahan terang-terangan berlaku lantaran perbezaan pendapat dikalangan golongan ulama dan kepimpinannya sementara PKR lebih diselimuti dengan masalah moral pemimpinnya selain DAP yang sekarang kacau-bilau dan dikecam hebat kerana pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) dikatakan tidak telus." Beliau yang juga Profesor Pelawat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelaskan bahawa nama PR yang diketengahkan oleh mereka amat sesuai sebagaimana perlakuan parti terbabit yang lebih bertumpu kepada 'public relation'. Dilaporkan pakatan pembangkang akan menganjurkan himpunan yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat di Stadium Merdeka. – MediaUMNO |
Sheila Majid, Zainal Abidin, Jamal Abdillah Bakal Meriahkan Malam Media UMNO Sabtu Ini Posted: 11 Jan 2013 02:59 AM PST KUALA LUMPUR 11 Jan – Artis terkenal tanah air Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Jamal Abdillah serta beberapa artis lain bakal memeriahkan Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung di PWTC di sini Sabtu malam. Program tersebut yang akan dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Abon adalah program kali ketiga diadakan bagi meraikan dan menghargai sokongan petugas media serta agensi-agensi berkaitan dalam menjayakan Perhimpunan Agumg UMNO 2012 lalu. Dengan tema 1Malaysia Sehati Sejiwa, program tersebut bakal dihadiri oleh seluruh pengamal media termasuk agensi-agensi lain seperti pasukan keselamatan, perubatan dan pelbagai lagi. Malam Penghargaan Media tersebut merupakan acara khusus untuk para pengamal media serta pelbagai pihak lain yang terlibat menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu selain merapatkan lagi hubungan antara UMNO dan media. Beberapa anugerah akan diberikan kepada pengamal media seperti laporan berita terbaik, rencana terbaik, anugerah foto terbaik, penulis blog terbaik, berita video terbaik serta pelbagai anugerah lain. Turut diadakan acara cabutan bertuah serta pengumuman pemenang Media Hunt UMNO 2012 yang diadakan minggu lalu yang disertai 400 peserta daripada pelbagai agensi dan pengamal media. Para peserta yang menaiki 100 kenderaan itu dilepaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Dataran Putra Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum menghadapi cabaran berbentuk 'Explorace' ke Melaka selama dua hari. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pimpinan UMNO lain turut hadir bersama bagi menghargai peranan serta sumbangan pengamal media. -MediaUMNO |
Pas Kini Lebih Muliakan Pandangan DAP Dari Majlis Syura Ulama Mereka Sendiri Posted: 11 Jan 2013 02:56 AM PST PARIT , 11 Jan – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam, justeru itu agama-agama lain tidak berhak untuk menggunakan kalimah suci tersebut. Namun, pendapat Harun Taib sama sekali bertentangan dengan dua pemimpin dua pemimpin tertinggi Pas yang bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengeluarkan kenyataan menyokong akan permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah tersebut dalam Bible versi bahasa Melayu. Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, tindakan pemimpin Pas ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan parti tersebut telah jauh terpesong sehingga sanggup menggadaikan agama malah turut menolak pandangan ilmuan agama Pas yang tidak menyokong sama sekali kehendak Guang Eng. "Walaupun para ulama di dalam Pas telahpun bersuara dan Ketua Dewan Ulama Pas juga telah menyuarakan pendapat namun ianya sama sekali tidak diendahkan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz. Tindakan mereka ini benar-benar memalukan kita sebagai umat Islam. "Kalimah Allah adalah kata nama khas untuk orang Islam dan bangsa lain sama sekali tidak ada hak untuk menggunakannya. Tetapi sayangnya, kerana tamakkan kuasa mereka sanggup menggadaikan agama Islam. Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan Guan Eng hanyalah sandiwara politik untuk mendapat sokongan bangsa Kristian.," ujar Nizar. Tambah Nizar, apalah gunanya diwujudkan Majlis Syura di dalam parti Pas sekiranya pandangan dan pendapat mereka sedikitpun tidak digunapakai. "Adakah Dewan Ulama ini hanya topeng untuk mengaburi mata penyokong Pas. Sepatutnya Pas harus mendengar pandangan dewan ulama kerana mereka ini terdiri daripada orang yang tinggi ilmu agamanya," jelas Nizar lagi kepada UMNO-Online. Nik Aziz dan Hadi Awang sepatutnya malu dengan tindakan mereka menurut kata Guan Eng hanya kerana politik. Mereka harus sedar bahawa sikap mereka ini akan membawa kepada banyak keburukan bukan sahaja di kalangan ahli mereka malah kepada agama Islam itu sendiri. "Masa inilah orang Islam seharusnya bersatu dan menegakkan pendirian agar agama kita tidak diperkotak katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini bukan sebab politik tetapi kerana agama Islam itu sendiri… Maruah kita. Isu ini cabar maruah umat Islam," jelasnya lagi. -MediaUMNO |
Pembangkang Manipulasi Projek Rapid Pengerang Untuk Kepentingan Politik Posted: 11 Jan 2013 02:49 AM PST KUALA LUMPUR 11 Jan – Pemuda UMNO Pengerang melihat tindak tanduk pembangkang yang mempolitikkan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di kawasan berkenaan adalah untuk kepentingan politik semata-mata. Ketuanya Mohd Amin Hamidon berkata itu adalah 'trend' pembangkang dan ianya satu perkara yang biasa dan pihaknya percaya penduduk Pengerang tidak akan mudah terpengaruh dengan sebarang berita dan tohmahan yang dilemparkan. Menurut beliau pihak-pihak yang terlibat dengan projek tersebut tentunya melaksanakan dengan cukup teliti selain menerusi pelbagai peringkat perbincangan dan sebagainya demi kepentingan semua pihak. "Jika timbul sesuatu perkara tentunya pihak yang terbabit dengan pantas mengambil tindakan sepatutnya dan atas dasar itulah kita merasakan pembangkang tidak henti-henti merekacipta pelbagai perkara dalam usaha menimbulkan keresahan rakyat. "Kita percaya pembangkang akan berterusan mempolitikkan isu ini namun kita penuh yakin penduduk setempat tidak akan terpengaruh dengan segala dakyah yang ditimbulkan itu kerana projek tersebut adalah untuk manfaat dan kepentingan bersama," katanya kepada UMNO-Online. Amin seterusnya menambah pihaknya sendiri turut bersama dengan penduduk setempat dalam memastikan segala kepentingan dan kebajikan mereka terpelihara. "Kita menjadi mata dan telinga kepada mereka dan seterusnya menyalurkan kepada pihak yang berkenaan untuk memastikan projek Rapid ini benar-benar memberi faedah kepada semua pihak khususnya kalangan penduduk setempat. "Tentunya limpahan ekonomi akan berlaku daripada projek ini kelak. Apabila ini berlaku bukankah penduduk juga yang akan mendapat manfaatnya. Justeru sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar Projek Rapid tidak menghadapi sebarang masalah dan ianya dapat direalisasikan dengan jayanya," katanya. -MediaUMNO |
Kalimah Allah : Jati Cadang Anjur Himpunan Bantah Posted: 11 Jan 2013 01:05 AM PST SHAH ALAM, 11 Jan – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali berhasrat mengadakan satu perhimpunan secara besar-besaran di Stadium Melawati di sini bagi membantah penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam dalam tempoh dua minggu lagi. “Minta anda semua uar-uarkan mengenai perhimpunan ini kepada saudara-saudara kita. Kita berhimpun untuk mempertahankan martabat dan kesucian agama Islam,” katanya yang ditemui pemberita pada himpunan bantahan penggunaan kalimah Allah di Masjid Negeri di sini, Jumaat. Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang ditimbulkan kembali Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini, Hasan berkata beliau tidak nampak rasional kumpulan terbabit mahu menggunakan kalimah tersebut dalam kitab Bible. “Kita tidak pernah dicabar sehingga bukan Islam, khususnya orang Kristian yang mahu menggunakan kalimah ini dalam Bible bahasa Melayu. Sehingga hari ini, saya tidak nampak rasional dan objektif tujuan mereka,” katanya. Namun, beliau turut kecewa kerana terdapat sebahagian daripada umat Islam yang sudah meluluskan atau mengiktiraf bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Jelas beliau, sekiranya penggunaan kalimah Allah oleh golongan tersebut dibenarkan, maka ia akan memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan generasi Islam akan datang. |
RM106.6 Juta Diperuntuk Baik Pulih Jalan Persekutuan Rosak Akibat Banjir Posted: 11 Jan 2013 01:02 AM PST MARAN, 11 Jan – Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM106.6 juta dalam tempoh Oktober 2012 hingga 5 Jan lepas untuk membaik pulih dan menyelenggara jalan raya persekutuan yang rosak akibat banjir baru-baru ini. Menteri berkenaan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata ekoran banjir yang melanda baru-baru ini, kementerian menerima banyak laporan daripada Jabatan Kerja Raya negeri mengenai jalan raya rosak terutama di pantai timur. “Kementerian juga turut memohon kepada jemaah menteri agar meningkatkan jumlah peruntukan bagi membiayai kos membaik pulih jalan-jalan yang terjejas terutama di Terengganu,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja baik pulih jalan yang rosak akibat banjir di Jalan Kuantan-Maran, dekat Kampung Luit, di sini hari ini. Shaziman berkata kementerian juga menerima peruntukan sebanyak RM150 juta tahun ini untuk membaik pulih 184 saluran pembetung di jalan-jalan persekutuan di seluruh negara. “Kami akan tukar saluran baharu dan mana-mana saluran yang kecil kita akan besarkan terutama di kawasan yang berisiko menghadapi banjir kilat bagi mengelak risiko jalan rosak dan mendap,” katanya. Beliau berkata kerja-kerja baik pulih jalan raya persekutuan yang terjejas sedang giat dijalankan oleh pihak konsesi untuk memastikan aliran trafik di kawasan terlibat tidak terjejas. “Kami akan bagi tempoh kepada syarikat konsesi sehingga Mac ini untuk menyiapkan kerja-kerja baik pulih terutama di kawasan aliran trafik yang tinggi. “Ini bagi memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya di laluan berkenaan tidak terjejas,” katanya. Shaziman berkata kementerian juga bersedia untuk menaikkan aras jalan Jerangau-Jabor yang sering dinaiki air pada musim hujan. |
500 Penduduk Kampung Di Tawau Bakal Nikmati Kemudahan Elektrik Posted: 11 Jan 2013 12:59 AM PST TAWAU, 11 Jan – Kira-kira 500 penduduk Kampung Melati Baru di Burut dekat sini bakal menikmati kemudahan bekalan elektrik apabila projek penyambungan ke kawasan berkenaan siap dilaksanakan. Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dilaksanakan selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu ada penduduk luar bandar terpinggir daripada hasil pembangunan negara. “Kita sentiasa memerhati dan melawat kampung yang memerlukan bantuan selaras dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan rakyat luar Bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan," katanya selepas membuat tinjauan di kampung berkenaan di sini hari ini. Abdul Ghapur yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berkata selain bekalan elektrik, kerja menaik taraf jambatan di kampung berkenaan yang merupakan sumbangan peribadinya akan dimulakan esok demi keselesaan penduduk. Ketika melawat Sekolah Kebangsaan Melati, beliau turut menyumbang 100 buah kurusi manakala 30 buah lagi disumbang kepada Balai Polis Bombalai. Beliau meminta masyarakat di kawasannya terutama di luar bandar supaya menghubungi telefon bimbitnya yang tertera pada kain kain rentang dan papan tanda yang dipaparkan di merata-rata tempat di kawasan itu jika ingin mengemukakan masalah. |
Parents Taking Along Children To Rallies Face Prosecution Posted: 10 Jan 2013 10:34 PM PST KUALA LUMPUR, Jan 11 – Parents who take their children along to the gathering organised by the opposition tomorrow can be prosecuted under the Child Act 2001. The Director-General of the Social Welfare Department, Datuk Noraini Mohd Hashim said in a statement here today that parents or guardians were advised against involving children under their care in any activity that could be harmful such as participating in an illegal rally. She said that anyone bringing their children to such rallies could be charged under Subsection 31(1) of the Child Act 2001, which carried a fine of not more than RM20,000 or imprisonment of not more than 10 years, or both upon conviction. In this context, she hoped that parents or guardians would protect and not endanger the lives and security of their children. |
Sabah Speaker Calls For Immediate Stop To Debate Over The Use Of “Allah” Posted: 10 Jan 2013 10:31 PM PST KOTA BELUD, Jan 11 – State Legislative Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak today called for an immediate stop to debates over the use of “Allah” by non-Muslims, for fear that the prolonged open debate may give room to extremists in all religions to take advantage of the situation. In making the call, the former Chief Minister said the prevailing peace, unity and stability in the country should be maintained at all costs. “Don’t politicize it (the use of Allah) and score points. Keep sensitive issues aside. We must maintain harmony and respect each other. “In Sabah, we don’t have this problem and it should not be turned into a polemic. If any issue which is considerd to be sensitive arises, it must be debated in closed door and not openly in the media,” he said in his speech in conjunction with the presentation of a RM10,000 contribution from Kota Belud Foundation to Lok Yuk Kindergarden owned by Basel Church, here today. Salleh, who is the chairman of the foundation, said politicians must be careful in their comments in respect of the hotly debated issues which could cause hatred and mistrust. Later Salleh, who is also Sabah Umno deputy liaison chief, told reporters that the interests and welfare of the Chinese community in Sabah, were well taken care of under the Barisan Nasional (BN) government. Citing the government’s spending of about RM30 million to provide financial aid to Chinese schools and for the construction of temples in the state over the past few years, he said this reflected the BN’s earnestness in looking after the needs of the community. Salleh said apart from that, the Sabah government had given out about RM150 million in grants to non-Islamic religious bodies and schools including Chinese independent and mission schools since 2004. |
Apa Istimewanya Shamsidar Hingga Rakyat Diajak Untuk Berhimpun? Posted: 10 Jan 2013 08:29 PM PST HULU SELANGOR, 11 Jan – Tindakan pihak pembangkang menganjurkan Perhimpunan Shamsidar yang bakal dibuat 12 Januari ini, tidak mengejutkan malah yakin tindakan mereka ini sekadar mahu memperbodohkan rakyat Malaysia kerana perhimpunan ini jelas tidak membawa apa-apa makna dan pengertian dalam pembangunan masyarakat sebaliknya perhimpunan ini sekadar perjuangan peribadi sesetengah pihak yang berkepentingan. Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan ini, sebaliknya mempersoalkan kehebatan dan istimewanya Shamsidar Taharin yang merupakan isteri kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali. "Apa hebatnya Shamsidar, tidak ada apa-apa yang baik telah dilakukan oleh Shamsidar ini untuk rakyat Malaysia tetapi banyak gosip dan banyak perkara-perkara yang menjijikkan terhadapnya. “Adakah ini cara, budaya politik pakatan pembangkang untuk mengalih pandangan, mengalih isu dan pemikiran rakyat Malaysia untuk menutup segala kepincangan mereka selama ini. Tidak ada apa-apa yang mereka buat, jauh sekali kejayaan untuk pembangunan rakyat," ujarnya mengulas demonstrasi dan perhimpunan yang dirancangkan oleh pihak pakatan pembangkang, Sabtu ini di Kuala Lumpur. Tambahnya, memandangkan tidak ada pembangunan yang dibuat, maka wujudkan perhimpunan Shamsidar. “Hebat sangatkah Shamsidar ini. Apa latar belakangnya? Kita tahu pelbagai pihak termasuk sahabat-sahabat baik Anwar Ibrahim sendiri mengatakan pelbagai isu termasuk hubungan Anwar Ibrahim dengan Shamsidar sendiri. "Saya harap rakyat sedar perlukah seorang individu seperti 'Shamsidar' diberikan tumpuan dan perhatian, sedangkan Anwar Ibrahim sendiri yang didesak untuk membuat 'sumpah' di masjid pun dia tak mahu. Lebih baik kita menghabiskan masa bersama keluarga dari menyertai perhimpunan yang tidak ada apa-apa makna tersebut," tambahnya lagi. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment