UMNO Online - “Dr Mahathir Jawab Isu Syaitan, Bertaubat” plus 9 more |
- Dr Mahathir Jawab Isu Syaitan, Bertaubat
- Luas Habuan Untuk DAP Mampu Beri 1,000 Keluarga Di Kelantan Tanah
- BN Sentiasa Perjuang Kepentingan Rakyat – Shafie Apdal
- Krisis Air : Kerja Pemasangan Paip Pintasan Dijangka Siap Ahad
- Pembangkang Usah Jadi Pembohong, Himpun Sejuta Guna Stadium Merdeka
- Pas Jual Kalimah Allah Semata-mata Untuk Pancing Sokongan Politik
- Kalau Amanah Untuk Anak Yatim Pun Pas Khianati, Bagaimana Nak Pikul Amanah Rakyat?
- Keyakinan Rakyat Terhadap BN Makin Kukuh – UMNO Padang Serai
- Krisis Air Di Selangor Tidak Akan Selesai Dengan Hanya Cari Salah Orang Lain
- Penang Malay Congress Challenges DAP To Announce Malay Candidates
Dr Mahathir Jawab Isu Syaitan, Bertaubat Posted: 10 Jan 2013 05:07 AM PST Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris "Better the devil you know than the angel you don't". Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali". Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, "siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima". Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan. Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka. Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh. Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka. Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza. Kemudian Hj Hadi menokoktambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku. Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri. UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman. Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam. Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam. Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam. Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam.Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya. Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai. Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz. chedet.cc |
Luas Habuan Untuk DAP Mampu Beri 1,000 Keluarga Di Kelantan Tanah Posted: 10 Jan 2013 04:36 AM PST Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan Pas Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak. Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092. Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini. Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan. Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri. Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik. Kalau pun Pas begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin Pas Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya. Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.
Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya. Sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga. Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja. Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah. Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan Pas, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya Pas diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan. Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP. Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP? Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah. Jika beginilah gaya Pas memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang Pas jauh terperosok ke dalam longkang. Mr Beruang Biru |
BN Sentiasa Perjuang Kepentingan Rakyat – Shafie Apdal Posted: 10 Jan 2013 04:15 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap rakyat sedar dan tetap memilih Barisan Nasional pada pilihan raya nanti jika mereka menilai kebaikan yang dilakukan BN selama ini berbanding pembangkang yang hanya sibuk mengatur perhimpunan untuk mencemar nama baik negara. Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata kerajaan BN lebih berketerampilan membantu segenap lapisan masyarakat dan menyelesaikan masalah mereka. “(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak sendiri turun padang bantu nelayan, mangsa banjir, pemandu teksi dan golongan rakyat lain. Ini yang kita sentiasa lakukan iaitu mentadbir dan membela rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat dengan berdemonstrasi,” katanya selepas merasmikan Tabika Berkembar Taman Wilayah Selayang di sini hari ini. Terdahulu, pada majlis itu, Shafie berkata Tabika Berprestasi Tinggi akan diwujudkan dalam kalangan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tidak lama lagi dengan modul pengajaran dan pendidikan akan ditambah baik. Menurutnya ketika ini pelaksanaan dijalankan secara berperingkat dengan menitikberatkan soal bakat, kecenderungan akademik dan sukan yang ada pada kanak-kanak terlibat. Penambahbaikan dalam sistem pendidikan tabika itu diharap mampu membantu kanak-kanak untuk lebih bersedia menghadapi suasana pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah, katanya. |
Krisis Air : Kerja Pemasangan Paip Pintasan Dijangka Siap Ahad Posted: 10 Jan 2013 04:11 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Jan – Kerja pemasangan paip pintasan yang membolehkan air dibekalkan secara graviti dari Kolam Air Dusun Kubong ke Kolam Sedut AU3 Baru dan AU3 Lama dijangka siap Ahad ini. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) Datuk Teo Yen Hua berkata apabila kerja itu siap, air akan dibekalkan ke kedua-dua kolam sedut berkenaan tanpa melalui Rumah Pam Wangsa Maju. “Gangguan bekalan air di Lembah Klang disebabkan pengurangan kadar pengepaman air dari Rumah Pam Wangsa Maju sebanyak 30 juta liter sehari (JLH). “Pada masa ini, sistem pam Wangsa Maju beroperasi pada tahap yang dihadkan iaitu 180 JLH berbanding kadar pam sebelum ini iaitu 210 JLH bagi mengelakkan kerosakan berulang akibat lebih bebanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Beliau berkata air yang dipam sebanyak 30 JLH yang disalurkan kepada kedua-dua kolam sedut itu akan dialihkan ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air pada masa ini. Teo berkata Kolam AU3 Baru membekalkan air ke kawasan AU1 hingga AU5, Keramat, Kawasan Perindustrian Bebas (FTZ) dan kawasan sekitar dengan sejumlah 16,215 akaun. Kolam AU3 Lama pula membekalkan air ke kawasan Wangsa Melawati, Taman Permata, Taman Setapak Jaya dan kawasan sekitar dengan sejumlah 14,758 akaun, katanya. Pelaksanaan kerja pemasangan paip pintasan berkenaan yang bermula Selasa lepas, dicadangkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan telah dikaji dan dipersetujui Span untuk disiapkan dengan segera. Beliau berkata Span, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Jabatan Bekalan Air KETTHA, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) serta kerajaan Selangor sedang menyegerakan beberapa projek mitigasi yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. “Memandangkan rizab margin bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini adalah rendah, semua pengguna diminta berjimat dalam penggunaan air harian,” katanya. |
Pembangkang Usah Jadi Pembohong, Himpun Sejuta Guna Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 03:37 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat yang bakal diadakan oleh Pakatan Pembangkang pada 12hb Januari ini di Stadium Merdeka merupakan satu pembohongan besar terhadap rakyat di negara ini. Beliau berkata demikian kerana menurutnya, mustahil bagi Pakatan Pembangkang untuk menghimpunkan sejuta rakyat di dalam perhimpunan tersebut memandangkan Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan lebih kurang 30 ribu orang sahaja. "Mereka ini bagi saya pembohong besar. Satu Malaysia mereka canangkan bahawa perhimpunan ini akan dihadiri oleh sejuta rakyat, sedangkan mereka memilih stadium merdeka untuk perhimpunan tersebut yang hanya boleh muatkan 30 ribu orang sahaja. "Mengapa mereka tidak memilih stadium Nasional yang boleh memuatkan lebih dari 100 ribu orang? Saya cabar mereka untuk pilih Stadium Nasional untuk adakan perhimpunan ini. Kenapa mereka tak pilih stadium Nasional? "Ini disebab mereka sebenarnya tak yakin dapat mengumpul rakyat seramai 100 ribu orang untuk memenuhi stadium nasional itu, apatah lagi nak mengumpul sejuta rakyat," tegas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Barisan Nasional di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini. Sementara itu, Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan bahawa tsunami politik yang melanda pada PRU yang lepas sudah berakhir dengan dasar-dasar dan transformasi kerajaan yang diperkenalkan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Justeru itu menurutnya, berdasarkan laporan dan maklumat yang diperolehi, beliau menaruh keyakinan bahawa BN boleh mencapai kemenangan 2/3 majoriti di dalam PRU yang akan datang nanti. "Ini berdasarkan sifir kami di mana kita memerlukan lebih kurang 20 kerusi sahaja untuk BN mencapai kemenangan 2/3 dalam PRU akan datang. Kita juga sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang di mana kerusi parlimen atau DUN di kawasan tersebut akan kembali semula ke tangan BN. "Jadi berdasarkan perkara ini, kita yakin kemampuan BN untuk menawan kembali kerusi-kerusi yang sudah terlepas ke tangan pembangkang dan peluangnya cukup cerah. Sekiranya kita berjaya mengekal 140 kerusi yang dimenangi oleh BN sebelum ini, dan ditambah lagi dengan 20 lagi kerusi yang diyakini bakal ditawan semula, In shaa Allah BN akan berjaya mendapatkan 2/3 majoriti dalam PRU akan datang nanti," ujarnya. -MediaUMNO |
Pas Jual Kalimah Allah Semata-mata Untuk Pancing Sokongan Politik Posted: 10 Jan 2013 03:31 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Jan – Veteran UMNO Malaysia menyelar keputusan kepimpinan Pas yang membuat kenyataan bersama-sama pakatan pembangkang untuk menyetujui nama Allah digunakan oleh penganut bukan Islam di negara ini. Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakob melihat tindakan tersebut sebagai satu penghinaan secara langsung kepada kalimah Allah dan tidak menghormati kesucian agama Islam. "Keputusan kepimpinan Pas untuk menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Malaysia jelas membuktikan parti terbabit sanggup menggadai nama suci Allah demi untuk mencapai matlamat politik iaitu mahu memancing undi sejuta penganut Kristian di negara ini menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU). "Kalau dulu Pas memperalatkan Islam sehingga boleh menukar akidah orang Islam apabila dikatakan 'Pas itu Islam dan Islam itu Pas' serta menyatakan jika mengundi Pas maka akan masuk syurga, maka kali ini Pas lebih kurang ajar apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible." Beliau turut menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu dengan membenarkan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Malaysia akan memberi peluang kepada penganut Kristian memahami Islam. "Alangkah dangkalnya dan bodohnya dakwaan itu. Apakah cukup dengan mengenali kalimah Allah maka orang bukan Islam boleh memahami Islam? Berapa ramai penganut ugama lain yang boleh menyebut kalimah Allah tapi mereka tetap dengan agama mereka. "Pas telah jauh tersasar dari dasar perjuangan asalnya malah pemimpinnya sudah sesat dan menyesatkan. Oleh itu menolak Pas adalah satu jihad dan menjadi fardu kifayah bagi orang Islam di negara ini berlandaskan kepada apa yang telah mereka lakukan," katanya. Dalam hal ini beliau turut menyokong amaran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini yang menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus kepada orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut ugama lain. "Kita berharap amaran agar ini akan menjadi panduan kepada sesiapa saja yang cuba menghina kalimah suci itu." Sehubungan itu beliau menyeru penyokong Pas supaya dengan segera meninggalkan parti terbabit lantaran banyak yang dilaksanakan oleh mereka jauh menyimpang dari ajaran Islam dan mengelirukan masyarakat. – MediaUMNO |
Kalau Amanah Untuk Anak Yatim Pun Pas Khianati, Bagaimana Nak Pikul Amanah Rakyat? Posted: 10 Jan 2013 03:28 AM PST KUALA LUMPUR 10 Jan – Kemelut tabung memali yang kini dilihat menghatui kepimpinan Pas setelah didedahkan oleh ahlinya sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani menerusi bukunya Air Mata di Bumi Memali seharusnya menjadi panduan kepada rakyat untuk membuat pilihan yang sebenarnya pada pilihan raya umum kelak. Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh berkata bagaimanakah Pas mahu mengurus tadbir amanah rakyat dengan berkesan sedangkan amanah kepada nak yatim pun mereka khianati. Justeru beliau seterusnya menegaskan jika perkara itu pun tidak dapat diselesaikan dan terus menerus menjadi pertikaian, apakah rakyat sanggup menyerahkan kepada mereka yang terpalit dengan dakwaan sedemikian. "Apabila kita lihat tabung memali didedahkan satu persatu oleh ahli mereka sendiri, ini tentunya bukan lagi sesuatu yang tidak penting….Sebenarnya ini adalah amanah yang cukup besar. "Skandal ini sudah cukup dan menjadi bukti kepada rakyat untuk membuat pilihan yang terbaik. bak kata pepatah kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Jadi kepada rakyat, ini sudah cukup dan memadai untuk dijadikan penanda aras manakah yang layak diberikan kepercayaan," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau seterusnya percaya kemelut tabung memali akan terus berpanjangan sekiranya kepimpinan Pas tidak melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya. "Kita bukannya nak campur urusan hal dalaman mereka…Cuma sekadar ingin bercakap soal amanah. Bukankah menguruskan sumbangan derma tabung memali yang merupakan sumbangan orang ramai juga merupakan satu amanah. "Lagi pun Pas juga selalu bercakap soal amanah….dan juga seringkali kali mengritik kerajaan pimpinan BN dengan pelbagai dakwaan dan sebagainya. Takkan hanya nampak amanah pihak lain sahaja," ujarnya. -MediaUMNO
|
Keyakinan Rakyat Terhadap BN Makin Kukuh – UMNO Padang Serai Posted: 10 Jan 2013 03:13 AM PST KUALA LUMPUR 10 Jan – UMNO Padang Serai melihat keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) makin kukuh dan menjangkakan peristiwa pada 2008 yang lalu tidak akan berulang. Ketuanya Abdul Rahman Mahmud berkata keyakinan tersebut berdasarkan kepada kepercayaan penduduk setempat terhadap BN yang dilihat lebih serius dan komited dalam membantu membela nasib mereka. Menurut beliau pengalaman empat tahun lebih berada di bawah pemerintahan Pas, ianya telah dijadikan kayu ukur dan penanda aras oleh mereka berbanding dengan pemerintahan BN sebelum ini. "Rakyat sendiri boleh lihat dan nilai serta rasai sendiri.. Apakah segala janji yang ditabur sebelum pilihan raya umum 2008 yang lalu ditunaikan atau sebaliknya. Dan mereka juga boleh nilai sebelum dan sesudah pembangkang menjadi kerajaan. "Dengan kata lainnya, penduduk boleh tengok bagaimana retoriknya pembangkang yang hanya sekadar menabur janji semata-mata untuk kepentingan politik sahaja. Tidak lebih sekadar itu," katanya. Beliau seterusnya menambah dalam apa jua keadaan BN Padang Serai tetap melaksanakan tanggungjawab mereka. "Kita tidak janjikan apa-apa…yang kita laksanakan adalah khdimat untuk mereka. Dengan kata lainnya kita menjadi pemudah cara untuk rakyat mengadu masalah yang mereka hadapi," ujarnya. Dalam perkembangan lain beliau turut menegaskan pihaknya sedia untuk berdepan pilihan raya pada bila-bila masa. "Kita hanya tunggu pengumuman pembubaran parlimen sahaja. Kita bukannya bongkak tetapi itu adalah keyakinan kita untuk membantu parti mendapat kepercayaan rakyat pada pilihan raya umum kelak," katanya. -MediaUMNO |
Krisis Air Di Selangor Tidak Akan Selesai Dengan Hanya Cari Salah Orang Lain Posted: 10 Jan 2013 03:09 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Jan- Menuding jari dan meletakkan Syabas sebagai kambing hitam sebenarnya perlakuan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, bertujuan untuk menepis dan mengelak dari dipertangungjawabkan di atas krisis air yang sedang berlaku sekarang ini. Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata krisis air sudah lama dijangkakan oleh pakar-pakar air dalam negara yang telah melakukan ‘water demand study’ semenjak tahun 80an dan 90an lagi dan mengesyorkan beberapa langkah yang perlu kerajaan ambil bagi mengelakkan krisis ini daripada berlaku di Lembah Klang. Jelas beliau lagi antara syor yang dikemukakan ialah menambah sumber air seperti projek Langat2, Projek Mitigasi 1 dan 2, NRW dan lain-lain kerja penyelerenggaan. Semua kerja-kerja ini tegasnya memerlukan CAPEX (bantuan modal) yang besar dalam bentuk pinjaman luar dan dari kerajaam pusat. “Apabila kerajaan pakatan DAP, PKR dan Pas mengambil alih kerajaan Selangor pada tahun 2008 dan mencadangkan penstrukturan semula industri air di negeri Selangor, telah mengakibatkan pembekuan projek-projek CAPEX ini termasuk projek NRW semenjak Julai 2008 yang mana kerja penukaran atau penyelenggaraan pam air agihan Syabas adalah juga termasuk di dalam kos-kos CAPEX. “Akibatnya kekangan kewangan telah berlaku disebabkan kegagalan mendapatkan sumber kewangan daripada kemudahan-kemudahan kewangan yang telah diatur sebelum ini dan juga sumber kewangan baru disebabkan tindakan pembekuan ini,” ujarnya selepas majlis penyerahan tong-tong air kepada penduduk Flat Pandan Jaya di sini, hari ini. Tambahnya, semua permasalahan dan krisis ini telah dijangkakan akan berlaku tetapi telah dihalang oleh kerajaan pakatan Selangor dengan pembekuan CAPEX atas asas ‘Mala Fide’ untuk menghalang penyelewengan, projek kroni dan lain-lain kononnya. "Dalam masa yang sama, mereka (kerajaan negeri) mencadangkan penstrukturan semula industri air yang mana cadangan itu hanya tinggal cadangan yang tidak praktikal, tanpa merujuk kepada pakar-pakar air sebenar dan cadangan penstrukturan semula hanya berasaskan keputusan politik semata-mata. “Lembah Klang merupakan kawasan yang mempunyai pertumbuhan penduduk dan pembangunan yang tinggi dan cepat peningkatannya dan semua ini telah dijangkakan. Maka perancangan dan unjuran permintaan air bagi memenuhi kehendak-kehendak ini telah diatur dan dilakukan," ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia. Namun katanya amat malang sekali akhirnya rakyat telah menjadi mangsa politik kerajaan Pakatan Selangor tanpa memikirkan akibat dan apabila berlaku krisis sebegini, dengan mudah mereka menuding jari menyalahkan orang lain. "Bagi menghadapi krisis bekalan air, kita difahamkan keupayaan Syabas adalah terhad kepada kemudahan yang sedia ada. Dianggarkan Syabas hanya boleh memberi perkhidmatan kepada lebih kurang 10,000 akaun dalam sesuatu keadaan gangguan bekalan air. “Kerajaan negeri perlu bersedia dengan pelan tindakannya bagi menangani krisis air apabila bilangan pengguna terlibat melebihi kapasiti Syabas, bukan hanya berpolitik sepanjang masa dan menuduh orang lain di atas kesalahan dan kesilapannya dari awal," tambahnya lagi. -MediaUMNO |
Penang Malay Congress Challenges DAP To Announce Malay Candidates Posted: 10 Jan 2013 02:43 AM PST GEORGE TOWN, Jan 10 - Penang Malay Congress president Rahmad Isahak today challenged the DAP to announce the Malay candidates who will represent the party in the coming 13th General Election. He said the challenge was not meant to benefit any particular party but aimed more at ascertaining the fate of Malay members in the party should the opposition coalition get another mandate for the state. “We seriously urge DAP to announce the Malay candidates for the 13th General Election. The position of Malay individuals in the Central Executive Committee (CEC) is no longer important as they’re not able to regain the people’s confidence. “Therefore, we urge DAP to allocate at least one parliamentary and three state assembly seats to the Malays,” he told a press conference, here today. “Although, there was a statement committed to having Malay candidates for the next general election, we fear it’s just for the sake of appearances. This would anger the Malay community,” he added. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment