SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, January 7, 2013

UMNO Online - “Aksi ‘Paintbal’ Peserta Media Hunt UMNO 2013 Curi Perhatian” plus 9 more

UMNO Online - “Aksi ‘Paintbal’ Peserta Media Hunt UMNO 2013 Curi Perhatian” plus 9 more

Link to UMNO Online

Aksi ‘Paintbal’ Peserta Media Hunt UMNO 2013 Curi Perhatian

Posted: 06 Jan 2013 06:10 AM PST

Masjid Tanah, 6 Jan – Pelbagai aksi dan gaya ditunjukkan oleh peserta Media Hunt UMNO 2013 pada sesi Paintball yang merupakan sebahagian acara yang perlu ditempuh oleh para peserta berkenaan dalam perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah, semalam.

Suasana meriah dengan sorakan dan pelbagai aksi yang menggambarkan kepuasan para peserta untuk berdepan situasi berkenaan yang mana mereka perlu menembak sasaran dalam usaha mendapatkan markah terkumpul berkumpulan.

Turut mencuit hati pelawak tanah air, Abon turut menghiburkan para peserta dengan pelbagai celoteh dan lawak jenaka yang bersahaja serta cukup santai di perkarangan rumah Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Timbalan Ketua UMNO Masjid Tanah, Kapt (B) Datuk Karim Sulaiman dalam ucapannya sejurus ketibaan para peserta melihat program berkenaan cukup baik untuk mengeratkan hubungan antara UMNO dan juga pengamal media.

Malah beliau turut mengalu-alukan ketibaan peserta Media Hunt UMNO 2012 ke negeri berkenaan yang sekaligus dapat memperomosikan lagi Melaka Bandaraya Bersejarah.

Turut diadakan majlis penyerahan kerusi roda kepada mereka yang tidak berkemampuan oleh Timbalan Ketua UMNO Masjid Tanah, Kapt (B) Datuk Karim Sulaiman.

Pada sebelah pagi, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan melepaskan para peserta di Dataran Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum menghadapi cabaran berbentuk ‘explorace’ ke Melaka selama dua hari.

Seramai 400 peserta daripada pelbagai pertubuhan media menyertai program ‘Media Hunt Umno 2013′ sebagai menghargai peranan media dalam membuat liputan perhimpunan agung UMNO 2012.

Antara penyertaan paling ramai ialah dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan 84 peserta, diikuti Radio televisyen Malaysia (RTM) dengan 52 peserta.

Menurut Ahmad Maslan program tersebut merupakan usaha UMNO untuk merapatkan lagi hubungan dengan media tempatan terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita sebelum melepaskan peserta.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 12 Jan di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Malam Penghargaan Media.

Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Bantah Pembalakan, Amanat Haji Hadi

Posted: 06 Jan 2013 05:46 AM PST

ALOR SETAR, 6 Jan — Permuafakatan Komuniti 1Malaysia negeri Kedah hari ini membantah keras aktiviti pembalakan berhampiran Tasik Pedu, selain turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengeluarkan amanat yang menyesatkan umat Islam.

Pengerusinya Datuk Ismail Arshad berkata pembalakan hutan dara Pedu yang dipelihara sebagai kawasan tadahan air melanggar syarat perjanjian yang ditetapkan Bank Dunia bagi meluluskan pinjaman kepada kerajaan Malaysia membina Empangan Pedu pada 1969.

Beliau berkata Bank Dunia juga menetapkan syarat tanah di kawasan tadahan tidak boleh diubah dan hutan tidak boleh diteroka bagi menjamin penerimaan hujan secukupnya.

“Saya mewakili 93,000 anggota Permuafakatan Komuniti 1Malaysia seluruh negeri Kedah sangat dukacita dan kesal dengan kerajaan negeri kerana sanggup bubuh pasir dalam periuk nasi petani.

“Air Tasik Pedu untuk kegunaan domestik, industri dan tanaman padi akan terjejas apabila kawasan pembalakan menerima hujan berkurangan akibat kepanasan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa permuafakatan itu di sini.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan lebih 400 hektar hutan mengandungi balak berhampiran Tasik Pedu diteroka untuk dijadikan ladang buah-buahan tropika manakala hampir 1,000 hektar di Gunung Inas, Baling akan dijadikan ladang rakyat.

Mengenai Amanat Haji Hadi, Ismail berkata ia sebenarnya bukan amanat kerana amanat adalah ‘pesan berpesan atas perkara yang benar dan hak’ dan sebaliknya Amanat Haji Hadi adalah penipuan dan pembohongan yang cukup jelas.

Selain itu, katanya penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula sengaja bertujuan agar umat Islam terus bertelagah.

Zahid Mahu ROS Siasat Pemilihan CEC DAP

Posted: 06 Jan 2013 05:41 AM PST

BAGAN DATOH, 6 Jan  – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata hanya ROS yang boleh menyiasat perkara itu.

“Dan jika didapati ketelusan tidak ada maka mungkin ROS boleh mengeluarkan kenyataan terhadap hasil siasatan itu.

“Itu terpulang kepada ROS untuk mengharamkan DAP atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan 1 Ihsan Samudera Bagan Datoh kepada 876 nelayan, di sini, hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Dis tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Ahmad Zahid mendakwa alasan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam pengiraan undi itu adalah bagi membolehkan mereka meletakkan Zairil sebagai wakil Melayu dalam CEC.

“Maka mereka menyusun strategi yang kononnya kiraan undi itu salah selepas  tiga minggu (pemilihan). Ini memperlihatkan mereka tidak telus.

“Tetapi kalau pengundian itu dibuat selepas sehari atau dua (hari) mungkin munasabah tetapi apabila media memberikan komen maka mereka cuba untuk mengelirukan keadaan kononnya mengira semula undi,” katanya.

Tsunami Politik Sudah Berakhir- Ahmad Maslan

Posted: 06 Jan 2013 05:37 AM PST

TELUK INTAN, 6 Jan — Tsunami politik di negara ini sudah berakhir apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai perubahan demi membela rakyat tanpa mengira kaum.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata punca tsunami politik berakhir berdasarkan 10 perkara yang dilakukan Najib antaranya program janji ditepati, transformasi, keadilan  kepada semua dan hebat di pentas dunia.

“Datuk Najib ini memang telah menghentikan tsunami politik…pada 2008 kita khuatir ada tsunami politik, tetapi 2013 saya yakin ia sudah lama berhenti sejak empat tahun,” katanya kepada pemberita selepas program Sepagi Bersama Rakyat di Perumahan Awam Karentina, Batak Rabit, di sini, hari ini.

Katanya pencapaian yang dilakukan Najib sepanjang menjadi Perdana Menteri selama tiga tahun lapan bulan itu sangat baik kerana ia memberi semangat dan keyakinan baharu dalam menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Justeru, beliau yakin BN boleh menang pada PRU-13 termasuk di kawasan Teluk Intan apabila rakyat tidak mengira kaum mula yakin dengan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Keyakinan saya bukan berdasar kepada teori tetapi program turun padang. Saya dah buat banyak program turun padang, saya melihat bagaimana rakyat suka pada kita, rakyat datang ke program dan dengar penjelasan kita, semua ini menunjukkan tsunami politik sudah berhenti,” katanya.

Katanya kaum Cina dan India sudah kembali menyokong BN manakala sokongan  masyarakat Melayu dilihat semakin bertambah.

Sementara itu, mengenai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diminta menarik balik amanatnya, Ahmad berpendapat bahawa Presiden Pas itu tidak akan menarik balik amanat mengkafirkan Umno kerana itu menjadi perjuangan Pas yang suka mengkafirkan orang Umno.

“Pada saya ia satu kesilapan yang amat besar tidak ditarik balik amanat itu jikalau beliau (Hadi Awang) rela melihat umat Islam berpecah,” katanya.

Beliau berkata Presiden Pas itu tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan itu salah.

“Kalau Hadi Awang mementingkan perpaduan umat Islam, dia perlu tarik balik tetapi kalau mementingkan kepentingan politik hanya kerana kerusi, itu satu keputusan tidak wajar,” katanya.

Peningkatan Beberapa Indeks Malaysia Bergantung Kepada Kestabilan Politik Dan Ekonomi – Awang Adek

Posted: 05 Jan 2013 11:38 PM PST

BACHOK, 6 Jan — Peningkatan atau pengekalan beberapa indeks di Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang dicapai tahun lepas untuk tempoh tahun ini, faktor utamanya bergantung kepada kestabilan politik dan ekonomi dalam negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, keputusan pilihan raya umum ke-13 akan datang, akan menentukan kedudukan itu sama ada menurun atau semakin meningkat.

“Jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat yang lebih besar, saya yakin kedudukan indeks berkenaan semakin bertambah baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek berkata sebagai mengulas laporan indeks antarabangsa antaranya World Peace Index yang beribu pejabat di Australia menyebut beberapa bidang indeks Malaysia semakin meningkat dari 2007 sehingga 2012.

Katanya, ini termasuk keyakinan pelabur asing dari tangga ke-16 pada tahun 2007 kepada tangga ke-10 pada 2012, mudah niaga dari tangga ke-25 pada 2007 kepada tangga ke-18 pada 2012, daya saing dari tangga ke-19 pada 2007 kepada tangga ke-14 pada 2012 dan keamanan dunia dari tangga ke-37 pada 2007 kepada tangga ke-12 pada tahun lepas.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, kejayaan itu didorong oleh antara lain transformasi ekonomi dan politik yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berasaskan perkembangan itu, beliau meminta rakyat supaya jangan mudah terpengaruh dengan kempen-kempen parti pembangkang untuk mengubah pucuk pimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesannya tidak sebagaimana yang didakwa.

Katanya, banyak negara yang berlaku perubahan politik, seperti Jepun, India, Korea dan Taiwan kini kembali kepada parti asal mereka apabila parti baru yang dipilih tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan.

Awang berkata, sebarang perubahan politik terhadap sesebuah negara boleh menimbulkan masalah keyakinan pelabur dan sekaligus menjejaskan pertumbuhan ekonomi manakala rakyat pula terpaksa menanggung risikonya yang lebih buruk.

Don’t Gamble Fate By Giving Opposition The Mandate In Penang – Zainal Abidin

Posted: 05 Jan 2013 11:35 PM PST

GEORGE TOWN, Jan 6 — The people of Penang should not gamble their fate by giving the opposition the mandate once again to administer Penang said State Umno Liaison chairman Datuk Zainal Abidin  Osman.

He said throughout the five years in power, the DAP-led government was still repulsive against the Federal government, finding fault at every opportunity and programmes initiated.

“They (Opposition) have only been involved in opposing and have little or no experience in administration and gives less priority to aspects of organisation.  If we give them the mandate for another term, it will be chaotic,” he told reporters after giving out Diploma to students at Island College of Technology (ICT) during its 12th Convocation here today.

During the Convocation, 80 ICT students received their Diploma.

Meanwhile, Amirah Syakila Sahaik Muhammad, 23, was crowned as the best student after achieving an accumulated Grade Point Average of 3.81.

Apart from the Convocation, a Memorandum of Understanding was also signed between ICT, Universiti Sains Malaysia, Asia e University (AeU) and JKP Sdn Bhd’s Mutiara.com Sdn Bhd.

Rujuk Keputusan Majlis Fatwa Berhubung isu Amanat Hadi- Jamil Khir

Posted: 05 Jan 2013 11:31 PM PST

GURUN, 6 Jan — Masyarakat Islam di negara ini perlu merujuk kembali keputusan Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 (yang diperbaharui pada 2002) berhubung isu amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Dis tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

“Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM26,000 kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), sekolah dan masyarakat kawasan Gurun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Puntar dekat sini hari ini.

Jamil Khir berkata ketaksuban sebilangan masyarakat terhadap amanat itu akan memberi implikasi yang amat besar, malah hujah-hujah politik yang diseret ke dalam agama akhirnya hanya membawa perpecahan dalam masyarakat.

“Media turut memaparkan kes penceraian yang berlaku (disebabkan ketaksuban terhadap amanat itu), ia bukan sekadar cakap tetapi ada fakta, malah sampai sekarang masih berlaku, tahun lepas di Kelantan.

“Ada yang tidak sembahyang jenazah (disebabkan perbezaan politik), tidak makan kenduri, ada berlaku akad nikah dua kali, malah ada masjid mempunyai dua imam dalam satu masa,” katanya.

Beliau berkata hal seperti itu berlaku mungkin atas kefahaman terhadap apa yang disebut sebagai amanat tetapi beliau yakin, masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran.

“Nasihat saya, kita berpegang kembali kepada apa yang dipesan mufti, khususnya dalam muzakarah khas itu, termasuk muzakarah di negeri Kelantan dan Melaka,” katanya.

Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah SJKT Ladang Harvard Bahagian 2, SJKT Ladang Harvard Bahagian 1, SJKT Ladang Sungai Puntar, SJKT Ladang Sungai Bongkok dengan masing-masing menerima sumbangan RM3,000, manakala kelas tadika SJKT Ladang Sungai Puntar pula menerima sumbangan RM2,000.

Turut menerima sumbangan, PIBG SJKT Ladang Sungai Bongkok (RM4,000), Persatuan Kebajikan Kemajuan Kaum India Kawasan Gurun (RM3,000) dan Barisan Badan Kemajuan India SeMalaysia (RM5,000).

BN Perlu Kerajaan Kuat Untuk Tadbir Negara Lebih Cemerlang- Shafie Afdal

Posted: 05 Jan 2013 11:23 PM PST

SEMPORNA, 6 Jan — Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Barisan Nasional (BN) memerlukan kerajaan yang kuat selepas pilihan raya umum ke-13 bagi membolehkan ia mentadbir negara dengan lebih cemerlang.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  berkata dengan adanya kerajaan yang kuat, BN boleh merangka dan melaksanakan dasar ekonomi, pendidikan dan sosial yang kukuh yang mampu membawa Malaysia dan rakyat ke mercu kejayaan termasuk di peringkat antarabangsa.

“Saya menekankan tentang betapa pentingnya BN mempunyai kerajaan yang kuat. Bila kerajaan kuat, kerajaan boleh merancang sesuatu untuk kebaikan khususnya dalam konteks pentadbiran dan ekonomi negara. Kalau ekonomi negara kuat, yang mendapat faedah ialah rakyat,” katanya.

Beliau yang Anggota Parlimen Semporna berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan dua buah van yang masing-masing bernilai RM100,000 yang merupakan sumbangan peribadi beliau kepada Pejabat Pelajaran Semporna untuk kegunaan sekolah dan pelajar di daerah ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah Kemas Datuk Hassan Md Amin dan Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohd Zuki Mohamad Shafie yang turut menyerahkan beg sekolah kepada kira-kira 600 pelajar.

Mohd Shafie berkata rakyat Malaysia perlu belajar dari beberapa kerajaan negara maju yang berhadapan dengan masalah untuk memulih kelembapan ekonomi yang melanda negara mereka, sehingga menimbulkan banyak masalah lain seperti pengangguran kerana sukar mendapat kelulusan Parlimen atau Kongres negara masing-masing.

Petani Terlibat Banjir Akan Diberi Wang Ehsan

Posted: 05 Jan 2013 10:30 PM PST

JITRA, 6 Jan — Kerajaan persekutuan akan memberi bantuan wang ehsan kepada petani yang mengalami kerugian akibat banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata wang ehsan itu akan diberi secepat mungkin selepas bancian selesai.

“Agensi-agensi berkaitan di bawah kementerian telah mula membuat bancian terhadap petani dan nelayan bagi mengenalpasti dan mempastikan hanya mereka yang mengalami kerugian diberi wang ehsan.

“Wang ehsan ini diberi berdasarkan nilaian kerugian mengikut kadar yang ditetapkan kementerian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sumbangan kepada pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 anak-anak anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.

Mohd Johari yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu turut menyumbangkan RM5,000 kepada Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (Perkep) Kubang Pasu untuk menjalankan aktiviti mereka.

Sementara itu, beliau berkata petani di kawasan Pendang yang mengalami kerugian akibat banjir baru-baru ini dijangka menerima wang ehsan dari kerajaan persekutuan dalam masa terdekat.

Banjir Di Kelantan Semakin Pulih

Posted: 05 Jan 2013 08:49 PM PST

KOTA BAHARU, 6 Jan  – Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya 16 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh pagi ini, berbanding 22 orang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pejabat Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh berkata 16 orang daripada empat keluarga itu dari Kampung Gong Keding, ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

“Mereka dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini berikutan banjir di kawasan kampung mereka kini semakin surut,” katanya.

Cuaca kini dilaporkan cerah.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT