SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, January 28, 2013

UMNO Online - “DPM Arrives In Sarawak For Three-Day Working Visit” plus 9 more

UMNO Online - “DPM Arrives In Sarawak For Three-Day Working Visit” plus 9 more

Link to UMNO Online

DPM Arrives In Sarawak For Three-Day Working Visit

Posted: 27 Jan 2013 06:15 AM PST

KUCHING, Jan 27 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin tonight attended a dinner and briefing with Sarawak Barisan Nasional (BN) component party leaders on preparations for the 13th general election upon his arrival here for a three-day working visit to the state.

Muhyiddin, who is also Umno deputy president and BN deputy chairman, also held a closed-door meeting with the state BN leaders at the Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) headquarters in Jalan Bako, here.

Also present were Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who is also the state BN chairman and PBB president, Sarawak United People’s Party (SUPP) president Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Sarawak Progressive Democratic Party president (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom and Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Tan Sri Dr James Masing.

Umno information chief Datuk Ahmad Maslan also attended the meeting.

In Sarawak, the coming general election will only involve its 31 parliamentary seats and not the state seats as the state election was held on April 16, 2011 where BN won 29 seats, with PBB holding 14 of the seats, SUPP (five), SPDP (four) and PRS (six). The opposition has only two seats, Bandar Kuching and Sibu, through DAP.

Tomorrow, Muhyiddin will visit the family members of the late national warrior, Datuk Temenggong Kanang Langkau in Kampung Sungai Apong Baru, here, before attending a gathering with the villagers at the village community hall.

He is scheduled to then officially open a business square, Medan Niaga Satok, in Jalan Matang, Petra Jaya, a project by the federal government costing RM46.6 million and now administered by Fama.

The deputy prime minister will also be meeting federal and state civil servants at a hotel, here, before attending a casual gathering with youths at the Kuching Integrated Recreation Centre.

At night, Muhyiddin will attend the 1Malaysia people’s gathering at Siniawan old town in Bau, near here.

On Tuesday, Muhyiddin will have a walkabout and breakfast with local Chinese business and community leaders at RH Plaza, Jalan Stutong, here, before going to Sibu for a leader-meets-people session at Dewan Suarah, Sarikei.

Muhyiddin, who is also Education Minister, will attend a 1Malaysia Young Teachers’ gathering at SMK Sacred Heart in Sibu before returning to Kuala Lumpur the same evening.

Malaysia Terus Berdiri Teguh Bersama Perjuangan Rakyat Palestin

Posted: 27 Jan 2013 06:10 AM PST

SEPANG, 27 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa rakyat di negara ini akan terus bersama-sama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mengembalikan keamanan dan hak asasi rakyat di negara tersebut yang telah dicabul oleh Israel sejak sekian lama.

Menurut Najib, isu penindasan rakyat di Palestin bukanlah hanya isu umat Islam semata-mata, tetapi merupakan isu kemanusiaan yang perlu diambil berat oleh semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa.

"Saya ambil keputusan untuk pergi ke Gaza kerana saya tahu, isu rakyat Palestin ini amat dekat dengan rakyat di Malaysia. Selama ini kita sudah menghulurkan pelbagai bantuan derma dan sebagainya, namun kita belum lagi pergi ke sana atas nama kerajaan Malaysia,atas nama rakyat Malaysia, atas nama Barisan Nasional (BN).

"Maka saya mengambil keputusan untuk ke sana kerana selain daripada saya mahu menyampaikan pendirian rakyat Malaysia kepada mereka, disamping saya sendiri mahu melihat bagaimana keadaan di bumi Gaza Palestin dengan mata sendiri," tegasnya di hadapan lebih 10,000 rakyat yang berhimpun menyambut kepulangan beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA hari ini.

Menurut Najib, pengalaman selama berada di Gaza biarpun hanya dibenarkan melawat selama enam jam, namun beliau dapat menyelami perasaan dan harapan rakyat Palestin yang sedang menderita akibat konflik peperangan dengan Israel.

"Selama enam jam itu, saya bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh membawa saya melawat bertemu dengan rakyat Palestin. Saya telah melihat gambar kanak-kanak yang mati dalam keadaan menyayat hati. Paling menyedihkan mereka telah diserang akhir tahun sudah secara bertubi-tubi dengan senjata yang begitu canggih yang menyebabkan kerosakan dan kematian yang begitu dahsyat sekali.

"Isteri saya telah melawat hospital yang menempatkan ramai kanak-kanak tidak berdosa menderita sakit leukimia akibat kesan uranium kesan dari serangan Israel. Saya juga melihat bagaimana melihat rumah-rumah, bangunan dan masjid yang hancur dan ranap akibat diserang oleh Israel," tegas beliau.

Tambahnya lagi, apa yang kerajaan dan rakyat di negara ini tekankan ialah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi mereka, kedaulatan dan keselamatan yang terjamin dan rakyat Palestin tidak akan keseorangan dalam perjuangan mereka untuk hak mereka.

Jelasnya, isu Palestin bukan saja isu umat Islam saja, tetapi ia adalah isu hak asasi kemanusiaan yang tidak mengira agama dan bangsa. Sebab itu hari ini, beliau dapat melihat  bukan sahaja orang Islam, tetapi rakan-rakan bukan Islam turut berhimpun menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

"Ini kelebihan rakyat Malaysia. Kita berjuang atas prinsip. Kita berjuang untuk mencapai sesuatu yang hak kepada mereka yang sepatutnya menerima hak tersebut. Sebab itulah saya katakan, lawatan saya ke Palestin mesti disifatkan sebagai lawatan kemanusian dan bukannya untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman mereka.

"Selain dari mesej kemanusian, saya nyatakan kepada kepimpinan Palestin, bahawa mereka mesti bersatu antara Fatah dan Hamas kerana jika tidak, mereka tidak akan punyai masa depan.Saya beritahu pada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh bahawa perpaduan antara Fatah dan Hamas mesti dilakukan.

"Tetapi jika mereka tidak bersatu, segala-galanya akan berakhir dengan kehampaan. Ingatlah bahawa perpaduan itu amat penting dan merupakan tunjang pada segalanya. Dan ini juga merupakan satu perkara yang boleh kita ambil sebagai pengajaran untuk kita sebagai rakyat Malaysia bahawa perpaduan itu merupakan tonggak kepada segalanya," ujarnya. -MediaUMNO

Sokong Pemimpin Dan Kerajaan Yang Berjasa, Kata Shafie

Posted: 27 Jan 2013 01:36 AM PST

SEMPORNA, 27 Jan – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat menilai jasa pemimpin dan kerajaan berdasarkan kerja mereka bukan kerana pandai berceramah.

Menurut Mohd Shafie kelebihan “pandai bercakap” semata-mata tidak akan membantu membangunkan negara, apatah lagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

“Kita tidak boleh menilai kebaikan dan keburukan itu hanya melalui ceramah, atau pidato dan ucapan semata-mata. Kita harus buat perbandingan mana yang baik untuk kita, mana yang membangun negara ini, mana yang tolong kita. Kita harus memberi sokongan kepada pihak yang membantu kita.

“(Bukan) Yang hanya pandai berucap, bercakap dan berpidato dan langsung tidak membantu rakyat. Nak tolong bagaimana? (Mereka) dari pagi sampai petang berceramah. Tetapi kerajaan beri bantuan sekolah, nelayan petani untuk pastikan semua golongan ini terbela,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan elaun sara hidup kepada 850 nelayan dan bantuan Yayasan Nelayan Malaysia (Yanem) kepada 30 anak nelayan.

Katanya sumbangan kerajaan yang diteraju Barisan Nasional (BN) kepada rakyat termasuk golongan petani dan nelayan cukup banyak, sehingga ramai anak-anak golongan itu berjaya dalam pelajaran dan bekerja dalam bidang profesional.

Mengulas perkara lain, Mohd Shafie menyarankan agar penglibatan golongan muda dalam sambutan Maulidur Rasul dipertingkat bagi mendidik mereka menghayati sikap mulia Rasulullah S.A.W.

Terdahulu pada sebelah pagi, beliau bersama Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di sini.

Enam Juta Permohonan BR1M Telah Diproses – Ahmad Husni

Posted: 27 Jan 2013 01:34 AM PST

IPOH, 27 Jan – Sebanyak enam juta daripada 7.3 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4.1 juta adalah penerima BR1M tahun lepas manakala sebanyak 3.2 juta adalah permohonan baharu.

“Sebanyak enam juta permohonan telah diproses LHDN manakala sebanyak 1.3 juta permohonan masih diproses,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Kampung Tersusun, Batu 6, Tambun, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun hanya pemohon yang mendaftar pada atau sebelum 31 Dis lepas akan menerima bayaran pada Februari ini manakala mereka yang mendaftar selepas tarikh berkenaan akan dibayar pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Ahmad Husni berkata seperti tahun lepas, pembayaran akan dibuat melalui pemberian baucar pada majlis yang akan diadakan di kawasan masing-masing.

“Kita ada bank bergerak pada setiap majlis itu, tahun lalu kita ada Bank Simpanan Nasional, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Bank. Tahun ini kita tambah lagi satu bank iaitu Public Bank,” katanya.

Beliau menjelaskan pemberian BR1M bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima bantuan itu, sebaliknya ia turut memberi kesan ekonomi yang positif kepada penduduk setempat.

“Ia memberi kesan kepada ekonomi negara terutama di kawasan pemberian BR1M dilaksanakan di mana mereka yang menerima BR1M akan berbelanja di kawasan masing-masing dan dengan itu ia akan meningkatkan penggunaan secara menyeluruh di seluruh negara,” katanya.

Pembayaran BR1M tahun ini dijangka melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Tahun lepas, 4.1 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Sikap Toleransi Mampu Bawa Kemajuan Kepada Masyarakat – Musa

Posted: 27 Jan 2013 01:30 AM PST

SANDAKAN, 27 Jan – Amalan perpaduan dan sikap toleransi dalam kalangan etnik berbilang bangsa, budaya dan agama mampu membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata sikap saling membantu, bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain perlu diteruskan bagi memastikan negeri itu terus mencapai kemajuan.

“Tanpa kekecohan dan perbalahan antara kaum akan memudahkan masyarakat terus berusaha memajukan diri melalui pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada 700 warga emas, di sini, hari ini.

Musa berkata rakyat perlu bijak merebut pelbagai peluang ekonomi dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi menjana pendapatan rakyat.

Pada majlis sama, Musa melancarkan Bantuan Lesen 1Malaysia bagi kawasan Parlimen Libaran.

Keikhlasan BN Tambat Hati Komuniti Cina Lembah Pantai – Raja Nong Chik

Posted: 27 Jan 2013 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Sokongan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Lembah Pantai terhadap kerajaan semakin meningkat berikutan keikhlasan Barisan Nasional (BN) menjaga kebajikan masyarakat itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata perubahan sentimen politik masyarakat Cina itu kerana mereka menyedari usaha gigih BN memastikan kebajikan kaum itu terbela dalam pelbagai aspek.

Keyakinan itu juga berdasarkan respons positif masyarakat setempat yang mahukan pemimpin turun padang dan mendengar suara mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ambang Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik, yang juga Pengerusi Penyelaras BN Lembah Pantai, menyampaikan sumbangan ‘angpau’ dan hamper makanan bernilai RM90,000 kepada 900 penduduk Cina Lembah Pantai yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.

Sementara itu, seorang wanita OKU, Ooi Ah Nya, 72, berkata beliau gembira dengan sumbangan RM100 dan hamper yang disifatkannya dapat membantu meringankan beban untuk menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Feb ini.

“Sangat terima kasih pada kerajaan, tiap-tiap tahun terima sumbangan macam ini, boleh beli barang untuk sambut raya Cina,” katanya.

Turut berkongsi kegembiraan, seorang lelaki warga emas, Loke Sang Kew, 75, berkata sumbangan itu amat bererti dalam membantu penduduk miskin sepertinya membuat persiapan meraikan Tahun Baru Cina.

“Kita orang miskin dan kerajaan banyak tolong kita, terima kasih, kami sangat gembira,” katanya.

Semua Projek KKLW Dipantau Rapi, Kata Shafie

Posted: 27 Jan 2013 01:26 AM PST

SEMPORNA, 27 Jan – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap projek di bawah kementerian itu dipantau rapi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan seperti dirancang.

Beliau berkata unit khas yang diwujudkan untuk melaksanakan tugas pemantauan itu akan mengemukakan laporan dan cadangan tindakan supaya setiap projek mencapai matlamatnya iaitu demi kesejahteraan rakyat.

“Kadang-kadang ada syarikat yang gagal mengambil tindakan untuk memastikan projek bekalan air dapat disiapkan lojinya. Ada satu syarikat yang saya sudah batalkan (projeknya) tahun lalu kerana gagal menyelesaikan (projek) meskipun sudah diberi banyak amaran.

“Kita melantik syarikat penyelamat yang ada pengalaman untuk mengatasi masalah pelaksanaan bekalan air itu. Itulah beberapa langkah yang kita lakukan. Pemantauan, dan sekiranya mereka tidak mampu, kita tamatkan (kontrak) dan diganti dengan syarikat lain,” katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pemberian bantuan elaun sara hidup RM200 setiap seorang kepada nelayan dan penyampaian bantuan Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) kepada 30 anak nelayan Semporna, di sini hari ini.

Katanya pemantauan rapi seperti itu mesti dilakukan kerana rakyat tidak sepatutnya dilewatkan daripada menikmati pelbagai kemudahan seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan perumahan rakyat disebabkan masalah kontraktor.

Bagaimanapun Shafie mengakui ada beberapa projek seperti bekalan air dan jalan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak mengalami sedikit kelewatan disebabkan projek berkenaan melalui kampung-kampung dan tanah persendirian yang memerlukan pengurusan pampasan serta kerjasama kerajaan negeri.

Shafie berkata daripada peruntukan lebih RM4 bilion untuk projek pembinaan jalan luar bandar, bekalan air, elektrik dan projek perumahan rakyat di bawah KKLW, lebih 60 peratus daripadanya adalah bagi pembiayaan projek di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata bakinya adalah untuk pelaksanaan projek kawasan luar Bandar di negeri lain seperti Kelantan, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Malaysia Considered A Bright Spot In Present Uncertain Global Economy – Najib

Posted: 27 Jan 2013 01:23 AM PST

SEPANG, Jan 27 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Malaysia is considered a bright spot among the few nations in the world in the present uncertain global economy.

He said this was expressed by many influential people who attended the five-day World Economic Forum 2013 in Davos, Switzerland which started last Wednesday.

“This is proof of the success of the transformation agenda which we pursued,” he told a crowd of over 10,000 rakyat who were at the Kuala Lumpur International Airport’s Bunga Raya complex to welcome him and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, home from Davos today.

The reception was held to show the support for his humanitarian visit to Gaza Strip prior to his departure for Davos.

Najib said the ‘Malaysia Night’ held at the WEF also received an overwhelming response, attracting over 1,000 people who were interested to know more about the country.

“I told these people that myself, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and the cabinet minister would work hard to achieve the Wawasan 2020,” he said.

Najib said he was overseas to promote the country in the interests of the rakyat and not for personal interest.

He said Malaysians were fortunate to have leaders that always do good and not like others who would politicise whatever they did.

“We must accept the fact that Malaysia is blessed and this blessing is also because the rakyat has decided to be with us in the past to now.

“The time will come where we have to make one more decision. If we are united and make the correct decision the future of our country will be bright,” he said.

UMNO Bahagian Besut Perkenal Program ‘Selamat Tinggal Pembangkang’

Posted: 27 Jan 2013 01:21 AM PST

BESUT, 27 Jan – Umno Bahagian Besut memperkenalkan program Selamat Tinggal Pembangkang (STP2) bagi memberi tumpuan kepada penyertaan anggota parti pembangkang ke dalam Umno, menjelang pilihan raya ke-13.

Naib Ketua Umno Bahagian Besut merangkap pengerusi penganjur STP2, Muhammad Pehimi Yusoff berkata program itu bagi mengantikan program Selamat Tinggal PAS (STP) yang dilaksanakan beberapa tahun lalu.

“Kalau sebelum ini kami hanya menumpukan penyertaan ahli-ahli PAS ke dalam Umno tetapi dengan penyertaan dari ahli-ahli PKR (Parti Keadilan Rakyat) kami mengubah program kepada Selamat Tinggal Pembangkang pulak,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya ketika ini Umno bahagian sedang dalam proses mendaftar bekas anggota PAS dan PKR yang menyertai Umno, namun beliau tidak menyatakan jumlahnya.

Muhammad Pehimi berkata Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh akan mengisytiharkan kemasukan anggota pembangkang ke dalam Umno di daerah ini pada majlis yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, kebelakangan ini ramai anggota PAS dan PKR yang mendakwa sudah bosan dengan kerenah pemimpin mereka terutama dalam isu Kalimah Allah dan penghinaan terhadap agama Islam, datang berjumpa ketua-ketua cawangan menyatakan hasrat untuk menjadi anggota Umno.

Malaysia Antara Negara Yang Menyinar Dalam Kemelut Ekonomi Dunia – Najib

Posted: 27 Jan 2013 01:12 AM PST

SEPANG, 27 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dianggap sebagai antara beberapa negara yang menyinar dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata pendapat itu disuarakan oleh para pemimpin yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lalu.

“Ini bererti mereka mengiktiraf kejayaan kita memperjuangkan agenda transformasi negara,” katanya di hadapan kira-kira 10,000 rakyat yang menyambut kepulangan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dari Davos di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sambutan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap lawatan kemanusiaan beliau ke Semenanjung Gaza sebelum berlepas ke Davos.

Najib berkata majlis Malam Malaysia yang diadakan pada forum itu turut menerima sambutan yang luar biasa, di mana ia dihadiri oleh 1,000 orang berbanding jangkaan 400 orang, yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara ini.

“Saya beritahu mereka bahawa saya bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet akan berusaha segigih mungkin untuk mencapai Wawasan 2020, negara maju menjelang tahun 2020, InsyaAllah,” katanya.

Najib turut berkata bahawa beliau tidak pergi ke luar negara untuk memperlekehkan negara, sebaliknya untuk menjulang nama negara kerana ia bukannya mengenai kepentingan peribadi namun untuk kepentingan rakyat.

Beliau berkata rakyat Malaysia layak menerima kepimpinan yang sentiasa melakukan yang terbaik, bukan pemimpin yang menidakkan segala-galanya atas kepentingan politik.

“Kita mesti mengakui bahawa bumi Malaysia ini Alhamdulillah, Tuhan telah memberi kita segala rahmat yang begitu banyak, dan rahmat ini kerana rakyat Malaysia telah membuat keputusan yang tepat untuk bersama kita dari dulu hingga sekarang.

“Dan InsyaAllah, masanya akan tiba tidak lama lagi untuk kita melakukan satu lagi keputusan, dan InsyaAllah bumi Malaysia ini rahmatnya Tuhan akan terus limpahkan pada kita kalau kita semua bersatu dan tahu membuat pilihan yang tepat, dan kalau kita semua melakukan apa yang dituntut oleh agama, kita akan dapat masa depan yang jauh lebih gemilang untuk Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT