UMNO Online - “Bilik Gerakan BN Jelutong Diroboh, Akibatkan Kerugian RM150,000” plus 9 more |
- Bilik Gerakan BN Jelutong Diroboh, Akibatkan Kerugian RM150,000
- Salary Increment For Civil Servants On Maximum Pay To Be Announced Soon – Ali
- DAP Asked To Immediately Submit Annual Statement To ROS
- Opposition’s Open Debate Cheap Political Tactic – Zambry
- Najib Tiba Di Gaza Dalam Kunjungan Bersejarah, Perdana Menteri Malaysia Pertama Lawat Palestin
- Kabinet Bayangan Tak Akan Wujud Sampai PRU Ke-13, Takut Tembelang Pecah
- More Than RM11 Million Spent On Assisting Single Mothers In Sabah Last Year
- Lima Tahun Di Bawah Rejim DAP Adalah Masa Terbuang Buat Rakyat Pulau Pinang
- Pengumuman Tujuh Projek Besar Bakal Limpahkan Nikmat Seluruh Rakyat Kelantan
- SAM1M Kutuk Tindakan Pihak Edar Bible Bahasa Melayu Kepada Pelajar Sekolah
Bilik Gerakan BN Jelutong Diroboh, Akibatkan Kerugian RM150,000 Posted: 22 Jan 2013 04:11 AM PST GEORGE TOWN, 22 Jan – Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka. Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata, tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000. “Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selamaseminggu untuk tampil beri penjelasan… jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini Selasa. Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita UMNO Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu. Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya. “Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi…sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi,” katanya. Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berundingdengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka. “…tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan,” katanya. |
Salary Increment For Civil Servants On Maximum Pay To Be Announced Soon – Ali Posted: 22 Jan 2013 04:10 AM PST PUTRAJAYA, Jan 22 – The government is expected to announce a salary increment review of between two and five per cent for civil servants who have reached their maximum pay, in February. Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsa said the Public Services Department (JPA) would carry out an in-depth study to ensure civil servants who have reached their maximum pay or those with excellent records based on their Annual Performance Assessment Report but have not been promoted, are given due consideration. “I do not want to see a civil servant with an excellent track record continuously receiving the same salary simply because he or she has reached the maximum salary scale. “As such, the review is only for those on maximum pay. Even for this category of staff, only those who exceeded 80 per cent performance marks would be given the benefit. This is what I want to address. "JPA is finalizing the list. They are going through the service record. We have to discuss with Treasury on the financial implication. The government is very positive about it. They understand static pay is not an answer for a performing civil servant who is excellent," he told reporters here today. CUEPACS President Datuk Omar Osman had earlier said 20 percent or 280,000 of the 1.4 million civil servants fall under the category. |
DAP Asked To Immediately Submit Annual Statement To ROS Posted: 22 Jan 2013 04:05 AM PST PUTRAJAYA, Jan 22 - The Registrar of Societies (ROS) has asked the DAP to immediately submit its annual statement following the Central Executive Committee (CEC) election on Dec 12 to assist in the probe on the allegations that there were irregularities in the election. ROS Director-General Datuk Abdul Rahman Othman said the party still had 20 days to submit the statement. Under Section 14(1) of the Societies Act 1966, a registered organisation including political parties must hold its general meetings and submit the annual statement which also contained the financial statement and list of its committee members within 60 days after the meeting. “Today is the 40th day, the DAP headquarters has yet to submit (the annual statement). So, we can’t say much until we get the annual statement because we only know about the election from the press,” he told a press conference, here today. On Dec 12, the DAP held its CEC election and announced the result three days later. However, they later admitted that there were several errors in the vote counting during the election and had made a correction. Abdul Rahman said so far, the department had received five complaints alleging there were irregularities with two complaints lodged in Seremban and three more in Putrajaya. |
Opposition’s Open Debate Cheap Political Tactic – Zambry Posted: 22 Jan 2013 04:00 AM PST IPOH, Jan 22 – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir has described the opposition’s invitation to Barisan Nasional (BN) to hold an open debate as a “cheap tactic” to make it appear as if, the BN was afraid to debate. He said the opposition wanted to attract public sentiments to prove that it was on the right side. “I think only those who feel guilty will do so…this is why, I do not want to entertain or debate with Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin). I will only debate with someone with credibility,” he told reporters at a meet-the-clients day here today. Newspapers recently reported the opposition had invited state leaders to take part in their Darul Ridzuan Debate titled, ‘Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Dr Zambry Abd Kadir Kayakan Kroni – Siapa Berdusta’ (Nik Aziz Bribes Ngeh Koo Ham, Dr Zambry Abd Kadir Helps Cronies Get Rich – Who is Lying?) which will take place tomorrow. Dr Zambry said it was a political tactic by the opposition to raise issues for debate and direct the people’s attention to the debate. |
Najib Tiba Di Gaza Dalam Kunjungan Bersejarah, Perdana Menteri Malaysia Pertama Lawat Palestin Posted: 22 Jan 2013 03:56 AM PST GAZA, 22 Jan – Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini. Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia). Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan. Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin. Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah. Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah. Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas. Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran. Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi. Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan. |
Kabinet Bayangan Tak Akan Wujud Sampai PRU Ke-13, Takut Tembelang Pecah Posted: 22 Jan 2013 02:07 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Jan – Janji pakatan pembangkang untuk menamakan anggota dalam 'kabinet bayangan' sekiranya dapat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak pernah ditunaikan biarpun ia disebut-sebut sejak PRU yang lalu lagi. Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat bahawa kabinet bayangan ini adalah antara gula-gula politik pakatan pembangkang dalam usaha mencari pengaruh dan menarik perhatian rakyat kepada mereka. "Inilah pembohongan pembangkang yang hanya boleh bercakap tetapi tak mampu untuk melaksanakannya apabila diminta, malah sehingga ke hari ini yang ada hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri namun apabila ada desakan dari anggota DAP dan Pas maka tiada kata putus dibuat," katanya kepada UMNO-Online. Soal beliau, bagaimana mungkin kabinet bayangan mampu diperlihatkan kepada rakyat sedangkan isu dalaman melibatkan pembahagian kerusi menjelang PRU pun masih belum lunas. "Kalaulah mereka meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, maka jawatan timbalan nak beri pada siapa? Katakanlah nak letakkan jawatan timbalan untuk dua orang maka tentunya untuk DAP dan Pas tapi tak mungkin Lim Kit Siang hanya mahu menjadi timbalan perdana menteri saja sedangkan apa yang diinginkannya hanya boleh dibuat jika dia sendiri berkuasa. "Benarkah mereka mampu berkerajaan bersama sedangkan baru saja diberi kepercayaan mentadbir empat negeri macam-macam masalah yang timbul. Sudahlah perkara-perkara berbangkit berkaitan rakyat gagal ditangani," katanya. Tegasnya lagi, pakatan pembangkang gagal menunjukkan kabinet bayangan kerana masing-masing mempunyai agenda dan impian tersendiri untuk parti-parti sendiri dan bukannya seperti BN yang menjurus kepada semangat 1Malaysia. "Tak usahlah Pas, PKR dan DAP nak teruskan lakonan kononnya mereka sepakat dalam pakatan pembangkang sedangkan apa yang tergambar sekarang amat berlainan, dan rakyat tidak pernah lupa apa yang telah dijanjikan," tegasnya. Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar tidak terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan macam-macam janji sedangkan ia hanyalah bayang-bayang bagi mengaburi mata pengundi. – MediaUMNO |
More Than RM11 Million Spent On Assisting Single Mothers In Sabah Last Year Posted: 22 Jan 2013 01:56 AM PST KOTA KINABALU, Jan 22 - A sum of RM11,261,065 has been spent last year to assist single mothers in Sabah through the State Welfare Department. State Community Development and Consumer Affairs Minister Datuk Azizah Mohd Dun said the aid proved that the group was not ignored by the state government. “Nonetheless, we do not want single mothers to continue depending on government assistance. “In this regard, various efforts have been implemented by the government to improve the livelihood of single mothers through programmes on self-motivation, training and skills courses to the provision of grants for them to be involved in business,” she said when closing a consumer programme here today. Azizah said the group could also take the opportunity to participate in 1Azam programmes such as Azam Kerja and Azam Niaga which were implemented by the Welfare Department, Women Affairs Department and the State Library. She said many of the Azam Kerja programme participants were now adapting themselves with the working environment. In fact, some of them even obtained permanent employment in the public and private sectors. Under the Azam Niaga programme, Azizah said monitoring by the Women Affairs Department on 318 out of 522 programme participants found 17 per cent were now earning more than RM620 a month thus bringing them out of the hardcore poor index. Azizah hoped entrepreneurs especially women would look into using the internet to expand their business. Apart from that, she also proposed that women could also look into providing the service of looking after children and the aged. |
Lima Tahun Di Bawah Rejim DAP Adalah Masa Terbuang Buat Rakyat Pulau Pinang Posted: 22 Jan 2013 01:49 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Jan – Tempoh lima tahun dalam pentadbiran DAP yang berkerajaan di Pulau Pinang dianggap sebagai satu masa terbuang dan sia-sia kerana tidak ada sebarang peningkatan dan kemajuan yang dibawa untuk keseluruhan rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang berkongsi suara hati masyarakat di negeri terbabit. Katanya, berdasarkan pelbagai isu semasa yang berlaku dalam kerajaan Pulau Pinang maka terdapat arus kesedaran di kalangan masyarakat di mana mereka merasakan tempoh selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu hingga kini dianggap seperti masa terbuang yang sia-sia. "Orang ramai melahirkan rasa terkilan atas apa yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang mana masyarakat tidak dapat menikmati pembangunan secara menyeluruh sebaliknya ia hanya bertumpu untuk golongan mewah dengan kemajuan dapat dilihat di kawasan lereng-lereng bukit sahaja," katanya kepada UMNO-Online. Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa kesungguhan BN bagi mendekati masyarakat direalisasikan melalui Program Serentak di Semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang turut disertai oleh kepimpinan UMNO dan ADUN di negeri terbabit. "Program tersebut juga dilaksanakan sebagai alternatif kita bagi melihat sejauh manakah kesiapsiagaan jentera parti di semua peringkat yang berdepan dengan cabaran besar dalam PRU akan datang," katanya yang turut turun padang bersama-sama dalam program terbabit yang bermula di Balik Pulau Ahad lalu. Tegasnya, melalui program terbabit setiap pemimpin yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian, Ahli Parlimen dan ADUN di Pulau Pinang telah berkampung di Balik Pulau bagi menggempur kawasan Parlimen tersebut yang terdiri dari empat DUN. "Kesungguhan untuk melihat bahawa BN mendapat mandat di negeri ini telah diaplikasikan melalui gerak kerja turun padang yang akan berlangsung berterusan sehinggalah tarikh PRU diumumkan dengan pendekatannya melibatkan semua peringkat termasuklah ke PDM. "Di Balik Pulau ini misalnya terdapat 22 PDM yang dilawati dengan melibatkan semua kepimpinan parti sama ada diketuai oleh ketua bahagian atau ADUN yang mana d kalangan mereka akan turut serta anggota jenteranya dalam usaha memastikan setiap PDM yang ada bergerak aktif dan berada dalam keadaan mantap." Ujarnya, selain mendapatkan taklimat dari bilik-bilik gerakan yang dilawati, perjumpaan bersama jentera tempatan juga dibuat dengan gerakan serampang dua mata iaitu turut mengadakan 'walk about' bertemu para penduduk tempatan dalam suasana santai serta menyelami permasalahan mereka. "Melalui program ini juga, kita telah berkesempatan menyampaikan bantuan secara terus kepada golongan yang tidak bernasib baik dan uzur serta mengadakan perbincangan dua hala selain meklumbalas berkaitan kehendak dan keperluan masyarakat. "Rata-rata masyarakat yang ditemui melahirkan rasa kesal terhadap kepimpinan kerajaan negeri lantas mereka berjanji untuk memberikan sokongan kepada BN pada PRU akan datang bagi memastikan Pulau Pinang berada bersama-sama kerajaan Persekutuan dalam landasan menuju Wawasan 2020 nanti." Tambah beliau, biarpun PDM yang ada telah bersedia tetapi masih terdapat ruang yang dapat diperbaiki dan dipertingkat sebelum tarikh PRU ke-13 diumumkan kelak - MediaUMNO |
Pengumuman Tujuh Projek Besar Bakal Limpahkan Nikmat Seluruh Rakyat Kelantan Posted: 22 Jan 2013 01:44 AM PST KUALA LUMPUR 22 Jan – Tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi dilihat bukan sahaja menyeluruh malah tempiasnya bakal turut dinikmati oleh penduduk di Machang. Ketua UMNO Machang Datuk Jazlan Yaakob berkata boleh dikatakan tiga daripada tujuh projek besar yang diumumkan oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal memberi faedah kepada penduduk di kawasan berkenaan. Menurut beliau masalah air, pembinaan lebuhraya yang tentunya melalui kawasan berkenaan serta pembinaan perumahan rakyat sudah pasti sedikit sebanyak akan melegakan penduduk setempat. "Nampak jelas pengumuman tersebut bukan untuk orang UMNO sahaja…dan pengumuman itu juga bukan untuk BN semata-mata tetapi secara jelas ianya adalah untuk manfaat seluruh rakyat Kelantan. "Biarlah orang cakap apa…biarlah orang perli macam-macam tetapi hakikatnya itulah bukti yang jelas bahawa kerajaan pusat tidak meminggirkan rakyat Kelantan secara menyeluruh. Segala fitnah dan tohmahan selama ini terhapus," katanya UMNO-Online di sini. Menurut beliau lagi masalah air yang sekian lama menghantui penduduk di Machang bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat setempat. "Perkara ini telah lama berlaku…..inilah yang kita harapkan. Begitu juga soal lebuh raya..Ini tentunya akan dinikmati oleh seluruh rakyat Kelantan. Cumanya nanti tentunya lebuh raya itu akan melalui Machang ini. "Perumahan rakyat pula sudah pasti kita mengharapkan Machang akan turut terkena tempiasnya daripada jumlah yang diumumkan itu," katanya. Tambah beliau lagi rakyat Kelantan hari ini dapat menilai keihlasan Perdana Menteri yang mengumumkan perkara tersebut. "Inilah komitmen BN untuk memajukan Kelantan dan bukannya sepertimana dakwaan sesetangah pihak dengan pelbagai fitnah dan segala tohmahan. Selepas ini usahlah bermain dengan dakwaan itu lgi. Rakyat boleh lihat sejelas-jelasnya,' ujar beliau. -MediaUMNO |
SAM1M Kutuk Tindakan Pihak Edar Bible Bahasa Melayu Kepada Pelajar Sekolah Posted: 22 Jan 2013 01:39 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Jan – Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini mengutuk tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja cuba mahu menimbulkan situasi ketegangan kaum dan agama dengan cara mengedarkan Bible versi Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang baru-baru ini. Presidennya, Arman Adha Hj. Abu Hanafiah berkata, SAM1M sebagai NGO yang amat rapat dengan golongan orang muda, tindakan ini dikecam dan tindakan tersebut jika tidak dibendung akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum. "Jika tidak dibendung segera, seterusnya akan menimbulkan situasi huru hara dalam negara dan menganggu ketenteraman awam serta menghancurkan perpaduan yang telah lama dibina. “Nak membina perpaduan, keamanan dan pembangunan sesebuah negara dalam masyarakat berbilang bangsa bukannya mudah. Memakan masa puluhan tahun. Tetapi jika mahu menghancurkannya, sekelip mata saja," ujarnya mengulas tindakan tidak bertanggungjawab yang mengedar Bible kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang Baru-baru ini. Tambahnya, sebelum nasi menjadi bubur, kita minta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment