SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, January 3, 2013

UMNO Online - “DAP Tak Layak Bercakap Soal Rasuah, Terbukti Kena Batang Hidung Sendiri” plus 9 more

UMNO Online - “DAP Tak Layak Bercakap Soal Rasuah, Terbukti Kena Batang Hidung Sendiri” plus 9 more

Link to UMNO Online

DAP Tak Layak Bercakap Soal Rasuah, Terbukti Kena Batang Hidung Sendiri

Posted: 02 Jan 2013 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron menganggap bahawa pelbagai pendedahan yang berkait dengan kepimpinan DAP menjadi bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri sebagaimana menepuk air dalam dulang.

Katanya, kecenderungan kepimpinan DAP yang mengamalkan monopoli khususnya dalam politik, ekonomi dan sosial adalah penyumbang utama kepada amalan rasuah secara berleluasa.

"Selama ini kepimpinan DAP sering membuat tuduhan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan khususnya berkaitan rasuah dan kronisme tetapi pelbagai insiden yang berlaku secara tidak langsung menjadi gambaran bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah lebih sesuai untuk parti mereka sendiri," katanya.

Sebelum ini, DAP yang mentadbir Pulau Pinang telah ditempelak lantaran kegagalan mereka menterjemah slogan Cekap, Akauntibiliti, Telus (CAT) sebaliknya banyak projek-projek kerajaan negeri yang diberikan secara terus dan tanpa tender selain siri pendedahan perlakuan rasuah kepimpinan DAP seperti isu rasuah Tunku Aziz dan juga isu rasuah tanah terhadap dua orang kepimpinan tertinggi DAP Perak.

"Kesalahan parti terbabit bukan hanya berkaitan rasuah tetapi lebih dari itu kerana mereka melakukan penipuan dan bersikap hipokrit terhadap pihak lain.

"Sikap licik sedemikian tidak boleh dianggap mudah kerana ia menjadi bukti bahawa mereka ini tidak boleh diberi kepercayaan apatah lagi untuk diamanahkan sebagai ketua negara."

Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, tuduhan kepada UMNO/BN, pelbagai slogan dan lakonan yang dipaparkan adalah 'wayang kulit' bagi mengaburkan mata rakyat dengan amalan monopoli yang mereka laksanakan.

"Monopoli politik ini bukan hanya menyumbang kepada amalan rasuah yang berleluasa tetapi ia juga ia turut memberi kesan negatif kepada masyarakat lantaran sikap kronisme yang ada dan hanya bertumpu kepada orang tertentu semata-mata.

"Lihat saja bagaimana kepimpinannya dimonopoli oleh ahli keluarga yang melibatkan bapa, anak dan menantu untuk berkuasa dan mempunyai kedudukan pada satu waktu walhal kononnya pemilihan dibuat," katanya yang tidak menolak kebarangkalian wujudnya amalan pembelian undi dalam pemilihan.

Bidas beliau lagi, lebih parah apabila tingkah DAP turut menerapkan rasuah dan perkauman dalam pentadbiran mereka.

"Kenyataan Naib Pengerusi baru DAP Senator Dr Ariffin S M Omar yang menyatakan bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam juga adalah bersifat perkauman dan menyumbang kepada bahaya besar negara.

"Jangankan bangsa lain dalam bahaya malah bangsa Cina sendiri juga akan turut terbiar lantaran sikap politik monopoli yang mana akan memihak kepada kroni dikalangan mereka saja tanpa memberi ruang dan peluang kepada orang lain."

Tambahnya, sememangnya DAP tak layak untuk bercakap soal rasuah dan 'bersih' jika setiap persoalan yang timbul tidak diberi penjelasan. - MediaUMNO

Kelewatan Kerajaan Selangor Bangun Sistem Pengepaman Punca Tiada Air – Syabas

Posted: 02 Jan 2013 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju di sini, menjadi punca kepada masalah ketiadaan air yang menjejaskan lebih setengah juta penduduk ibu kota sejak seminggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan berkata cadangan untuk membina sistem itu dikemukakan sejak 2009 dan pada Mac 2012, kerajaan Persekutuan meluluskan pelan pembangunan serta pinjaman untuk projek itu dibangunkan oleh Kerajaan Selangor.

“Tetapi sehingga kini, kita difahamkan projek ini masih di peringkat rundingan reka bentuk oleh Kerajaan Selangor dan dijangkakan projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan jika dilaksanakan dengan kadar ‘fast track’,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau juga memperjelaskan cadangan untuk membangunkan sistem pengepaman dibuat pada 2009 selepas menyedari masalah kekurangan air akan berlaku ekoran rumah pam Wangsa Maju yang sedia ada telah beroperasi secara ‘overload’ dengan permintaan bekalan air yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Rumah pam Wangsa Maju dengan kapasiti bentuk 136 Juta Liter Sehari (JLH)mula beroperasi sejak tahun 2004 di bawah pengurusan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (Puas) dan kebelakangan ini, kadar pengepaman ditingkatkan sehingga mencecah 200 JLH.

“Pada cadangan pembinaan sistem pengepaman tambahan, kami mencadangkan supaya ia dibina dengan kapasiti reka bentuk 180 JLH, tetapi difahamkan Kerajaan Selangor akan membina sistem itu pada reka bentuk 120 JLH,” katanya.

Sebagai rekod, permintaan harian bekalan air di ibu kota, Selangor dan Putrajaya adalah sebanyak 4,400 JLH berbanding bekalan sebanyak 4,436 JLH menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan rezab sedia ada.

Pada sidang media itu, Ruslan juga mendesak agar Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) oleh Kerajaan Persekutuan atau projek lain yang dicadangkan kerajaan Selangor dapat disegerakan kerana sistem pengepaman tambahan hanya bersifat penyelesaian jangka pendek.

“Penyelesaian jangka panjang memerlukan sumber bekalan air baru seperti Projek Langat 2 dan kami menyokong projek ini kerana menyedari akan berlaku masalah kekurangan air di masa depan. “Syabas tidak mempunyai kuasa dalam projek ini dan kami hanya merayu-rayu agar pelaksanaannya dapat disegerakan untuk kemudahan pengguna,” katanya.

Kalimah Allah : Tembelang Pembangkang Yang Makin Membusuk

Posted: 02 Jan 2013 02:29 AM PST

Salam… Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia, Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan DAP berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).

Justeru, tidak mahu isu itu merebak kepada tahap menggugat kerjasama PKR, DAP dan Pas dalam Pakatan Rakyat, Anwar telah memanggil mesyuarat tergempar pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti untuk merungkai satu lagi krisis yang berpotensi meledak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang  sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.

DAP menegaskan kerajaan perlu membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah ALLAH  di dalam Al Kitab iaitu versi bahasa Melayu kitab Injil.

Jika DAP benar-benar mahu menjadi jaguh kepada penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian di Malaysia, mengapa isu ini diperjuangkan hanya sejak dua tahun lalu dan tidak dari masa parti itu ditubuhkan?

Mengapa ketua agama Kristian sedunia, Paus Benedict XVI tidak menggunakan kalimah ALLAH di dalam mana-mana ucapan atau penulisan gereja di negara-negara Barat?

Mengapa di Malaysia yang mana umat Islam adalah lebih 60 peratus daripada jumlah penduduk negara manakala penganut Kristian hanya mencecah 9.2 peratus sahaja, isu ini perlu digembar-gemburkan sehingga ke tahap mencabar Perlembagaan Negara?

Ini tidak lain tidak bukan kerana pembangkang mahu mempolitikkan isu yang sensitif ini untuk dilihat sebagai hero menjelang pilihan raya.

Ia juga menjadi sebahagian daripada agenda licik pembangkang terutamanya DAP untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta melemahkan kedudukan umat Islam di negara ini.

Dengan menggunakan logik yang tidak masuk akal dan berselindung di sebalik jaminan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan, pembangkang cuba mengeksploitasi ruang yang diberi bagi kepentingan politik mereka.

Pas, yang sekian lama dituduh sebagai keldai tunggangan DAP dan dipaksa tunduk kepada kemahuan parti cauvinis Cina itu dalam beberapa isu sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian keras Dap.

Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa penganut Kristian di negara ini tidak harus menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab.

 

Ini kerana jika digunakan tanpa melihat keadaan sosio-politik dan latarbelakang Islam sebagai agama persekutuan di negara ini, ia menimbulkan  kekeliruan di kalangan kedua-dua penganut Islam dan Kristian.

Bayangkan tertera kalimah ALLAH pada papan tanda gereja yang sudah tentunya akan menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi mengelirukan umat Islam khususnya golongan belia dan remaja yang masih belum mantap pemahaman agama mereka.

DAP hanya memikirkan kepentingan segolongan kecil penganut satu agama sahaja tetapi kerajaan harus menjaga kepentingan dan hak semua rakyat daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan bangsa.

Kali ini nampaknya Pas tidak akan berganjak dalam isu ang menyentuh sensitiviti dan kepentingan agama Islam dan sanggup bertarung dengan DAP untuk menegakkan pendapatnya.

Jika Pas berundur dan terus akur kepada tekanan DAP bermakna ia tidak layak mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan lebih elok dibubarkan sahaja parti itu.

Kredibiliti Pas akan terjejas teruk jika ia tidak mempertahankan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai pendirian rasmi parti itu.

Mengalah dalam isu ini akan bererti Pas akan kehilangan bukan sahaja keyakinan ahli-ahlinya sebagai sebuah parti Islam tetapi juga undi pada pilihan raya nanti.

Sanggupkah Pas dilabel sebagai parti bacul yang berdegar-degar melaungkan mengenai Islam tetapi cabut lari apabila dicabar oleh DAP sedikit?

Sudah tentunya dalam polimik isu kalimah ALLAH ini, Anwar akan muncul sebagai hero yang akan menyokong kuat pendirian DAP dengan mengenepikan pendapat Pas.

Dap sejak 2008 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13, namun Pas selama ini hanya berdiam diri dan pada muktamarnya baru-baru ini telah mencalonkan presidennya, Abdul hadi Awang.

Jadi tidak mungkin Anwar akan membiarkan sokongan kuat DAP kepadanya sebagai calon Perdana Menteri akan dibiarkan digugat oleh Pas.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan untuk membincangkan isu kalimah ALLAH akan mengeruhkan lagi hubungan Pas dan DAP yang sudah pun tegang sejak sekian lama.

Mereka adalah musuh politik tradisi dan tidak mungkin sepandai mana Anwar bersilat di gelanggang politik Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang mampu mencemar imej dan maruah Islam.

Fesol Fikree

 

Perlembagaan Negara : Amanat Hadi & Buku Jingga, Mana Satu Pegangan Pas?

Posted: 02 Jan 2013 02:20 AM PST

Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.

Para penyokong Pas meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir, lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah, sekular dan undang-undang kafir.

Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan Pas terhadap UMNO & BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong Pas mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.

Atas keyakinan itulah mendorong para penyokong Pas melakukan pemulauan dan memboikot urusan jenazah orang UMNO serta memulaukan solat berjemaah yang diimamkan oleh tok imam yang mendapat tauliah dari Kerajaan BN sehingga akhirnya terjadilah solat dua imam dalam satu mukim.

Baru-baru ini Abdul Hadi Awang yang kini adalah Presiden Pas telah memecahkan kebisuannya selepas berminggu-minggu berdiam diri dari menjawab kecaman masyarakat terhadap Amanat Hadi yang telah memudaratkan hubungan antara anggota masyarakat khususnya melibatkan sesama Islam.

Barangkali Presiden Pas itu baru mendapat kekuatan setelah mendapat nasihat daripada para macainya mengenai kaedah terbaik untuk menjawab isu amanatnya.

Dek kerana itu barulah Hadi berani tampil dengan syarat pelik untuk menjelaskan isu Amanah Hadi hanya jika siaran langsung penjelasannya dipancarkan melalui TV1 ataupun TV3.

Kenapa syarat itu kelihatan pelik? Sebabnya, selama bertahun-tahun ini Pas dan parti pembangkang lain aktif berkempen meminta penyokongnya memboikot RTM dan TV3, alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu muncul di kedua-dua siaran TV.

Kini, Stesyen TV yang dipropagandakan oleh Pas kononnya pembohong, penipu dan dituduh sebagai alat kempen Kerajaan Barisan Nasional itu jugalah yang dikejar-kejar oleh pemimpin tertinggi Pas itu. Satu sikap hipokrit yang agak menonjol sekali, amat memalukan.

Dalam pada itu, jika dulu melalui Amanat Hadi, Presiden Pas itu teguh menghasut penyokongnya menentang UMNO & BN atas sebab wujudnya Perlembagaan Negara yang dikatakan jahiliah, sekular, kafir dan sebagainya, persoalannya apa beza Perlembagaan 1981 dulu dan sekarang?

Dalam pada itu, jika dulu melalui Amanat Hadi, Presiden Pas itu teguh menghasut penyokongnya menentang UMNO & BN atas sebab wujudnya Perlembagaan Negara yang dikatakan jahiliah, sekular, kafir dan sebagainya, persoalannya apa beza Perlembagaan 1981 dulu dan sekarang?

Tiada perbezaan ketara, agama Islam masih agama persekutuan sama seperti dulu hatta pemberian wang peruntukan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri termasuk yang kini dikuasai oleh Pas dan PR juga dilaksanakan sebagaimana kehendak perlembagaan Negara.

 

Jika benar Perlembagaan Negara adalah perlembagaan jahiliah, kafir dan sekular, soalnya sekarang kenapa Pas melalui kerjasamanya dalam PR memperakui ikrar untuk mengekalkan Perlembagaan Negara sebagaimana termaktub dalam Buku Jingga yang ditandatangani oleh semua pemimpin tertinggi PR?

Dalam Dasar Bersama Buku Jingga itu menyebut salah satu daripada tiga ikrar PR ialah;-

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.” (Buku Jingga PR)

Manakala di dalam Amanat Hadi 1981 pula jelas bercanggah kandungannya apabila mengikrarkan perlembagaan Negara sebagai jahiliah, kafir dan sekular seterusnya menjadi dorongan utama untuk Pas menentang UMNO & BN.

“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'”.(Amanat Hadi)

Di antara kedua-dua ini, Amanat Hadi dan Buku Jingga saling bertentangan antara satu sama lain, walaupun mengucapkan amant tersebut dan yang menandatangani ikrar Buku Jingga adalah orang yang sama yakni Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Alang-alang Hadi sudah mendapat lampu hijau dari Menteri berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung amanatnya itu, adalah molek sekali sekiranya Hadi dan pimpinan Pas yang lain mengumumkan pendirian mereka sama ada mahu berpegang pada Amanat Hadi atau Buku Jingga dalam hal melibatkan Perlembagaan Negara.

Dr Muslim Umar

UMNO Pasir Mas Hulur Bantuan Susulan Kepada Lebih 1,000 Mangsa Banjir

Posted: 02 Jan 2013 02:11 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan – UMNO Bahagian Pasir Masir Mas hari ini menyalurkan bantuan susulan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di kawasan berkenaan yang terjejas teruk setelah beberapa kawasan ditenggelami air beberapa hari yang lalu.

Ketuanya, Datuk Hanafi Mamat berkata sungguhpun pelbagai bantuan telah diberikan oleh agensi kerajaan dan pelbagai pihak lain, UMNO bahagian berkenaan turut terpanggil untuk menyalurkan bantuan susulan kepada mereka yang terlibat.

Menurut beliau walaupun banjir kian pulih sepenuhnya, dengan bantuan susulan berkenaan ianya diharap dapat meringankan beban mereka yang terbabit setelah tidak dapat meneruskan kerja harian untuk mencari rezeki dan sebagainya.

"Misi ini telah bermula dua tiga hari yang lalu dan bantuan susulan ini kita salurkan kepada mereka yang terputus hubungan dan sebagainya. Walaupun sumbangan kita ini tidak  seberapa, namun ianya sedikit sebanyak dapat menampung keperluan masing-masing.

"Bantuan yang kita salurkan seperti keperluan makanan dan keperluan lain adalah semata-mata untuk membantu mereka. Tidak kira soal politik dan sebagainya kerana nawaitu kita adalah berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menasihatkan penduduk yang tinggal dikawasan rendah agar  berwaspada dengan kemungkinan gelombang banjir yang kedua dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan dari semasa ke semasa.

"Kita juga sentiasa berwaspada dan membantu setakat yang mampu apabila banjir berlaku. Cumanya saya ingin turut  berpesan agar mengutamakan soal keselamatan keluarga kerana dalam sitausi banjir apa sahaja boleh berlaku," katanya. -MediaUMNO

More Indians, Chinese Applying For Jobs In Civil Service – Mahmood Adam

Posted: 02 Jan 2013 01:41 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 2 – Interest among non-Malays to join the civil service has increased by 70 percent from June to December last year, compared with the same period in 2011, said Public Service Commission (PSC) chairman Tan Sri Mahmood Adam.

Mahmood Adam said based on the statistics compiled by PSC, 21,481 applications were received from Indian applicants which was a 79 percent increase compared with the 12,009 applications received during the same period in 2011.

He added that 11,848 applications were received from Chinese applicants which was an increase of 77 percent when compared to the 6,697 applications received for the same period in 2011.

“The increase is due to the concerted effort of the various committees that were formed to attract the interest of other races to apply for jobs in the civil service,” he said.

Mahmood Adam said 814,659 applicants, looking for jobs in the public service, had registered with the PSC last year and their application would be valid for five years, compared with just a year in the past.

He said 47,335 applicants were employed throughout last year comprising 33,427 Malays, 2,630 Chinese, 2,354 Indians and 8,924 others, including Bumiputera from Sabah and Sarawak.

Tarik Balik Saja Amanat… Hadi Tak Perlu Buang Masa Tegak Benang Basah

Posted: 02 Jan 2013 01:31 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewajarnya tidak meletakkan sebarang syarat berhubung amanat beliau sebaliknya sekadar cukup menarik balik amanat berkenaan yang dikhiatiri boleh mencetuskan polemik berterusan.

Pendakwah Bebas, Ustaz Jamil Long berkata dengan segala penjelasan dan pelbagai dakwaan khususnya di kalangan bekas penyokong serta ahli parti itu sendiri berkenaan amanat tersebut, sepatutnya Hadi dengan segera menarik balik amanatnya itu.

Menurut beliau apakah penjelasan yang mahu diberikan oleh Presiden Pas itu sedangkan hari ini rata-rata rakyat khususnya kalangan umat Islam dapat mengetahui kesannya kepada ahli keluarga dan sebagainya lagi.

"Malah saya pun difahamkan perkara itu bukankah ianya telah mendapat perhatian daripada tokoh agama dan mufti. Kenapa tidak mahu tarik balik sahaja amanat berkenaan. Bukannya susah pun….Benda sekejap sahaja.

"Kenapa perlu letak syarat untuk keluar televisyen dan sebagainya. Ikhlaskan beliau dalam menyatakan perkara yang sebenarnya. Bagi saya keputusan dan langkah terbaik adalah menarik balik amanat berkenaan," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ustaz Jamil seterusnya mempersoalkan motif Hadi meletakkan syarat untuk memberikan penjelasan di televisyen.

"Apa lagi penjelasan yang beliau hendak berikan….Bukankah dah ramai kalangan bekas penyokong mereka telah menceritakan satu persatu kesannya kepada umum. Begitu dengan apa yang diperkatakan oleh C.N Al-Afghani…

"Masih tidak cukupkah dengan apa yang keluar dan terpampang hari ini. Sebab itu sekali lagi saya hendak tekankan Hadi hanya perlu tarik balik amanat itu. Jika tidak dilakukan, ianya tidak akan ada kesudahan," katanya. -MediaUMNO

Janji Sempena Tahun Baru Anwar… Cukup-cukuplah Jual Temberang

Posted: 02 Jan 2013 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee membidas kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perutusannya sempena tahun baru yang  mendakwa bahawa kekayaan negara hari ini dirompak oleh golongan elit penguasa untuk memperkayakan diri, keluarga dan kroni.

Menurut beliau, Anwar kini dilihat begitu terdesak untuk memburuk-burukkan imej kerajaan dalam usaha mengukuhkan kembali persepsi dan prasangka buruk rakyat terhadap UMNO dan BN,  bagi meyakinkan semula  rakyat  bahawa apa yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang kepada rakyat Malaysia mampu untuk dilaksanakan, sedangkan pada hakikatnya tidak.

"Dia cuba putar belitkan fakta dengan menimbulkan isu kekayaan negara dirompak oleh segolongan pemimpin negara dan kaitkan dengan isu kroni untuk mempengaruhi rakyat, bahawa apa yang mereka janjikan itu mampu untuk dilaksanakan. Padahal sudah terbukti, mereka hanya berbohong kerana mereka tahu, tidak mungkin apa yang mereka janjikan dalam manifesto Pakatan dapat dilaksanakan.

"Hari ini sudah terbukti, kita boleh lihat di setiap negeri yang diperintah oleh mereka, timbul pelbagai isu tentang janji-janji yang tidak ditepati oleh Pakatan. Di Selangor, di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain, isu janji tidak ditepati ini timbul bagaikan cendawan tumbuh. Ini disebabkan, pimpinan Pakatan terlalu banyak menabur janji, biarpun tahu  janji-janji itu tak mampu mereka tunaikan," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Anwar sebenarnya sedar dan tahu,  bahawa pemerintah iaitu kerajaan BN sejak dari dulu lagi berjaya mengurus tadbir ekonomi negara dengan bijak dan berhemah serta tidak berjanji pelbagai perkara kepada rakyat yang pada hakikatnya tidak mampu untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

"Anwar dulu bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas menteri kewangan. Dia tahu, bahawa kerajaan BN setakat hari ini sedaya upaya untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik. BN bukanlah sebuah kerajaan yang mahu menghancurkan ekonomi dan negara sendiri, tidak seperti Pakatan Pembangkang.

"Dia juga tahu bahawa Pakatan Pembangkang berjanji perkara-perkara yang tidak boleh dilaksanakan. Sekiranya mereka laksanakan segala janji-janji mereka seperti penghapusan PTPTN, penurunan harga kereta, gaji minimum RM 4 ribu, negara akan bankrap tidak lama selepas mereka memerintah. Jika negara bangkrap, kita terpaksa meminjam duit dengan orang asing, dan akhirnya tunduk kepada suara asing. Mungkin inilah yang Anwar mahu," ujarnya.

Malah beliau turut mendedahkan, bahawa Anwar merupakan pimpinan UMNO yang pertama menggunakan wang untuk membeli undi daripada perwakilan dan ketua-ketua bahagian ketika dia mahu menentang Allahyarham Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, sehingga Allahyarham Ghafar Baba mendapat terlalu sikit pencalonan dari bahagian.

"Dialah pelopor politik wang di dalam UMNO. Semua orang UMNO tahu tentang hal itu. Dia sanggup membayar duit imbuhan secara bulanan terhadap ketua-ketua bahagian untuk mencari pengaruh dan undi ahli. Ahli-ahli UMNO sudah masak dengan perangai dan muslihat Anwar.

"Jadi saya minta agar rakyat tidak terpedaya dengan muslihat Anwar. Kita sebagai ahli UMNO, sudah kenal siapa itu Anwar. Sebab itu kita minta rakyat jangan tertipu dan terpengaruh dengan taktik dan teknik politiknya.

"Segala tuduhannya terhadap kerajaan baik di dalam dan di luar negara, bukan saja memburukkan imej UMNO dan BN, malah turut merosakkan nama Malaysia di mata luar. Saya yakin rakyat boleh menilai mana intan, mana kaca," akhirinya. -MediaUMNO

Bantuan Persekolahan RM100 Mula Dibayar 15 Jan Ini

Posted: 02 Jan 2013 12:45 AM PST

NILAI, 2 Jan – Bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Jan ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu  bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka…tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling  mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.

“Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini,” katanya yang ditemui selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Benar, SK  Sendayang dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dekat sini, sempena hari pertama sesi persekolahan 2013.

Katanya selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada  pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.

Bantuan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013. Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.

Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaram.

Sementara itu, Puad berkata sebanyak 428,493 murid memasuki tahun satu di sekolah kerajaan kali ini, sementara sebanyak 15 sekolah baharu (rendah dan menengah) dibuka.

Mengulas perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan membina enam kabin sebagai bilik darjah sementara bagi menampung keperluan murid tahun satu di Sk Batang Benar.

“Saya harap dalam tempoh dua minggu ini akan dapat dimulakan kerja pembinaan enam bilik darjah kabin ini. Bilik darjah kabin ini bukan kontena tapi ia adalah bangunan biasa model kabin. Pembinaan kabin ini saya harap dapat disiapkan dalam tempoh tiga minggu,” katanya.

Kesesakan di bilik darjah menyebabkan sebahagian murid tahun satu di sekolah berkenaan terpaksa ditempatkan di surau dan makmal sains.

“Untuk jangka panjang, pihak sekolah ada memohon pembinaan lapan bilik darjah yang baru untuk menampung pertambahan murid sekolah itu. Kita juga akan mempertimbangkan pembinaan sekolah baru di Pajam,” katanya.

Mengenai TKC, beliau berkata kolej itu berpindah dan memulakan sesi persekolahan secara rasmi di kompleks baharu di Bandar Enstek di sini hari ini.

Kompleks baharu TKC terletak di kawasan seluas 17.4 hektar membabitkan kos kira-kira RM75 juta dan boleh menampung sehingga 900 pelajar.

Sebelum ini kolej itu terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban.

Katanya kementerian itu sedia mempertimbangkan permohonan untuk mengekalkan TKC lama di Jalan Tunku Kurshiah sebagai sekolah berasrama penuh untuk pelajar perempuan.

“Perkara ini kita bawa dalam mesyuarat di peringkat kementerian. Bagaimanapun kita tunggu keputusan menteri pelajaran,” katanya.

Pembangkang Anjur Demonstrasi Untuk Survival Politik, Sensasi Isu

Posted: 02 Jan 2013 12:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Tindakan pembangkang menganjurkan demonstrasi adalah untuk menarik perhatian masyarakat demi kerjaya politik mereka, kata Ketua Perhubungan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Katanya puak terbabit juga tidak mengutamakan keselamatan negara, sebaliknya lebih mementingkan faedah politik mereka apabila mensensasikan sesuatu isu menerusi ceramah dan demonstrasi.

“Demonstrasi haram, mogok, perhimpunan, bantahan, protes dan sebagainya, secara langsung menggalakkan rakyat bersikap kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan persoalannya mengapa pembangkang gemar menganjurkannya? Ia untuk menarik perhatian orang ramai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas  penganjuran mogok lapar yang disertai penyokong pembangkang di Dataran Merdeka di sini, ketika sambutan ambang tahun baru 2013.

Mogok lapar itu dianjur sekumpulan individu yang dipercayai penyokong pembangkang, bagi membantah kilang memproses nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu Fakhrul Azman Abu Bakar berkata demonstrasi haram dan memburuk-burukkan pemerintah adalah antara strategi pembangkang berdasarkan pengalamannya bersama PKR dulu.

“Amalan yang dibawa pembangkang ini adalah merbahaya kerana mereka memperalatkan orang ramai selain cuba menutup kelemahan dalam parti dan buktinya sekarang ramai anggota pembangkang yang keluar parti kerana kepincangan dalam pakatan pembangkang sendiri,” kata Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu itu.

Fakhrul yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, berkata pembangkang seharusnya mencontohi negara maju apabila pihak kerajaan dan pembangkang bersama-sama berganding bahu membangunkan negara dan bukan sentiasa memburukkan-burukan pemerintah.

Beliau juga berpandangan pakatan pembangkang tidak mampu mentadbir sebuah negara kerana sentiasa bertelagah sesama sendiri yang menunjukkan kelemahan mereka dalam berkongsi kuasa kerana ideologi politik berbeza.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT