SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, January 4, 2013

UMNO Online - “Hadi Patut Semuka Mangsa Kesan Amanatnya” plus 9 more

UMNO Online - “Hadi Patut Semuka Mangsa Kesan Amanatnya” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hadi Patut Semuka Mangsa Kesan Amanatnya

Posted: 03 Jan 2013 03:42 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran turun ke akar umbi khususnya berdepan dengan mereka yang terpengaruh dengan amanat beliau dengan memberikan penjelasan sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi, YB Ramlan Ali berkata apa pun langkah terbaik bagi Presiden Pas itu adalah menarik balik amanat berkenaan tanpa ada sebarang syarat dan sebagainya.

Beliau yang merupakan individu yang turut terkena tempias kesan daripada pegangan terhadap Amanat Haji Hadi seterusnya menambah, tidak ada maknanya selagi Hadi tidak menarik balik  amanat tersebut.

"Saya sendiri yang turut terkena tempiasnya cukup terasa sehingga ke hari ini. Sebab itu saya minta Hadi tarik balik amanatnya itu. Kesannya cukup besar dan sebab itulah saya ingin tegaskan sekali lagi beliau perlu tarik balik.

"Paling tidak pun beliau perlu turun ke akar umbi….Jumpa dengan mereka yang telah kembali ke pangkal jalan menyatakan apa yang sebetulnya dan bukan bertindak atas dasar kepentingan politik dan sebagainya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ramlan seterusnya menambah Presiden Pas itu dilihat kelemasan setelah amanatnya hari ini menimbulkan pelbagai polemik dalam masyarakat dan diperkatakan umum.

Atas dasar itulah kata beliau lagi Hadi dilihat cuba mencipta pelbagai drama  baru  dalam usaha menaglih tumpuan rakyat khususnya umat Islam terhadap isu berkenaan.

"Saya percaya akan banyak isu lain yang akan timbul untuk mengalih tumpuan terhadap perkara ini. Apa pun bagi saya, amanat berkenaan perlu ditarik balik. Itu sahaja," katanya. -MediaUMNO

Lebih 10 Juta Rakyat Akan Terima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia – Maglin

Posted: 03 Jan 2013 03:20 AM PST

PUTRAJAYA, 3 Jan – Lebih 10 juta rakyat akan menerima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang akan menawarkan diskaun dari 10 hingga 50 peratus di kedai-kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata sehingga kini lebih 4,500 peniaga bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan menjangka angka itu terus meningkat.

KDR1M merangkumi perkhidmatan perubatan klinik; restoran makanan & minuman; hotel penginapan; arena sukan & kecergasan; pemborong & runcit; taman tema tertutup & luar; pembinaan & hiasan dalaman; resort peranginan; pakaian & aksesori kenderaan; perlindungan insurans am dan sebagainya.

“Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk polis, tentera dan siswa. Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan mereka,” katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, Putrajaya, hari ini.

Maglin berkata KDR1M akan diurus oleh Informasi Malaysia iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan pada 22 Okt 2009 untuk menjalankan program dan aktiviti dalam usaha menerangkan objektif dan fungsi gagasan 1Malaysia melalui penerbitan ‘Buletin Informasi Malaysia.

Beliau berkata inisiatif memperkenalkan KDR1M jelas menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Melalui transformasi nasional, kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh semua golongan rakyat di negara ini. Ia jelas menunjukkan bahawa hanya kerajaan BN boleh mentadbir negara ini secara sistematik dan teratur,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Informasi Malaysia Datuk Abd Rahman Manan berkata KDR1M akan dilancarkan oleh perdana menteri dalam masa terdekat selepas memperincikan pelaksanaan dan kriteria pemberian kad itu.

“Kami sudah ‘design’ kad diskaun itu dan akan kemukakan kepada perdana menteri untuk mendapatkan persetujuan,” katanya.

It Will Hard To Find Another Figure Like The Late Kanang Langkau, Says Alfred Jabu

Posted: 03 Jan 2013 03:16 AM PST

KUCHING, Jan 3 – Sarawak Deputy Chief Minister, Tan Sri Alfred Jabu said Malaysia has lost a very dedicated national warrior and close friend, and it would be hard to find another figure like Datuk Temenggong Kanang Langkau, who died today.

Sarawak and the nation will mourn his loss, he added.

“He is Sarawak and Malaysia’s hero, he devoted his life to defend our beloved country. He served the country all his life, especially in fighting against the communist,” he told reporters when met at the Sarawak General Hospital, here today.

Also present were Sarawak Assistant Minister of Local Government and Community Development (Public Health) Dr Jerip Susil and Division 1 Camp Commander , Major General Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Commenting on the state funeral for Kanang, Jabu said the body of the late Kanang Langkau will be transferred from Sarawak General Hospital to the Kuching Civic Centre tomorrow morning.

“The body will lie in state at the St Thomas Cathedral, Kuching on Sunday where prayers will be held, and the burial will be in accordance to a full state funeral at the Heroes Graves here,” he added.

“Other details will be issued by the state secretary office through the media. Including the time slot for people to pay their last respects,” he said.

Meanwhile, the late Kanang’s step daughter who wished to be known only as Shima said she received the news of his death at 1.45 am.

“Although I’m adopted, I was close to my father and the family. He did call me two days ago saying he wanted to see me and tell me something but he didn’t say what it was about,” she said.

Fellow warrior, Major (R) Michael Riman ak Bugat said the late Kanang was known for his efficiency in carrying out his duties.

“In times of crises and while carrying out his duties he was strong and determined. His strengths were many, especially related to the jungle and operations. His death is a big loss for all,” he said.

Mohd Zaki said, ” The late Kanang was a national hero and his contributions were too numerous. His death is a sorrow which is deeply felt, especially by the Malaysian Armed Forces and also Sarawak as he was a native of this state.”

Kewibawaan Pembangkang Diragui, Masih Gagal Kemuka Senarai Kabinet Bayangan

Posted: 03 Jan 2013 02:42 AM PST

KOTA KINABALU, 3 Jan – Kewibawaan pembangkang untuk menerajui Sabah dipersoalkan kerana sehingga kini mereka gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan, kata Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata pakatan pembangkang juga tidak mempamerkan semangat perpaduan dan kesefahaman yang mantap antara mereka.

Katanya sejak akhir-akhir ini, tindakan dan ucapan pakatan pembangkang menunjukkan Kabinet bayangan mereka menonjolkan bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua menteri.

“Baru-baru ini, beliau (Lajim) telah membuat beberapa ‘big statement’ di muka-muka dada akhbar dan komen yang memihak kepada Pakatan Rakyat walaupun beliau tidak menjadi ahli mana-mana parti pembangkang melainkan pengerusi sebuah movement (Pertubuhan Pakatan Perubahan Rakyat),” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Sabah di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak menilai prestasi dan keberkesanan Lajim yang pernah memegang beberapa jawatan penting semasa dalam kerajaan.

“Saya pasti dan percaya rakyat Sabah akan terkejut jika betul mereka teliti prestasi dan tindakan beliau (Lajim) semasa menjadi menteri atau timbalan menteri menerajui kementerian di bawah kuasanya ketika sebahagian dalam kerajaan,” katanya.

Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud merayu rakyat khususnya Sabah agar memilih kerajaan BN berdasarkan rekod pencapaian dengan pelbagai program seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara.

Beliau berkata negara akan jatuh bankrap sekiranya pakatan pembangkang memegang tampuk pemerintahan berdasarkan belanjawan yang dibentangkan mereka.

Terdahulu, Abdul Rahman mempengerusi mesyuarat setiausaha BN Sabah yang turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Datuk Henrynus Amin dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Bersatu Datuk Wilfred Madius Tangau.

Lebih 300 Peserta, 90 Kumpulan Bakal Berentap ‘Media Hunt 2012’ UMNO

Posted: 03 Jan 2013 02:20 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan – Lebih 300 peserta yang terdiri daripada 90 kumpulan bakal berentap dalam acara 'Media Hunt 2012' yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.

Program berkenaan yang akan bermula di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur bakal menjelajah Negeri Sembilan serta Melaka dengan pelbagai acara menarik telah disusun oleh pihak penganjur.

Program ini adalah kali kedua diadakan bagi meraikan petugas media dan pelbagai pihak lain yang bertungkus lumus terlibat menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu.

Pelepasan peserta di PWTC dijangka akan dilaksanakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para peserta akan berhenti  di Seremban, Negeri Sembilan dan sejurus selepas itu, mereka kemudiannya akan dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Peserta 'Media Hunt 2012' seterusnya akan bergerak ke Melaka dan berhenti rehat di rumah Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di Masjid Tanah dan peserta akan dilepaskan pula oleh Timbalan Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Kapt (B) Abd Karim Sulaiman.

Menanti peserta 'Media Hunt 2012' di Dataran 1Malaysia Pantai Kelebang pula adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron untuk minum petang dan kemudiannya pada sebelah malam akan diadakan jamuan makan malam bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam.

Acara pada hari Sabtu tidak kurang hebatnya apabila para peserta akan berlegar di bandar Melaka dan dijangka berakhir pada sebelah petang.

Hampir seluruh media, agensi kerajaan dan blogger yang bekerjasama menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu menghantar penyertaan. Antaranya media dari TV3, RTM, Astro, Utusan Malaysia, Berita Harian, TV Al Hijrah, Sinar Harian, Bernama, Kosmo, Hot FM, Radia 24, NST, TV 9, NTV7, Kementerian Penerangan, UMB, KL Post, Bomba, HKL, PWTC, CIMB, Kementerian Pertahanan, KDN, DBKL, Prime Network, ABN News, Polis Trafik & Kelab UMNO Luar Negara. -MediaUMNO 

Pemuda Ada Bukti Penyelewengen Penjualan Tanah Taman Manggis Oleh DAP

Posted: 03 Jan 2013 02:19 AM PST

PULAU PINANG, 3 Jan – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin kini sedang mengumpul beberapa lagi bukti tentang berlakunya penyelewengan dalam proses penjualan tanah di Pulau Pinang yang didakwanya berlaku ketika pemerintahan DAP hari ini, untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan seterusnya.

Tegas beliau, setelah cukup maklumat yang diperolehinya berhubung berlakunya penyalahgunaan kuasa yang dipercayainya berlaku dalam proses penjualan tanah di negeri tersebut,  maka beliau akan mendedahkan kepada rakyat di seluruh negara, khususnya di Pulau Pinang.

"Ya memang kami sedang mengumpul bukti tentang beberapa isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di dalam kerajaan pemerintah DAP hari ini. Daripada beberapa maklumat yang kami terima, penyalahgunaan kuasa telah berlaku semasa proses jual beli tanah tersebut. Jika sudah cukup kami akan serahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya," beritahu beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau yang kini sedang dalam proses perbicaraan kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap beliau berhubung isu Tanah Manggis II, berkeyakinan bahawa segala bukti dapat dikumpulkan tidak berapa lama lagi.

Di samping itu,  beliau terus membidas DAP di mana setelah lebih empat tahun memerintah Pulau Pinang, barulah terserlah wajah sebenar DAP yang bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya merupakan sebuah parti yang langsung tidak prihatin terhadap nasib rakyat terutamanya golongan rakyat miskin.

Hari sudah terbukti, bahawa DAP yang selama ini melaung-laungkan kebajikan rakyat, intergriti dan anti rasuah,  merupakan sebuah parti yang sebenarnya mengamalkan sistem pemerintahan talam dua muka, hipokrasi, tidak adil dan tidak peduli terhadap nasib rakyat khususnya rakyat miskin tanpa mengira bangsa, ujarnya tegas.

"Dulu DAP kata, mereka telah buat lebih 11,596 buah rumah kos rendah di dalam Pulau Pinang. Setelah kami siasat, angka sebenarnya hanyalah 4000 buah rumah. Itupun sebahagian daripada jumlah tersebut, merupakan projek BN di mana mereka hanya meneruskannya saja.

"Bila diserang dan dikritik, kerajaan DAP mula buat upacara pecah tanah di sana sini, umum pada rakyat kata nak buat lagi rumah kos rendah dan mampu milik, tapi sampai ke hari ini bayang pun takda. Sebenarnya mereka hanya buat majlis pecah tanah saja, tapi rumah untuk rakyat miskin mereka tak mahu buat,"tegas beliau.

Beliau menyeru rakyat, khususnya rakyat Pulau Pinang agar tidak terus terpengaruh dan percaya dengan permainan politik DAP yang cuba menggula-gulakan rakyat dengan upacara pecah tanah, dan pengumuman untuk membuat itu dan ini, kerana apa yang keluar dari mulut kepimpinan DAP hanya tipu daya belaka. -MediaUMNO

Dasar Tidak Realistik Boleh Bawa Padah Pada Negara – Azman

Posted: 03 Jan 2013 02:10 AM PST

KENINGAU, 3 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Keningau berpendapat bahawa sebarang usaha untuk 'merubah' dasar pemerintahan negara yang akhirnya tidak konsisten, tidak teratur serta tidak realistik boleh mengundang padah kepada masa depan rakyat dan negara.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata dasar-dasar yang tidak menentu dan tidak teratur juga boleh menyebabkan kecelaruan pada urusan tadbir negara yang akhirnya memberi impak negatif kepada rakyat dan negara.

"Justeru, saya berpendapat bahawa dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional yang terbukti lebih kondusif, inklusif dan progresif perlu dipertahankan bagi memastikan kestabilan ekonomi, politik dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini,” di sini, hari ini.

"Saya berpendapat bahawa rakyat Sabah perlu pertahankan Kerajaan Barisan Nasional kerana dasar-dasarnya bukan sahaja sentiasa relevan tetapi boleh menjamin masa depan rakyat Sabah, terutama masyarakat luar bandar yang sangat memerlukan pembangunan.

"Rakyat Sabah sebenarnya akan rugi besar sekiranya dasar-dasar progresif yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional tidak berkesinambungan. Saya tidak fikir pembangkang mempunyai agenda pembangunan yang lebih baik daripada apa yang telah dan sedang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Sebaliknya, Azman berkata sikap dan tindak-tanduk pakatan pembangkang gagal memberikan hala tuju jelas berhubung cara mereka mengurus tadbir negara dengan lebih baik daripada Kerajaan BN.

"Bukan susah sangat untuk menilai kredibiliti pakatan pembangkang kerana rata-rata pemimpinnya adalah 'orang-orang lama' dalam politik yang kurang dinamik, malahan sesetengahnya adalah 'pengembara politik'.

Mendiang Kanang Anak Langkau Diberikan Penghormatan Negara Ahad Ini

Posted: 03 Jan 2013 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, yang meninggal dunia awal pagi ini, akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkannya untuk melakukan persiapan bagi memberikan penghormatan kepada mendiang dengan kerajaan negeri yang akan turut menyelaras majlis penghormatan itu.

“Kami mengenang jasa-jasa Kanang Anak Langkau bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga kepada negara.

“Saya kehilangan seorang teman yang merupakan pahlawan yang menerima dua anugerah terbesar negara iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB),” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di sini, hari ini.

Beliau berkata mendiang menerima kedua-dua pingat itu pada 3 Jun 1981.

Katanya mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, namun filem yang bertajuk ‘Kanang Anak Langkau’ itu belum sempat disiapkan.

“Saya terkilan kerana filem tersebut belum sempat disiapkan. Bagaimanapun, saya akan meminta penerbit dan pengarah berkenaan agar menggunakan bahan-bahan penggambaran yang telah ada itu untuk disiapkan bagi dipertontonkan kepada khalayak umum.

Ahmad Zahid berkata jawatan terakhir mendiang semasa berkhidmat dengan ATM adalah Pegawai Waran 1.

“Mendiang semasa khidmatnya, telah menempuh beberapa pertempuran terutamanya di Perak. Oleh sebab itu pengkisahan beliau dilakukan sebagai mengenang jasa beliau untuk dijadikan contoh kepada pegawai-pegawai dan anggota tentera yang ada sekarang,” katanya.

Kanang, 68, meninggal dunia di sebuah hospital umum di Kuching, Sarawak, akibat serangan jantung pukul 1.45 pagi ini.

Kanang adalah anak jati Sarawak, yang menjadi kebanggaan negara, kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia dari 1962 hingga 1963.

Kerajaan Kerugian RM2.63 Juta Akibat Banjir Melanda Sekolah Pantai Timur

Posted: 03 Jan 2013 02:00 AM PST

HULU TERENGGANU, 3 Jan – Kerajaan menanggung kerugian kira-kira RM2.63 juta akibat bencana banjir yang melanda beberapa sekolah di pantai timur, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata Terengganu mencatat kerugian tertinggi iaitu RM1.9 juta membabitkan 39 sekolah, diikuti Kelantan (RM424,900 dengan 34 sekolah) dan Pahang (RM309,650 membabitkan sebuah sekolah).

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan di sini, yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013, Khamis.

Kelewatan itu disebabkan sekolah berkenaan terbabit banjir.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata kerugian disebabkan kerosakan peralatan sekolah seperti kerusi, meja dan komputer yang sebahagiannya ditenggelami air walaupun sudah diletak di tempat tinggi.

“Selain itu, kerugian juga disebabkan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jeneris di sini dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) di Kuantan, Pahang yang berlaku pada 31 Disember lalu.

“Di SMK Kuala Jeneris kita melihat aliran air masih berlaku dan runtuhan itu telah menimpa bangunan asrama… walaupun penghuni belum masuk ke asrama, kita dah buat arahan kepada pihak konsultan untuk ambil tindakan untuk membaiki keadaan cerun tersebut,” katanya.

Bagi SBPI Kuantan itu, Jabatan Kerja Raya mengesahkan tiga blok yang menempatkan asrama puteri, dewan makan dan rumah pengetua sebagai tidak selamat, katanya.

Sehubungan itu, kementerian menangguhkan pendaftaran pelajar tingkatan dua, tiga dan empat kepada 6 Jan, manakala pelajar tingkatan satu pula akan mendaftar pada 13 Jan dan pelajar tingkatan empat akan mendaftar pada 29 Jan, katanya.

Mohd Puad berkata kementerian juga telah memutuskan untuk memindahkan 271 pelajar yang menghuni asrama puteri itu ke bangunan rumah kedai yang disewa untuk tempoh tiga bulan bagi membolehkan runtuhan di bangunan terbabit dibaiki.

“Kita jangka proses membaiki runtuhan itu akan mengambil tempoh tiga bulan jadi kita akan sewa rumah kedai sejauh 1.5 kilometer untuk sementara waktu.

“Kita juga telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang menyediakan pengangkutan iaitu bas JPN dan sekolah lain utk mengangkut pelajar ini ke sekolah,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan kementerian dalam menangani masalah banjir yang sering berlaku di beberapa sekolah di Hulu Terengganu, Mohd Puad berkata pihaknya memohon kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melihat beberapa aspek, terutama perparitan di kawasan berkenaan.

“Oleh kerana Hulu Terengganu ini kawasan rendah, ia membabitkan juga pihak-pihak yang lain…kita tahu bahawa kos untuk kita buat sistem saliran yang komprehensif itu melibatkan kos yang agak tinggi.

“Sebab itu dalam menghadapi banjir ini, kita ada prosedur ‘payung’ iaitu peralatan dan dokumen penting perlu diletakkan di tempat atas, namun mungkin banjir melanda ketika musim cuti sekolah, jadi perkara ini tidak dapat dielakkan dan berlaku kerosakan yang mengakibatkan kerugian,” katanya.

Over 10 Million To Get 1Malaysia Privilege Card – Maglin

Posted: 03 Jan 2013 01:57 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 3 – More than 10 million people will receive the 1Malaysia Privilege Card (KDR1M) which entitles them to discounts of between 10 and 50 per cent at selected merchants nationwide, Deputy Information, Communications and Culture Minister Datuk Maglin Dennis D’Cruz said today.

He said more than 4,500 merchants had agreed to offer discounts for their products, and the number was expected to rise.

The KDR1M covers medical clinics; restaurants; hotels; sports and fitness arenas; wholesalers and retailers; indoor and outdoor theme parks; construction and interior decoration; resorts; clothing and vehicle accessories; general insurance cover and so on.

“Discount cards already exist for the police, military and undergraduates. After this, we will issue the KDR1M, whereby all Malaysians can enjoy discounts when buying essential goods,” he said when opening the new headquarters of Informasi Malaysia at No 30B, Jalan Diplomatik 3/1, Precinct 15, Putrajaya.

Maglin said KDR1M would be managed by Informasi Malaysia, an agency set up on Oct 22, 2009, to conduct programmes and activities in the effort to explain the objectives and functions of the 1Malaysia concept through the ‘Buletin Informasi Malaysia’ publication.

Maglin said the initiative to introduce the KDR1M reflected the sincerity and concern of the Barisan Nasional (BN) government led by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in safeguarding the interests and well-being of the people.

“The national transformation has enabled the people to enjoy success after success. It shows that only the BN government can administer the country in a systematic and organised manner,” he said.

Meanwhile, Informasi Malaysia chairman Datuk Abd Rahman Manan said the KDR1M would be launched by Najib soon after the mode of implementation and other criteria had been worked out.

“We have designed the discount card and will present it to the prime minister for his approval,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT