SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, January 19, 2013

UMNO Online - “BR1M 2.0 Akan Selesai Dibayar Februari – Awang Adek” plus 9 more

UMNO Online - “BR1M 2.0 Akan Selesai Dibayar Februari – Awang Adek” plus 9 more

Link to UMNO Online

BR1M 2.0 Akan Selesai Dibayar Februari – Awang Adek

Posted: 18 Jan 2013 07:46 AM PST

BACHOK, 18 Jan –  Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.

“Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka,” katanya  selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.

Awang Adek berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Katanya pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank.

“Kesemua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira agama dan fahaman politik berhak menerimanya,” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

Malaysia Mampu Laksana Pendidikan Percuma Jika Semua Subsidi Ditarik Balik – Ismail Sabri

Posted: 18 Jan 2013 05:32 AM PST

BERA, 18 Jan – Malaysia boleh melaksanakan pendidikan 100 peratus percuma hanya jika semua subsidi keperluan asas termasuk petrol dan diesel dimansuhkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun katanya, jika itu yang dilakukan rakyat keseluruhan akan berdepan pelbagai kesukaran, termasuk menanggung peningkatan harga barangan.

“(ini) seperti penduduk di beberapa negara Eropah seperti Sweden, Perancis, Sepanyol dan Portugal yang tidak mendapat subsidi dan terpaksa membeli barangan keperluan asas berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Kerayong dekat sini Jumaat.

Beliau berkata di Sepanyol misalnya, kadar inflasi dan pengangguran di negara itu meningkat 20 peratus berbanding Malaysia yang dilihat masih boleh mengatasi inflasi dan kadar pengangguran.

“Harga barang yang meningkat tanpa subsidi menyebabkan rakyat susah dan kadar pengangguran terus meningkat, nisbahnya dalam 100 orang penduduk di Sepanyol, 20 daripadanya adalah penganggur,” katanya.

Beliau berkata diminta mengulas saranan seorang pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang meminta kerajaan memberi pendidikan percuma seperti pelajar di Switzerland, Venezuela dan beberapa negara Amerika Latin pada satu forum di UUM, Sintok baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kerajaan mengeluarkan peruntukan berbillion ringgit setahun bagi menanggung subsidi untuk mengelak rakyat menangung bebanan kenaikan harga barang.

“Sebenarnya Malaysia telahpun memberikan pendidikan percuma dari tahap sekolah rendah hingga sekolah menengah.

“Di peringkat universiti, kerajaan menanggung 90 peratus daripada pembiayaan perbelanjaan untuk mahasiswa melanjutkan pelajaran,” katanya.

Selain itu katanya, rakyat di negara yang memberikan pendidikan 100 peratus percuma dikenakan cukai pendapatan yang tinggi dan tidak mendapat perkhidmatan lain secara percuma.

Sebanyak 14,000 pelajar di daerah Bera akan menerima bantuan persekolahan itu melibatkan peruntukan RM1.4 juta.

UMNO-BN-Led Govt Will Disburse Nation’s Economic Pie Fairly And Justly, Says Najib

Posted: 18 Jan 2013 05:21 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 18  – The Umno and Barisan Nasional-led government has always protected the interests of the Malays and has never taken away or denied their sovereign rights especially in disbursing the nation’s economic pie, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

He said the government was conscientiously working to expand the economy so that the nation’s wealth and prosperity can be disbursed fairly and justly to multiracial Malaysians.

The Economic Transformation Programme and the Entry Point Projects (EPPs) that have been implemented so far have yielded positive results as evident from the country receiving high rate of investments and the nation is poised to enjoy more than five per cent economic growth, said Najib, who is also Finance Minister.

“With this positive results, we can do the redistribution without denying the rights of the non-Malays and non-Bumiputeras, what more taking away what they already have.

“We can disburse the fruit of economic growth to the Malays and the Bumiputeras. This is what the government is doing in terms of micro and because of this the non-Malays and Bumiputeras understand the government’s approach and hence, they are not angry and they did not oppose the policy to help the Malays and Bumiputeras.

"They (non-Malays) understand that the country’s long-term stability rests on Malaysians and that the nation’s wealth must be distributed fairly and justly,” said Najib, who is also Umno president and BN chairman, at the presentation of the memoranda of support to the prime minister by Malay and Bumiputera Economic Bodies.

The event arranged by the Federation of Malay Economic Bodies (GABEM) was attended by its chairman Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik and Chief Executive Officer Datuk Ramlan Othman.

Najib said Umno, the linchpin of the governing Barisan Nasional, would continue efforts to help the Malays and the Bumiputeras on merit in the economic and business sectors.

"We will offer opportunities to enterprising Malays and Bumiputeras so that there will be healthy competition and they can do business sustainably.

"It’s meaningless to give opportunities but after a few years their business fail. Businesses of so many Malays and Bumiputeras fell flat during the financial crisis in 1997 due to absence of sustainability and lack of competitive edge,” he said.

Najib said he was grateful that the Bumiputera Agenda Steering Unit (TERAJU) under the Bumiputera Agenda Action Council had resulted in the Malay and Bumiputeras’ equity ownership to increase to 23.09 per cent in 2010 from 21.9 per cent in 2008.

"The government has made efforts to boost the position of the Malays and Bumiputeras in the economic sector since the launch of the New Economic Policy in 1969 and that “blessed” year marked the start of the changes to the country’s policies.

"The country’s leadership announced the New Economic Policy. The affirmative actions implemented then provided a slight advantage to the Malays and the Bumiputeras.

“At that time, the policy was not regarded as discriminative by the other races. Today, part of the world sees new policies or new ideas as affirmative actions and are labelled as discriminatory policies and hence, are unacceptable.

“As the government, we understand the world has changed and that is why efforts to help the Malays and the Bumiputeras need to be done wisely and accurately,” he said. Najib also chided the attitude of the Malays and the Bumiputeras who want to become “rent-seekers” to the extent that the 30 per cent equity ownership for the Malays and the Bumiputeras has not been achieved until today.

"If possible, we want to reduce rent-seekers. There are many who hand out letters asking for assistance. We are not sure whether they are an efficient lot or otherwise.

"If we promote rent-seekers, when the strength or the position of the Malays in the economic sector will increase and until when we want to continue this policy?

“This approach is not right. If from the beginning we have not been giving to rent-seekers, today the 30 per cent equity ownership would have been achieved," he added.

Keris Calls On Bar Council To State Stand On Opposition Violation Of Peaceful Assembly Act

Posted: 18 Jan 2013 04:05 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 18 – Kelab Warisan Malaysia (Keris) today called on the Bar Council to state its stand on the violations of the Peaceful Assembly Act 2012 by participants in the assembly organised by the opposition at Stadium Merdeka last Saturday especially on bringing children.

Its secretary-general Azman Haj Hassan said the stand was needed to prove that the Bar Council did not discriminate the issues they were fighting for the people.

“As a body which upholds the laws as well as representing the legal profession, the Bar Council need to oppose acts of legal violations besides ensuring the social responsibility of protecting the people.

“Nonetheless we regretted that in Bersih 3.0, they were virtually trying to legalise an illegal assembly which violated the law and threatened the security of the people. They must now state their stand so that their ‘old script’ is not repeated,” he told reporters here today.

Police found organisers of the assembly at Stadium Merdeka here last Saturday violated three of the 27 conditions agreed between them and the police.

The three conditions were prohibition on bringing children under 15 years, carrying seditious placards and banners and the assembly participants not exceeding 30,000 people.

In this regard, police are now conducting investigation on the infringements of the act.

Meanwhile Azman Haj said the club with 13 non-governmental organisations would stage a peaceful gathering at the Jalan Duta Court Complex at 9am on Wednesday in conjunction with lawyer Mohd Khairul Azam Abdul Aziz’s suit against the Bar Council.

RCI Sabah : Orang Mati & Hearsay Jadi Modal Buruk Kerajaan

Posted: 18 Jan 2013 03:56 AM PST

Suruhanjaya  Diraja atau RCI dalam bahasa Inggeris ini, ditubuhkan semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan besar yang dijangka mencetuskan jalan buntu kalau dibawa ke Mahkamah.

Maksud jalan buntu, saksi yang nak dibawa sudah meninggal dunia, dokumen berkaitan mungkin telah musnah lama dahulu, 'bukti' tidak boleh disahkan dan sebagainya.

Tidak terkecuali dalam hal ini adalah RCI yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah dan sama ada wujud kegiatan memalsukan dokumen kewarganegaraan untuk membolehkan warga asing, tanpa dokumen yang sah, diterima menjadi rakyat negara ini semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi kerajaan.

Itu initipatinya, sebab warganegara asing yang diberi taraf kewarganegaraan mengikut undang-undang (secara sah)bukanlah satu perkara pelik, tapi perkara lumrah yang berlaku di mana-mana negara dalam dunia.

Pendek kata, pemberian kewarganegaraan mengikut prosedur undang-undang, bukanlah satu isu sehingga nak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Cuma sekarang, penulis lihat media pro pembangkang seperti Malaysian Insider, beberapa hari ini cuba menimbulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN dengan tajuk-tajuk yang bercampur aduk hasil keterangan beberapa saksi dalam perjalanan RCI pendatang asing di Sabah ini.

Antaranya yang boleh penulis kenalpasti ialah Filipino refugee says got blue IC without applying for itMegat Junid's alleged order to let immigrants vote 'shocking' dan Ex-NRD man defends giving ICs to undocumented immigrants.

Begitu juga beberapa kenyataan dari mantan Perdana Menteri yang mengaku pemberian kewarganegaraan secara sah dan mengikut undang-undang kepada warganegara asing memang berlaku di zaman pemerintahannya.  Tapi bab secara sah dan mengikut undang-undang itu diletak diakhir sekali, bab mengaku beri kewarganegaraan itu diletak di depan.

Begitulah permainannya.

Banyak di antara tajuk yang penulis sebutkan di atas itu dipetik dari kenyataan hearsay saksi yang terlibat dalam prosiding tersebut.  Di antara mereka adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan dibawah ISA kerana kesalahan menjual kewarganegaraan.

Cakap orang macam ini pun Malaysian Insider angkat macam sebesar-besar 'bukti' dalam menyokong dakwaan pembangkang akan kewujudan pengundi hantu ini.  Penulis lihat kenyataan saksi yang macam ini lebih kepada pembalasan peribadi (personal vendetta), atau paling tidak yang berada dibawah payrollpembangkang untuk memburukkan kerajaan BN.

Along the way, datang pemimpin pembangkang macam Azmin mencelah di tengah-tengah dan menuduh Mahathir dengan segala macam kesalahan, walaupun prosiding RCI masih berjalan dan Mahathir sendiri tidak lagi dipanggil sebagai saksi.  

Penulis melihat Azmin sudah dapat mengagak dari halatuju perbicaraan RCI ini sekarang, madunya, si Anwar Ibrahim akan terlibat dan terkait tidak berapa lama lagi; sesuatu yang tidak pernah dijangka Pakatan haram ini dulu, sebab itu Azmin guna pendekatan preemptive strike  (serang dulu sebelum kena serang) dengan menuduh Mahathir macam-macam.

Rileksla Min, prosiding tengah jalan lagi.

Semua ini bagaimanapun, menunjukkan tembelang sebenar pembangkang dalam mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan RCI untuk kes Sabah ini.  Dari tuduhan wujud Projek IC, sekarang kita dengan macam-macam nama projek dan Ops (Operasi). Semuanya, hearsay atau paling tidak guna nama orang yang sudah meninggal dunia, kononnya memberikan arahan itu dan ini.

Dalam hal ini bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Sudah tentu orang itu sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya, dan saksi berkenaan hanya ada air liur sebagai modal bercakap.

Semua ini bagaimanapun tidak menghalang pembangkang dari mempolitikkan perkara ini lebih awal seperti permainan yang cuba disampaikan Malaysian Insider sekarang.

Apa yang penulis nak katakan, inilah modal terbaru  puak-puak ini sekarang, setelah kegagalan HKR Sabtu minggu lepas yang menyaksikan lebih kurang 45,000 orang sahaja yang datang, jauh lebih kurang dari sasaran 1 juta orang seperti yang sering didendangkan.

mykmu.net

Sengsara Buat Rakyat Tapi Kerajaan Selangor Cuba Tangguk Untung Politik

Posted: 18 Jan 2013 03:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kerajaan Selangor digesa tidak terus bermain politik melampau dengan menjadikan rakyat mangsa dalam isu kemelut air di negeri ini sebaliknya serius untuk mencari jalan penyelasaian agar isu ini tidak berpanjangan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata sejak awal krisis air ini berlaku kerajaan Selangor hanya tahu menuding jari menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedangkan faktanya jelas amaran tentang krisis ini telah dimaklumkan sejak beberapa tahun yang lalu.

"Jelas dan rakyat sedia maklum bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya masalah air yang dihadapi rakyat kerana kerajaan negeri sendiri menguasai Syabas dengan pegangan 30% saham dalam Syabas yang diwakili oleh anak syarikat mereka, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Kumpulan Perangsang.

"Tetapi apa yang kita kesalkan hari ini, pakatan pembangkang terutama Kerajaan Selangor hanya menjadikan isu sebagai peluang untuk memanipulasi fakta dengan menyatakan Syabas sebagai beg penumbuk," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambah beliau lagi kerajaan Selangor jelas  tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tetapi menjadikan rakyat bahan politik untuk agenda mereka menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

"Jika kita lihat hari ini, ramai ibu-ibu tua, ataupun orang-orang tua yang terpaksa turun naik membawa baldi semata-mata untuk mendapatkan air.

"Ini harus dilihat sebagai serius oleh kerajaan negeri kerana banyak janji-janji yang dijanjikan kepada rakyat, jadi jika janji keperluan asas ini pun tak mampu mereka tangani dengan baik, macam mana mereka nak tunaikan banyak lagi janji-janji mereka sebelum ini", katanya.

Justeru beliau menyeru agar rakyat terutama pengundi di negeri ini agar membakulsampahkan sahaja segala manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini kerana pakatan pembangkang sendiri menyatakan bahawa  manifesto itu bukan janji.  Kalau ia bukan janji maka nyatalah manifesto pembangkang hanyalah gula-gula pilihan raya semata-mata kerana akhirnya janji-janji itu akan hanya tinggal janji kosong", ujarnya. -MediaUMNO

Pas Buat Islam Macam Buah Dadu, Dilambung Ke Sana Ke Sini

Posted: 18 Jan 2013 03:23 AM PST

Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap ‘flip flop’ pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan ‘God’ atau ‘Lord’ di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas ‘flip flop’ dan Nik Aziz juga ‘flip flop’ bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?

Dr Muslim Umar

Kenyataan Azmin Bukti Kecelaruan Kepimpinan Pakatan Pembangkang

Posted: 18 Jan 2013 03:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa Pakatan Pembangkang akan terus berpegang kepada keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian memperlihatkan betapa bercelarunya perpaduan dan kesepakatan yang wujud di dalam gabungan parti pembangkang tersebut.

Menurut bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, ini merupakan masalah yang paling kritikal di dalam Pakatan Pembangkang di mana ketiga-ketiga parti sering bercanggah pendapat dalam menangani isu-isu yang timbul.

"Saya tidak terkejut dengan kenyataan Azmin. Memang ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang tidak pernah sepakat dan sekata dalam menghadapi sebarang isu yang timbul. Kita sudah lihat banyak contoh yang berlaku sepanjang pemerintahan mereka di beberapa buah negeri selama empat tahun kebelakangan ini.

"Jika dalam hal-hal sebegini pun mereka tidak boleh bersepakat, bagaimana mereka mahu bersepakat untuk membina dan mentadbir negara? Sudah tentu akibat ketidaksepakatan mereka sesama sendiri, pentadbiran negara akan bertambah caca marba akibat perbalahan pendapat sesama sendiri. Inilah masalah utama Pakatan Pembangkang," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau juga menjangkakan bahawa ahli-ahli dan kepimpinan Pas juga terbahagi dua di mana satu puak akan menyokong kenyataan Azmin manakala satu puak lagi akan mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Pas perlu sedar bahawa di kalangan kepimpinan mereka ada pengikut-pengikut tegar Anwar Ibrahim. Selama ini, sememangnya Anwar telah meletakkan orang-orangnya untuk meliberalkan Pas dan juga akan menenggelamkan suara majlis syura ulama Pas.

"Kenyataan Azmin itu sudah cukup untuk menggambarkan penolakan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas dan saya yakin kenyataan Azmin itu keluar setelah mendapat restu dari kepimpian tertinggi PKR," tegas beliau.

Justeru itu beliau menyeru rakyat, khususnya ahli-ahli PKR dan Pas agar membuka mata supaya tidak tertipu dengan permainan politik kepimpinan di dalam ketiga-tiga parti tersebut.

"Apa yang jelas, mereka tidak pernah sepakat. Tanpa kesepakatan, bagaimana kita mampu untuk mentadbir negara dengan baik? Mereka lebih banyak menghabiskan masa berbalah sesama sendiri untuk menegakkan kepentingan politik parti masing-masing, sehingga mengabaikan rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat dan kerajaan," ujarnya. -MediaUMNO

Najib Wants Youths To Contribute To Country’s Developement, Rise Above Personal Interests

Posted: 18 Jan 2013 02:52 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 18 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak wants youth in the country to think and contribute to the development of the community and the country, and to rise above their personal interests.

He said the government was prepared to give any aid and assistance to ensure success of activities and programmes that would benefit the people, including the young generation who were deemed as national assets.

“We want these young people not to look at themselves as individuals, but how they can serve the country above their personal interests.

“How they can, with the spirit of volunteerism, serve the community and the country as a whole so that they will become selfless individual, individual who cares for the community, who cares for others and who we can be proud of,” he said at the launch of 1Malaysia Ambassador programme here today.

The 1Malaysia Ambassador is a programme under the 1Malaysia For Youth (iM4U) initiative mooted by the prime minister to enable youths in Malaysia to carry out voluntary activities that would benefit the society.

Najib said the platform also provides financial support for voluntary projects under the 1Malaysia Voluntary Fund (DRe1M).

He said to inculcate the spirit of volunteerism among youths, a mass programmes involving youths across the country would be held on Feb 3.

“We will encourage various voluntary activities to be held simultaneously and I will personally be involved in the programme. All Cabinet ministers, chief ministers and menteris besar from Perlis to Sabah will also be involved in the programme,” he said.

Meanwhile, 20 youth icons who had made significant contributions to the country in various fields were named as the 1Malaysia Ambassador.

They are Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Teoh Su Lim (Micheal Teoh), Deborah Priya Henry, Abdul Jabbar Mohammed Kahar (Imam Muda), Zulfahmi Khairuddin, Anand Rajaram, Roshan Chandrasekhar and Afdlin Shauki Aksan.

Also Khairul Fahmi Che Mat, Lim Kok Gin (Jin), Lim Teik Yin (Jack), Mohammed Noh Salleh (Noh Hujan), Mohd Zhariff Afandi, Joel Neoh Eu-Jin, Nurshahila Amir Amzah (Shila Amzah), Sazlini Falak (Sazzy Falak), Shazrina Tan Sri Azman Hashim (Mizz Nina) and Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet).

School Aid Govt’s Continuous Care – Rais

Posted: 18 Jan 2013 02:15 AM PST

JELEBU, Jan 18 – Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim described the RM100 school aid provided to all school students this year, as the government’s continuous care in easing the people’s burden.

The aid clearly showed the government’s concern and hence people ought to translate their appreciation into full support for the government, he said.

“With such assistance programmes we find that parents can feel the government’s responsibility and care for their welfare, which is constantly spoken about,” he told reporters after distributing the school aid for the Jelebu parliamentary constituency at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al Haj, here today.

Also present were Klawang and Chennah assemblymen Datuk Yunus Rahmat and Datuk Siow Chen Pin, respectively.

Rais, who is Jelebu member of parliament, further remarked that the government’s assistance did not just stop there, as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) of RM500 would be distributed next month.

Meanwhile, the parents who received the money on behalf of their children, unanimously said the aid helped in easing their expenses for school supplies.

Self-employed Hashim Rahmat, 43, said,” I’m very grateful to the government for this help as it has come in handy for my children.”

Food stall operator and mother of one, Mahani Abdul Rahman, 30, also expressed her gratitude to the government for the aid and said it was timely.

A total of RM1.04 million was allocated to the Jelebu parliamentary constituency for the benefit of 10,000 school children there.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT