SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, January 22, 2013

UMNO Online - “Pas Di”Sunat”kan DAP Buat Kali Yang Kedua” plus 9 more

UMNO Online - “Pas Di”Sunat”kan DAP Buat Kali Yang Kedua” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pas Di”Sunat”kan DAP Buat Kali Yang Kedua

Posted: 21 Jan 2013 06:38 AM PST

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura. Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," demikian rayu Karpal Singh.

Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali pula berkata, “pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu”.

Nik Aziz secara tegas, mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Jurublog pula berpendapat, “ke tiga-tiga orang ini hanya sedang melakonkan watak masing-masing untuk memastikan penyokong dan pengikut masing-masing terus kekal bersama pakatan”.

Karpal mewakili pendirian keseluruhan pengundi bukan Islam. Azmin pula mewakili golongan pengundi Islam dan bukan Islam yang liberal dan boleh apa saja. Manakala Nik  Aziz mewakili pengundi yang sangat sensitif dengan hal-ehwal Islam.

Demi undi, jurublog tidak terkejut jika Pas mengambil ketetapan keluar pakatan menjelang PRU 13 di atas “persefahaman sulit yang dicapai antara parti-parti gabungan pakatan”, jika kaedah itu berupaya menambah undi secara pukal dari semua penganut agama.

Cuma mereka perlu pastikan jangan bertembung 3 penjuru dalam PRU nanti. Percaturan “bergaduh olok-olok” ini mungkin boleh memberi impak berganda kepada kekuatan mereka untuk berhadapan dengan BN secara “one to one” di setiap kawasan.

Cuma mereka perlu pastikan jangan bertembung 3 penjuru dalam PRU nanti. Percaturan “bergaduh olok-olok” ini mungkin boleh memberi impak berganda kepada kekuatan mereka untuk berhadapan dengan BN secara “one to one” di setiap kawasan.

Yang penting, DAP dapat sokongan bukan Islam. Pas dapat sokongan Islam melayu. PKR pula menahan lukah di pergentingan. Masing-masing di undi oleh kaum dan penganut agama masing-masing disebabkan keberanian “bergaduh olok-olok” dalam isu kalimah Allah.

Penyokong Pas akan buang undi kepada DAP di kawasan yang ditandingi DAP, manakala penyokong DAP akan undi Pas di kawasan yang ditandingi Pas.

Di kawasan yang ditandingi PKR masing-masing akan sokong PKR. Semua ini boleh dilakukan kerana yang paling utama bagi mereka bukan isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah hanya sebahagian dari “game plan” mereka untuk menyamun undi.

Boleh kerat kuku, penyokong Pas ini sebenarnya lebih benci kepada UMNO daripada benci kepada sikap Karpal dan DAP yang memanipulasi nama Allah. Keimanan mereka berdasarkan keyakinan kepada “kuasa politik” dan bukan keyakinan kepada “Yang Maha kuasa”. Mereka sebenarnya lebih cintakan kuasa dari cinta kepada Yang Maha Kuasa.

Kalau tidak masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak masakan lari ikut pintu belakang dan mengelak dari soalan wartawan.

Kedayusan mereka untuk berpegang sepenuhnya kepada keyakinan kepada Allah yang Esa telah menyebabkan rakan DAP yang kononnya sudah diberi kefahaman tentang Islam sebenar, akhirnya lebih berjaya mendakwahkan dakyah Kristian kepada mereka secara halus.

Hajat Pas, nak jadi “tok mudim” kepada DAP yang konon semakin dekat dengan Islam. Akhirnya tok mudim Pas sendiri yang kena “sunat” kali ke-2 dek DAP.

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)

Isu Kalimah Allah – Tindakan Anwar Sembunyi Tengkuk, Berdiam Diri Dibidas

Posted: 21 Jan 2013 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendiamkan diri menyembunyikankan tengkuk dari memberikan sebarang komentar mengenai  polemik  isu kalimah Allah yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng baru-baru ini, dilihat merupakan jalan selamat bagi beliau apatah  lagi kepimpinan Pas akhirnya menukar  pendirian mereka  berhubung isu tersebut.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman beranggapan bahawa Anwar kini teperangkap di dalam permainan politiknya sendiri apabila kepimpinan Pas baru-baru ini, termasuk Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini bersetuju dengan isu kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, akur dengan keputusan majlis syura ulama Pas.

"Bila kepimpinan Pas ambil keputusan tidak mahu bersubahat dalam isu ini, jelas Anwar mati akal. Sebab itu kita lihat tidak ada sebarang kenyataan berhubung isu ini yang dikeluarkan oleh beliau. Ini merupakan jalan selamat bagi beliau agar tidak dipandang serong oleh kepimpinan Pas mahupun DAP.

"Begitulah sikap Anwar. Jika sesuatu isu itu dilihat tidak mendatangkan keuntungan pada kepentingan politiknya, beliau akan mengambil jalan berdiam diri. Tetapi jika ada sesuatu isu yang dilihat akan memberikan keuntungan politik bagi dirinya, beliau akan hebohkan satu dunia, biarpun isu tersebut belum tentu lagi sejauh mana kebenarannya," tegas beliau kepada UMNO-Online hari ini.

Tambah Satim, beliau yakin bahawa Anwar akan terus mendiamkan diri dalam isu ini untuk menjaga hati pengikut dan penyokong Pas dan juga DAP.

"Anwar tahu kalau beliau menyatakan pendiriannya sekali lagi berhubung isu ini, sudah tentu ada diantara dua parti tersebut, samada Pas atau DAP akan membidas beliau. Jadi, mahu tak mahu beliau terpaksa mendiamkan diri daripada membuat sebarang komen tentang isu tersebut kerana bimbangkan retak di dalam Pakatan akan menjadi belah.

"Dan secara umumnya rakyat sehingga ke hari ini sudah jelas dengan pendirian  Anwar, bahawa beliau masih lagi tetap dengan keputusannya yang  bersetuju bahawa kalimah Allah boleh diguna pakai oleh orang bukan Islam, seperti mana yang diumumkan beliau bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

"Tapi tak tahulah kalau esok lusa beliau juga pusing kenyataannya, namun saya yakin Anwar akan terus berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan tentang isu ini sebagai jalan selamat demi kepentingan politiknya di dalam Pakatan Pembangkang," ujarnya. -MediaUMNO

Guan Eng Continues To Evade Questions On Word “Allah”

Posted: 21 Jan 2013 04:35 AM PST

GEORGE TOWN, Jan 21 – Penang Chief Minister Lim Guan Eng has continued to evade questions on PAS Syura Council’s decision to reject the use of the word ‘Allah’ in the Malay-language Bible.

He ignored the questions after holding a news conference to refute the state government’s involvement in the Penang Run 2013, here today.

Lim, who is also DAP secretary-general, also did not entertain questions on the word from reporters as he left a function at his office.

The word ‘Allah’ became an issue when Lim, who is DAP secretary-general, in his speech during a Christmas celebration, called for the federal government to allow Christians to use the word Allah in the Malay-language Bible.

Lim’s call received various protests, but was lauded by the opposition party leaders.

However, PAS and its spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, made a U-turn in his stand and disagreed with Lim because the word referred to the one and only God in Islam, and to allow other religion to use the word, according to him was ridiculous

Meanwhile, Lim also refused to response to a question on a demonstration staged by group of people against the DAP at the party’s Air Putih service centre today allegedly over its undemocratic stand in the recent party election.

“Let them assemble …. I will comment tomorrow,” said the chief minister.

Meanwhile, Penang Deputy Chief Minister II P.Ramasamy denied that his supporters were behind a series of protests held against the DAP for allegedly manipulating the results in the Central Executive Committee (CEC) election.

“My supporters will not do that… they will ask for my opinion first,” he added.

Penang BN Candidate List Submitted To PM

Posted: 21 Jan 2013 04:32 AM PST

KEPALA BATAS, Jan 21 – The list of Penang Barisan Nasional candidates for the 13th General Election (PRU 13) has been submitted to Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penang BN chairman Teng Chang Yeow said, the state BN was confident the candidates shortlisted were capable of winning PRU 13, nevertheless, the Prime Minister, who is also BN president, would make the final selection.

“The final say on the candidates rests in the hands of the BN chairman and, I, at state level can only give my views and feedback on those picked,” he said after handing over RM200 to each of 572 excellent students who scored 8A and 9A in the Lower Secondary Evaluation examination last year.

On another development, Teng regretted the allegation by deputy Chief Minister II P. Ramasamy that Gerakan was responsible for organising the 2013 Penang Run which coincided with Thaipusam on Sunday.

He said, Ramasamy was politicising the matter, although he was aware that the event was organised by a non-government organisation.

The organiser of the run had also issued a statement that the event was aimed at encouraging the people to practice a healthy life style.

The event was held on a public holiday which was, coincidentally, on the same day as the Thaipusam celebration.

The 2013 Penang Run was organised by the Tanjung Social Club and Penang Forward Sports Club with the cooperation of Universiti Sains Malaysia and the Penang Youth and Sports Department.

Jangan Buang Masa Melobi Untuk Jadi Calon Pilihan Raya – Ahmad Zahid

Posted: 21 Jan 2013 04:30 AM PST

BAGAN DATOH, 21 Jan –  Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang tersingkir daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 dinasihatkan supaya tidak melobi pada saat akhir kerana tindakan itu hanya membuang masa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak perlu melobi ketua perhubungan negeri, anggota majlis tertinggi atau naib presiden parti untuk menjadi calon kerana beliau percaya Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempunyai senarai calon yang sesuai.

“Pada hemat saya Perdana Menteri selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO  telahm empunyai senarai calon yang sesuai bagi menggantikan kawasan-kawasan yang mempunyai calon yang bermasalah,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di sini, Isnin.

Katanya, Najib telah meminta tiga nama yang berpotensi sebagai calon disenarai bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN kira-kira lapan bulan lepas dan sudah pasti Perdana Menteri telah menilai senarai berkenaan.

“Namun terdapat nama-nama yang didapati tidak sesuai untuk menjadi calon walaupun ia dikemukakan oleh kepimpinan akar umbi disebabkan laporan-laporan yang tidak memihak kepada calon berkenaan.

“Yang demikian ada kemungkinan di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN terpaksa dicari calon lain,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, calon yang dianggap mempunyai kelebihan mungkin terdiri daripada tokoh akademik, korporat atau tokoh-tokoh lain yang boleh memenangkan sesuatu kawasan yang ditandingi BN.

“Jadi, jangan anggap mereka sebagai calon payung terjun. Itu adalah calon daripada parti,” katanya.

Anwar Dicabar Nyatakan Pendirian Berhubung Pendirian Pemimpin Pas

Posted: 21 Jan 2013 04:25 AM PST

KUALA PILAH, 21 Jan – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya terhadap pemimpin Pas yang tidak berganjak daripada keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu walaupun bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

“Saya nak tanya, apa pendirian dia sekarang, nak berlakon lagi dengan menyatakan kami (pakatan pembangkang) ini bersatu padu, mantap dan sebagainya. Saya nak tanya dia, tolong jawab apa pendiriannya dengan keputusan terbaru pemimpin Pas iaitu bahawa mereka akan ikut (keputusan Majlis) Syura (Ulama).

“Jangan membohongi rakyat kerana rakyat nampak semua ini, rakyat nampak mereka ini berlakon dan jangan cari alasan lain dan sebagainya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh, dekat sini, hari ini.

Isu kalimah Allah ini dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah, dan beberapa portal kemudian melaporkan pada 8 Jan bahawa majlis pimpinan pakatan pembangkang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan penganut semua agama.

Bagaimanapun, Pas melalui mesyuarat Majlis Syura Ulamanya pada Ahad menukar keputusan dengan mengatakan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja menukar pendirian, malah menyifatkan pengunaan nama Allah dalam Bible sebagai mengarut.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata pemimpin Pas sepatutnya lebih awal membuat keputusan berhubung isu itu.

PM Tingkatkan Profil Malaysia Sebagai Destinasi Pilihan Di WEF

Posted: 21 Jan 2013 01:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland tahun ini untuk membina keyakinan yang kukuh bagi Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan, pendidikan dan pelancongan pilihan di Asia.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan memasarkan penjenamaan Malaysia berdasarkan kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sejak pelancarannya pada Oktober 2010 pada forum yang menghimpunkan tokoh politik dan ekonomi dunia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dengan perhimpunan lebih 2,500 pelabur, pemimpin perniagaan dan pembuat dasar paling berkuasa dan berpengaruh di dunia ini, WEF merupakan platform terbaik kerana ia menampilkan khalayak global yang lebih luas.

“Memandangkan persekitaran yang semakin sengit persaingannya, Malaysia perlu meningkatkan profilnya dengan menonjolkan kejayaan ETP dan persekitaran mesra perniagaan negara ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata meskipun Perdana Menteri mempunyai jadual domestik yang ketat, lebih-lebih lagi dengan pilihan raya umum yang rata-rata dijangkakan diadakan pada Mac tahun ini, “usaha perlu diteruskan untuk menarik pelabur, mengembangkan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan.”

Najib akan berlepas pada Rabu untuk mengetuai perwakilan Malaysia ke WEF dari 23 hingga 26 Januari.

WEF adalah satu daripada perhimpunan perniagaan tahunan paling penting dan berprofil tinggi di dunia.

Tema bagi forum tahun ini ialah “Resilient Dynamism (Dinanisme Berdaya Tahan)” dan pemimpin-pemimpin dunia akan memincangkan cara-cara negara dan perniagaan boleh membina daya tahan risiko dan menyesuaikan diri untuk berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sosial dan ekonomi baharu dalam dunia yang semakin saling berhubungan ini.

Sebagai pemimpin sebuah negara yang telah bergerak menentang arah aliran global serta melalui program transformasi yang berani, Najib akan mengambil peluang untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin dunia lain dan membantu membentuk agenda global pada 2013.

Mustapa berkata program Perdana Menteri kelak termasuklah pertemuan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte; dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pascal Lamy.

Beliau juga akan mengambil bahagian dalam satu sesi televisyen bertajuk “The Economic Malaise and Its Perils (Kelesuan Ekonomi dan Padahnya)”.

Di sini, Najib akan bercakap tentang isu-isu ekonomi global bersama dengan ahli-ahli panel termasuk Ali Babacan, Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan Turki; dan Olafur Ragnar Grimsson, Presiden Iceland.

Juga akan diadakan satu sesi bertajuk “Asean: Resilience in Diversity (Asean: Daya Tahan dalam Kepelbagaian)”.

Dalam sesi ini beliau akan disertai oleh ahli politik Asean, termasuk Presiden Filipina, Benigno Simeon Aquino III.

Najib akan juga menarik tumpuan dalam rancangan bual bicara bersama wartawan terkenal CNN, Fareed Zakaria, yang akan menyaksikan beliau menyentuh tentang transformasi ekonomi Malaysia serta isu-isu global.

Mustapa berkata Najib akan juga menemui tokoh-tokoh media dan pemikir antarabangsa serta ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat-syarikat terkemuka dunia.

Selain Mustapa, Najib akan diiringi oleh beberapa anggota Kabinet lain dan CEO Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Datuk Seri Idris Jala.

Anggota-anggota perwakilan lain termasuklah ahli-ahli perniagaan terkenal dan ketua agensi-agensi Malaysia.

Najib akan juga menjadi tuan rumah kepada ‘Malaysian Night’, satu majlis pertemuan khusus yang bertujuan menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan korporat untuk mempamerkan yang terbaik daripada budaya, perniagaan, potensi ekonomi dan makanan Malaysia, serta umumnya negara ini dan rakyatnya.

Syarikat-syarikat terkemuka yang menghadiri WEF termasuklah Sapura, Peremba, Khazanah Nasional, YTL Group, Felda dan AirAsia.

Kegagalan Projek Balak Di PNG : MB Kedah Diselar Cuba Salahkan Pihak Lain

Posted: 21 Jan 2013 01:36 AM PST

ALOR SETAR, 21 Jan – Seorang ahli perniagaan menyelar Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana cuba menyalahkan pihaknya akibat kegagalan projek pembalakan di Papua New Guinea (PNG) membabitkan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) yang menandatangani perjanjian dengan syarikatnya, MAS Incorporated Ltd.

Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid, ahli perniagaan dari Kedah, berkata Azizan seharusnya menerangkan perkara sebenar dan bukan menjadikan dirinya sebagai ‘kambing hitam’ apabila projek yang dirancang secara usahasama itu gagal.

“Saya yakin Menteri Besar diberi maklumat salah oleh pegawai-pegawainya sehingga dia hendak saman agar saya pulangkan balik bayaran muhibah sebanyak RM1.2 juta yang menjadi hak saya.

“Dalam perjanjian dijelaskan bahawa bayaran ini tidak boleh dituntut balik sama ada projek berjaya atau gagal. Adakah pegawai-pegawai dia (MB) tidak tahu hal ini,” kata Abdul Manaf pada sidang media di sini, Isnin.

Ahli perniagaan itu tampil untuk membersihkan namanya selepas dituduh oleh Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Ketua Penerangan PAS Kedah Zulkifli Yahya sebagai juara putar alam dan penyeleweng berkaitan kegagalan usahasama projek pembalakan PMBKed dan MAS Incorporated Ltd di PNG.

PMBKed dan MAS Incorporated menandatangani perjanjian usahasama projek pembalakan pada 2008 dengan agensi itu membeli 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated Ltd pada harga RM31.21 juta untuk memajukan dua kawasan seluas 114,429 hektar di PNG manakala Abdul Manaf memegang baki ekuiti itu.

Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan sebuah agensi di bawah Menteri Besar Diperbadankan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai-pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010.

Laporan itu antara lain menyatakan sebab utama berlaku kerugian ialah ketidakupayaan kewangan PMBKed dan pengurusannya yang lemah.

Abdul Manaf, bekas duta sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan, kecewa kerana menteri besar pernah menyatakan beliau sendiri akan menggerakkan usaha agar projek itu berjaya selepas perjanjian ditandatangani.

“Apabila projek ini gagal dia mula keluarkan kenyataan bercanggah untuk menutup kelemahan kerajaan negeri….cakaplah perkara benar. Tak usahlah nak laksana projek ini jika tidak mampu dan tiada wang.

“Cabaran saya agar pihak berkuasa kerajaan negeri Kedah membuktikan dakwaan bahawa terdapat penyelewengan dalam usahasama pembalakan dan perladangan yang gagal di PNG belum dijawab sehingga hari ini,” kata Abdul Manaf.

Katanya pajakan 99 tahun projek itu membabitkan kawasan seluas 41,150 hektar 100 peratus masih lagi di bawah namanya selepas memutuskan hubungan dengan PMBKed pada 2011 dan sedang berunding dengan syarikat lain untuk melaksanakannya.

Isu Pemilihan DAP : ROS Panggil Dua Ahli Parti

Posted: 21 Jan 2013 01:33 AM PST

PUTRAJAYA, 21 Jan – Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) akan memanggil dua ahli DAP yang mendakwa berlaku manipulasi dalam pilihan raya parti itu baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bantuan mereka diperlukan kerana ROS sedang memulakan siasatan terhadap skandal pilihan raya parti itu.

“Lebih banyak bukti diperlukan, oleh itu mereka dipanggil untuk membantu ROS,” katanya  di sini, hari ini.

Pada 15 Januari, dua ahli DAP menghantar surat aduan kepada ROS mendakwa berlaku manipulasi dalam pilihan raya parti dan meminta siasatan dilakukan.

Terdahulu, Vincent Wu memperoleh 1,202 undi, mengatasi nama-nama besar seperti Zairil Khir Johari, Naib Pengerusi M Kulasegaran, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh.

Kemudian, DAP mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, membolehkannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP.

Beza BN Dengan Pas… BN Janji Ditepati, Pas Tabur Janji Tak Pasti

Posted: 21 Jan 2013 01:25 AM PST

KOTA BAHRU, 21 Jan – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan Kelantan sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang adalah bukti kesungguhan kerajaan Persekutuan yang menjadi jurang perbezaan dengan kerajaan Negeri tadbiran Pas, kata Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Ujarnya, beza antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah terletak dalam merialisasikan kata untuk kesejahteraan rakyat.

"Itulah bezanya, Perdana Menteri bercakap hanya setengah jam tetapi tujuh projek besar untuk manfaat rakyat diumumkan sedangkan kerajaan Pas mentadbir telah lebih 20 tahun namun pelbagai projek mega masih gagal dilaksana," katanya kepada UMNO-Online.

Tujuh projek yang diumumkan ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.

Projek lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos kira-kira RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta menyelesaikan masalah air.

"BN menepati slogannya 'Janji Ditepati' dan ini amat berbeza sekali dengan apa yang dilaksanakan oleh kepimpinan Pas yang telah lebih 22 tahun berkerajaan di Kelantan tetapi pelbagai projek yang dijanjikan gagal dilunaskan selain banyak pula janji lain terus ditabur," katanya ADUN Kok Lanas.

Tambahnya, pelbagai projek yang dijanjikan oleh kerajaan Pas sebagaimana pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion yang masih beum siap, Bandar Perikanan di Tok Bali, Projek Agro Tourism Pergau, Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian, Jambatan Palekbang dan Kampung Cina, Pelabuhan Darat di Kuala Krai dan macam-macam lagi.

Ahad lalu, Perdana Menteri yang berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong menekankan hanya dengan transformasi maka masa depan rakyat Kelantan boleh diubah dan diperbaiki dan BN sentiasa meletakkan kemahuan tersebut sebagai sebahagian dasar perjuangan parti itu. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT