SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, January 14, 2013

UMNO Online - “UMNO Besut Lancar Gerak Kerja Peti Undi” plus 3 more

UMNO Online - “UMNO Besut Lancar Gerak Kerja Peti Undi” plus 3 more

Link to UMNO Online

UMNO Besut Lancar Gerak Kerja Peti Undi

Posted: 13 Jan 2013 07:03 AM PST

BESUT, 13 Jan – UMNO Bahagian Besut melancarkan gerak kerja peti undi dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Besut dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh berkata UMNO bahagian akan memastikan semua yang terlibat dalam jawatankuasa peti undi mengerakkan kerja, mengemas kini fail serta menceriakan bilik gerakan masing-masing.

Beliau berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk setiap pemimpin dan anggota parti bekerja secara serius, fokus dan bijak akal menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan membuktikan kemenangan dua pertiga akan berpihak kepada calon BN di Besut pada PRU-13 ini dan seterusnya membantu Terengganu kekal di tangan BN lagi”, katanya selepas melancarkan gerak kerja peti undi kawasan Jerteh di Bandar Jerteh malam tadi.

Idris berkata UMNO Bahagian Besut mempunyai cara sendiri dalam menawan hati pengundi di Besut dan setakat pemantauan sekarang ianya berpihak kepada BN.

Cultural Programmers Best Platform To Strengthen Racial Unity

Posted: 13 Jan 2013 06:52 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 13  - The holding of cultural programmes to celebrate the festival of a community could be the best platform to strengthen unity among the multi-racial community of the country.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the cooperation forged in organising such programmes would promote greater awareness of the 1Malaysia spirit.

“If such programmes continue to be held, the communities in the country would understand each other better. Otherwise, the people would not know what is the Ponggal, Deepavali and Thaipusam festivals,” he told reporters after presenting contributions for the Ponggal Festival, 2013 here today.

Based on his personal experience, he said such cultural programmes gave wide exposure to him on the culture of other races.

“As such, the programes are important because being ignorant of each other’s culture could sow prejudice,” he said.

At the ceremony, about 2,500 Indian families from five areas in Lembah Pantai received contributions such as milk, sugarcane, young mango and coconut leaves to celebrate the Ponggal festival contributed by the Lembah Pantai Indian Welfare, Social and Cultural Association.

Ubah Kerajaan Selangor, Kekalkan BN Di Putrajaya – Najib

Posted: 13 Jan 2013 06:44 AM PST

KLANG, 13 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat Selangor supaya mengubah kepimpinan kerajaan negeri Selangor kepada Barisan Nasional (BN) selain mengekalkannya sebagai kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Jangan ubah kerajaan Persekutuan, ubah kerajaan negeri (Selangor). Kita ubah (kerajaan) di Selangor, kekalkan BN di Putrajaya,” katanya semasa berucap pada Himpunan Rakyat Pesta Ponggal 2013 di Padang Cetti di sini, hari ini.

Beliau berkata jika pembangkang mengajak rakyat mengubah kerajaan, rakyat Selangor telah pun berbuat demikian dengan memilih kepimpinan pakatan pembangkang sebelum ini.

Namun, beliau meminta rakyat Selangor untuk menilai sama ada pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang itu benar-benar boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka termasuk masyarakat India di negeri ini.

Perkara itu ketara apabila kerajaan pakatan pembangikang gagal menyelesaikan banyak masalah di Selangor seperti bekalan air bersih dan kutipan sampah selain tidak mengotakan banyak janjinya dalam Manifesto Pilihan Raya 2008.

Beliau berkata antara janji yang tidak ditunaikan Kerajaan negeri Selangor ialah pemberian elaun kepada ibu tunggal.

“Pembangkang di Selangor kata nak buat macam-macam untuk Sekolah Tamil tapi ‘elek’ (tiada dalam Bahasa Tamil). Saya boleh sebutkan satu per satu Sekolah Tamil yang kita bantu,” katanya.

Selain Sekolah Tamil, Najib berkata kerajaan juga membantu badan bukan kerajaan (NGO) India seperti Sri Murugan Centre (SMC) meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat India.

Perdana Menteri berkata sudah lebih empat tahun rakyat Selangor tertipu dengan janji manifesto pakatan pembangkang dan beliau melabelkan janji pembangkang sebagai “Janji Kampung Buah Pala” sempena sebuah kampung di Pulau Pinang, di mana kerajaan pembangkang gagal mengotakan janjinya untuk memastikan ia tidak diambil pemaju.

“Kita jangan kena tipu, kita boleh kena tipu sekali tetapi jangan berkali-kali.Jangan nak merendahkan intelek kaum India untuk berfikir,” katanya.

Najib berkata jika BN diberi mandat mentadbir negeri Selangor, kerajaan pimpinan BN akan memastikan negeri ini lebih hebat, maju dan berjaya.

Perdana Menteri juga berkata sepanjang empat tahun lepas, BN telah banyak membantu kaum India seperti bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil, skim mikro-kredit dan peningkatan kemasukan pelajar-pelajar India ke matrikulasi.

Walaupun pendekatan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat termasuk kaum India sudah berubah, Najib berkata beliau tidak boleh mengatakan masalah itu telah selesai.

“Ia bagaikan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di mana rangka-rangkanya telah dibangunkan, cuma kerajaan memerlukan mandat dari rakyat bagi menyiapkan rumah itu sehingga tercapai Wawasan 2020 di mana Malaysia akan berstatus negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau memberi jaminan jika kekayaan negara meningkat, ia akan diagih-agihkan kepada rakyat.

Najib juga berkata menerusi program turun padangnya di Pasar Jawa di sini, beliau dapat menyaksikan usaha BN selama 55 tahun memerintah di mana setiap kaum berpeluang mencari rezeki dengan adanya sokongan kerajaan.

Dengan kaum India cenderung menceburi bidang profesional seperti doktor, peguam dan jurutera, beliau berharap golongan India kelas pertengahan akan turut maju selain kerajaan akan membantu pekerja-pekerja India di ladang-ladang.

“Sebab itu kerajaan melakukan transformasi dari aspek penyampaian, sosio dan politik. Dalam empat tahun lepas, Malaysia menjadi sebuah negara hebat daripada segi kemajuan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan memberi perhatian kepada semua kaum dan berusaha menunaikan janji-janjinya.

Berbanding pakatan pembangkang, beliau berkata BN menunaikan tanggungjawabnya dengan mengotakan janji yang boleh ditepati dan berusaha meningkatkan perbendaharaan negara untuk mendapatkan mandat rakyat.

Najib berkata BN juga memerlukan lebih masa untuk mencapai Wawasan 2020 selain sokongan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia dan ‘nambikei’ iaitu konsep saling percaya mempercayai dan yakin di antara satu sama lain yang diamalkan oleh kaum India.

Perdana Menteri juga berkata kehadirannya bersama-sama para pemimpin parti komponen BN pada perayaan Ponggal itu menunjukkan BN amat peka dan prihatin terhadap semua rakyat pelbagai kaum.

“Jika kita hadir majlis seperti Ponggal, kita akan lebih faham, kita akan rasa aspirasi, sensitiviti, setiap kaum, agama, keturunan, komuniti besar atau kecil yang ada di Malaysia,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim, Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Bilik Gerakan Operasi PDM Mula Beroperasi 1 Feb

Posted: 13 Jan 2013 06:30 AM PST

GEORGE TOWN, 13 Jan – Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan mengingatkan semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) membuka bilik gerakan operasi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing selewat-lewatnya 1 Februari ini.

Beliau berkata Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan arahan itu pada minggu lepas.

“Bilik gerakan pusat daerah mengundi hendaklah dibuka pada 1 Februari ini. Itu arahan terbaru daripada pucuk pimpinan parti. Kalau yang belum ada bilik gerakan hendaklah mencari bilik gerakan.

“Kalau selama ini bilik gerakan itu menyewa sebuah kedai di satu jalan, sewalah. Kalau bilik gerakan itu di balai raya yang tertentu yang menjadi pusat kegiatan parti selama ini maka di situlah. Yang pentingnya bilik gerakan itu mula beroperasi pada 1 Feb 2013,” katanya kepada pemberita selepas melawat PDM Permatang Damar Laut, dekat sini hari ini.

Beliau berkata bilik gerakan itu berperanan sebagai pusat jentera parti untuk beroperasi menjelang pilihan raya umum ke-13.
Katanya terdapat 7,531 PDM di seluruh negara dan beliau akan melawat setiap bilik gerakan operasi PDM dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima 700 borang permohonan keahlian baru Parti Progresif Penduduk (PPP) bagi penduduk Batu Kawan.

Beliau yang mengalu-alukan perkara itu berkata permohonan itu menunjukkan tanda sokongan masyarakat terhadap BN yang semakin meningkat sekaligus menambah keyakinan parti itu mampu menawan semula Pulau Pinang.

“Ini juga satu petanda bagaimana Barisan Nasional semakin mendapat sokongan. Setiap hari kita menerima orang masuk anggota Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP…ini satu petanda yang amat baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT