UMNO Online - “Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara – Muhyiddin” plus 9 more |
- Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara – Muhyiddin
- Pembangkang Hanya Cekap Buat Fitnah Dari Tunai Janji Kepada Rakyat
- Anwar Patut Utamakan Pendirian Ulama Dalam Majlis Syura Bukan Pertahan DAP
- Sarawak BN Wanita Wing To Launch Election Machinery On Feb 4
- Malaysia Berada Dalam Kedudukan Ekonomi Yang Baik Walau Pun Berlaku Krisis Global
- Politikkan Isu Saksi RCI Tidak Akan Bantu Masyarakat Sabah – Rosnah
- Bukalah Baju NGO.. Silalah Majlis Peguam Untuk Bertanding Pada PRU 13
- Kabinet Bayangan Ibarat Duri Dalam Daging Pakatan Pembangkang
- Hinanya Majlis Syura Pas Di Mata Pakatan Pembangkang
- Janji 7 Projek Besar Bawa Penilaian Besar Rakyat Kelantan Terhadap Kegagalan Pas Selama Lebih 20 Tahun
Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara – Muhyiddin Posted: 23 Jan 2013 03:20 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Jan – Umat Islam di negara ini mesti bersatu menguatkan barisan dan memantapkan perjuangan untuk memastikan Islam terus terpelihara dan berada pada martabat yang tinggi serta mulia. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam kini berdepan cabaran yang amat besar untuk mengekalkan kemuliaan agama dan kekuatan ummah berpandukan pedoman Al-Quran dan Al-Sunnah. Justeru, beliau berkata resepi terbaik adalah dengan menjadikan syariat Islam asas panduan dan pedoman dalam segenap aspek kehidupan. “Umat Islam tidak boleh membiarkan anasir-anasir jahat merosakkan kemuliaan agama kita. “Usaha tersebut tentunya bukan sesuatu yang mustahil kerana Rasulullah S.A.W. sendiri berjaya membimbing masyarakat Islam terawal sehingga menjadi umat yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul 1434/2013. Selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Muhyiddin mengajak masyarakat Islam di negara ini bermuhasabah melihat sejauh mana umat Islam berpegang kepada ajaran Islam dan melaksanakan segala titah perintah Allah dan RasulNya. Katanya, sambutan Maulidur Rasul adalah salah satu cara umat Islammenunjukkan sanjungan serta kasih sayang terhadap perjuangan dan pengorbananRasulullah S.A.W. yang tidak pernah kenal erti penat, gentar jauh sekali dibelenggu rasa kecewa demi mengembangkan Islam dalam keadaan serba kekurangan sekaligus berjaya menyatukan umat manusia di bawah satu agama. “Adakah kita telah menjadikan perjuangan Rasulullah S.A.W. sebagai panduan hidup kita terutamanya dalam memelihara penyatuan ummah di negara kita, dan juga dalam memastikan Islam menjadi agama yang dihormati. “Jika kita sedar tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. maka tentulah sambutan pada hari ini akan menjadi lebih bermakna,” katanya. Muhyiddin juga mengajak umat Islam di negara ini untuk melipatgandakan usahamenjadi umat yang terbaik, sederhana dan adil dalam apa juga yang dilaksanakan |
Pembangkang Hanya Cekap Buat Fitnah Dari Tunai Janji Kepada Rakyat Posted: 23 Jan 2013 03:14 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan tidak ada apa yang dihairankan melihat tingkah pakatan pembangkang yang semakin gemar melontar fitnah dan memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya mereka berpolitik. Katanya, sejak dari awal pakatan pakatan pembangkang wujud mereka lebih banyak memainkan fitnah daripada merealisasikan janji kepada rakyat dan ia semakin menjadi-jadi menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU). "Mereka melontarkan pelbagai tohmahan kepada kerajaan dan kepimpinan BN kerana semakin tidak keruan dan 'kepanasan' selepas kejayaan pelbagai agenda BN dan juga pelaksanaan lancar pelbagai bantuan untuk rakyat termasuklah bantuan persekolahan RM100 yang diumukan dalam bajet tahun lalu," katanya yang juga Setiausaha Agung BN. Dalam hal ini beliau turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara ini sudah bankrap seperti yang disiarkan dalam Youtube. "Kalau betul kerajaan bankrap mana mungkin wujudnya dana bagi memberikan bantuan persekolahan kepada para pelajar sekolah selain kakitangan awam turut mendapat bonus? Banyak lagi bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk termasuklah BR1M yang akan diteruskan, baucer buku kepada golongan mahasiswa, bantuan kepada golongan belia dan macam-macam lagi yang membabitkan dana tinggi kerana kerajaan kita mampu. "Mereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan saya berkeyakinan bahawa macam-macam lagi tuduhan yang akan keluar yang mana ia tak masuk dek akal pun kerana realitinya telah dinafikan oleh BN." Tegasnya lagi, pakatan pembangkang semakin terdesak sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin tertinggi BN akan diputarbelit untuk dijadikan bahan propaganda dan tohmahan kepada kerajaan. "Kita lihat bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang melakukan lawatan kemanusiaan di Semenanjung Gaza semalam tetapi malangnya ia telah dimanipulasi dengan tuduhan bahawa beliau menyokong keganasan sedangkan realitinya mana-mana individu pun akan mempertahankan harta dan tanah airnya daripada diceroboh sebagaimana Hamas. "Dalam masa pemimpin negara kita melakukan bantuan dan misi kemanusiaan pun pakatan pembangkang lemparkan fitnah sedangkan usaha murni yang meletakkan kerajaan Malaysia sebagai perantara perdamaian antara Hamas dan Fatah tidak pula dinyatakan. " Tambahnya lagi, taktik tersebut akan berlarutan dengan pelbagai perkara lagi akan dibuat. "Sebelum ini pun mereka cuba meniupkan api perkauman dengan pelbagai cara termasuklah kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalanan dan sijil kelahiran yang sah." "Hasil laporan sebenar hanyalah 9,000 orang sahaja malah kerajaan telah sediakan program khusus bagi tangani masalah berkait. Inilah masalah mereka ini yang membuat pembohongan, membuat janji dan akhirnya janji mereka tidak ditepati sebagaimana Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Mereka ini tidak bertanggungjawab," tegasnya lagi. Tohmahan dan fitnah pembangkang juga turut dilemparkan kepada individu disekeliling kepimpinan BN sebagaimana isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor turut dibuat. "Orang dah tahu pembohongan mereka dan mereka tidak dipercayai lantaran permainan politik yang tidak bertanggungjawab. "Ingatlah, undi mereka akan membawa bahana kepada negara kita sedangkan BN sentiasa melaksanakan jani demi kesejahteraan negara pada masa hadapan." - MediaUMNO |
Anwar Patut Utamakan Pendirian Ulama Dalam Majlis Syura Bukan Pertahan DAP Posted: 23 Jan 2013 03:07 AM PST KUALA LUMPUR 23 Jan – Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang sekaligus dilihat menolak ketetapan oleh Majlis Syura Pas adalah tidak wajar sama sekali. Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata ianya menyalahi etika dan amat-amat tidak wajar perkara itu berlaku kerana keketatapan yang dibuat oleh Majlis Syura Pas adalah berdasarkan pandangan majoriti. Menurut beliau Anwar sepatutnya perlu mengambil kira pandangan Majlis Syura Pas dan sewajarnya ketetapan itu didahulukan memandangkan Majlis berkenaan diwar-warkan dibarisi oleh golongan ulama dan cendekiawan Islam Pas. "Dalam ilmu tafsir….. pandangan terkini memansuhkan pandangan yang lama dan terdahulu. Justeru bagi saya, sewajarnya pandangan terkini yang perlu diambil kira. Dan ianya sama sekali amat-amat tidak wajar dan sekaligus menyalahi yang sepatutnya," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini. Kata beliau Anwar boleh jatuh dan boleh dikategorikan dalam situasi menghina kredibiliti ulama Pas yang membarisi Majlis Syura parti berkenaan. "Ini satu perkara yang besar. Kepakaran Anwar adalah dalam politik… dan kepakaran dalam agama adalah orang yang selayaknya. Jadi sama-samalah kita bermuhasabah," katanya. Ustaz Fadlan seterusnya memetik sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan etika/akhlak yang mulia”. Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah di kalangan pembangkang dilihat belum selesai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian bersama pakatan pembangkang sebelum ini agar kalimah berkenaan boleh digunakan oleh bukan Islam. Menurut Ketua Pembangkang seperti yang dilaporan Mstar, Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian mereka sebelum ini walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan bertentangan apabila melarang penggunaanya oleh bukan Islam. “Setakat ini, inilah pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan (Presiden Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu. -MediaUMNO |
Sarawak BN Wanita Wing To Launch Election Machinery On Feb 4 Posted: 23 Jan 2013 02:57 AM PST KUCHING, Jan 23 – The Sarawak Barisan Nasional (BN) Wanita Wing will launch its election machinery on Feb 4 in preparation for the impending poll in colloboration with the national BN Wanita Wing, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wanita deputy chief Datuk Fatimah Abdullah said today. Fatimah, who was tasked with organising the programme, said national BN wanita chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil would also be joining members of the respective wanita wings of the four state BN component parties here in conjunction with the launch, which was expected to be officiated by Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud. “We have our own role to play, especially the meticulous part of it (election preparation), which involved us dealing with the voters on the ground,” Fatimah, who is also state Welfare, Women and Family Development Minister told reporters after attending a briefing by the Sarawak Education Department at Wisma Bapa Malaysia in Petra Jaya here. She has been deputising for PBB wanita chief Puan Sri Empiang Jabu, whom she said was still recovering from a surgery that was done in Singapore. |
Malaysia Berada Dalam Kedudukan Ekonomi Yang Baik Walau Pun Berlaku Krisis Global Posted: 23 Jan 2013 02:47 AM PST SUNGAI PETANI, 23 Jan – Malaysia berada pada kedudukan ekonomi semasa yang baik berbanding banyak negara lain, termasuk negara-negara maju walaupun dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Katanya berdasarkan perkembangan ekonomi pada suku ketiga tahun lepas, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus, sedangkan banyak negara maju mencatatkan perkembangan yang kurang baik. Beliau berkata Jepun mencatatkan 0.1 peratus, Amerika Syarikat (2.6 peratus), United Kingdom (0.0 peratus), Korea Selatan (1.6 peratus) dan Singapura (0.0) manakala zon Euro mencatatkan pertumbuhan negatif selama beberapa sukuan. “Suku ke-empat masih belum diumumkan. Unjuran tahun lepas dicatatkan antara 4.0 hingga 5.0 peratus. Ia masih merupakan ekonomi kukuh kerana permintaan domestik dan pelaburan kita sangat kukuh dan penggunaan sangat tinggi.” “Sepanjang tahun lepas, perdagangan dicatatkan berlebihan. Eksport masihsangat tinggi berbanding banyak negara lain,” katanya selepas merasmikan bangunan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini Rabu. Katanya dakwaan pembangkang bahawa Malaysia sudah muflis tidak berdasarkan fakta dan angka yang sebenar. “Hutang negara kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 53.6 peratus. Kerajaan mahu memastikan pembiayaan berhemah ditetapkan tidak lebih daripada 55 peratus. Pertumbuhan ekonomi kita adalah positif. Kutipan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan kastam sangat positif.” “Tiada petunjuk menunjukkan Malaysia akan jatuh muflis. Hutang kita 53.6 peratus (berbanding) Singapura 107 peratus. Adakah mereka akan muflis? Jepun 221.3 peratus, United Kingdom 90.4 peratus, Amerika Syarikat 72.5 peratus. Jerman, yang merupakan kunci kepada pertumbuhan Kesatuan Eropah (EU), 82.3peratus,” katanya. Berdasarkan perangkaan tersebut, bagaimana pembangkang boleh mendakwa Malaysia muflis? apabila kerajaan sentiasa memastikan hutang tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK dan kos operasi dicatatkan berlebihan, katanya. “Kutipan perolehan meningkat tiap-tiap tahun kerana ekonomi (kita) sihat.Pinjaman hanya (dilakukan) untuk tujuan pembangunan. Kalau (pembangkang) hendakcabar kerajaan, adalah adil kepada rakyat (jika) diberikan fakta dan perangkaan,” katanya. Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawadakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipaparkan di laman sosial YouTube bahawa kerajaan yang ditadbir Barisan Nasional (BN) sudah bankrap, merupakan satu pembohongan besar. Beliau berkata negara mempunyai dana dan sumber, malahan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa sebagai model contoh dalam bidang ekonomi dan perniagaan. |
Politikkan Isu Saksi RCI Tidak Akan Bantu Masyarakat Sabah – Rosnah Posted: 23 Jan 2013 02:43 AM PST PAPAR, 23 Jan – Tindakan pembangkang mempolitikkan keterangan beberapa saksi pertama prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak akan membantu masyarakat negeri itu. Ketua Puteri UMNO yang juga Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perbuatan mereka memilih keterangan seorang dua saksi bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan juga tidak adil kerana masih adalebih 100 saksi bakal dipanggil “…sebagai rakyat Sabah, kita ingin masalah yang menghantui Sabah ini dapat diselesaikan secara baik. “Jangan ambil peluang ini mempolitikkan isu itu untuk mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan kerana ini tidak akan membantu mana-mana pihak pun termasuk rakyat Sabah sendiri,” katanya. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ditemui pemberita selepas menutup Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Kinarut di sini Rabu. Mengulas lanjut, keputusan kerajaan menubuhkan RCI bagi mencari langkahterbaik menangani masalah kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri itu menunjukkan keikhlasan kerajaan pusat. Justeru katanya biarlah mereka yang terlibat, terutama anggota panel RCI,melakukan siasatan dan membuat rumusan tentang apa yang perlu dilakukan. “Ini yang kita mahu capai, kalau mereka (pembangkang) terus bermain politik setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi-saksi…itu langsung tidak akan membantu proses ini,” katanya. Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan Najib pada11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izindi Sabah. Pendengaran prosiding itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, manakala anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping. RCI memulakan pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada 14 Jan dan berakhir 18 Jan lepas. Prosiding seterusnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan mulai 22 Feb hingga 27 Feb. |
Bukalah Baju NGO.. Silalah Majlis Peguam Untuk Bertanding Pada PRU 13 Posted: 23 Jan 2013 02:39 AM PST Di dalam perebutan kuasa di Negara ini di mana banyak pihak mahu merampas kuasa dari tangan anak bumi dan pribumi beragama Islam yang di wakili UMNO maka muncul lah pelbagai bentuk serangan dari parti politik dan NGO NGO yang memiliki agenda tersendiri dan tersirat. Tidak cukup dengan parti politik, maka badan badan dan pertubuhan yang pada dasar nya bukan parti politik telah juga turut sama di dalam kempen menjatuh kan kerajaan di pimpin anak bumi ini dengan menempekkan sokongan kepada siapa sahaja yang mahu membantu menjatuh kan parti UMNO ini. Selain badan badan NGO dan pertubuhan yang selindung di sebalik pelbagai nama turut sama di dalam agenda menentang UMNO ini adalah badan yang di kenali dengan nama Majlis Peguam. Fraternity keadilan di dalam Negara menjadi carca marba apabila badan seperti Majlis Peguam yang sepatut nya mewakili guaman dan keadilan telah begitu menyerlah di dalam membantu pihak pro pembangkang di dalam kempen melawan kerajaan BN/ UMNO ini. Setiap kenyataan atau pendirian yang di ambil oleh Majlis Peguam telah boleh diagak dan diteka sebelum pun apa apa pendirian itu di istihar kan.Ini kerana pendirian terlalu nyata badan guaman ini yang sentiasa memihak kepada pihak pembangkang. Dengan imej sebagai badan atau pertubuhan yang terlalu condong kepada pembangkang maka istilah "adil" oleh pihak Majlis Peguam kini menjadi bahan ketawa dan tidak lansung di ambil endah oleh orang orang yang menyokong parti kerajaan. Malah atas sebab pendirian Majlis Peguam maka rakyat juga mula risau dan khuatir dengan badan kehakiman dengan andaian ada kah ia juga sudah di penuhi pensimpati pembangkang? Majlis Peguam sentiasa lantang di dalam menyuara kan pendapat nya yang selalu condong tetapi pelik pula apabila ia nya begitu senyap jika kemungkaran pihak sebelah sana berlaku seperti kejadian manipulasi undi DAP, dan lain lain nya Atas nama apa Majlis Peguam selalu condong kepada pihak pembangkang dan atas nama apa pula Majlis Peguam tidak condong membela sesuatu yang baik dari parti kerajaan kita pun sudah tidak minat hendak tahu lagi. Pada saat kita menulis ini kita di beritahu akan ada satu perhimpunan di depan mahkamah di jalan Duta menuntut pembersihan Majlis Peguam. Bayangkan Majlis Peguam yang di wakili sedikit ahli yang berkuasa juga telah dianggap tidak bersih, tetapi amat lantang melaung kan kebersihan pada pihak lain. Kini rakyat mempersoalkan pendirian Majlis Peguam, pihak mana kah yang di wakili nya? Kita di beritahu sedang beberapa peguam di dalam Majlis Peguam juga tidak berpuas hati dengan Majlis Peguam tetapi tidak mendapat laluan untuk menyalur kan ketidak puasan hati nya.. Maka sah lah ahli sendiri pun tidak ada lorongan mengadu, dan di sempit kan laluan nya. Jika Majlis Peguam mahu menjadi jaguh di dalam sistem demokrasi dan bangga mewakili kebebasan , maka pilihanraya 13 ini ada lah landasan terbaik untuk membukti kan Majlis ini mewakili rakyat dan kebenaran. Sila lah Majlis Peguam bertanding di atas banner sendiri tanpa bantuan mana mana parti politik, mari kita sama sama lihat jauh mana sangat dan ramai mana rakyat yang diwakili oleh Majlis Peguam ini. Usah lah berselindung sebalik nama "keadilan" jika majlis sendiri tidak adil kepada rakyat yang tidak sebulu dengan majlis guaman ini. Jika kerajaan di lantik pun Majlis Peguam tidak hormat dan sentiasa mahu berkonfrantasi, maka atas nama apa Majlis Peguam ini berdiri,ayuh tunjuk kan kehebatan pada PRU 13, Letak kan calon atas nama badan kamu.Kita pun mahu kan kepastian yang Majlis Peguam ini mewakili suara ramai. selangordaily.com |
Kabinet Bayangan Ibarat Duri Dalam Daging Pakatan Pembangkang Posted: 23 Jan 2013 02:30 AM PST KUALA LUMPUR 23 Jan – Pakatan pembangkang sehingga kini belum lagi mengisytiharkan secara rasmi barisan kabinet bayangannya kerana mereka sebenarnya belum mendapat kata sepakat dalam menentukan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada setiap parti. Walaupun pakatan pembangkang menyatakan bahawa jumlah pembahagian kerusi di kalangan mereka sudah dipersetujui namun hakikatnya perkara itu masih tidak boleh dimuktamadkan kerana masih ada suara tidak berpuas hati di kalangan pemimpin peringkat negeri. Penganalisa Politik, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata selain jumlah pembahagian kerusi yang belum dimuktamadkan, perkembangan terkini politik tempatan juga boleh memberi kesan kepada pembangkang jika mereka mengisytiharkan kabinet bayangannya. "Semua orang tahu, jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, Datuk seri Anwar Ibarhim sudah pasti dinobatkan sebagai Perdana Menteri, DAP dan PKR sudah pasti merstui perkara itu, sedangkan di kalangan penyokong PAS, mereka merasakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak. "Jika masalah sebegini masih belum dapat diselesaikan, bagaimana pembangkang untuk menamakan barisan kabinet bayangannya," katanya kepada UMNO-online. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan pembangkang yang sehingga kini masih belum menamakan kabinet bayangan mereka, walaupun suatu ketika dahulu pernah menyatakan untuk mengumumkan barisan kabinet bayangan pakatan pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Dr Mohamed berkata, untuk pakatan pembangkang menamakan kabinet bayangan bukanlah sesuatu yang mudah, ibarat seperti menarik rambut dalam tepung dan jika kabinet bayangan ini diumumkan ia akan menjadi duri dalam dalam daging yang akhirnya membawa padah kepada mereka. "Keutuhan dan kemuafakatan pakatan pembangkang masih tidak seampuh seperti Barisan Nasional, sebab itu mereka tidak berani mengumumkannya, mereka khuatir pembahagian potfolio dalam kabinetnya belum menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong parti terutama bagi jawatan penting seperi kewangan, pendidikan dan pertahanan," katanya. Menurutnya, beliau berkeyakinan tinggi bahawa pakatan pembangkang tidak akan mengumumkan kabinet bayangan mereka dengan alasan perkara itu sudah diputuskan di kalangan pemimpin tertinggi dan tidak perlu diwar-warkan dan akan diumukan apabila berjaya menawan Putrajaya. -MediaUMNO |
Hinanya Majlis Syura Pas Di Mata Pakatan Pembangkang Posted: 23 Jan 2013 02:04 AM PST Salam… Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada ‘merayu’ menuntut Pas supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu. Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada ‘lembut’ yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, Pas terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR. Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible. “Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya,” kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama Pas di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang Pas yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian. Jika dilihat dari segi struktur organisasi Pas, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya Pas mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul. Tapi disebabkan kedudukan Pas dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka. Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi Pas kekal bersama PR, mahu tidak mahu Pas perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui. Kalau Pas benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden Pas sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula. Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan Pas dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja. Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan Pas atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri. Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini. Zarina Ahmad Tajuddin |
Posted: 23 Jan 2013 01:50 AM PST KOTA BAHRU 23 Jan – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tujuh projek besar membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menyisihkan mana-mana pihak demi untuk kesejahteraan rakyat. Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Rahimah Mohamad menyifatkan pengumuma Perdana Menteri itu menunjukkan keprihatinannya untuk memajukan negeri Kelantan yang dilihat terpinggir sejak diperintah oleh Pas sejak kira-kira 20 tahun lalu. "Apa yang diumumkan itu Perdana Menteri itu adalah suatu rahmat kepada rakyat Kelantan, sejak diperintah Pas tiada pembangunan yang mampu dibawa oleh mereka, malah rakyat hidup daqlam keadaan tertekan dengan pelbagai masalah terutama membabitkan kemudahan asas. "Perdana Menteri juga turut berjanji untuk membantu menangani masalah bekalan air bersih, sudah lama perkara ini berlaku, namun sehingga sekarang kerajaan Pas masih tidak dapat menyelesaikannya, ada penduduk luar bandar yang terpaksa bergantung kepada sumber air lain seperti perigi dan sungai," katanya kepada UMNO-Online. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri untuk melaksanakan tujuh projek besar di Kelantan ketika mengadakan lawatan kerja ke negeri itu Ahad lalu. Tujuh projek berkenaan ialah pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar sebagai ikon, 3,000 unit Program Perumahan Rakyat, kampus bandar Uitm untuk 5,000 penuntut, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, membina stadium baru dan menangani masalah bekalan air. Rahimah berkata, kepimpinan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan nasib rakyat, walaupun Kelantan diperintah oleh pembangkang namun pembangunan dan kemudahan untuk rakyat tidak pernah dipinggirkan sejajar dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulu, Pencapaian Diutamakan. "Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu mambawa perubahan untuk rakyat bernading dengan pembangkang yang hanya pandai bercakap dan mencari kesalahan tetapi tidak tahun menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat," katanya. Beliau berharap dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu ia diharap dapat membawa perubahan pada pilihan raya umum nanti dan rakyat Kelantan akan memilih Barisan Nasional bagi memastikan kesinambungan pembangunan untuk rakyat negeri itu. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment