UMNO Online - “SPR Lantik Pemerhati Asing Kalangan Negara Asean Untuk PRU-13” plus 9 more |
- SPR Lantik Pemerhati Asing Kalangan Negara Asean Untuk PRU-13
- Political Parties Need To Remind Supporters Not To Resort To Provocation – IGP
- Selangor Govt Should Assist Syabas Instead Of Pointing Finger
- Bilik Gerakan PDM BN Mesti Dibuka Paling Lewat 1 Feb – Ahmad Maslan
- Tun Abdul Razak Bapa Yang Sangat Penyayang – Najib
- Isu Kalimah Allah Selesai, Bagaimana Pula Isu Amanat Hadi?
- Pembangkang Ada Otak Penipu Yang Mampu Berfikir Di Luar Kotak
- Himpunan Buat Pembangkang Pening Lalat, Iktiraf Idea Transformasi Najib
- KKLBW Peruntuk RM88 Juta Untuk Pembangunan Orang Asli
- Usah Tegak Benang Basah, Dari Sudut Matematik Pun Pembangkang Dah Gagal
SPR Lantik Pemerhati Asing Kalangan Negara Asean Untuk PRU-13 Posted: 16 Jan 2013 04:09 AM PST KUALA TERENGGANU, 16 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik pemerhati dari kalangan beberapa negara anggota Asean untuk membantu memantau proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata melalui satu panel pemilih yang ditubuhkan atas nasihat Wisma Putra, SPR dijangka melantik pemerhati dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand selain beberapa pemerhati daripada Sekretariat Asean. “Setakat ini belum muktamad, ada beberapa negara tidak dijemput seperti Brunei, Singapura, Kemboja dan Laos. Wisma Putra yang kendalikan,” katanya selepas majlis taklimat PRU-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus SPR zon timur di sini, Rabu. Abdul Aziz berkata selain pemerhati asing, SPR juga melantik 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang bebas untuk turut menjadi pemerhati pada pilihan raya kali ini. Menurutnya, daripada jumlah itu, sembilan membabitkan NGO dari Sarawak, Semenanjung (empat) dan Sabah (tiga). Beliau berkata pemerhati asing dan NGO yang terbabit perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan SPR, dan jika gagal mematuhinya, nama mereka akan digugurkan daripada senarai. “Setiap NGO boleh hantar tiga wakil untuk satu bahagian. Kalau ada lima NGO berminat untuk satu bahagian, maka ada 15 pemerhati di bahagian itu dan mereka boleh memohon mana tempat yang mereka nak pergi,” katanya. Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR menjangka pemilih berdaftar yang kini berjumlah 13.1 juta akan bertambah kepada 13.3 juta sekiranya senarai pemilih baharu, iaitu 295,173 orang termasuk 51,421 pemilih yang bertukar alamat pada suku terakhir 2012, dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih. Katanya, SPR menetapkan 21 Januari ini sebagai tarikh mendaftar permohonan undi pos membabitkan pelajar dan pekerja rakyat Malaysia di luar negara yang sebelum ini sudah mendaftar sebagai pengundi. Untuk permohonan pengundian pos dalam negara, iaitu untuk anggota polis, tentera selain petugas media dan SPR, permohonan hanya boleh dibuat selepas Parlimen dibubarkan, katanya. |
Political Parties Need To Remind Supporters Not To Resort To Provocation – IGP Posted: 16 Jan 2013 04:04 AM PST DUNGUN, Jan 16 – All political party leaders contesting in the coming 13th general election are asked to advise their supporters to be more responsible and not resort to provocation during the election campaign period. Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said if all quarters were responsible and played their role accordingly, there would be no trouble and problems in the coming elections. “The task of the Royal Malaysian Police (PDRM) is to maintain peace and order, but it is more important for the political parties to remind their supporters not to resort to provocation to avoid fights so as to ensure a smooth general election.” Speaking to reporters on PDRM’s preparations for the coming general election, Ismail said he had held discussions with all state police chiefs, while two training sessions were held to test the communications operational capability between Bukit Aman and state and district police headquarters and the police stations. “Since some months ago, we have taken proactve measures including conducting courses on the Elections Act so that they are well-versed with their respective tasks and aware of the challenges. Asked whether PDRM might be stationing more personnel in the hot spots, Ismail said PDRM would not make wild predictions, but its actions would be based on information and intelligence work and reports received from the public. “We are prepared for the coming general election which we regard as the most challenging,” he said. Ismail also expressed his disappointment over the incident where nine prisoners from the Penang Prison managed to escape while being taken in a polie van to the Butterworth court on Jan 7. The prisoners seized the police van after beating up the four accompanying policemen and pushing them out of the van. Ismail said the incident would not have happened if all the policemen on duty had followed the standard operating procedure set in managing prisoners. “We are looking at the weaknesses and will correct them so that such an incident will not recur. “The investigation is still on and if there’s proof of negligence, I want action taken against those responsible by the relevant department,” he said. |
Selangor Govt Should Assist Syabas Instead Of Pointing Finger Posted: 16 Jan 2013 04:00 AM PST SHAH ALAM, Jan 16 – The Selangor state government should provide assistance to Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) in resolving the water supply disruptions faced by several areas in the state instead of pointing finger at others, said Selangor Barisan Nasional (BN) coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. He said that as the holder of 30 per cent equity in Syabas, the Selangor government should be together with the water concession company to find ways of ensuring that water supply could be channelled to the people without any disruption. “The power held by the state government can resolve the issue systematically if they acted rationally for the future wellbeing of the rakyat in Selangor instead of using the water issue to fulfill their political agenda,” he said at a media conference, here today. Mohd Zin said the BN-led federal government had proposed the construction of the Langat 2 Water Treatment Plant (Langat 2) and formed a special committee to tackle the water crisis in Selangor in July last year, but both were rejected by the Selangor government. |
Bilik Gerakan PDM BN Mesti Dibuka Paling Lewat 1 Feb – Ahmad Maslan Posted: 16 Jan 2013 03:57 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Jan – Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional(BN) di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari ini. Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap pengerusi BN sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). “Ini bermakna semua bahagian seluruh negara mempunyai masa lebih kurang dua minggu bagi mempersiapkan PDM masing-masing sama ada urusan menyewa atau mengenal pasti bangunan atau lokasi PDM di bahagian masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas majlis Tinjauan Mesra Penerangan ke PDM Parlimen Ampang dan Pandan di ibunegara hari ini. Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO juga mengingatkan setiap PDM perlu dilengkapi bendera Umno dan BN serta maklumat pengundi selain dipenuhi dengan aktiviti harian. “Saya dah tulis surat pada semua bahagian agar dijalankan aktiviti seperti yang telah ditetapkan iaitu Setiap Hari Ada Program Di PDM (SHADPDM) mengikut kaedah yang telah mula dijalankan di beberapa bilik gerakan mulai tahun lepas,” katanya. Katanya ini bermakna akan terdapat 7,531 PDM di seluruh negara manakala terdapat beberapa Umno Bahagian di beberapa negeri telahpun membuka PDM masing-masing. Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil iktibar daripada krisis bekalan air yang melanda Lembah Klang baru-baru ini. Beliau berkata, kesengsaraan setengah juta penduduk susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju dan kerosakan pada papan suis utama Pudu Hulu sejak 29 Disember lalu tidak perlu dipolitikkan. “Berhenti menyalahkan pihak lain sebaliknya luluskan projek Loji Air Langat 2 agar kepentingan rakyat dapat didahulukan,” katanya. Terdahulu, Ahmad menyampaikan bantuan barangan keperluan Kedai Rakyat 1Malaysia kepada 150 penerima terdiri Orang Kurang Upaya, ibu tunggal dan keluarga kurang mampu di kawasan Parlimen Ampang dan Pandan. |
Tun Abdul Razak Bapa Yang Sangat Penyayang – Najib Posted: 16 Jan 2013 03:53 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Jan – Perdana menteri menyifatkan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, sebagai seorang yang sangat penyayang. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sifat penyayang itulah yang mendorong beliau menjadikan bapanya sebagai idola sejak kecil. “Isnin lalu genaplah 37 tahun pemergian arwah ayahanda. Saya masih teringat kenangan bersama arwah sepanjang hayatnya. “Arwah adalah seorang bapa yang sangat penyayang dan sebab itulah saya menjadikannya sebagai idola saya sejak kecil lagi. Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya dalam entri terbaharu beliau di laman Facebook, Rabu. Allahyarham Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia kedua, meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia pada usia 53 tahun. |
Isu Kalimah Allah Selesai, Bagaimana Pula Isu Amanat Hadi? Posted: 16 Jan 2013 03:35 AM PST Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain. Walaupun sebelum ini Pas mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain. Seperti biasa, Pas menegaskan konon mereka sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat U-turn walaupun kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin Pas beberapa tahun kebelakangan sejak isu ini mula timbul, membuktikan pendirian flip-flop Pas. Alasan kononnya Pas hanya bersetuju sebelum ini dengan syarat Kalimah tersebut tidak disalahguna, adalah alasan dangkal untuk menutup malu. Tidak mungkin selama ini Pas menyangka yang puak Kristian ingin menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah SWT yang Maha Esa, pencipta sekalian alam. Tidak mungkin Pas menyangka yang Kristian percaya pada Allah SWT dan tidak akan menyalahgunakan nama 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan Kristian. Apa yang berlaku menunjukkan kegagalan Pas menangani isu agama di mana ketika Pas menyokong penggunaan Kalimah tersebut oleh agama lain, pemimpin Pas tidak pula terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Syura tetapi hanya terus membuat kenyataan mengikut sesedap rasa. Keputusan Majlis Syura Pas menunjukkan yang masih ada harapan bagi Pas untuk kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya, Pas telah tersasar jauh kerana memberi kuasa mutlak kepada pemimpin tertinggi membuat apa jua keputusan dan kenyataan dalam isu agama. Bagaikan seorang Pope Kristian, pemimpin tertinggi Pas diangkat mengatasi manusia biasa, Majlis Syura, Jawatankuasa Fatwa dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, mengatasi Sheikhul Azhar juga. Tindakan inilah yang menjadikan mereka riak dan takbur serta tersesat jauh dalam mempertahankan ego masing-masing. Ego pemimpin-pemimpin Pas telah banyak merosakkan ummah selama ini. Oleh itu, walaupun isu Kalimah Allah selesai tetapi Majlis Syura Pas tidak wajar untuk merasa lega. Ini kerana masih terdapat isu lain yang sama berat dengannya yang masih belum selesai hanya kerana ego pemimpin Pas yang terlalu tinggi. Isunya tidak lain tidak bukan adalah isu Amanat Haji Hadi. Hari ini, nampaknya Hadi cuba membayangkan seolah-olah beliau tidak pernah menuduh UMNO kafir. Tetapi, dalam Muktamar Pas yang baru lalu, pemimpin Pas terus bermain kata-kata dan memberi gambaran seolah-olah UMNO itu murtad yakni kafir. Walaupun tidak secara langsung, tetapi ia membawa kepada pemahaman yang sama. Walaupun Pas cuba mengelak dengan alasan isu ini telah basi dan terkubur bersama pejuang Memali di tahun 1980-an, namun itu hanyalah cakap-cakap Hadi untuk memujuk perasaan bersalah di dalam dirinya. Tidak apa jika isu ini hanya melibatkan Hadi seorang. Malangnya, ia tidak semudah itu, kerana ia melibatkan begitu ramai umat Islam dari beberapa generasi selama lebih 2 dekad.
Sehingga ke hari ini, masih ada yang enggan bersolat berimamkan orang UMNO. Jika melihat dari segi positif, tidak apalah kerana mereka mungkin masih punya peluang menyedari kesilapan dan bertaubat sebelum mati. Tetapi, bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan mengkafirkan atau dikafirkan ibu bapa sendiri? Bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan tidak dimandikan konon 'syahid' sebab menentang kerajaan Islam UMNO yang hakikatnya tidak pernah menentang Islam pun? Jika Hadi berkata beliau tidak pernah mengkafirkan UMNO, kenapakah tragedi ini semua terjadi? Salah siapa? Apakah salah mereka sendiri kerana tersalah faham amanatnya? Memandangkan Hadi enggan bertanggungjawab, maka Majlis Syura Pas wajar memikul tanggungjawab ini bagi menghapuskan kekeliruan dan mengembalikan pemahaman penyokong mereka yang terbabit, ke landasan yang betul. Tiada siapa lagi yang dapat menghentikan kegilaan mengkafirkan sesama Islam ini selain Majlis Syura Pas kerana jelas Hadi tidak punya kekuatan yang cukup untuk mengorbankan egonya. Ulama UMNO atau mana-mana Ulama luar tidak mampu membantu kerana suara mereka tidak laku dalam komuniti Pas. Hanya Majlis Syura sahaja harapan kita untuk meletakkan noktah kepada kegilaan yang ditimbulkan oleh Amanat Haji Hadi. Masalah mereka yang meninggal dunia tanpa dimandikan atau meninggal dalam keadaan dikafirkan sanak saudara dan keluarga sendiri pula, bolehlah diuruskan selepas Majlis Syura membuat keputusan. Apakah Majlis Syura juga tidak punya cukup kekuatan untuk bersemuka dengan ego Hadi? Apakah air muka Hadi lebih penting dari ummah dan akidah? Apakah politik lebih penting dari agama? Mr Beruang Biru |
Pembangkang Ada Otak Penipu Yang Mampu Berfikir Di Luar Kotak Posted: 16 Jan 2013 03:16 AM PST Macam mana puak pembangkang boleh terfikir idea wujudkan isu “Pampasan RM207 biilion” dari Jepun dilesapkan oleh UMNO ni? Memang brilliant! Memang kepala otak penipu saja yang mampu berfikir secara luar kotak bagaimana cara nak menipu dan memperbodohkan orang ramai. Kesan buruk terbesar akibat dari terlalu kuat menipu ini ialah tuhan akan marah”. Bila tuhan marah, tuhan tak perlu bergantung kepada sesiapa untuk menelempiaskan kemurkaanNya. Tak macam Anwar. Anwar kalau marah habis satu dunia dia kudakan dan palitkan untuk menelempiaskan nafsu kemarahannya. Tuhan ada sifat maha kuasa dan maha pencipta atas tiap sesuatu. Tuhan ada sifat Yang Maha Mengetahui atas tiap sesuatu. Tuhan tidak pernah “kering cara” untuk mentadbir dan mengurus alam. Sebutir pasir yang duduknya beratus KM di dasar lautan pun tidak terlepas dari pengetahuan dan pentadbiran tuhan. Untuk makluman pemimpin PAS dan pembangkang yang lain, “tuhan ni maha hebat tau!” Akibat dari terlalu kuat bohong, tuhan wujudkan “rasa hebat dan summaah” dalam jiwa si penipu. Mereka merasakan mereka boleh tipu siapa saja. Mereka rasakan otak penipu mereka sudah cukup hebat dan diluar kotak jangkauan orang lain. Tapi sebenarnya penipuan mereka terlalu dangkal dan bodoh. Lihatlah bagaimana bodohnya penipuan mereka dalam bermain angka mengenai kehadiran peserta dalam “Himpunan haiwan sarkas” di stadium yang pernah digunakan oleh pihak “London Sarkas” untuk menunjukkan kemahiran manusia memperalatkan haiwan untuk tujuan komerSIAL. Jumlah kehadiran haiwan sarkas pada hari tersebut dikatakan mereka mencecah hingga 600,000. Ada yang kata 1juta. Seolah-olah semua manusia lain selain dari mereka dan haiwan-haiwannya, buta! Seolah-olah mereka mengadakan himpunan haiwan ni di planet pluto yang tidak dapat disaksikan oleh sesiapa dan tak terjangkau dek satelite. Seolah-olah tiada camera, tiada TV. Kenapa mereka berfikir manusia lain boleh “ditipu tegak-tegak”? Inilah yang dimaksudkan dengan maha kuasanya Allah. Allah wujudkan dalam hati mereka “rasa kehebatan terhadap diri sendiri yang teramat sangat”. Allah timbulkan dalam hati mereka “rasa kehebatan mereka merancang” seperti kehebatan rancangan Allah. Tapi halikatnya perancangan dan penipuan mereka terlalu dangkal, bodoh dan tuli pada pandangan manusia lain. Terlalu mudah untuk dikantoikan. Bila terkantoi, barulah terkemama dan terfikir sendiri, “apalah bodoh sangat aku ni”. Kalau penipuan-penipuan seperti ini sudah menjadi mainan dan sebati dengan mereka, bagaimana rakyat mahu bergantung harap kepada janji-janji pilihanraya yang mereka tabur macam menabur jagung makanan ayam kepada rakyat? Perkara “yang nyata” berlaku pun mereka putarbelit, apa lagilah kalau hanya sekadar “sebuah janji”! Pembangkang cuba tipu rakyat hidup-hidup dengan beranggapan rakyat terlalu bodoh seolah-olah akal rakyat tidak berfungsi. Antara jagung-jagung beracun yang ditabur kepada rakyat yang ditabur oleh Anwar yang telah menyamatarafkan akal rakyat setaraf dengan otak ayam, ialah; - Janji Pendidikan percuma. Tol percuma, 20% royalti minyak kepada negeri, turun cukai rakyat. Sebiji macam Airasia tipu promosi tiket percuma. - Janji nak ikut perangai malaikat kalau diberi mandat memerintah, iaitu Zero kesalahan, zero rasuah, zero membazir, zero kroni. Segala-galanya untuk rakyat. - Janji nak tunjuk jam omega pun tak mampu ditunaikan….. - Janji nak benarkan kalimah Allah dikongsi dengan agama lain macam mana, Nuar? Syura PAS dah kata tak boleh…. Awak senyap je dua tiga hari ni… Tak dapat “ilham tipu” lagi? kkamdias.blogspot.com |
Himpunan Buat Pembangkang Pening Lalat, Iktiraf Idea Transformasi Najib Posted: 16 Jan 2013 03:02 AM PST Salam Pengarang…. Akhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112), semuanya berjalan aman dan tenteram. Sekalipun HKR #KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang, sekurang-kurangnya penganjur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir. Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun, bukannya isu utama untuk diperdebatkan. Yang penting HKR #KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium, jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik. Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan. Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka, itu sebetulnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja. Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT, aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR #KL112, itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme. Tak salah berlaku jujur menampakkan sikap dan dasar sebenar PR serta sesekali tumbuk kepala pengiring khas pemimpin PR, sedangkan adik beradik lagikan bergaduh, apa sangatlah tumbuk menumbuk sesama rakan dalam pakatan dan berhimpun bersama golongan pondan dan liberal, yak tak? Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri pun teruja sehinggakan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PR di atas kelancaran perjalanan HKR #KL112. “Perhimpunan yang berlaku pada hari tersebut (Sabtu lalu) telah menunjukkan islah atau pembaharuan yang kita lakukan (kuatkuasakan APA) adalah amat tepat sekali. Tahniah di atas profesionalisme yang dipamerkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam. Baru PM sedar dan tahu hakikat yang PR pun ada juga sikap warasnya yang mampu mengatasi angin gila pus-pus di samping berupaya juga untuk berkelakuan sopan macam manusia biasa yang lain, terutama sekali bila dah nak hampir PRU 13. HKR #KL112 telah mengiktiraf perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Najib kepada negara dan rakyat maka layaklah ucapan terima kasih itu ditujukan pada semua pimpinan pembangkang. Pak Ngah Flat Sentul |
KKLBW Peruntuk RM88 Juta Untuk Pembangunan Orang Asli Posted: 16 Jan 2013 02:52 AM PST BERA, 16 Jan – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM88 juta bagi program pembangunan Orang Asli di seluruh negara untuk tahun ini. Anggota Dewan Negara yang mewakili masyarakat Orang Asli Senator Datuk Mohd Olian Abdullah berkata peruntukan itu bertujuan meningkatkan kemudahan bekalan air, program pertanian, ekonomi dan pendidikan. Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah meminggirkan pembangunan untuk Orang Asli, malah setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi masyarakat itu. “Pada tahun lepas sahaja (2012), kerajaan memperuntukkan RM110 juta bagi pembangunan masyarakat tersebut di mana sebahagian besar peruntukan itu sudahpun dibelanjakan bagi projek bekalan air, elektrik, perumahan dan sebahagian lagi untuk pembangunan modal insan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama penduduk Orang Asli Bera di sini, hari ini. Mohd Olian berkata taraf kehidupan Orang Asli kini jauh lebih baik berbanding 40 tahun lepas apabila sebahagian besar perkampungan mereka dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk jalan, elektrik dan bekalan air paip. Katanya pendapatan Orang Asli juga sudah semakin baik iaitu RM800 ke atas sebulan manakala anak mereka dapat bersekolah dan diberi pelbagai bantuan seperti makanan, pengangkutan, buku serta peralatan sekolah. Sehubungan itu beliau menasihati Orang Asli supaya terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada bagi terus memacu perubahan yang lebih besar untuk masyarakat minoriti itu. “Parti pembangkang berpolitik hanya pada musim pilihan raya sahaja dengan membuat pelbagai janji janji manis kepada Orang Asli, padahal mereka tidak berbuat buat apa-apa pun apatah lagi membantu Orang Asli, berbanding kerajaan Barisan Nasional,” katanya. |
Usah Tegak Benang Basah, Dari Sudut Matematik Pun Pembangkang Dah Gagal Posted: 16 Jan 2013 02:42 AM PST KUALA LUMPUR, 16 – Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkang Sabtu lalu secara jelas adalah gagal jika dikira dari jumlah kehadiran peserta berbanding jumlah pengundi dalam pilihan raya umum. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, jika dikira dari sudut matematik berdasarkan kehadiran para peserta dalam perhimpunan terbabit maka ia dianggap tidak berjaya. "Himpunan terbabit mensasarkan jumlah yang amat besar iaitu sejuta orang sedangkan yang hadir hanya sekitar 45 ribu orang dan jika mahu dikaitkan dengan PRU yang bakal menjelang maka pakatan pembangkang gagal mendapat sokongan daripada rakyat," katanya kepada UMNO-Online. Anggaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, jumlah kehadiran dalam perhimpunan terbabit adalah seramai 45 ribu orang berdasarkan kepada bilangan tempat duduk yang boleh menempatkan 30 ribu orang sementara di atas padang boleh menampung seramai 15 ribu orang. "Katakanlah jumlah yang hadir himpunan ini lebih ramai iaitu menjangkau kepada 60 ribu orang maka ia masih gagal jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pengundi yang memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang pada PRU ke-12 lalu." Pada PRU ke-12, seramai 8,161,039 warga Malaysia telah keluar mengundi dengan 4,081,115 memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sementara pakatan pembangkang menerima 3,786,732 penyokong. "Jika diambil dari sudut angka, penyokong pakatan pembangkang yang turun dalam himpunan terbabit hanyalah sekitar 1.58 peratus dari seluruh negara yang mana jumlah ini amat kecil untuk melihat gambaran sokongan sebenar masyarakat pelbagai kaum kepada mereka. "Sekiranya dilihat dari aspek yang lebih kecil iaitu hanya membabitkan 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, maka jumlah penyokong yang hadir juga amat rendah dan ia turut menggambarkan kegagalan kepada tiga parti sekutu dalam pembangkang ini." Jumlah 11 kawasan Parlimen tersebut ialah Kepong (DAP – 35,552), Batu (PKR – 29,785), Segambut (DAP – 25,046), Titiwangsa (Pas – 17,857), Bukit Bintang (DAP – 56,811), Lembah Pantai (PKR – 21,728), Seputih (DAP – 47,230), Cheras (DAP – 39,253), Bandar Tun Razak (PKR – 28,123), Setiawangsa (PKR – 17,355) dan Wangsa Maju (PKR – 19,637) yang membabitkan sebanyak 308,377 undi keseluruhannya. "Dengan jumlah tersebut dapat dilihat bahawa hanya satu perlima sahaja yang hadir dalam himpunan pakatan pembangkang ini biarpun ia dibuat pada hujung minggu dengan pelbagai hebahan dilaksanakan lebih awal kepada masyarakat, walhal ia turut mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. "Justeru, tak perlulah pakatan pembangkang nak menegakkan benang yang basah dengan melapor atau mencanang kononnya himpunan yang mereka laksanakan berjaya kerana dengan angka saja jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak agenda mereka." Tegasnya yang juga Setiausaha Agung BN, rakyat tidak mahu terus diperbodohkan dengan pelbagai janji-janji manis dan gula-gula politik sebagaimana yang berlaku pada 2008 malah pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan sendiri membuktikan kesungguhan memperbaiki kesilapan untuk terus membawa kemajuan kepada agama, bangsa dan negara. Dalam masa yang sama beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa kerana berjaya mengawal himpunan terbabit dengan jayanya tanpa berlaku kejadian negatif dan huru-hara yang secara tidak langsung membuktikan Akta Perhimpunan Aman 2012 berkesan. – MediaUMNO. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment