SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, January 16, 2013

UMNO Online - “2013 Putrajaya Youth Festival Can Attract 2.5 Million Visitors” plus 9 more

UMNO Online - “2013 Putrajaya Youth Festival Can Attract 2.5 Million Visitors” plus 9 more

Link to UMNO Online

2013 Putrajaya Youth Festival Can Attract 2.5 Million Visitors

Posted: 15 Jan 2013 03:16 AM PST

PUTRAJAYA, Jan 15 – The One Million Youth Gathering that was renamed as 2013 Putrajaya Youth Festival will feature 500 events to attract visitors said Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek today.

He said the festival to be held from May 23 to 26, is expected to attract 2.5 million visitors who will be presented with various entertainment like roller ball which has attracted participation from 40 countries which trishaws will be used to ferry the visitors to the festival.

“Just like last year, the Ministry of Youth and Sports will organise about 500 events, just like during the One Million Youth Gathering. However, there will also be elements of surprise for visitors,” he told reporters at the pre-launch of My Megamind 2013 programme here today.

Malaysia Can Help Mediate Israel – Palestine Conflict – Jamil Khir

Posted: 15 Jan 2013 03:12 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 15 – Malaysia can help mediate the Israel-Palestine conflict just like the role it had played in ending 40 years of discord between Bangsamoro and the Philippines government last year.

Minister in he Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said Malaysia could play the role under the auspices of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

He said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak could help formulate the framework for the Israel Palestine accord just like the peace deal brokered in southern Philippines.

The success of the southern Philippines peace deal can be replicated to resolve international conflicts, he told reporters after handing over RM150,000 from the Palestine Fund to seven non-governmental organisations involved in humanitarian mission in Palestine, here today.

The fund was raised from public donation through the “Demi Palestin” programme over Al-Hijrah television channel on Dec 23 last year.

Kegagalan Pembangkang Penuhi Janji Perlu Dijadikan Iktibar – Ismail

Posted: 15 Jan 2013 03:05 AM PST

KANGAR, 15 Jan – Kegagalan pembangkang memenuhi janji pilihan raya mereka perlu dijadikan iktibar oleh rakyat untuk membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum akan datang.

Anggota Parlimen Arau Datuk Ismail Kassim berkata pembangkang diberi mandat untuk mentadbir beberapa negeri pada pilihan raya umum lepas, tetapi janji yang mereka tabur semasa pilihan raya tidak mampu dipenuhi.

“Sebaliknya apa yang dilakukan kerajaan pimpinan pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor lebih kepada menyusahkan rakyat termasuk ancaman sumber air di Kedah akibat penebangan balak secara berleluasa, masalah penjualan tanah di Pulau Pinang dan masalah bekalan air di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan sara hidup kepada 256 nelayan kawasan Perlis selatan di Sungai Baharu dekat sini hari ini.

Ismail berkata selain bantuan sara hidup RM200 sebulan, golongan nelayan juga menikmati pelbagai faedah, antaranya kemudahan subsidi minyak bot.

“Golongan nelayan perlu bersyukur kerana mereka berada di bawah kepimpinan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Lebih Banyak Kedai Baharu Akan Dibina Di Pekan Telupid Dan Beluran

Posted: 15 Jan 2013 03:00 AM PST

BELURAN, 15 Jan – Pekan Beluran dan Telupid bakal mengalami perubahan berikutan cadangan membina lebih banyak kedai baharu selari dengan keperluan pembangunan di dua pekan itu.

Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee berkata cadangan itu membabitkan pembinaan 395 unit kedai dengan kos pembinaan RM168 juta.

“Ia bukan sahaja bakal mengubah landskap pembangunan di kedua-dua pekan itu malah mampu merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat,” katanya selepas Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu Peringkat Daerah Telupid di Kampung Batu 4 di Telupid hari ini.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia antara lain membabitkan pembinaan 72 unit kedai di Pekan Beluran di kawasan Pelantong oleh  Sedco, anak syarikat kerajaan negeri dengan fasa pertama 12 unit kini dalam pembinaan.

Beliau berkata Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) juga bercadang membina 19 unit kedai dua tingkat untuk fasa kedua di Pekan Telupid bernilai RM9.94 juta dan diikuti cadangan fasa ketiga, 126 unit kedai dua dan tiga tingkat bernilai RM66 juta.

Turut dilaksanakan di Pekan Beluran ialah Projek Muara Labuk membabitkan pembinaan 21 unit kedai bernilai RM13.4 juta oleh Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) yang kini dalam pembinaan, katanya.

Ronald berkata pelaksanaan dan cadangan membina kedai di Pekan Beluran dan Pekan Telupid membuktikan kerajaan tidak mengabaikan kawasan luar bandar, sebaliknya prihatin untuk membangunkan kawasan itu.

Pencalonan Semula Khalid Untuk Bandar Tun Razak Markah Bonus Kepada BN

Posted: 15 Jan 2013 02:48 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan – Pemuda UMNO Bandar Tun Razak percaya pencalonan semula Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor pada pilihan raya umum nanti merupakan markah bonus kepada Barisan Nasional (BN) kawasan terbabit.

Ketuanya Datuk Rizalman Datuk Mokhtar berkata pencapaian dan khidmat Tan Sri Khalid di kawasan berkenaan telah diketahui dan dirasai sendiri oleh  penduduk Bandar Tun Razak yang rata-rata cukup kecewa.

Menurut beliau pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, penduduk setempat dijanjikan dengan pelbagai tawaran dan janji yang akhirnya hari ini dilihat seolah-olah menjerat Tan Sri Khalid.

"Kalaulah beliau dicalonkan semula untuk kawasan ini saya kira ianya markah bonus kepada BN Bandar Tun Razak. Bukannya kita tak perlu buat kerja tetapi sepertimana yang saya katakan tadi seolah-olah ada markah tambahan.

"Sebelum 2008 rakyat tidak tahu… pada ketika dan waktu itu beliau minta diberikan peluang dan sebagainya lagi. Namun selepas diberikan peluang serta empat tahun berada di bawah perkhidmatan beliau, rata-rata saya percaya penduduk setempat kecewa dengan Tan Sri Khalid," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Rizalman yang juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan seterusnya menambah faktor tersebut berkenaan bukanlah alasan untuk jentera Pemuda berpeluk tubuh dan hanya menunggu waktu pilihan raya semata-mata.

Sebaliknya jelas beliau faktor berkenaan adalah pembakar semangat untuk mereka bekerja lebih kuat agar agenda rakyat tidak terabai.

"Kita bukannya bongkak dan angkuh…. Cuma sekiranya Tan Sri Khalid sekali lagi dicalonkan untuk kawasan ini, ianya markah bonus kepada BN selain memberikan peluang kepada rakyat untuk menjadi hakim kelak," katanya.

Menyentuh peranan Pemuda pula, beliau menjelaskan pergerakan itu hari ini tertumpu kepada pengundi atas pagar dan golongan muda yang merupakan pengundi pertama kali.

"Lain-lain pergerakan dan gerak kerja semuanya sudah diatur dan hanya menunggu masa untuk digerakkan," katanya. -MediaUMNO

Dari “Ibu” Segala Perhimpunan Kini Jadi “Ibu” Kegagalan Pembangkang

Posted: 15 Jan 2013 02:42 AM PST

LENGGONG, 15 Jan – Pakatan pembangkang dilihat semakin hilang arah tuju apabila himpunan kononnya untuk menghimpunkan sejuta rakyat yang disasarkan menjadi 'ibu' kepada semua perhimpunan yang mereka lakukan sebelum ini gagal.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, jangkaan pembangkang bahawa mereka mampu menghimpunkan sejuta rakyat ternyata jauh meleset apabila Himpunan KL112 bukan sahaja gagal mencapai sasaran malah mereka juga gagal untuk mendapat simpati rakyat.

"Sudah pasti mereka mengharapkan akan terjadi kekecohan atau semburan air FRU untuk menarik simpati rakyat namun semua ini tidak berlaku. Ini jelas menunjukkan rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong pembangkang. Apa yang mereka katakan hanyalah ibarat pita rakaman yang diulang berkali-kali.

"Rakyat sedar apa yang mereka tuntut sebahagiannya telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) lama dahulu. Terbukti rakyat muak dan menyampah. Mereka gagal sama sekali… Kalau di Stadium Merdeka pun tidak mampu mereka penuhkan sepenuhnya apatahlagi kalau di Stadium Bukit Jalil. Hari UMNO yang diadakan di Satdium Bukit Jalil tahun lalu jauh lebih ramai menghimpunkan rakyat," ujarnya kepada UMNO-Online.

Selain itu beliau menambah, pemilihan Stadium Merdeka oleh pembangkang sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat.

“Mereka sebenarnya mahu meneruskan sikap mereka yang suka melakukan demonstrasi jalanan. Apabila Stadium Merdeka menjadi pilihan, mereka boleh berarak beramai-ramai berjalan kaki menuju ke stadium bertujuan menunjukkan kononnya bilangan mereka ramai.

"Mereka mahukan publisiti murahan… boleh buat provokasi yang menuju ke arah kekecohan. Jika Stadium Bukit Jalil dijadikan pilihan mana mungkin mereka berarak di jalanan. Takde la publisiti murahan.

"Apa yang jelas saya percaya rakyat di lihat sudah bosan dengan gelagat dan cara berpolitik pakatan pembangkang. Rakyat kini sudah bijak menilai…  mereka majoritinya tahu adalah mustahil dan sukar sebenarnya untuk menyelesaikan masalah atau isu melalui demonstrasi atau perhimpunan kerana jalan terbaik adalah melalui rundingan.

"Apatah lagi isu isu yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang adalah isu lama, ada yang telah kerajaan selesaikan. Isu FELDA , LYNAS sebenarnya adalah putar belit pakatan pembangkang dan rakyat tahu kedudukan sebenarnya dan yang penting rakyat tahu menilai mana baik dan buruknya," ujarnya lagi. - MediaUMNO

Ada Isyarat Jelas Rakyat Mahu Bersama Kerajaan BN Lakukan Transformasi

Posted: 15 Jan 2013 02:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berada di atas landasan yang betul dalam usaha untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta berusaha keras untuk memaju dan meningkatkan pendapatan negara.

Dasar-dasar transformasi baik dari sudut politik mahupun di dalam pentadbiran kerajaan di bawah teraju Datuk Seri Najib dilihat telah memberikan kesan yang besar terhadap sistem pentadbiran negara, serta ianya  amat diterima oleh rakyat secara keseluruhannya di negara ini, demikian tegas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Hari ini kita nampak parti-parti di dalam BN, khususnya UMNO memperlihatkan kesatuan yang utuh  dan semangat  perpaduan yang tinggi di kalangan kepimpinan sehinggalah ke peringkat akar umbi.

“Selain perpaduan dan keselarasan gerak kerja yang diperlihatkan oleh BN, ini termasuklah dasar –dasar transformasi kerajaan yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib, telah memperlihatkan begitu banyak perubahan yang berlaku di dalam negara kita yang melibatkan pelsebagi sektor dan lapisan masyarakat.

"Begitu juga dengan falsafah dan pendirian kerajaan BN hari ini di mana aspirasi dan keperluan rakyat didahulukan serta melaksanakan janji-janji yang telah dibuat oleh kerajaan kepada rakyat, merupakan faktor-faktor utama yang meletakkan BN di atas landasan yang betul dan terus bersedia mentadbir negara," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu kata beliau, rakyat mampu untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah prestasi BN dalam kesatuan matlamat dan kesepakatan untuk memakmurkan negara,  berbanding dengan apa yang diperlihatkan oleh Pakatan Pembangkang hari ini.

"Hari ini kita boleh lihat tiada kesepakatan di antara parti-parti yang bergabung di dalam Pakatan Pembangkang. Malah dalam beberapa isu, kita lihat setiap parti di dalam Pakatan berpegang kepada prinsip masing-masing dan tiada kesepakatan demi kepentingan rakyat dan negara.

"Begitu juga dengan ketelusan dan intergriti yang seringkali mereka laung-laungkan kepada rakyat, kononnya Pakatan lebih telus berbanding UMNO dan BN. Hari ini, satu demi satu kes salah guna rasuah, penyelewengan yang berlaku di dalam parti-parti gabungan Pakatan sudah terbongkar.

"Malah baru-baru ini, isu pemilihan CEC dalam DAP sudah cukup untuk memberikan kita gambaran sebenar tentang parti tersebut di mana, ketidakmampuan mereka untuk mentadbir satu pilihanraya kecil di dalam parti serta salah guna kuasa yang berlaku di dalam pemilihan tersebut," ujarnya lagi.

Berdasarkan pengamatan beliau, sokongan rakyat terhadap BN hari ini semakin padu dan meningkat apabila melihatkan begitu banyak program-program yang disediakan oleh kerajaan untuk penambahbaikkan segala kemudahan untuk rakyat di negara ini.

"Seperti mana di Selangor, saya lihat ada isyarat yang jelas dari rakyat yang menyatakan sokongan yang semakin meningkat terhadap usaha-usaha BN Selangor dalam melaksanakan segala dasar dan transformasi kerajaan terhadap rakyat negeri Selangor.

"In Shaa Allah, saya berkeyakinan bahawa rakyat Selangor akan mengembalikan semula pentadbiran kerajaan negeri kepada BN untuk bersama-sama kita terus bergerak ke hadapan dan menjadikan Selangor negeri termaju di negara ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

Tumpahan Minyak Di Loji Abass : Apa Pula Muslihat Kerajaan Selangor?

Posted: 15 Jan 2013 02:17 AM PST

AMPANG, 15 Jan – Selepas kemelut air yang menganggu kehidupan penduduk Selangor sejak akhir-akhir ini, semalam wujud pula isu baru yang juga mampu mengganggu kehidupan seharian apabila berlaku pencemaran air akibat tumpahan minyak sawit di Sungai Semenyih.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata loji yang terlibat diuruskan oleh pihak Abass sehingga boleh menjejaskan sehingga 2 juta pengguna air yang melibatkan lima kawasan iaitu Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Putrajaya.

"Ini sebenar contoh agihan kerja atau bidang kuasa, bila loji pemprosesan ini terjejas, loji yang diuruskan oleh Abass, dan Syabas hanya menguruskan pembelian air bersih yang siap diproses oleh loji ini.

“Oleh itu, kita minta penjelasan yang jelas dari pihak kerajaan negeri. Sama juga yang berlaku di Ampang dan Pandan ini, loji yang bermasalah sebenar Syabas yang dikambing-hitamkan. Kerajaan negeri tidak bolehlah berselindung, kerana Abbas ini milik kerajaan negeri," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan demonstrasi aman bersama penduduk Flat Taman Dagang, Ampang bagi mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan urus tadbirnya.

Tegas Sohaimi kerajaan negeri mesti menyatakan pendirian yang jelas agar rakyat faham isu yang sebenar, kerana isu yang berlaku di Sungai Semenyih ini tidak ada bezanya dengan loji kendalian Syabas yang rosak, kerana pihak Syabas telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa mereka perlu buat penambahhbaikkan.

"Saya yakin isu ini bukan boleh diselesaikan dalam sekelip mata, kerana ia memerlukan perancangan, perlukan pakar dan perlukan penyelidikan dan kajian. Sebab itu wujud Langat 2, kerana selepas Langat 1, wujud keperluan.

“Hari ini juga, kerajaan negeri tidak boleh sekelip mata menyelesaikannya. Ia memerlukan perancangan, soal siapa yang memerintah negeri Selangor, itu perkara lain kerana kebajikan rakyat yang harus diberikan keutamaan. Krisis air ini perlu diselesaikan dengan bijaksana dan perancangan yang teliti," tambahnya.

Dalam masa yang sama, jelas beliau lagi GPRS berharap agar rakyat tidak terkeliru dengan pendedahan-pendedahan yang kononnya dibuat oleh kerajaan negeri dengan tujuan untuk memgalihkan perhatian rakyat, meng'kambung-hitamkan' pihak lain, menyalahkan kerajaan BN dan Kerajaan Persekutuan, sedangkan kerajaan negeri sedikit pun tidak mahu mengakui kelemahan atau mencangkan penambah-baikkan dalam menangani isu ini. -MediaUMNO

Pemilih Dinasihat Semak Maklumat Pendaftaran – SPR

Posted: 15 Jan 2013 01:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menasihati orang ramai yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak maklumat pendaftaran bagi memudahkan mereka mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata sehingga September tahun lepas terdapat 13,105,407 pemilih berdaftar di seluruh negara.

Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan melalui telefon di talian 03-8885 6565 pada waktu pejabat, menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Katanya pemilih juga boleh menulis surat ke SPR atau hadir sendiri ke ibu pejabat badan itu di Putrajaya atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

“SPR berharap pemilih berdaftar dapat membuat semakan bagi memastikan maklumat pendaftaran mereka tepat supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamaruddin berkata jika terdapat kesilapan berhubung maklumat pemilih, mereka boleh terus menghubungi pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Katanya maklumat seperti ejaan nama, jantina, agama, bangsa, lokaliti, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan nombor rumah termasuk kes melibatkan kemasukan semula nama ke dalam daftar pemilih boleh dibetulkan SPR dalam tempoh singkat tanpa memerlukan proses pameran, pengesahan dan pewartaan.

Pemimpin Pas Tidak Layak Memimpin Kerana Tidak Tetap Pendirian – Ahmad Bashah

Posted: 15 Jan 2013 12:59 AM PST

ALOR SETAR, 15 Jan – Pemimpin seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak layak memimpin rakyat kerana beliau sering mengubah kenyataan sekiranya mendapat tentangan hebat daripada sesuatu pihak, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Kita nak pilih pemimpin tak boleh main-main. Saya harap ahli dan penyokong PAS boleh buat penilaian sendiri, Umno dan Barisan Nasional (BN) tak pernah buat sesuatu keputusan yang meragukan rakyat,” katanya mengulas tindakan PAS mengubah pendirian dan akur menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam.

Ahmad Bashah yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata berkata kepimpinan PAS memang bersikap suka bertukar-tukar kenyataan hanya untuk mencari kepentingan politik tanpa mengendahkan setiap keputusan yang dibuat.

“Kalau mereka (PAS) rasa kenyataan itu rugi, mereka tarik balik. Mereka selalu buat macam itu sebab nak dapatkan sokongan dan simpati daripada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung dekat sini hari ini.

Di Kedah seramai 408,011 pelajar dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, agama rakyat dan negeri serta swasta layak menerima bantuan berjumlah RM 40.8juta yang mula diagihkan hari ini hingga hujung Februari.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT