SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, January 15, 2013

UMNO Online - “Rally Testimory Of Effectiveness Of Peaceful Assembly Act – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Rally Testimory Of Effectiveness Of Peaceful Assembly Act – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rally Testimory Of Effectiveness Of Peaceful Assembly Act – Najib

Posted: 14 Jan 2013 03:29 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 14 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the smooth running of the rally organised by the opposition in the city on Saturday was testimony of the effectiveness of the Peaceful Assembly Act 2012.

In fact, he said it had proven the ability of all parties whether the authorities or organisers to heed the provisions and spirit of the Act.

“In short, what happened shows the reforms we undertook in this direction were right.

“I thank the opposition although I did not agree with them (on the rally) for respecting the spirit of the Act,” he said when opening the “Transformation of Security and Fundamental Rights Legislation, Rights and Responsibilities: Between Hope and Challenges” conference at a hotel here today.

Some 45,000 people from opposition parties and non-governmental organisations attended the rally that was held at the Merdeka Stadium here.

Najib said the government was always committed to creating a legal environment that better supported human rights and towards this end, had abolished laws that had given rise to polemics, such as the Internal Security Act 1960,  Banishment Act 1959 and the Restricted Residence Act 1933 while the Printing Presses and Publications Act 1984 and Section 27 of the Police Act 1967 had been amended.

He said this showed the government’s seriousness about the interests and rights of the people and was always open to each and every proposal and recommendation in order to make society more progressive.

“The government is also aware that laws on civil liberties and national security should be suited to the process and practice of democracy not only in line with international norms but also rooted in our cultural values and norms.

“The introduction of new legislation and improvements to existing laws better reflects our desire to create a society and nation that is more mature, more progressive and more open. That is the objective that we will jointly endeavor to achieve,” he said.

In addition to promulgating the Peaceful Assembly Act 2012, the government had also pledged to fully review the Sedition Act of 1948 to be replaced with the National Harmony Act aimed at creating a mechanism to protect freedom of expression without jeopardising peace and national security.

At the same time, the prime minister stressed that the government’s action to amend, repeal and amend the laws was not for political expediency but in meeting the aspirations of the people.

He said in order to determine the country does not experience chaos, the onus lay in the leaders, legislators and the community at large to always ensure civil rights and liberties were protected but at the the same time, balance the interests of society overall.

“We did because we were confident and believed it was the right thing to do,” he said.

The three-day conference organised by the Attorney-General’s Chambers, Razak School of Goverment (RSOG) and Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) among others aims to provide additional clarification on law reform in Malaysia.

Among the paper presenters are Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad and Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar.

Syabas Syura PAS, Tamparan Kepada Anwar, Guan Eng & Parasit

Posted: 14 Jan 2013 03:24 AM PST

Syabas dan tahniah kepada Majlis Syura Ulama yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai Kalimah Allah. Majlis Syura memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan Kalimah Allah dalam kitab agama mereka kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk Agama Islam.

Ianya tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa pun. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah.

Keputusan Majlis Syura tersebut menggambarkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS masih berkuasa dalam menentukan dasar parti tidak dicemari. Majlis ini bertindak sebagai badan pengawal untuk menentukan bahawa halatuju parti itu sentiasa menepati asas-asas perjuangan asalnya.

Umum mengetahui masih terdapat banyak lagi isu-isu yang tidak ditangani khususnya yang berkaitan dengan kedudukan Melayu-Islam seperti yang sering dibangkit dan dipersoalkan oleh DAP dan PKR.

Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS.

Sekali lagi dalam isu Kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP. Golongan parasit juga menjadikan PAS lunak dan tunduk kepada DAP dan PKR termasuk dalam isu-isu besar dan sensitif yang kedudukannya masih di awang-awang.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara pokok yang masih tergantung dan belum dapat diselesaikan hingga menjadi beban yang tidak mampu lagi ditanggung oleh PAS.

Antaranya termasuklah isu Negara Islam dan Hudud, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah, keengganan DAP menerima peraturan-peraturan untuk menjamin keluhuran akhlak khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu pluralisme, liberalisme, LGBT dan sebagainya.

Saya ingin mencabar Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar semangat setiakawan Pakatan yang mereka agung-agungkan supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu. Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap PAS untuk meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya.

Apa pun, sekali lagi sekalung penghargaan patut diberi kepada Majlis Syura yang telah berupaya melenyapkan berbagai tanggapan mengenai kemampuan PAS menangani isu-isu sensitif seperti Kalimah Allah.

Nun di hadapan masih banyak yang perlu dirungkaikan akibat daripada DAP dan PKR yang tidak henti-henti membolak balik isu-isu besar yang gariskan di atas.

DATO' DR HASAN MOHD ALI

Presiden JATI

Pejabat Operasi Jati

153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,

Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

14 Januari 2013

anwaraidc.com

Kalimah Allah – Pendirian Pas Ikut Kepentingan Politik

Posted: 14 Jan 2013 03:11 AM PST

KLUANG 14 Jan – Majlis Syura Pas memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu membuktikan bahawa tiada kesefahaman di kalangan kepimpinan parti itu terutamanya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain hairan mengapa sekarang Majlis Syura membuat keputusan itu selepas perkara itu menjadi perbualan hangat di kalangan umat daripada pelbagai peringkat termasuk pihak Istana.

"Apakah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura itu ada hubung kait dengan tekanan yang diterima berhubung isu berkenaan berbeza dengan pendirian presidennya yang menyokong penggunanan kalimah Allah oleh bukan Islam, apakah ini ada hubung kaitnya dengan tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

"Sedangkan, ketika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, Presiden Pas dengan rasa tidak bersalah menyatakan bukan satu kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan kalimah itu," katanya.

Sharifah berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas keputusan Majlis Syura Pas memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu melalui kenyataan media yang turut ditandatangani oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz yang turut ditandatangani oleh Ketua  Majlis Syura Pas.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu jelas menunjukkan ketidaksefahaman di kalangan kepimpinan Pas dan  sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup mengadai kesucian Islam dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Dengan tarikh pilihan raya yang semakin hampir, rakyat negara ini perlu bijak supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan pembangkang, belum berkuasa mereka nampaknya sanggup berbuat apa sahaja dan sudah pasti jika mereka berkuasa nanti, sudah pasti mereka akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik.

"Dan tidak mustahil, keputusan Majlis Syura hari ini akan terbatal jika mereka berkuasa nanti kerana apa yang berlaku ini lebih kepada gimik politik pilihan raya seklepas menyedari isu berkenaan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini," katanya.

Sharifah Azizah berkata, rakyat perlu sedar bagaimana terdesaknya pembangkang untuik berkuasa sehingga sanggup menjadikan agama dan bangsa sebagai modal politik sehingga menimbulkan suasan tidak senang di kalangan rakyat.

"Apakah kita mahu membiarkan negara ini diperintah oleh pemimpin yang tidak mempunyai pendirian sehingga menyebabkan rakyat menjadi mangsanya," katanya. -MediaUMNO

Himpunan Pembangkang Bukti Kejayaan Dasar Transformasi – Khairy

Posted: 14 Jan 2013 03:07 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Jan – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata  Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membolehkan himpunan secara aman oleh pembangkang di ibu negara Sabtu lalu.

Justeru beliau menyifatkakan ianya sebagai bukti kepada kejayaan dasar transformasi  yang berjaya diterjemahkan dan diterima oleh pelbagai lapisan rakyat.

"Himpunan pada Sabtu lalu menjadi bukti bahawa Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya.

"Tanpa transformasi seperti dilakukan ke atas Akta Perhimpunan Aman, rakyat tidak dapat melihat senario sedemikian pada himpunan tersebut. Kita menganggap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri telah berjaya.

"Ini persekitaran baru di Malaysia, kita kena terima," katanya pada sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyEg mengenai program BL1M di sini, Isnin.

Pada masa  sama Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang mengawal keadaan.

Berhubung penyertaan golongan  muda dalam himpunan itu, Khairy memberitahu pihaknya tidak bimbang mengenai perkara tersebut.

"Apa pun kita tidak  boleh buat kesimpulan semua orang pergi. Dan jika kita lihat pada Pilihan Raya Umum lalu, pembangkang memperoleh tiga juta undi daripada rakyat. Maka tidak hairan dalam undi itu ada undi golongan muda dan orang tua. Tidak boleh buat kesimpulan menyeluruh," katanya.

Berhubung isu Kalimah Allah, Khairy menyifatkan Pas tunduk kepada desakan politik semata-mata.

"Keputusan majlis Syura Pas semalam berasaskan kepada perkiraan politik sebab mereka nampak majoriti orang Islam tidak menyokong agama lain menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka.

"Jadi oleh sebab itu dan untuk memastikan Pas tidak terus melihat kemerosotan sokongan dan undi daripada masyarakat Islam, mereka terpaksa buat keputusan untuk nyatakan bantahan Pas dalam isu penggunanaa kalimah Allah ini.  Ini melihat sikap Pas yang tidak berprinsip, yang selalu flip-flop disebabkan perkiraan politik," katanya. -MediaUMNO

Krisis Air : Tindakan Kerajaan Selangor Mahu Saman Syabas Satu Skrip Terancang

Posted: 14 Jan 2013 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Tindakan kerajaan Selangor yang mahu menfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dilihat bagaikan satu skrip yang sengaja dilakonkan khusus untuk memperlihatkan kegagalan syarikat tersebut mengurus air sehingga menyebabkan berlakunya krisis air di Selangor hari ini.

Sedangkan pada hakikatnya, keengganan kerajaan Selangor memberikan kerjasama dalam pembinaan loji rawatan air tambahan di Langat seperti yang dicadangkan oleh kerajaan pusat,  adalah merupakan punca utama mengapa berlakunya krisis air di Selangor hari ini, demikian tegas Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukur Idrus.

"Kerajaan negeri boleh buat apa saja, termasuk untuk menfailkan saman terhadap Syabas kerana saya yakin syarikat tersebut mempunyai bukti yang cukup untuk menyanggah segala tuduhan kerajaan negeri.

"Setelah mendapatkan penjelasan dari pihak Syabas baru-baru ini, saya yakin bahawa Syabas bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi kerajaan negeri sekiranya kerajaan negeri bertindak menyaman Syabas, kerana punca berlakunya krisis air di Selangor ini bukanlah berpunca dari syarikat tersebut," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas beliau, sikap kerajaan negeri yang ingin bermain politik tarik tali dalam isu krisis air ini tanpa memikirkan nasib rakyat merupakan punca utama berlakunya krisis air di negeri tersebut.

"Isu krisis air ini akan dapat diselesaikan hanya dengan pembinaan loji Langat 2 bagi menampung bekalan air terawat yang hari ini sudah melebihi kapasiti yang sepatutnya. Namun kerajaan Selangor malu mahu mengakui kesilapan mereka itu, lalu membuat keputusan untuk menyaman Syabas untuk menutupi kesilapan mereka dan meletakkan kesalahan tersebut kepada syarikat tersebut semata-mata," ujarnya.

Beliau seterusnya membidas sikap kerajaan Selangor yang lebih gemar bermain politik serta menuding jari meletakkan kesalahan di pihak lain, sedangkan ternyata krisis ini berlaku akibat sikap kerajaan negeri yang sebenarnya cuba mempolitikkan isu air ini untuk mempengaruhi pemikiran rakyat terutama apabila menjelang PRU tidak lama lagi.

"Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan negeri untuk memfailkan saman terhadap Syabas. Takpa, biarkan perkara ini dibawa ke mahkamah kerana saya yakin kebenaran akan berpihak kepada Syabas. Menurut apa yang dimaklumkan kepada saya, Syabas juga telah menyediakan bukti-bukti kukuh untuk membela diri daripada tuduhan kerajaan negeri itu.

"Dan saya yakin sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah oleh kerajaan negeri, maka kebenaran akan terbukti di mana kesalahan dan kesilapan yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan negeri dan bukan Syabas, berikutan keputusan kerajaan negeri yang tidak membenarkan kerajaan pusat untuk membina loji Langat 2 bagi menampung kekurangan air dirawat di negeri ini," tegas beliau. -MediaUMNO

 

Air Asia Puts One Million Promo Seats On Sale

Posted: 14 Jan 2013 02:21 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 14  - Budget carrier AirAsia will put on sale one million promotional seats this January 15-20 where travellers will only have to pay for their airport and fuel charges.

These promotional seats will be offered starting from as low as RM26 one way to domestic destinations and RM52 one way to international destinations.

In a statement, Air Asia said the one million promo seats will be available for booking at their website, www.airasia.com with the travel period starting from August 20 this year to February 9, 2014.

Domestic destinations include Penang, Langkawi, Kota Bahru, and  Terengganu, while international destinations include Singapore, Jakarta, Medan, Ho Chi Minh City, and Hat Yai.

Chief Executive Officer of Air Asia Bhd, Aireen Omar, said those who have been planning trips or holidays for this year-end and early 2014 will be happy to finally be able to book their flights.

Air Asia X, the long haul low fare affiliate of Air Asia is also offering promotional fares in conjunction with the campaign with all-in-fares from as low as RM249 to China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), RM229 to Taiwan (Taipei) and Japan (Osaka, Tokyo).

BN Terus Langkah Yakin, Manipulasi Isu Satu Persatu Makan Diri Pembangkang

Posted: 14 Jan 2013 02:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dianggap sudah terlalu hampir dengan Barisan Nasional (BN) sentiasa yakin untuk mengekalkan tampuk kepimpinan kerajaan Persekutuan.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam melihat kepimpinan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sentiasa bergerak aktif dalam mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Pelbagai usaha dibuat oleh beliau yang bukan saja bersifat politik tetapi aspek sosial masyarakat diutamakan dari semua peringkat termasuklah di peringkat sekolah, golongan mahasiswa, belia, golongan berpendapatan rendah dan macam-macam lagi," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ujar beliau, kesungguhan BN untuk menerajui kemajuan dan pembangunan masyarakat bukanlah dibuat dengan ayat-ayat politik tetapi ia dimanifestasikan melalui gerak kerja yang mantap dan berlangsung lancar biarpun diasak dengan pelbagai manipulasi dan fitnah dari pembangkang.

"Kita melihat bagaimana satu demi satu isu yang ditimbulkan oleh pakatan pembangkang memakan diri sendiri sebaliknya kepimpinan BN semakin mantap dan keyakinan menerajui pentadbiran untuk kesekian kalinya amat tinggi.

"Masyarakat menilai bagaimana isu kalimah Allah telah menjerat diri parti Pas sendiri apabila Timbalan Presidennya iaitu Mohamad Sabu menyatakan sokongan penggunaan kalimah Allah secara umum oleh penganut agama lain. Ini telah memberi kesan sehinggakan hampir keseluruhan orang Melayu tidak bersetuju termasuklah ulama tempatan dan mufti-mufti negeri malah Dewan Ulama Pas pun turut membantahnya."

Katanya antara isu lain yang turut menjerat diri pakatan pembangkang sendiri adalah berkaitan Pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) yang kemudiannya diakui berlaku kesilapan sedangkan selama ini merekalah yang sering menuding jari menuduh kerajaan tidak telus dan sebagainya.

"Banyak isu yang dimulakan oleh pakatan pembangkang akhirnya memakan diri mereka sendiri sebagaimana kononnya digembar-gemburkan masyarakat India tidak mempunyai dokumen tetapi gagal dibuktikan, menuduh kepimpinan BN bersifat kroni dan rasuah tetapi yang terdedah rupanya kepimpinan pakatan pembangkang yang bersifat demikian sebagaimana isu pemberian tanah kepada pemimpin tertentu."

Jelasnya, lebih dari itu, pakatan pembangkang cuba meniru manifestasi kerukunan dalam BN yang dianggotai oleh 13 buah kompenan parti dengan mereka sendiri berpakat antara DAP, Pas dan PKR tetapi malangnya sehingga ke hari ini mereka tidak mempunyai haluan yang sama apatah lagi untuk berdaftar sebagaimana BN.

"Dulu Pas menghina kepimpinan UMNO apabila menjalin hubungan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang mereka menjilat balik ludah sendiri apabila mengadakan pakatan bersama DAP dan sanggup berkompromi untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi BN.

"Lebih teruk lagi, Pas bukan hanya berpakat tetapi turut menerima agenda DAP yang secara jelas menolak penubuhan negara Islam dengan menukar slogannya kepada negara berkebajikan; dan sekarang pula mahu membenarkan nama Allah digunapakai agama lain."

Tambahnya, pakatan pembangkang semakin terjerat apabila formula untuk tiru BN tidak menjadi sebaliknya BN semakin mantap.

"Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan himpunan kononnya atas nama kebangkitan rakyat tetapi dengan ruang yang dipilih iaitu Stadium Merdeka tidak akan dapat menandingi kejayaan UMNO semasa sambutan ulang tahunnya yang ke-66 tahun di Stadium Nasional Bukit Jalil."

Katanya lagi, kepimpinan dalam BN sememangnya berada dilandasan yang tepat dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU ke-13 akan datang.

"Dalam keadaan tersebut, semua pihak memainkan peranan yang sangat penting apatah lagi isyarat jelas telah diberi oleh Datuk Seri Najib untuk bersedia dan tidak alpa kerana PRU ke-13 ini adalah masa terpenting bagi mendapatkan mandat baru untuk BN menerajui negara." - MediaUMNO

Kota Melaka Akan Terus Maju Jika BN Diberi Mandat Pada PRU 13

Posted: 14 Jan 2013 02:10 AM PST

MELAKA, 14 Jan – Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus memajukan negeri Melaka khususnya di kawasan Parlimen Kota Melaka sekiranya rakyat memberikan mandat pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka Datuk Wira Latiff Tamby Chik berkata kerajaan negeri merancang pelbagai program pembangunan di kawasan Parlimen itu khususnya bagi menarik pelancong, sedangkan DAP tidak melakukan apa-apa demi kebaikan rakyat.

Malah beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka seterusnya berkata kawasan pelancongan seperti Jonker Walk menerima pelbagai peruntukan daripada kerajaan pusat untuk dimajukan sekali gus membantu ekonomi penduduk di sekitar kawasan itu.

“Terpulang kepada rakyat untuk memilih pemerintah mereka sendiri kerana ia adalah hak masing-masing, namun kita akan terus menjalankan tanggungjawab bagi membela nasib rakyat,” katanya selepas melakukan tinjauan di Jonker Walk di sini hari ini.

Sementara itu, Latiff menyarankan para peniaga di Jonker Walk agar menitik beratkan aspek kebersihan dan mengutamakan keselamatan di kawasan yang merupakan antara destinasi pelancongan terkenal di Bandaraya Bersejarah itu.

Beliau berkata pihaknya turut memohon Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan SWM Environment Sdn Bhd menyegerakan kerja pembersihan longkang khususnya di lorong-lorong kecil yang terdapat sekitar Jonker Walk.

Selain itu, pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah turut diminta memantau kawasan tersebut dari aspek pembangunan seperti penambahbaikan landskap dan jalan raya.

Tun Mahathir Describes Rally As A Mimicry To Topple Govt

Posted: 14 Jan 2013 01:57 AM PST

CYBERJAYA, Jan 14 – Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed described last Saturday’s rally at Stadium Merdeka as a mimicry of what happened in several Arab countries, with the intention of toppling the present government.

He said the organisers cannot win through the general election.

“So they hope to topple the present government by copying the Arab countries. But Malaysia is not like them, we don’t have a dictatorship, our government is chosen by the people.

“They did not copy democratic methods. A rally or demonstration should have a cause not ‘demonstration on Shamsidar’. It appears that whenever there’s a court case there must be a demonstration,” he told reporters, here today.

Tun Mahathir further remarked that the rally caused a dilemma for the authorities who safeguarded public order.

“It’s a do or die situation. If they take action they’ll be accused of being aggressive but if they don’t, they’ll also be commented on,” he said.

Hampir 500,000 Bakal Nikmati Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Posted: 14 Jan 2013 01:48 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Jan – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini terus mengorak langkah melaksanakan politik khidmat bakti menerusi Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kepada mereka yang berumur antara 17 hingga 40 tahun.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata menerusi program tersebut mereka yang berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

Menurut beliau BL1M bermatlamat untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

"Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada pringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya lagi. Pada masa ini kos purata untuk mohon lesen B2 ini adalah sebanyak RM380.

"Menerusi program BL1M, mereka yang ingin mendapatkan lesen tersebut hanya perlu membayar RM199. Ini adalah politik khidmat bakti kita sepertimana yang kita telah laksanakan sebelum ini seperti Karnival kerjaya, Biasiswa Pemuda BN dan pelbagai lagi.

"Kita jangkakan antara 300 hingga 500 ribu akan menikmati program tersebut. Inilah bukti kita bukan sekadar berpolitik dan berterorik tetapi kita buat dan laksanakan sesuatu untuk golongan muda. pelbagai produk yang kita keluarkan untuk kepentingan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya di sini, hari ini. Pada majlis itu juga, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara Pemuda BN dan My E.G Services Bhd selaku vendor program tersebut bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program berkenaan di seluruh negara.

Pemuda BN diwakili Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan My E.G diwakilini oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha.

Khairy seterusnya menambah program tersebut adalah lanjutan daripada projek yang telah dirintis oleh SHEB di Pekan dan maklumat mengenai tersebut akan diwar-warkan ke seluruh kawasan.

"Kita akan minta Pemuda seluruh negara untuk mewar-warkan program ini yang dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib hujung bulan ini. Mereka yang berminat boleh mendaftar hari ini menerusi laman web dan boleh juga berbuat demikian selepas  pelancarannya kelak.

"Kita  juga sedang meneliti kaedah yang terbaik dengan pihak berkenaan bagi mereka yang  disenaraihitamkan atau pernah disaman trafik agar golongan tersebut tidak terlepas peluang berkenaan," katanya.

Kata beliau lagi program berkenaan akan turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya menerusi penambahan satu modul yang ringkas tetapi berkesan

Borang permohonan BL1M boleh didapati menerusi www.bl1m.my dan www.myeg.com.my atau hubungi talian 03-78018888 atau pejabat Pemuda BN seluruh negara. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT