SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, January 27, 2013

UMNO Online - “Puteri Umno Kedah Agih 672 Portawifi” plus 9 more

UMNO Online - “Puteri Umno Kedah Agih 672 Portawifi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Puteri Umno Kedah Agih 672 Portawifi

Posted: 26 Jan 2013 04:46 AM PST

ALOR SETAR, 26 Jan – Pergerakan Puteri Umno Kedah hari ini mengagihkan 672 portawifi kepada semua daerah mengundi dalam 15 bahagian di negeri ini bagi membolehkan setiap daerah mengundi menerima maklumat mengenai pilihan raya dengan cepat.

Ketuanya Datin Norasimah Md Nowar berkata maklumat yang akan disampaikan melalui portawifi adalah mengenai sistem maklumat data pengundi pilihan raya dan perkara berkaitan pilihan raya.

“Portawifi ini adalah kemudahan untuk semua tempat mengundi yang menjadi platform sistem komunikasi antara kita dan tempat mengundi. Ia bukan sahaja komunikasi antara petugas malah digunakan sebagai komunikasi ruang siber.

“Contohnya blog kita dapat dikemaskinikan sentiasa sebelum dan semasa pilihan raya berlangsung supaya setiap pengundi mengetahui apa yang kita buat dan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan system portawifi kepada petugas ICT Puteri Umno Kedah di Bangunan Tunku di sini.

Norashimah berkata di Kedah masih ada bahagian belum mempunyai talian internet antaranya Baling dan Sik.

“Portawifi ini membantu kita terutamanya membabitkan kawasan yang tiada kemudahan internet supaya maklumat dapat disalurkan lebih cepat,” katanya.

Tindakan Ketua Pemuda Pas Cemuh Lawatan PM Menyedihkan

Posted: 26 Jan 2013 04:44 AM PST

MUAR, 26 Jan – Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan mencemuh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin Selasa lalu, sebagai sesuatu yang menyedihkan.

Beliau berkata kenyataan pemimpin sayap kanan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam membuktikan beliau tidak matang dan terperangkap dalam kejumudan.

Katanya kunjungan Perdana Menteri bukan berunsur politik tetapi bertujuan membantu negara Islam yang sentiasa ditindas Israel.

“Nasrudin perlu melihat lawatan itu sebagai wakil negara secara keseluruhannnya, bukan melihat pada kacamata sempit semata-mata kerana beliau (Najib) adalah pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Daerah Mengundi Parit Keroma, Jalan Temenggung di sini hari ini.

Razali berkata Nasrudin mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak berfakta malahan dikuasai perasaan emosi serta berbaur politik semata-mata.

Beliau sedih kerana Ketua Pemuda PAS Pusat itu hanya ingin mencari populariti tanpa berusaha membawa perubahan dalam kepimpinannya yang sangat diharapkan oleh anggota sayap kanan parti itu.

“Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat cakap, selama 26 tahun jadi Menteri Besar (Kelantan) dia belum nampak lagi pelapis yang boleh mengambil alih tempatnya,” kata beliau.

Razali berkata langkah Perdana Menteri melawat negara Islam itu harus dihormati kerana dilakukan seorang pemimpin negara ketika rakyat Palestin memerlukan sokongan saudara seagama mereka dari seluruh dunia.

Govt Committed In Continuing Efforts To Indian Community – Najib

Posted: 26 Jan 2013 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 26 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak wants all Malaysian Hindus to know that the government is committed in continuing its efforts to uplift the Indian community.

In his latest entry in the 1Malaysia Blog entitled Thaipusam 2013, Najib said the government will stand by all Malaysian Hindus and work together towards overcoming challenges that they faced and achieve the success they strived for.

Najib added, with continued ‘nambikei’ or trust between government and the people, everything set out by the government for the Indian community will surely be achieved.

“I take this opportunity to extend my greetings to all Hindus in Malaysia on the occasion of Thaipusam, tomorrow,” he said.

Young Teachers Have A Role In Raising Education Quality, Says Muhyiddin

Posted: 26 Jan 2013 04:39 AM PST

SABAK BERNAM, Jan 26 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the more than 200,000 young teachers in the country have a role to play in raising education quality and implementing national education transformation through the Malaysian Education Development Plan (2013-2025).

Muhyiddin, who is also the Education Minister, said these young teachers formed a section of the teachers who would remain in the national education system for the next 20 to 30 years.

“As such, you have an important task in raising the quality of education and transforming the system which we will implement through the Malaysian Education Development Plan to meet the target beginning this year until 2025, that is, within the next 13 years.

“This means that you have a role not only in raising the quality of education but also determining where our educaton system will be in the next three decades.

“In other words, the future of our national education system lies in your hand,” he said when officiating the Central Zone 1Malaysia Young Teachers Assembly (GM1M) at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, here today.

Muhyiddin said the ministry also stressed on the importance of the ‘Higher Order Thinking Skills” (HOTS) which required the teachers to have new capability, a higher command of knowledge, and wise in discussing, analysing and translating knowledge beyond their normal scope.

As such, the teachers guidance programme would be enhanced in future in line with the launching of the Malaysian Education Development Plan.

He said that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had generously allocated RM500 million beginning this year to retrain and raise the teachers’ skills in the fields of Science, Mathematics, Bahasa Melayu and English Language so that the key areas in the curriculum could be mastered by all teachers.

“This is considered as an initial measure while various other measures will be implemented. As everyone knows, there are 11 major shifts in the plan, and one area that will be given emphasis is to turn the teaching profession as a profession of choice instead of choosing the teaching profession merely to gain employment.

“Teaching is not a job but a profession. The teachers are smart and skilled people who have a role to play in developing the community and country,” he added.

New Awareness Exists Among People In Selangor To Support BN, Says Muhyiddin

Posted: 26 Jan 2013 04:37 AM PST

SABAK BERNAM, Jan 26 – There exists a new awareness among the people in Selangor in regards to support for Barisan Nasional (BN) after facing various problems under the opposition-led state government, according to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said this also implied that BN would have a good chance to win back the state after the party’s dismal performance in the 2008 general election.

“Overall, it appears that the support for BN is good and growing.

“From the reports that I received from the divisions, state and parliamentary constituencies, as well as from my meetings with local leaders, there exists a new awareness among the people as they have been facing many problems under the current opposition-led state government.”

Muhyiddin said this to reporters after attending a closed-door briefing for Sabak Bernam and Sungai Besar Umno and BN component parties here today.

Present were Selangor BN deputy chairman Datuk Seri Noh Omar and Selangor BN coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamad.

Muhyiddin, however, admitted that it was a very challenging matter and that he would not want to over-estimate the people’s support for BN.

He said the BN government was aware of the unsolved problems faced by the people in Selangor, especially certain issues that were purposely left unaddressed by the state government.

“So, I believe that over the past two years, the people in Selangor have obtained a better understanding and realise that we are not politicising the issues, but merely pointing out that they (Selangor government) don’t practice what they preach and they don’t fulfill their promises.

“I am confident that the people are now very much aware of the people who make up the opposition government of Selangor today,” he said.

Commenting on the remarks by Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) president Datuk Ibrahim Ali, who called for the Malay-language Bible which contained the word ‘Allah’ to be burned, Muhyiddin said he believed that Ibrahim had given his explanation and that the police were aware of that.

“What’s important now is not to sensationalise the issue and that whoever plans to make a statement should also take account of racial and religious sensitivities,” he added.

Memahami Harapan Rakyat Kunci Kemenangan BN – Najib

Posted: 26 Jan 2013 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata harapan dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan telahpun meningkat, dan ini perlu difahami sebaik-baiknya bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata menyedari hakikat ini, kerajaan berazam untuk melakukannya dengan cara berbeza dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

“Kita perlu menyedari bahawa rakyat tidak akan memberi undi mereka berdasarkan setakat manakah sumbangan anda sebelum ini.

“Tetapi rakyat akan mengatakan, ‘apakah yang boleh anda lakukan sekarang dan bagi masa depan,” katanya dalam wawancara bertajuk ‘An Insight, An Idea with Mohd Najib Tun Abdul Razak’ yang disiarkan CNN pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davos, Switzerland.

Najib turut menarik perhatian bahawa tiada siapapun yang boleh menafikan hakikat bahawa Umno dan BN meneruskan agenda pembangunan selepas berjuang untuk kemerdekaan negara.

Mengenai kegagalan BN untuk memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008, Najib memperjelaskan antara faktornya adalah rakyat menjadi semaki n kritikal sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat, selain penggunaan media sosial.

Di akhir wawancara itu, perdana menteri ditanya mengenai perancangannya jika diberi mandat memerintah oleh pengundi pada pilihan raya umum ke-13 negara ini.

Beliau menjawab dengan mengatakan kerajaan telahpun menyatakan dengan jelas mengenai hasratnya untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

“…dan saya komited untuk melakukan apa saja yang boleh agar harapan itu menjadi kenyataan, memang itulah yang akan saya lakukan.”

Umat Islam Jadi Kafir Jika Biarkan Perbuatan Menyekutukan Allah – Harussani

Posted: 26 Jan 2013 04:31 AM PST

IPOH, 26 Jan – Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

“Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

“Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di sini hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini.

Rakyat Dah Bosan Retorik Pembangkang – Shahrizat

Posted: 26 Jan 2013 04:29 AM PST

KUANTAN, 26 Jan – Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rakyat kini dilihat semakin bosan dengan pelbagai karenah dan retorik yang dicetuskan parti pembangkang.

Beliau yang secara sinis berkata apa saja perkara yang dibangkitkan pihak pembangkang tidak ubah seperti satu ‘hiburan politik’.

“Rakyat dengar (isu yang dibangkitkan pembangkang) sebagai satu hiburan politik, tetapi akhirnya mereka (rakyat) akan memilih parti dan kerajaan yang akan membawa kepada pembelaan untuk masa hadapan yang boleh diberikan oleh Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sekampung Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Indera Mahkota di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat mahukan sebuah negara yang stabil dan bukannya sebuah negara yang porak-peranda seperti mana yang cuba dicetuskan parti pembangkang menerusi demonstrasi jalanan.

“Mereka (rakyat) juga (dilihat) tak minat dengan reformasi, maklum balas yang kita terima, rakyat mahu kepimpinan yang boleh membawa kestabilan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata Wanita Umno juga kini dilandasan kukuh dan jentera pergerakan itu kini di peringkat fasa terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kita mempunyai kekuatan dalaman, kita tak mudah nak digentarkan, sebab kita berlandaskan kepada kebenaran dan kesucian perjuangan,” katanya.

Sementara itu dalam isu lain, Wanita Barisan Nasional turut merakamkan ucapan takziah kepada kedua ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, yang ditemui mati di Pelabuhan Klang petang semalam selepas dilapor hilang pada 16 Jan lepas.

Selain berasa sedih dengan kejadian itu beliau turut mengingatkan semua pihak agar memberi keutamaan kepada aspek keselamatan.

William, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

RCI Patut Disambut Baik Semua Pihak: Shafie

Posted: 26 Jan 2013 04:26 AM PST

TAWAU, 26 Jan – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua pihak termasuk parti pembangkang seharusnya menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Shafie berkata keputusan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan RCI merupakan langkah tegas dan berani bagi mengatasi masalah yang sudah cukup lama dibangkitkan semua pihak di Sabah termasuk pihak pembangkang sendiri.

“Bila kita wujudkan, puak-puak ini (pembangkang) pula membangkang. Sepatutnya mereka menyambut baik. Sudah pasti ada positif dan negatif akan berbangkit daripada RCI ini. Itu siasatan, kebiasaannya ada pro dan kontra.

“Tapi yang penting kepada kita ialah ketegasan dan keberanian pimpinan kerajaan khususnya kepimpinan Datuk Seri Najib mewujudkan RCI.

“Walaupun kita tahu ini musim pilihan raya dan mungkin akan digunakan sebagai isu tetapi yang penting penyelesaiannya supaya tidak timbul kekeliruan dan manipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mustapha di sini hari ini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata RCI akan membuat rumusan dan mengemukakannya kepada pihak berwajib yang akhirnya akan disampaikan kepada Parlimen bagi menentukan bentuk penyelesaian yang perlu diambil agar perkara berkenaan dapat diselesaikan.

“Apa yang berlaku di Sabah ini sebenarnya bukan asing. Ia juga berlaku di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Apa yang penting sebagai negara yang berdaulat, pihak pemerintah yang ada mengambil tanggungjawab supaya pengurusan dan pentadbiran dapat disusun rapi supaya tidak menyulitkan generasi mendatang,” katanya.

Sehubungan itu, Shafie menasihatkan semua pihak supaya membiarkan RCI melaksanakan tugas dan tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik dan menyalahkan sesiapa semata-mata memancing undi lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

Pakatan Pembangkang, Pakatan Apa Sebenarnya? – Adnan

Posted: 26 Jan 2013 04:21 AM PST

KUANTAN, 26 Jan – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini meminta rakyat bijak menilai parti pembangkang yang kononnya berpakat sebagai sebuah pakatan pembangkang namun sebenarnya mereka gagal berpakat dalam semua perkara.

Beliau berkata pendirian berbeza antara pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu kalimah Allah misalnya, membuktikan kepimpinan parti pembangkang gagal mewujudkan pakatan yang jitu.

“Jadi, apa makna sebenar pakatan yang mereka wujudkan ini, kalau perkara penting seperti ini pun tidak dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata isu kalimah Allah sepatutnya diselesaikan secara baik oleh parti pembangkang supaya isu itu tidak menjadi pertelingkahan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

“Kegagalan pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu itu membuktikan pakatan yang diwujudkan mereka adalah untuk pilihan raya semata-mata,” katanya.

Beliau berkata semua penyokong parti politik perlu mengambil pendekatan rasional dan bukannya emosi bagi mengelak insiden tidak diingini apabila memperkatakan berkenaan isu sensitif seperti isu kalimah Allah.

Katanya isu sensitif membabitkan agama yang ditimbulkan pihak tertentu sejak kebelakangan ini dilihat seperti mahu menguji masyarakat Islam dan cuba menggugat keamanan negara.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada 1,330 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu dan Sekolah Kebangsaan Air Putih, dekat sini.

Dalam ucapannya, Adnan meminta golongan pendidik menerapkan secara bersungguh-sungguh nilai murni supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga menjadi insan bermoral.

“Nilai murni yang sebelum ini diamalkan pelajar dilihat sudah semakin hilang, ada segelintir pelajar sekarang tidak lagi menghormati ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

“Apabila kita sudah tidak memiliki nilai murni dalam diri, kita hanya berbangga dengan pencapaian akademik saja, bangga dapat 5A misalnya, tapi tidak tahu menghormati orang lebih tua. Maknanya, kita berjaya dalam aspek luaran, tapi dalaman sudah kosong,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT