SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, April 22, 2014

UMNO Online - “Govt Commited To Implementing Balanced Developement In Urban, Rural Areas – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Govt Commited To Implementing Balanced Developement In Urban, Rural Areas – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Govt Commited To Implementing Balanced Developement In Urban, Rural Areas – Najib

Posted: 21 Apr 2014 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 21 – The redevelopment of the 1Razak Mansion Public Housing Project is clear proof of the commitment of the Barisan Nasional government in implementing a balanced development concept not only in the rural areas, but also in towns and cities, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said this was the noble effort of the government to ensure the people could enjoy a better and more comfortable quality of life.

“As we know, this housing area is close to my heart because the late Tun Abdul Razak (the second prime minister of Malaysia who was also Najib’s father) had stepped foot here and launched the Razak Mansion Public Housing Area 47 years ago, on April 26, 1967.

najib-terharu-cenderahati-warga-emas-cina-nostalgia-pembangunan-1Razak-mansion-perumahan-rakyat

“Time passes, 47 years have gone by, so the time has come for this housing area which is now quite dilapidated to require a redevelopment in line with the principle of urban revewal or urban redevelopment,” he added.

Najib said this when performing the ground-breaking ceremony and handing over of confirmation letters for housing units at 1Razak Mansion near here, today.

According to Najib, if the government did not launch such an initiative, it would lead to the creation of areas which were left behind by time and urban squatters in the middle of a city, which was prolifically developing.

Najib stressed it was not appropriate to see Kuala Lumpur, being among the foremost cities in the world, still having locations which could be regarded as unsuitable with the status of a metropolis.

The redevelopment of the 1Razak Mansion involves the replacement of 658 units of houses occupied by 557 existing owners and 101 units rented out by  Kuala Lumpur City Hall.

The project scheduled to start in the middle of this year and expected to be completed in three years also involves the redevelopment of 23 shoplots, a 20,000 square feet market.

It will also have numerous facilities such as a public hall, surau, kindergarten and police beat base.

When completed, the new houses in the project will have three bedrooms and two bathrooms and measure 800 square feet compared to the existing units which only have one or two bedrooms in a 504 square feet area.

In his speech, Najib also announced several incentives for existing house owners and tenants, among which the owners would be given a new unit free while tenants would be offered homes at RM42,000 a unit.

Kuala Lumpur City Hall and Impianika Sdn Bhd would fully bear the stamp duty cost of RM4,000.

Najib also said owners would be given RM3,000 in moving costs whereby RM1,500 would be paid when signing the agreement and the rest after the project was fully completed.

He drew attention to the fact that in ensuring the people owned comfortable homes, the government had introduced numerous housing projects among which were the 1Malaysia People’s Housing Project (PR1MA) and 1Malaysia Civil Servants Housing Project.

Under under the programmes, the developers are eligible to apply for a Housing Facilitation Fund of 10 percent of the cost of the project.

The government has also allocated RM1 billion for the Housing Facilitation Fund under the Public/Private Sector Cooperation Unit, and to qualify for the grants, developers must comply with the conditions on house prices stipulated by the government.

“In addition, RM100 million has been provided for the 1Malaysia Maintenance Fund under the supervision of the Urban Well-being, Housing and Local Government Ministry to boost the comfort of public housing tenants.

“Among the moves that the government is carrying out include maintaining lifts, repainting houses, cleaning clogged drains, repairing garbage disposal areas and repairing playgrounds,” Najib clarified.

Pendoktrinan Pemikiran Punca Penyokong Pembangkang Sesat Fahami Erti Sebenar Keadilan

Posted: 21 Apr 2014 05:11 AM PDT

KOTA KINABALU 21 April – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak membidas sikap dan pemikiran kepimpinan, ahli serta penyokong pembangkang yang berat sebelah dan tidak adil dalam memahami serta menterjemahkan konsep keadilan berdasarkan keadaan realiti yang sebenar.

Menurut beliau, ini adalah hasil daripada doktrin pemikiran yang dilakukan oleh kepimpinan pembangkang terhadap ahli dan penyokong mereka sehingga menyebabkan  mereka jauh menyimpang dan tersesat dalam memahami makna keadilan yang sebenar.

dr-salleh-said-keruak-umno-bn-sabah

"Contoh yang paling ketara ialah dalam isu kes liwat yang melibatkan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun lepas, apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, penyokong Pakatan Rakyat memuji “keberanian” hakim yang membicarakan kes itu yang menurut mereka  melakukan perkara yang betul.

"Namun sebaik Mahkamah Rayuan mengakas keputusan Mahkamah Tinggi itu baru-baru ini, kumpulan penyokong Pakatan Rakyat itu cuba mempertikaikan keputusan itu kononnya berlaku kegelinciran keadilan dan campur tangan politik.

"Inilah yang saya katakan, pendoktrinan pemikiran oleh kepimpinan pembangkang terhadap ahli dan penyokong mereka, sehingga menyebabkan neraca pemikiran dan pertimbangan bagi penyokong-penyokong pembangkang menyimpang dari konsep keadilan sebenar, di mana bagi mereka keadilan itu hanyalah berada di sisi mereka dan tidak kepada pihak yang lain," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas beliau, dalam perbicaraan kes jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan tertuduh. Tertuduh tidak perlu membuktikan ketidakbersalahannya. Inilah sebenarnya asas Mahkamah Persekutuan mengakas sabitan ke atas Anwar dalam kes liwat pertama pada 2 Sept 2004.

"Dalam kes ini, tiga hakim Mahkamah Persekutuan sependapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesalahan Anwar. Dalam masa yang sama, hakim tersebut percaya bahawa Anwar “bersalah” tetapi oleh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikannya maka mahkamah tidak mempunyai pilihan dan seterusnya membebaskan Anwar.

"Ini mungkin merupakan satu daripada keputusan mahkamah yang mengundang kontroversi di mana hakim-hakim terbabit yakin Anwar bersalah tetapi masih dibebaskan kerana kegagalan di pihak pendakwaan mengemukakan hujah kes yang melimpasi tahap keraguan.

"Jelas sekali, isunya bukan soal sama ada Anwar tidak bersalah atau bersalah. Faktor penolakan itu hanya berasaskan aspek teknikal. Mungkin dia bersalah tetapi gagal dibuktikan di mahkamah," jelasnya.

Katanya lagi, ramai rakyat Malaysia yang kelihatan lupa perkara-perkara kecil yang terlepas pandang seperti dalam kes Anwar. Faktor teknikal inilah yang menyaksikan Anwar dibebaskan sebelum ini.

Dalam perbicaraan kes liwat Anwar yang kedua pula menurut Salleh, tahap pembuktian yang sama terpakai. Pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan Anwar. Beban pembuktian dipikul sepenuhnya oleh pihak pendakwaan, dan bukti yang ada di pihak pendakwaan ialah dakwaan liwat yang dibuat oleh mangsa itu sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tambahan pula, dalam pendakwaan kes jenayah, walaupun beban pembuktikan terletak pada pihak pendakwaan dan tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun jika tertuduh berjaya menimbulkan keraguan maka manfaat keraguan mesti diberikan kepada tertuduh.

"Ini bermakna, walaupun tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun tertuduh masih perlu menimbulkan keraguan dan sekali keraguan ini dibangkitkan, keputusan akan memihak kepada tertuduh," ujarnya.

Dalam kes kedua ini bagaimanapun kata Salleh lagi, Anwar gagal berbuat demikian. Anwar tidak menafikan bahawa beliau sebenarnya berada di tempat kejadian kes jenayah liwat itu. Anwar tidak menafikan bahawa Saiful telah pergi ke sana untuk bertemu dengannya dan seterusnya menyerahkan sampul surat.

"Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua Anwar dan Saiful memasuki dan meninggalkan tempat kejadian itu. Anwar kemudian memfailkan notis alibi dan dikatakan beliau bersedia untuk memanggil 14 saksi bagi menyokong dalihan alibi itu termasuk isterinya sendiri. Akhirnya tiada satu pun saksi dipanggil, dan tiada alasan atau sebab diberikan mengapa beliau memutuskan untuk membatalkan rancangan memanggil 14 saksi tersebut," jelasnya.

Tambah beliau, hujah pembelaan Anwar pula hanya merupakan penafian semata-mata iaitu bukan pembelaan sebenar. Anwar memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan daripada  kandang tertuduh, bukan kandang saksi.

"Kebiasaannya undang-undang langsung tidak memberi sebarang nilai perundangan kepada kenyataan sebegini, kerana ianya tidak dibuat melalui sumpah, dan tertuduh langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh Mahkamah.

"Oleh itu, penafian Anwar hanya terjumlah sebagai satu kenyataan dan tidak dianggap sebagai keterangan (lisan atau bukan lisan). Ia hampir serupa membuat kenyataan akhbar di luar mahkamah," ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau, dalam tuduhan atau dakwaan seumpama itu, terdapat keperluan bukti kukuh  yang menyokong dakwaan Saiful. Bukti itu diperolehi melalui pemeriksaan DNA yang menyokong tuduhan bahawa Anwar telah mengadakan hubungan seks dubur (luar tabii) dengan Saiful.

"Walaupun pihak pembelaan Anwar mengemukakan dua saksi pakar untuk mencemar dan menonjolkan kecatatan penemuan ahli kimia kerajaan mengenai ujian DNA, namun kedua-dua saksi pakar menyatakan bahawa apa yang mereka kemukakan hanya pendapat atau pandangan mereka semata-mata. Oleh itu, keterangan ahli kimia kerajaan dianggap “lebih kuat” berbanding pendapat dua saksi pakar tersebut," ujarnya.

Katanya lagi, ini jelas memperlihatkan bahawa Mahkamah Rayuan telah mengambil kira segala fakta-fakta ini dalam mengakas keputusan membebaskan Anwar sebelum ini. Dasarnya ialah Anwar gagal menimbulkan keraguan berhubung dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya. Beliau hanya menafikan dakwaan itu tanpa apa-apa bukti yang menyokong penafian itu.

"Rakaman CCTV menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful kedua-duanya berada di tempat kejadian jenayah tersebut dan Anwar tidak mempunyai sebarang alibi untuk membuktikan bahawa beliau tidak berada di situ ketika kejadian itu berlaku. Oleh itu, berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah, Mahkamah Rayuan mendapati (menganggap) beliau bersalah sebagaimana yang dituduh," tegas Salleh.

Walau bagaimanapun, beliau yakin kebenaran ini tidak dapat diterima oleh kepimpinan, ahli dan juga penyokong pembangkang. Jika keputusan memihak kepada Anwar, mereka akan menyambut baik dan menyifatkannya sebagai keputusan yang adil, dan jika tidak, mereka akan menuduh atau mendakwa bahawa ia adalah satu konspirasi politik.

"Anwar akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu dan kita akan mengetahui tidak lama lagi sama ada sabitan itu diakas atau sebaliknya, atau sama ada ia didukung dengan peningkatan hukuman.

"Jika keputusan memihak kepada Anwar, penyokong Pakatan Rakyat akan menyambut baik dan menyifatkannya sebagai keputusan yang adil, dan jika tidak, mereka akan menuduh atau mendakwa bahawa ia adalah satu konspirasi politik.

"Ini jelas menggambarkan tahap kematangan pemikiran yang sangat rendah di pihak pembangkang yang mendakwa kononnya berjuang untuk menegakkan sebuah sistem kehakiman yang bebas.  Bagi mereka,  sistem kehakiman yang bebas bermakna mahkamah mestilah membuat keputusan yang memihak kepada pembangkang," akhiri beliau.

utusan-karpal-dedah-anwar-liwat-skandal-seks-sodomi-kerana-tugas-pembangkang-parlimen

berani-kerana-benar-anwar-takut-kes-liwat-bersalah-banyak-kali-penangguhan-rayuan-mahkamah-peguam

anwar-kata-catu-catuan-air-krisis-selangor-kerajaan-zalim-kejam-tak-adil-rakyat

RBA Perlu Disekat Daripada Gugat Keharmonian Negara – Senator

Posted: 21 Apr 2014 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April – Seorang penyokong kerajaan hari ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Red Bean Army (RBA) yang disifatkan boleh menjejaskan keharmonian negara.

Senator Datuk Yahaya Mat Ghani berkata tindakan melampau tentera siber itu dilihat semakin melangkaui sempadan kemanusiaan semata-mata untuk memenuhi aspirasi negatif mereka yang berkepentingan.

RBA adalah kumpulan tentera siber yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan.

tentera-taksub-parti-rasis-dap-diskriminasi-guling-kerajaan-sah-red-bean-army

Yahaya berkata selain menangani laporan negatif media asing, kerajaan juga perlu lebih agresif menghalang ‘tangan jahat’ dari dalam negara, khususnya tohmahan dan fitnah yang digerakkan RBA.

“Walaupun ratusan laporan polis telah dibuat tetapi masih tiada tindakan diambil. Ini yang saya hairan. Apakah RBA ini terlalu kebal daripada sebarang tindakan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini.

Yahaya, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu, berkata bagi menangani kekalutan yang ditimbulkan RBA, beliau menyokong penuh saranan beberapa pihak sebelum ini supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCA) bagi menyiasat ancaman kumpulan itu.

Beliau berkata cadangan penubuhan suruhanjaya itu tidak boleh ditangguhkan lagi kerana pelbagai tohmahan dan fitnah yang disebarkan RBA boleh menggugat  keharmonian, antaranya mengelirukan masyarakat berhubung insiden kehilangan  pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Sambil menyanjung tinggi usaha kerajaan dan MAS dalam menangani isu kehilangan pesawat itu, beliau berkata pihak berkenaan perlu tampil member penjelasan terutama kepada dunia berhubung misteri kehilangan pesawat ketika dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lepas itu.

Yahaya berkata insiden kehilangan MH370 memberi kesan besar kepada negara dan jika tiada penerangan terperinci diberikan, ia tentunya akan mendatangkan kecaman hebat, bukan sahaja dari luar malah dari dalam negara.

Misi mencari yang masuk hari ke-45 hari ini yang berpusat di selatan Lautan Hindi masih belum menemui sebarang tanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

Persidangan bersambung esok.

Pindaan Undang-Undang Cegah Wakil Rakyat Letak Jawatan Dikaji

Posted: 21 Apr 2014 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April – Kerajaan akan mengkaji keperluan meminda undang-undang termasuk mengenakan hukuman berat terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata cadangan itu antara perkara diperincikan kerana hukuman sedia ada iaitu wakil rakyat yang berbuat demikian dilarang daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun, tidak mampu mencegah perbuatan itu daripada berlaku.

“Kita akan perincikan perkara ini dari semasa ke semasa bagi tujuan mencegah perbuatan seumpama ini.

“Walaupun kerajaan tidak mempunyai hak untuk menghalang seseorang wakil rakyat untuk berbuat demikian, namun semua cadangan penambahbaikan mengenai cara mencegah perbuatan itu akan dikaji kerajaan,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Ahamat@Ahamad Yusop yang ingin tahu sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mengeluarkan garis panduan baharu bagi mencegah berlakunya peletakan jawatan wakil rakyat tanpa sebarang sebab munasabah.

Shahidan menegaskan tindakan meletak jawatan tanpa alasan munasabah hanya mendatangkan kerugian kepada kerajaan yang terpaksa menanggung kos bagi membiayai pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan tindakan tidak beretika itu tidak terus menjadi amalan dalam kalangan wakil rakyat dan sedia mengkaji tindakan pencegahan dari semasa ke semasa berlandaskan akta dan peraturan ditetapkan.

Berhubung kos untuk empat PRK yang berlangsung selepas pilihan raya umum Mei tahun lepas, Shahidan berkata ia melibatkan peruntukan kira-kira RM4.4 juta iaitu RM1.6 juta bagi PRK Kajang, RM1.1 juta bagi PRK Sungai Limau dan masing-masing RM910,000 dan RM760,000 untuk PRK Balingian dan PRK Kuala Besut.

Kepada soalan tambahan Senator Datuk Adam Abdul Hamid yang ingin tahu kemungkinan SPR mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya memandangkan kawasan penempatan semakin luas serta pertambahan jumlah pengundi, Shahidan berkata langkah itu akan dilaksanakan serentak di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak apabila tiba masanya.

Price Reduction Campaign Getting More Support From Industries – Hasan

Posted: 21 Apr 2014 03:45 AM PDT

KOTA BAHARU, 21 April  - The campaign for the reduction in price of goods in the government’s effort to control price hikes and cost of living has received encouraging response from various parties including supermarkets, said Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Datuk Seri Hasan Malek.

He said his ministry had received many applications from various parties to contribute to the campaign. which involves price cuts of between 20 to 70 per cent.

“This shows our campaign has received good response, so consumers should take this opportunity to buy goods cheaply,” he told reporters after launching the Price Reduction Campaign for Supermarkets and Hypermarkets in Kelantan here today.

Hasan said in Kelantan, the campaign started yesterday and would end on May 4, involving 34 supermarkets and hypermarkets.

On operations against diesel and petrol smuggling along the Malaysia-Thailand border, he said the authorities would not compromise and would take firm action against the offenders.

“We are tightening the operations, and are monitoring the hot spots. We do not want this to happen as it would burden the people,” he said.

Hasan said from time to time, his ministry had conducted joint operations with other enforcement bodies to fight smuggling og goods.

GST : Pembangkang Kalau Nak Goreng Pun Janganlah Sampai Hangus

Posted: 21 Apr 2014 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 April – Pengerusi Biro Barisan Nasional (BN) & 1Malaysia Pemuda UMNO, Mohd Najib Mohd Isa percaya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan digoreng hingga hangus oleh pembangkang dalam usaha mereka meracuni pemikiran rakyat.

Justeru beliau tidak hairan perkara itu akan menjadi mainan dan tidak akan lekang daripada bibir pemimpin pembangkang yang akan berterusan mencari segala lompongan yang ada dalam usaha menghalalkan matlamat mereka itu.

anwar-rafizi-pembangkang-pkr-goreng-isu-spin-sampai-hangit-hangus-bohong-tiada-fakta

"Sepertimana kata beberapa pihak sebelum ini dah nama pun pembangkang… tetapi apa yang kita kesal dan hairan benda yang baik pun dimanipulasi dan dipolitikkan. Mustahil mereka tidak tahu tujuan dan manfaat GST itu.

"Sebab itu saya sebutkan tadi sekecil-kecil zarah pun akan dimanipulasi oleh golongan ini kerana yang mereka tahu adalah untuk kepentingan politik semata-mata. Kalau nak goreng tu janganlah sampai hangus… separuh-separuh sudahlah, nanti kelak makan diri," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menempelak pembangkang dan berpandangan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali menganiaya malah jauh sekali untuk menekan rakyat menerusi pelaksanaan GST itu nanti.

Sebab itulah ujar beliau lagi rakyat tidak harus menerima bulat-bulat apa yang ditohmah dan dilontarkan oleh pembangkang kerana mereka hanyalah memanipulasi sesuatu perkara untuk memburukkan kerajaan.

"Saya tidak rasa kerajaan akan membebankan rakyat…sama sekali tidak akan terus menekan mereka kerana percayalah GST adalah sistem percukaian yang lebih kemas bagi menggantikan sistem cukai sedia ada.

"Bukankah hasil cukai itu nanti akan kembali kepada rakyat dan juga negara yang akhirnya akan dapat dinikmati oleh semua pihak. nasihat saya kalau nak goreng pun berpada-padalah," ujarnya.

Tegas beliau lagi Kerajaan sudah membentangkan banyak fakta cuma pembangkang tidak suka mengambil fakta itu.

“Mereka lebih suka buat spekulasi atau bayangan-bayangan negatif sedangkan mereka sebenarnya akui GST adalah sistem percukaian terbaik yang telah digunakan lebih 160 negara”, katanya.  -MediaUMNO

160-negara-laksana-gst-vat-cukai-lebih-baik-malaysia-rendah-6-peratus-sahaja-peta-dunia

senarai-negara-laksana-cukai-gst-vat-peratus-tahun-lancar

Defence Advisers Urged To Build Confidence On Malaysia’s Credibility

Posted: 21 Apr 2014 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 21 – Malaysian defence advisors serving in foreign countries have been urged to boost the confidence of foreign countries on Malaysia’s credibility regionally and globally.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said apart from being the ‘eyes and ears’ of the country’s defence, they also shouldered a heavy responsibility in clarifying the government’s stand in the face of crisis.

“Defence advisors usually become the source of reference in countries where they serve as every issue clarified by them will become an official statement of the Malaysian government.

menteri-pertahanan-hishammuddin-melawat-pameran-perkhidmatan-asia-dsa-pwtc

‘Hence, let me advise defend advisers to get the correct facts on issues emanated before making any clarification,” he said at the launch of the Defence Advisor Symposium 2014 here today.

His speech was read by Armed Forces chief Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

The inaugural symposium, attended by 20 Malaysian defence advisers, delves on current issues confronting the country and the roles of foreign missions in fulfilling national aspirations.

Asserting that defence advisers should highlight the government’s position on certain issues, Hishammuddin said, “They should get the explanations from the agencies involved to avoid conflicting information from being disseminated.”

He also expressed his appreciation to Malaysian defence advisers overseas for their assistance in the search for the missing Malaysia Airlines aircraft.

Flight MH370, with 239 people aboard, left the KL International Airport at 12.41 am on March 8 and disappeared from radar screens about an hour later while over the South China Sea. It was to have arrived in Beijing at 6.30 am on the same day.

A multinational search was mounted for the Boeing 777-200 aircraft, first in the South China Sea and then, after it was learnt that the plane had veered off course, in the southern Indian Ocean where it was said to have ended its journey.

SPR Adakan Mesyuarat Khas Khamis Ini Bincang Kekosongan Kerusi Bukit Gelugor

Posted: 21 Apr 2014 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 pagi ini berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh.

Setiausaha-SPR-Abdul-Ghani-Salleh-Mesyuarat-Tarikh-PRK

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam kenyataan hari ini.

Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang, Michael Cornelius.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel

Posted: 21 Apr 2014 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut dilakukan dengan negara Palestin.

hafarizam-harun-peguam-umno-bn-penasihat-undang-undang-firma-mahkamah-perlembagaan-saman-fitnah

Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan.

Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan.

"Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa  segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya.

Sementara itu menurut  beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.

"Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut.

"Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," akhiri beliau. -MediaUMNO

fitnah-pembangkang-pkr-suara-keadilan-najib-felda-jual-minyak-sawit-israel

lagi-fitnah-pembangkang-pkr-suara-keadilan-najib-felda-jual-minyak-sawit-israel

Pemuda UMNO Tanjong Buat Laporan Polis Terhadap Surendran

Posted: 21 Apr 2014 01:18 AM PDT

GEORGE TOWN, 21 April – Pemuda UMNO bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis terhadap naib presiden PKR N.Surendran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara.

pemimpin-parti-pkr-anwar-presiden-n.surendran-naib-peguam-kes-mahkamah

Laporan itu dibuat Naib Ketuanya Mohd Yusmadi Mohd Yusof di Balai Polis Lebuh Pantai di sini. Beliau diiringi kira-kira 10 anggota Pemuda UMNO bahagian Tanjong dan Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) Pulau Pinang.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Yusmadi berkata  polis perlu menyiasat kenyataan Surendran yang juga anggota Parlimen Padang Serai yang seolah-olah memperlekeh keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 19 April lepas, sebuah portal berita menyiarkan kenyataan Surendran yang menyifatkan penghakiman mahkamah rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes liwat itu sebagai “bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)”.

“Tindakan Surendran itu seolah-olah memperlekehkan keputusan mahkamah rayuan dan menghasut rakyat untuk marah dan benci kepada sistem kehakiman negara,” kata Mohd Yusmadi.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT